|
|
|
Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan, Tetamu. Silakan Log In atau Daftar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.
Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.
Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.
|
|
|
|
|
Pemuda Jalanan Meninggal Dalam Keadaan Sujud..
Seperti biasa, setelah solat maghrib beberapa pemuda berkumpul di dalam masjid. Mereka membicarakan tentang nikmat-nikmat Allah Swt., tentang tujuan hidup, tentang bekal mati dan tentang perjuangan untuk tegaknya agama Allah Swt. di muka bumi ini. Bagi mereka kebiasaan ini adalah seperti makanan yang diperlukan seorang musafir ketika melintasi padang sahara yang luas. Atau ibarat ubat bagi orang yang sedang sakit atau ibarat vitamin tambahan untuk menjaga stamina tubuh. Mereka terlihat masih muda dengan semangat membara yang masih mengisi ruang jiwa mereka. Namun wajah mereka mengesankan bahawa mereka sedang memikirkan suatu perkara yang berat, mereka sedang memikirkan bagaimana hidayah Islam ini sampai ke segenap penjuru dunia, sehingga tidak ada satupun manusia yang meninggalkan dunia ini kecuali ia dalam keadaan beriman. Mereka adalah pemuda yang gigih, sabar dan kuat keyakinan pada Allah Swt.. Akhlak mereka patut dipuji, kata-kata mereka selalu menyentuh hati dan sikap mereka mencontohi akhlak Nabi. Setelah lebih kurang setenagh jam, mereka mulai menentukan beberapa orang untuk keluar berkunjung kerumah-rumah kaum muslimin. Salah seorang dari mereka berkata, "Di persimpangan jalan ke arah station bas, ada seorang pemuda yang suka mengganggu dan mentertawakan kita setiap kali kita melalui tempat itu. Ini sudah terjadi 2 kali. Setiap kali kita lalu, kita tidak menghiraukan sikap dan kata-katanya. Bagaimana kalau kesempatan kali ini, kita cuba dekati dia, kita bicara kepadanya dengan baik-baik, lembut dan sopan dan sebaik mungkin untuk kita ajak dia ke Masjid." "Cadangan yang bagus," salah seorang dari mereka menanggapi. "Kita mohon pada Allah Swt. agar membuka pintu hati pemuda tersebut untuk mahu mendengarkan kata-kata kita," ia melanjutkan. "Baiklah, sebelum keluar mari kita berdo`a pada Allah Swt. dengan penuh tadharru` dan berharap, moga Allah Swt. menjadikan setiap langkah kita kebaikan dan sebab diberinya orang lain hidayah," semuanya mengamini. Mereka keluar dari masjid dan lidah mereka tidak henti-henti menyebut asma Allah Swt.. Hati mereka penuh dengan harapan agar Allah Swt. membukakan pintu hati pemuda tersebut untuk mahu mendengarkan kata-kata mereka kali ini. Dan seperti biasa, pemuda jalanan itu melepak ditempat tersebut. Sebelum salah seorang dari mereka yang keluar untuk mulai menegur, pemuda jalanan itu sudah mulai mentertawakan dan mencemuh. Dia berani kerana bersamanya pemuda-pemuda yang lain. Salah seorang dari mereka yang keluar dan mulai mendekati si pemuda, ia duduk disampingnya dan yang lain sibuk dengan do`a didalam hati dan lidah mereka tidak henti-henti melantunkan zikir pada Allah Swt., beristighfar dan berselawat keatas Rasulullah Saw. Akhirnya si pemuda bersedia diajak ke masjid walaupun pada awalnya ia agak keberatan. Tapi kerana Allah Swt. jualah dan kepetahan berbicara salah seorang dari mereka yang menyebabkan hati pemuda itupun tersentuh. Dalam perjalanan ke masjid si pemuda tadi, meminta maaf atas sikapnya selama ini. Ia menyesal dengan tindakannya yang tidak baik tersebut. Sesampai di masjid, si pemuda disuruh untuk berwudhu terlebih dahulu, tapi ia masih berdiri dan tidak beranjak menuju ke tempat wudhu. Ia berkata, "Saya sudah lupa cara berwudhu, tolong ajarkan saya caranya." Kemudian salah seorang dari mereka mengajarkan pemuda tadi berwudhu. setelah berwudhu ia disuruh solat, tapi ia kembali berkata, "Maaf saya sudah lama tidak solat, sehingga saya sekarang tidak tahu bagaimana gerakannya dan apa saja bacaannya." Kemudian salah seorang dari mereka memimpin solat untuk mengajarkan tata cara dan bacaan solat. Pada saat sujud terakhir, si pemuda belum bangun dari sujudnya, dugaan mereka, bahawa dia sedang berdoa panjang menyesali perbuatan dan dosanya selama ini. Setelah mengucapkan salam, si pemuda belum juga bangun, dan ketika digerak-gerikkan badannya, ternyata ia telah meninggal dunia. Apa ibrah yang dapat kita ambil dari kisah diatas? Betapa kematian yang datang dengan tiba-tiba. Tanpa ada satupun yang dapat menduga dan mengetahuinya. Dan betapa dakwah itu dapat menyelamatkan seseorang dari api neraka. Dan kalaulah pemuda-pemuda soleh tadi tidak mendatangi si pemuda jalanan dan pemuda jalanan itu dalam ketentuan taqdirnya meninggal pada saat itu, tentu meninggalnya dalam keadaan yang tidak diredhai Allah Swt.. Namun, Allah Swt. telah menjadikan mereka sebagai sebab, si pemuda jalanan meninggal dalam keadaan sedang bersujud. WaallahuAlam bishowab.. Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008Label: artikel
Bahagian 1: Usamah bin Zaid
Tahun ketujuh sebelum hijrah, ketika itu Rasulullah saw sedang susah kerana tindakan kaum Quraisy yang menyakiti beliau dan para sahabat. Kesulitan dan kesusahan berda‘wah menyebabkan beliau sentiasa harus bersabar. Dalam suasana seperti itu, tiba-tiba seberkas cahaya memancar memberikan hiburan yang menggembirakan. Seorang pembawa berita mengabarkan kepada baginda, “Ummu Aiman melahirkan seorang bayi lelaki.” Wajah Rasulullah berseri-seri kerana gembira menyambut berita tersebut. Siapakah bayi yang sangat berbahagia itu? Sehingga kelahirannya dapat mengubat hati Rasulullah yang sedang duka, berubah jadi gembira? Itulah dia USAMAH BIN ZAID! Para sahabat tidak merasa aneh bila Rasulullah gembira dengan kelahiran bayi yang baru itu, Kerana mereka tahu kedudukan kedua orang tuanya di sisi Rasulullah. Ibu bayi tersebut seorang wanita Habsyi yang diberkati, terkenal dengan panggilan “Ummu Aiman”. Sesungguhnya Ummu Aiman adalah bekas pembantu ibunda Rasulullah, Aminah binti Wahab. Dialah yang mengasuh Rasulullah waktu kecil, ketika ibundanya masih hidup. Dan dia pulalah yang merawat beliau sesudah ibundanya wafat, Kerana itu dalam kehidupan Rasulullah, baginda hampir tidak mengenal ibundanya yang mulia selain Ummu Aiman. Rasulullah sangat menyayangi Ummu Aiman sebagaimana sayangnya anak kepada ibu, Dan baginda sering berucap, “Ummu Aiman adalah ibuku satu-satunya sesudah ibundaku yang mulia wafat, dan satu-satunya keluargaku yang masih ada.” Itulah ibu bayi yang beruntung ini. Adapun ayahnya adalah orang disayangi Rasulullah, Zaid bin Haritsah. Rasulullah pernah mengangkat Zaid sebagai anak angkat beliau sebelum ia Islam. Dia menjadi sahabat beliau dan tempat mempercayakan segala rahsia. Dan dia menjadi salah seorang anggota keluarga beliau, dan orang yang sangat beliau kasihi dalam Islam. Kaum muslimin turut gembira dengan kelahiran Usamah bin Zaid, melebihi kegembiraan mereka atas kelahiran bayi-bayi lainnya. Hal itu terjadi, kerana tiap-tiap sesuatu yang disukai Rasulullah adalah juga mereka sukai. Dan bila beliau gembira mereka pun turut gembira pula. Bayi yang sangat beruntung itu mereka panggil “Ibnul Hibb” (anak kesayangan) Kaum muslimin tidak berlebih-lebihan memanggil Usamah yang masih bayi itu dengan panggilan tersebut. Kerana memang Rasulullah sangat menyayangi Usamah, sehingga dunia seluruhnya agaknya iri hati kerananya. Usamah sebaya dengan cucu Rasulullah “Hasan bin Fatimah Az Zahra’.” Hasan berkulit putih, cantik bagaikan bunga yang mengagumkan. Dia sangat mirip dengan datuknya, Rasulullah saw. Usamah kulitnya hitam, hidung pesek, sangat mirip dengan ibunya wanita Habsyi. Namun begitu, kasih sayang Rasulullah kepada keduanya tiada berbeza. Beliau sering mengambil Usamah, lalu beliau letakkan di salah satu paha beliau. Kemudian beliau ambil pula Hasan, maka diletakkannya pula di paha yang satu lagi. Kemudian kedua anak itu dipeluk bersama-sama kedadanya, seraya berkata, “Wahai Allah! Saya menyayangi kedua anak ini, maka sayangi pulalah mereka.” Begitu sayangnya Rasulullah kepada Usamah, pada suatu kali Usamah terhantuk di pintu, sehingga keningnya luka dan berdarah. Rasulullah menyuruh ‘Aisyah membersihkan darah di luka Usamah, tetapi ‘Aisyah tidak mampu melakukannnya, lalu beliau berdiri mendapatkan Usamah, dan beliau menghisap darah yang keluar dari luka Usamah, kemudian beliau ludahkan. Sesudah itu beliau pujuk Usamah dengan kata-kata manis yang menyenangkan, sehingga Usamah merasa tenang kembali. Rasulullah menyayangi Usamah ketika waktu kecil, sehingga kasih sayang beliau kepadanya tatkala dia sudah besar. Hakim bin Hazam, seorang pemimpin Quraisy pernah menghadiahkan pakaian mahal kepada Rasulullah.. Pakaian itu dibeli Hakim di Yaman, dengan harga lima puluh dinar emas, dari Yazan seorang pembesar Yaman. Rasulullah enggan menerima hadiah Hakim, sebab ketika itu dia masih musyrik. Lalu pakaian itu dibeli oleh beliau daripadanya. Beliau memakainya hanya satu kali ketika hari Jumaat. Kemudian pakaian itu beliau berikan kepada Usamah. Usamah sentiasa memakainya pagi dan petang di tengah tengah pemuda-pemuda Muhajirin dan Ansar sebayanya. Sejak Usamah meningkat remaja, sudah kelihatan pada dirinya sifat-sifat dan pekerti yang mulia, yang memang menjadikannya kesayangan Rasulullah. Dia cerdik dan pintar, berani luar biasa, bijaksana dan pandai meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tahu menjaga kehormatan, sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela, pengasih dan dikasihi orang, taqwa, wara’ dan mencintai Allah swt. Waktu terjadi perang Uhud, Usamah bin Zaid datang ke hadapan Rasulullah beserta serombongan anak-anak sebayanya, putera-putera para sahabat. Mereka ingin turut jihad fisabilillah. Sebahagian mereka diterima oleh Rasulullah dan sebahagian lagi ditolak oleh beliau, kerana usia mereka yang masih sangat muda. Usamah bin Zaid termasuk kelompok anak-anak yang ditolak. Kerana itu Usamah pulang sambil menangis. Dia sangat sedih tidak diperkenankan turut berperang di bawah bendera Rasulullah. Dalam perang Khandaq, Usamah bin Zaid datang pula bersama kawan-kawannya anak-anak remaja putera para sahabat. Usamah berdiri tegap di hadapan Rasulullah supaya kelihatan lebih tinggi, agar beliau memperkenankannya turut berperang. Rasulullah kasihan melihat Usamah yang keras hati ingin turut berperang,oleh itu beliau mengizinkannya. Ketika itu dia baru berusia lima belas tahun. Ketika terjadi perang Hunain, tentera muslimin kelam kabut sehingga barisan mereka menjadi kacau bilau. Tetapi Usamah bin Zaid tetap bertahan bersama-sama ‘Abbas, Sufyan bin Harits, dan enam orang lainnya dari para sahabat yang mulia. Dengan jumlah kecil yang terdiri daripada orang-orang mu’min yang berani ini, Rasulullah berhasil mengembalikan kekalahan para sahabatnya dengan kemenangan. Beliau berhasil menyelamatkan kaum muslimin yang lain dari kejahatan kaum musyrikin. bersambung....
Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008Label: artikel
Apa yang Harus Dirayakan, Kenapa Harus Gembira? Tahun Baru?
Dalam beberapa hari yang mendatang, akan ada keramaian dan pesta yang rutin dan semarak di dunia ini. Sebuah perayaan tahunan memperingati pergantian tahun. Perayaan besar-besaran di semua negara, di hampir segala tempat dengan beragam hiburan dalam waktu yang bersamaan, dan hanya dalam waktu itu saja. Musik, tarian, mercun, terompet, sudah dapat dipastikan menjadi bahagian dari acara tersebut. Jutaan orang di dunia ini akan terlibat dalam perayaan tersebut, tidak terbayang berapa banyak wang yang dihabiskan dalam waktu satu malam tersebut. Ada juga beberapa orang yang tidak terikut-ikut berpesta-pesta, atau bergembira secara berlebihan pada hari itu. Mereka lebih memilih melakukan muhasabah terhadap apa yang telah mereka lakukan pada tahun itu, diakhir tahun. Mencuba menilai ulang pencapaian-pencapaian yang telah diraih, mencuba berfikir sejenak akan hidup yang telah dilalui selama setahun ini dan membangun perencanaan untuk tahun depan. Kenapa mesti ada perayaan sebegitu dalam pergantian tahun? Dan perlu merayakan sesuatu? Dalam kamus seorang muslim, hari perayaan yang terbaik adalah ketika aidil Fitri, aidil Adha, dan hari Jumaat. Dari Nabi saw., beliau bersabda: dua bulan yang terdapat hari raya, harinya tidak berkurang; hari raya Ramadhan dan bulan Zulhijah (HR Bukhari Muslim) Dari Thariq bin Syihad bahawa orang-orang Yahudi berkata kepada Umar: Sesungguhnya kamu sekalian membaca suatu ayat yang andaikata diturunkan kepada kami, niscaya hari itu kami jadikan hari raya. Umar berkata: aku tahu dimana dan di hari apa ayat itu diturunkan serta di mana Rasulullah saw berada ketika ayat itu diturunkan. Ayat tersebut diturunkan di Arafah saat Rasulullah saw sedang wukuf di Arafah. Sufyan berkata: aku ragu-ragu apakah hari itu Jumaat atau bukan. Ayat tersebut adalah “Pada hari ini telah kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu” (HR Bukhari Muslim) Jadi jelas kan dimana hari raya kita, hari dimana kita bergembira, memakai pakaian baru, dan bersuka ria. Lalu, bagaimana jika tahun baru masehi kita jadikan perayaan sebagai bentuk pencapaian-pencapain kita selama setahun? Bukankan itu suatu hal yang boleh-boleh saja, jika kita mahu sedikit merayakan kejayaan dan pencapaian kita? Perayaan itu tidak harus berupa keseronokan yang berlebih, bahkan kalau kita mahu berfikir dengan matang, terlalu banyak wang yang dibazirkan untuk sebuah perayaan yang bernama perayaan dalam rangka tahun baru, yang itu semua lebih banyak kesia-siaanya. Terkadang kita mendengar berita tentang pembuatan mercun yang biayanya mencapai ribuan ringgit, padahal di sisi lain, banyak rakyat berada dalam keadaan kelaparan dan kesusahan. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (QS. Al-Israa': 27) Lalu dengan berkaca pada keadaan malaysia yang sedang banyak dilanda bencana dan kesulitan, apakah kita masih mahu membiarkan diri kita menari-nari sedangkan saudara kita yang lain sedang dalam kesusahan. Dari Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Tidaklah beriman kepadaku seseorang yang tidur pada malam hari dengan keadaan perut kenyang sementara tetangganya kelaparan di sebelahnya dan dia mengetahui hal tersebut." (HR. Thabrani). Kalau melihat konteks hadits tersebut, kita dianggap tidak beriman kepada nabi Muhammad SAW jika mengabaikan kesusahan tetangganya, dan dengan tidak beriman kepada nabi, bererti kita pun tidak dianggap beriman kepada Allah swt. Apalagi jika kita sampai menari diatas tangisan tetangganya? DR Yusuf Qarhadhawi menyatakan bahawa dunia ini bagaikan kampung kecil, kerana majunya teknologi yang ada. Maka saya pun berpendapat bahawa sekarang, makna tetangga itu dapat menjadi luas, meskipun hadits menyatakan bahawa tetangga itu dalam perkiraan 40 rumah ke kanan, 40 rumah ke kiri, 40 rumah ke depan, dan 40 rumah kebelakang. Seharusnya, bentuk syukur yang terbaik itu adalah ketika kita berbagi kerana mendapatkan kegembiraan. Kaab bin Malik RA, salah seoarang sahabat yang terkena boikot selama 40 hari kaum muslimin kerana tidak mengikuti perang Tabuk, ketika mendengar berita turunnya ayat yang menandakan pengampunan Allah terhadapnya,beliau langsung memberikan baju yang ia pakai pada pemberi khabar gembira tersebut, sedangkan itu adalah baju satu-satunya, beliau harus meminjam baju yang lain supaya dapat menghadap Rasulullah SAW. Jadi, sebagai salah satu bentuk syukur atas pencapaian selama setahun, seharusnya membuat kita menjadi peribadi dermawan dengan banyak berbagi terhadap sesama, apalagi di akhir tahun, ketika kita dapat melihat dengan jelas besarnya pencapaian selama setahun. Catatan terakhir dari tulisan ini adalah, sebaiknya, muhasabah seorang muslim itu dilakukan dengan waktu sehari-harian, kerana sesungguhnya kita telah beramal selama sehari dan juga sangatlah mungkin, berbuat dosa dalam waktu harian, beramal dalam waktu harian, dan boleh jadi meninggal sewaktu-waktu yang tidak kita tahu, tanpa sempat kita memperbaiki diri. “Barang siapa menyerupai suatu kaum, bererti ia termasuk golongan kaum itu” (Ahmad dan Abu Dawud, shahih) Demikian juga saya beranggapan dengan tahun baru Hijriyah. Malas sekali saya mengikuti acara tertentu yang diadakan khusus untuk menyemarakkan tahun baru Hijriyah. Dalam pendapat pribadi saya, dengan melakukan perayaan tertentu ketika tahun baru Hijriyah, kita tidaklah berbeza/sama saja dengan melakukan perbuatan mengikuti/menyerupai perayaan tahun baru Masehi, hanya saja dengan format yang berbeza. Mengikuti/menyerupai/meniru/berkiblat pada suatu perayaan yang tidak ada landasan syariatnya dalam agama. Namun, ada sedikit catatan khusus yang dapat dibuat, jika hal tersebut kita lakukan untuk membuat kaum muslimin yang umum lebih mendekat pada keislaman, mungkin saja hal tersebut diperbolehkan. Moment tahun baru Hijriah (mungkin) dapat dijadikan semacam pengingat bagi kaum muslimin mengenai sirah Rasulullah SAW, Kisah sejarah dan perjuangan kaum muslimin di awal perjuangan Islam. Sehingga diharapkan dapat menimbulkan kesedaran yang lebih mendalam terhadap agama. Menumbuhkan semangat perubahan, dan perubahan tahun dalam permaknaan kata hijrah, agar tidak terus menerus terlarut dalam kelalaian, asyik dalam kemaksiatan, Semoga dalam setiap hari kita, selalu ada perubahan dalam kebaikan yang dapat kita raih. Insya Allah. “Hisablah dirimu, sebelum engkau dihisab” Semoga Allah menyelamatkan kita dari kesia-siaan… (amin) Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008Label: artikel
Waktu Untuk Bermuhasabah....
عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وِآلهِ وَسَلَّمَ : "اَلْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللهِ اْلأَمَانِيَّ". Syaddad bin Aus RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang cerdas adalah yang menghisab dirinya, serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT. (HR. Tirmidzi, ia berkata : "Hadits ini adalah hadits hasan".) Kandungan HaditsHadits di atas menjelaskan satu pembahasan besar, kerana kehidupan yang hakiki adalah kehidupan di ahirat, keberuntungan untuk selama-lamanya bagi mereka yang mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT untuk memasuki surga-Nya. Hidup di dunia merupakan rangkaian dari sebuah misi besar seorang hamba, iaitu menggapai redha Allah SWT. Dan dalam menjalankan misi tersebut, seseorang tentunya harus memiliki visi, perencanaan , dan strategi serta pelaksanaan yang jelas kemudian diiringi dengan muhasabah.Hadits ini dengan jelas, Rasulullah SAW mengaitkan, hal muhasabah dengan kejayaan, dan kegagalan adalah kerana mengikuti hawa nafsu dan banyaknya angan-angan. Muhasabah (menghisab), kalimat ini begitu popular dan sering terdengar setiap tahun di penghujung akhir tahun, baik tahun hijriyah atau masehi. Banyak orang yang mulai sedar lalu melakukan muhasabah, sudah sejauh mana amaliah yang pernah dia lakukan selama setahun yang berlalu ini. Sebenarnya, muhasabah tidak terikat dengan akhir tahun sahaja. Tetapi, dimana pun, setelah kita melaksanan aktifiti atau amaliah ibadah maka kita hendaknya dapat bermuhasabah. Saat sendiri atau menyendiri, pernahkah kita bermuhasabah diri, perkataan apa yang pernah keluar dari mulut kita ? perbuatan apa yang pernah kita lakukan? Apakah kita pernah dengan ‘bangga’ mengihitung-hitung keburukan atau kesalahan yang pernah kita lakukan seperti kita bangga menghitung amal baik kita?. Adakah segala amaliah ibadah yang pernah kita lakukan sudah memenuhi standard ikhlas kerana Allah SWT semata? Atau malah sebaliknya selalu ingin dipuji dan ingin dilihat dan didengar orang (riya dan sum’ah)? Dan bagaimanakah nanti kita akan datang menuju dan menghadap Allah SWT dengan memikul beban dosa dan kesalahan yang tidak terhingga? Allah SWT berfirman : "يَآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللهَ، إِنَّ اللهَ خَبِيْرٌ بِمَا تَعْمَلُوْنَ وَلاَ تَكُوْنُوْا كَالَّذِيْنَ نَسُوا اللهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُوْنَ". “Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik (durhaka)" (Q.S. Al-Hasyr/59 : 18-19) Atau belum pernahkah kita mendengar atau merenungi firman Allah SWT : "اَلْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيْهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ". “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan” (Q.S. Yasin/36 : 65) Rasulullah SAW bersabada : "اَلْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللهِ اْلأَمَانِيَّ". “Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT. (HR. Tirmidzi, ia berkata : “Hadits ini adalah hadits hasan”.) Umar bin Khattab RA berkata : "حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوْا وَتَزَيَّنُوْا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنَّمَا يَخِفُّ الْحِسَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ فِى الدُّنْيَا". “Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab, dan berhiasi dirilah kalian untuk menghadapi hari yang besar (hisab), sesungguhnya hisab pada hari kiamat akan menjadi ringan hanya bagi orang yang selalu menghisab dirinya saat hidup di dunia”. Suatu hari Umar bin Khattab RA pernah menuliskan Surat kepada para bawahannya : "حَاسِبْ نَفْسَكَ فِي الرَّخَاءِ قَبْلَ حِسَابِ الشِّدَّةِ، فَإِنَّ مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ فِي الرَّخَاءِ قَبْلَ الشِّدَّةِ، عَادَ أَمْرُهُ إِلىَ الرِّضَا وَالْغِبْطَةِ، وَمَنْ أَلْهَتْهُ حَيَاتُهُ، وَشَغَلَتْهُ أَهْوَاؤُهُ عَادَ أَمْرُهُ إِلَى النَّدَامَةِ وَالْخَسَارَةِ". “Hisablah diri kalian di saat senang (lapang) sebelum datang keadaan sulit, kerana sesungguhnya orang yang menghisab dirinya saat senang sebelum tiba masa kesulitan, maka dia akan menghadapi urusannya dengan redha dan sangkaan yang baik. Dan barang siapa yang dilalaikan dengan kehidupannya, disibukan dengan hawa nafsunya maka dia akan mengalami penyesalan dan kerugian”. Imam Hasan Al-Bashri berkata : “Seorang Mukmin adalah pemimpin bagi dirinya. Dia sentiasa bermuhasabah diri kerana Allah. Sesungguhnya pada hari kiamat nanti hisab akan menjadi ringan terhadap orang-orang yang telah bermuhasabah diri di dunia.. Dan sesungguhnya pada hari kiamat hisab akan menjadi amat berat terhadap orang-orang yang mengerjakan semua urausannya tanpa dididahului dengan bermuhasabah diri”. Dua Waktu Untuk MuhasabahPertama : Muhasabah sebelum melakukan suatu pekerjaan atau aktifiti ibadah, iaitu seorang Mukmin harus berfikir sejenak, apakah yang akan dia kerjakan akan mendatangkan manfaat, baik buat dirinya atau pun orang lain? atau malah sebaliknya. Kerana sering kali ketika dia ingin melakukan sesuatu didasari kuat oleh dorongan emosional yang tinggi, tanpa permikiran yang matang langsung menjurus masuk ke suatu pekerjaan tersebut, yang berkahir pada penyesalan. Imam Hasan Al-bashri, salah seorang Tabi’in berkata : “Semoga Allah merahmati seorang hamba merenung sesaat sebelum mengerjakan sesuatu. Apabila pekerjaannya tersebut bernilai kerana Allah, maka lakukanlah. Dan apabila sebalikmya maka tinggalkanlah”. Kedua : Muhasabah setelah melakukan pekerjaan atau aktifiti ibadah, iaitu bermuhasabah diri atas segala perintah Allah SWT dan Rasul-Nya yang sudah banyak kita lalaikan hak-hak-Nya. Juga bermuhasabah diri atas segala perbuatan yang mubah atau yang sudah menjadi kebiasaan, kenapa selalu dilakukan? Adakah activities tersebut dilakukannya dengan mengharapkan redha Allah SWT? Kalau demikian beruntunglah dia. Atau dia hanya mengharapkan kehidupan dunia, maka merugilah dia dan selamanya tidak akan berjaya dalam erti yang sebenarnya. Iaitu terhindarnya dia dari azab api neraka dan Allah masukkan dia ke dalam surga-Nya. Allah SWT berfirman: "...فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازََ". “…Sesungguhnya orang yang dihindarkan dari azab api neraka dan dimasukkan ke surga, sungguh dia telah berjaya” (Q.S. Ali ‘Imran/3 : 185) Sudahkah kita termasuk orang yang gemar bermuhasabah diri, tanpa harus menunggu berakhirnya tahun. Atau kita termasuk orang yang terlambat untuk bermuhasabah kerana cepatnya ajal menjemput kita? na’udzu billah. Wallahu a’lam bishshawab Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008 Label: artikel
Israel Geram Dengan Roket-roket Hamas
Perdana Menteri Israel Ehud Olmert meminta warga Gaza untuk menghentikan tembakan roket Hamas ke wilayah Israel. Sementara Menteri luar negara Israel Tzipi Livni menyatakan sudah "tidak tahan" melihat hentaman tembakan roket Hamas. Dalam wawancara dengan televisi al-Arabiya, Olmert menyatakan pihaknya tidak ingin berperang, dengan melawan rakyat Palestine tapi hanya ingin melawan Hamas. "Jangan biarkan Hamas melakukan tindakan yang bertentangan dngan nilai-nilai Islam, yang menempatkan Anda dalam bahaya," kata Olmert seolah lupa bahawa serangan yang dilakukan Israel selama satu tahun lebih, dan serangan-serangan pihak Israel telah membuat rakyat Palestine di Jalur Gaza menderita. Di Kairo, Menteri luar negara Israel Tzipi Livni mengatakan ia sudah "tidak tahan" melihat perkembangan situasi setelah selesainya kesepakatan gencatan senjata antara Israel-Hamas di Gaza. "Apa yang dilakukan Hamas sudah cukup. Hamas harus faham bahawa kami ini hidup damai, dan itu ertinya Israel tidak akan membiarkan situasi ini berkepanjangan," ungkap Livni di sela-sela pertemuan dengan Presiden Mesir Husni Mubarak. Pada kesempatan itu Livni mengatakan, ia datang ke Mesir bukan untuk "menyetujui operasi militer ke Jalur Gaza" tapi "untuk mendiskusikan situasi Israel dan apa yang harus dilakukan Israel untuk melindungi warganya." Sementara itu, Mesir meminta Hamas dan Israel untuk menahan diri, dan meminta mereka memulakan kesepakatan baru antara keduanya, dapat diwujud kembali. Menteri luar Mesir Ahmed Aboul Gheit dalam keterangan pers bersama Livni menegaskan bahawa Mesir tidak akan berhenti melakukan upaya tempat perantaraan sepanjang pihak-pihak yang bertikai menginginkannya. "Tapi susah bagi saya membayangkan, bahawa kita dapat meyakinkan kedua belah pihak untuk kembali melakukan gencatan senjata selagi masih ada sikap kekerasan," kata Gheit. Para pejuang Hamas menembakkan roket-roketnya ke wilayah Israel, sebagai respon atas serangan udara Israel ke Rafah yang menewaskan seorang warga Palestine Abbas Ajak "Damai" Hamas
Hari Khamis kelmarin, Presiden Palestine Mahmud Abbas mengajak Hamas untuk kembali ke meja perundingan untuk membahas perhubungan dengan Fatah. Abbas mengatakan, bahawa pihaknya tidak bermaksud untuk menyingkirkan Hamas kerana Hamas adalah bahagian dari rakyat Palestine meskipun memiliki visi yang berbeda dengan Fatah. "Kami ingin mereka (Hamas) menemukan jalan yang benar, kami tidak dapat menerima situasi dimana bangsa kami berpecah belah. Kami menyerukan Hamas untuk melanjutkan dialog peringkat negara," ujar Abbas dari Tepi Barat. Abbas juga menyatakan bahawa Fatah tidak ingin bermusuh dengan Hamas. "Perang biasa adalah perang yang merosak, dan tidak akan menghasilkan apa-apa," ujarnya. Akhir-akhir ini, Abbas mengancam jika Hamas menolak berdialog sampai akhir tahun ini, ia akan mempercepat pilihanraya parlimen dan pilihanraya presiden. Sedangkan Hamas menegaskan, mereka tidak akan mengakui kepemimpinan Abbas begitu masa jawatan Abbas berakhir pada tanggal 8 Januari 2009 dan Hamas tidak akan membiarkan adanya percepatan pilihanraya sampai jadual pelihanraya yang sebenarnya pada Januari 2010 mendatang. (ln/aljz/aby/YN) Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008Label: artikel
Kalau Rokok Haram, Bagaimana penyelesaiannya?
Benarkah mengharamkan rokok dapat menggoncangkan ekonomi? Jawabnya adalah tepat sekali. Bila fatwa haramnya rokok dikeluarkan secara tiba-tiba, maka pasti muncul goncangan yang dahsyat. Itu pasti dan tidak mungkin dapat terhindari. Namun mana ada Al-Quran mengharamkan sesuatu dengan cara tiba-tiba? Haramnya khamar memerlukan empat tahapan pengharaman, dari sekadar menyindir hingga haram keseluruhannya. Haramnya riba juga mengalami proses yang sama. Termasuk proses pembebasan manusia dari perhambaan. Maka untuk menghindari masyarakat dari bahaya asap rokok, perlu dilakukan dalam proses jangka pendek dan jangka panjang. Serta menggunakan sistematik yang komprehensif, menyentuh semua bidang kehidupan serta melibatkan semua elemen. Perlu difikirkan pengalihan kerja para petani tembakau dan buruhnya juga. Perlu difikirkan perubahan, industri rokok menjadi industri yang lainnya. Termasuk para penyalur, pembeli dan penjual. Harus ada kebijakan dari pihak penguasa dan proses yang baik, agar semua proses itu dapat berjalan dengan sempurna dan lancar. Misalnya dalam jangka waktu 10 tahun ke depan. Mulai dari ulama yang membuat fatwa, ahli pertanian yang menemukan tanaman pengganti tembakau yang lebih menguntungkan petani, juga ahli hokum, diperlukan bekerja secara sistematik, terpadu dan terintegrasi. Mungkin visi dan misi penghilangan rokok harus dipimpin langsung oleh President yang mengharamkan rokok untuk semua menterinya. Lalu semua menteri mengharamkan rokok buat semua pejabat yang berpangkat 1, 2 dan tiga. Lalu terus ke bawah hingga tingkat yang paling rendah. Boleh saja dimasukkan ke dalam syarat penerimaan jabatan pertahanan awam dan tentera serta polis, adalah orang yang tidak merokok. Hatta penerimaan mahasisiwa/wi Haramnya Rokok Haramnya rokok bukan kerana kenajisannya seperti haramnya kita makan babi atau bangkai. Juga bukan kerana effect menghilangkan kesedaran dan kewarasan, sebagaimana haramnya kita minum khamar. Tetapi kerana ilmu pengetahuan dan teknologi akhir-akhir ini menemukan bahaya asap rokok yang serius dan sangat mematikan. Sebuah penemuan yang sangat baru dan untuk jangka waktu yang panjang belum pernah disedari oleh manusia. Walhasil, kalau di kitab-kitab fiqih klasik tidak pernah dibahas tentang haramnya rokok, kerana manusia saat itu belum mengenal hakikat racun asap rokok. Yang mereka kenal hanyalah bau mulut akibat rokok, sehingga hukumnya paling jauh sekadar makruh. Kalau hari ini kita masih melihat banyak ustaz yang asyik menyedot asap rokok, barangkali kerana mereka tidak mendapatkan up-date terbaru soal informasi bahaya asap rokok. Dalil yang mereka pakai masih dalil yang klasik dan ketinggalan zaman. Namun para ulama yang celik informasi dan mengerti teknologi dan ilmu pengetahuan, biasanya akan cepat menyerap informasi dan cenderung menghindari diri dari asap rokok. Baik sebagai perokok aktif mahu pun sambilan. Ketika kalangan ahli menemukan formalin banyak dibahan makanan, serentak orang berhenti memakan makanan yang mengandung formalin. Ketika borax ditemukan dalam makanan kita, orang-orang pun segera berhenti memakannya. Mengapa mereka dapat begitu bersatu dan serentak berhenti makan formalin, boraks dan sebagainya? Kerana mereka tahu betapa berbahayanya zat-zat itu untuk tubuh. Saat itu, tidak ada orang yang kebingungan tentang ribuan pekerja yang akan menganggur kerana kerja di bidang pembuatan makanan yang mengandung zat berbahaya itu. Orang-orang lebih mementingkan kesehatan masyarakat yang lebih luas, daripada memikirkan nasib pekerja yang akan menganggur. Tahu BahayaTapi Tetap MerokokTapi ternyata tidak semua orang faham dengan ilmunya. Meskipun mengaku sebagai orang pandai, cerdas dan berilmu pengetahuan. Bukankah banyak dokter yang tidak dapat menghentikan kebiasaan merokoknya? Padahal mereka orang yang paling tahu bahaya racun asap rokok. Mereka adalah orang yang mengajarkan kepada manusia bahawa rokok itu racun dan berbahaya bagi kesehatan, bukan sekedar berbahaya, tetapi bahaya yang amat serius. Kalau dokter ada yang merokok, maka siapa yang dapat menjamin bahawa masyarakat awam tidak merokok? Sedangkan fatwa haram rokok milik para ulama dengan dalil dari ilmunya para dokter. Bukankah tidak sedikit para dokter yang juga minat minum khamar? Padahal mereka tahu bahaya khamar, jauh lebih tahu dari para ulama. Jadi masalahnya sekarang buat sebahagian orang, memang bukan terletak pada ketidak-tahuan, melainkan kemampuan diri untuk menahan hawa nafsu. Di situlah titik masalahnya. Siapa kata para lelaki hidung belang dan para wanita penjaja kenikmatan seks tidak mengerti penyakit kelamin yang sangat menyakitkan? Justeru mereka adalah orang paling tahu bahaya seks bebas. Tapi hawa nafsu mengalahkan mereka. Jadi urusannya memang bukan seseorang itu tidak tahu adanya bahaya, tetapi kerana seseorang sudah tidak mampu menahan gejolak syahwatnya sendiri. Ketika seseorang masih saja merokok, ada dua kemungkinan penyebabnya. Pertama, dia tidak tahu bahaya asap rokok. Kedua, mungkin dia tahu, tapi dia tidak mampu menahan syahwat merokoknya. Wallahu a'lam bishshawab, Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008 Label: artikel
Adakah Harus Solat Zuhur Setelah Solat Jumaat
Apabila seseorang telah menunaikan solat jumaat, maka tidak ada lagi baginya kewajiban untuk melakukan solat Zuhur. Kecuali bila dia tidak menemukan solat jumaat dimana-mana, atau kerana batal atau kerana tertinggal. Tidak menemukan solat Jumaat kerana batal adalah seseorang ikut berjemaah dalam solat Jumaat, tiba-tiba batal wudhu'nya. Dan tidak ada kesempatan lagi baginya untuk berwudhu dan kembali ikut solat, meskipun menjadi masbuk (makmum yang ketinggalan solat ). Maka untuk itu dia harus menunaikan solat zuhur sebagai pengganti solat Jumaat yang batal. Demikian juga bila alasannya tertinggal, seperti seseorang terlambat datang solat Jumaat dan hanya ikut bersama imam setelah imam bangun dari ruku' pada rakaat kedua. Maka untuk itu dia harus tetap solat bersama imam, namun setelah selesai imam menutup solatnya dengan salam, dia harus berdiri lagi untuk menunaikan solat Zuhur empat rakaat. Adapun bila seseorang telah secara sah melakukan solat Jumaat, tanpa batal atau tertinggal, maka tidak ada lagi kewajipan baginya untuk melakukan solat Zuhur. Dalilnya adalah hadits berikut ini: Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila datang waktu siang hari Jum'at maka solatlah dua rakaat." (HR Ad-Daruqutuny). Seandainya solat zuhur masih wajib, maka Rasulullah SAW tentu tidak memerintahkan hanya dua rakaat saja. Dan apa yang dilakukan beliau SAW dan para shabatnya juga menunjukkan tidak ada lagi solat zuhur setelah solat Jum'at. Tidak ada satupun yang menyebutkan bahawa ada sahabat yang solat Zuhur setelah solat Jumaat. Jadi tidak ada dalil yang melandasi solat zuhur setelah solat jum'at, kerana solat Jum'at telah mengganti solat Zuhur. Adapun tindakan yang dilakukan oleh beberapa orang untuk solat Zuhur setelah solat Jumaat secara rutin dengan alasan kerana takut tidak sah, sebenarnya merupakan tindakan yang patut dipertanyakan. Apa dasar mereka mengatakan takut solat Jumaatnya tidak sah? Sebahagian beralasan tidak sah kerana apabila ada beberapa solat Jumaat di tempat yang berdekatan, seperti ada dua masjid yang berdekatan menyelenggarakan solat Jumaat. Ada yang meyakini bahawa yang sah hanyalah yang lebih dahulu melakukan solat Jumaat, sedangkan masjid satunya yang tertinggal, saat memulai solat Jumaat, diyakini tidak sah. Oleh itu jemaah yang berada di masjid kedua harus melakukan solat Zuhur, kerana solat Jumaat yang mereka lakukan tidak sah dalam anggapan mereka. Sikap seperti ini agak berlebihan. Dikatakan agak berlebihan, kerana adanya masjid dan jemaah solat jumaat yang berdekatan dengan jemaah solat jumaat yang lain, saling menafikan atau mengatakan tidak sah. Memang ada pendapat dari beberapa ulama di dalam kitab fiqih klasik yang menekankan pentingnya solat jumaat dilakukan secara berjamaah dalam satu masjid besar, tidak terpecah-pecah menjadi beberapa lokasi yang berbeza. Bahkan Al-Imam Asy-Syafi'i sekalipun tidak pernah ada orang meriwayatkan, mengatakan bahawa beliau melakukan solat zohor setelah melakukan solat jumaat. Padahal beliau pernah, datang ke baghdad yang di sana terdapat beberapa masjid, Tambahan pula, pendapat seperti ini kurang tepat lagi bila dilaksanakan di zaman sekarang, Kita tidak punya masjid yang besar dan mampu menampung orang dalam jumlah besar. Yang kita miliki sekarang ini masjid-masjid kecil dalam jumlah yang banyak. Kalau seandainya masjid-masjid itu kurang jemaahnya, memang sebaiknya tidak melaksanakan solat jumaat sendiri. Seperti, jemaahnya kurang dari 40 orang sebagaimana salah satu pendapat dalam mazhab fiqih. Maka tidak ada alasan untuk mengatakan bahawa solat jumaat itu tidak sah lantaran kerana diselenggarakan di beberapa masjid yang saling berdekatan. Dan juga tidak ada alasan untuk melakukan solat Zuhur setelahnya kerana alasan tadi. Waktu Jumaat adalah Waktu ZuhurWaktu yang benar untuk melakukan solat jumaat adalah waktu Zuhur. Bila dilakukan di luar waktu Zuhur, maka solat Jumaat itu tidak sah. Misalnya dilakukan di waktu Dhuha', atau di waktu Asar, maka solat itu tidak sah sebagai solat Jumaat. Waktu sholat Jum’at adalah sama dengan waktu sholat Zuhur, iaitu dari tergelincirnya matahari hingga ukuran bayangan sesuatu sama dengannya. Dalil mengenai ketentuan waktu solat Jum’at adalah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab “Shahih Bukhari”. Dari Anas bin Malik ra bahawa Nabi SAW melaksanakan sholat Jum’at ketika matahari condong (tergelincir)”. (HR Bukhari) Imam Muslim meriwayatkan dari Salamah bin al-Akwa’ ia berkata: “Kami melaksanakan sholat jum’at bersama Rasulullah SAW ketika matahari telah tergelincir, kemudian kami pulang mengikuti bayangan”. (HR Muslim) Demikian semoga dapat menjadi penambah ilmu dan wawasan. Wallahu a'lam bishshawab. Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008Label: artikel
Kesederhanaan Sumber Kekuatan
Suatu hari yang cerah menyelimuti Madinah. Di pintu gerbang kota tampaklah rombongan orang asing berurutan memasuki kota. Ternyata mereka adalah rombongan Hurmuzan, seorang panglima dan putera dari Persia. Rombongan ini ingin menemui amirul mu’minin Umar Bin Khattab. Mereka telah melakukan perjalanan yang jauh dari Persia menuju Madinah. Hurmuzan datang bersama rombongan yang besar, sebagai panglima dan putera kerajaan, tentunya mereka datang dengan segala kemewahan dan kebesaran layaknya seorang perwira sebuah negeri besar. Dikenakannya pakaian kebesaran , perhiasan yang penuh gemerlapan ,baju- baju sutera Persia yang begitu Indah. Dalam perjalanan ini mereka didampingi, dan diantaranya adalah seorang sahabat, Anas bin Malik. Dalam perjalanan ia bertanya dimana amirul mu’minin Umar, tempat tinggalnya. Ia sudah membayangkan, bahawa Umar bin Khattab yang terkenal kemashyurannya, yang berita tentangnya tersebar ke seluruh negeri-negeri, pasti tinggal di sebuah istana yang megah , luas serta dikelilingi pengawal-pengawal . Sesampainya di Madinah, rombongan langsung dihantar menuju tempat kediaman Umar. Hurmuzan tentunya sangat hairan, kenapa rumah Umar tidak jauh beza dengan rumah penduduk yang lain. Tidak ada kemegahan sama sekali yang menunjukkan bahawa ini rumah seorang pemimpin besar dari sebuah negeri besar. Mereka tidak menemui Umar dirumahnya. Diberitahukan bahawa Umar sudah berada di sebuah masjid, kerana sedang menerima delegasi dari Kuffah. Rombongan pun segera bergegas ke masjid. Ternyata tidak juga menemui Umar. Ternyata acara delegasi dari Kuffah , sudah selesai beberapa waktu sebelumnya. Akhirnya ditunjukkan oleh seseorang, bahawa Umar sedang istirehat tidur di beranda sisi kanan masjid. Betapa terkejutnya rombongan itu, ketika ditunjukkan bahawa negarawan besar Umar adalah lelaki dengan pakaian sangat-sangat sederhana (seadanya), sedang istirehat tidur, hanya beralaskan alas yang sangat usang. Tidak ada satupun pengawal yang berada didekatnya. Bagaimana mungkin seorang pemimpin jazirah Arab dan daerah-daerah sekitarnya , kondisinya semacam ini. Bukankah emas, perak, serta harta negara yang sedemikian banyak ? tetapi memang begitulah adanya, seorang Umar. ‘Wahai Umar’ kata Hurmuzan, ‘Engkau , telah memerintah dengan adil, lalu engkau aman, dan engkau pasti tidur dengan nyaman’. Itulah kekuatan kesederhanaan seorang Umar bin Khatab, sehingga bawahannya pun segan dan hormat serta tidak akan berani menjilat . Kesedehanannya menjadi sumber kekuatan besar dalam untuk mensyiarkan agama Allah. Wallahu a'lam bishshawab Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008Label: artikel
Mengapa Abu Darda Menangis Sendirian?
Solat subuh dia tidak sempat lakukan di masjid yang berdekatan dengan rumahnya. Ketika azan bergema, yang menandakan pangggilan waktu solat. Lelaki itu sudah bergegas dengan motornya menuju ke pusat kota. Pergi ketika anak-anaknya masih tidur. Terkadang tidak sempat menyapa isterinya, kerana isterinya masih terlelap. Ia biasanya masih menyempatkan solat subuh di tengah jalan. Tapi, lebih banyak meninggalkan kewajiban solat. Sudah beberapa tahun ia tinggal di pinggiran kota. Tidak mungkin lagi hidup dan tinggal di pusat kota. Kemudian, dia dan keluarga pergi meninggalkan pusat kota, dan pergi ke pinggiran, yang agak jauh dengan pusat kota. Setiap hari dia harus pergi menempuh jarak yang jauh, menuju tempat dia bekerja. Setiap hari dia harus menghabiskan waktu, tidak kurang dua jam atau tiga jam, agar dia dapat sampai ke pusat kota. Terkadang lebih. Jika diperkirakan dia harus menghabiskan waktu enam jam, hanya untuk perjalanan dari rumah ke tempat bekerja. Proses kehidupan yang berat itu, terus dia jalani, tanpa henti. Tapi, dia tidak sendirian yang memiliki nasib seperti dirinya itu, dan mungkin jumlah mereka sangat banyak, tidak terhitung lagi. Orang-orang pinggiran kota, realitinya memang mereka adalah pinggiran, bukan golongan menengah secara ekonomi. Terkadang manusia menghabiskan waktunya hanya mengejar keperluan hidup, kerana keperluan mereka tidak dapat dipisahkan dengan bekerja. Mereka tidak sendirian. Mereka memiliki anak, isteri dan keluarga, yang menjadi bahagian hidup mereka. Betapa, kehidupan manusia yang sudah dalam system dan tidak mungkin dapat lepas dari sistem itu. Kehidupan mereka menjadi sebuah hal yang rutin, yang tidak putus-putus. Inilah yang menyebabkan manusia harus berkerja. Inilah yang menyebabkan seseorang, membiarkan dirinya tenggelam dalam kehidupan yang jauh dari Rabbnya. Inilah yang menyebabkan manusia tidak lagi memikirkan antara dosa dan pahala.mereka menjadi tidak focus, Mereka harus menyesuaikan diri dengan hanya sekadar mempetahankan kehidupan mereka yang sangat diperlukan. Meskipun, tidak sedikit manusia yang kelihatannya tidak berdaya, tapi mereka memiliki tekad yang kuat, dan tidak pernah menyerah dengan kehidupan,yang menistakan itu. Mereka jalani kehidupan dengan penuh semangat. Tidak mahu melepaskan janjinya, dan komitmennya yang teguh, dan terus menghamba kepada Rabbnya. Betapapun himpitan hidup menderanya. Ia tidak mahu melepaskan dirinya dari komitmennya terhadap ‘ad-dinul Islam’, yang menjadi asam garam kehidupannya. Keteguhannya mengalahkan segala penderitaan yang ia terima. Tidak pernah berkeluh. Apalagi, berburuk sangka (berkhusnudzan) terhadap Allah Azza Wa Jalla. Ia dengan penuh ketulusan, dan menyakini semua perintah Rabbnya, dan yakin akan janji-Nya. Maka, betapapun keadaan lingkungan atau bi’ahnya yang sudah tidak sesuai dengan nilai-nilai yang diyakini, tapi ia besi kukuh menerima hal yang pasti akan diterimanya, ketika saat menghadap Rabbnya, bahawa segala kebaikan pasti akan mendapat balasan. Tidak pernah terbersit dihatinya oleh pengaruh duniawi, yang kadang-kadang melalaikannya. Ia tidak mahu berbuat maksiat yang dapat merosak kehidupannya, yang sudah ia jalani, yang hampir mencapai lebih setengah abad. Jika ia menderita, penderitaan itu pasti tidak akan selamanya. Penderitaan itu akan berakhir dengan kematian. Bila, dirinya sabar, dan tidak meninggalkan perintah-Nya, pasti ia akan mendapatkan kemuliaan di sisi Rabbnya. Lelaki itu selalu ingat kisah Abu Darda’ yang menangis sendirian, justeru kala ia melihat umat Islam dapat menaklukan Cyprus, yang menjadi pusat kerajaan Romawi dahulu kala. Betapa ketika waktu itu, kekuasaan berada di tangan, dan segala harta benda, serta segala bentuk kenikmatan dunia, sudah ada di tangan kaum muslimin. Tapi, kisah tentang Abu Darda’ tidak pernah dia lupakan, dan terus tersimpan tersemat dalam dirinya. Ia patri dalam-dalam dadanya. Kisahnya ketika itu, Abdurrahman bin Jubair, bercerita apa yang ia dengar dari ayahnya, Tatkala Cyprus (Romawi) ditaklukkan kaum muslimin, tiba-tiba mereka banyak yang menangis. Aku melihat Abu Darda’ menangis sendirian, aku bertanya kepadanya, ‘Wahai Abud Darda’ apa yang membuatmu menangis di hari Allah Azza Wa Jalla memuliakan Islam dan pemeluknya?’. Ia berkata, ‘Celaka kamu wahai Jubair. Betapa hinanya makhluk disisi Allah Ta’ala, jika mereka mengabaikan perintah-Nya.Kamu tahu mereka sebelumnya adalah umat yang kuat dan pemenang, akan tetapi kerana mereka meninggalkan perintah Allah, maka kamu lihat seperti apa mereka sekarang? ‘ Betapa, banyak umat yang lalai, ketika datang kenikmatan yang diberikan oleh Allah Ta’ala, mereka menjadi tidak sabar, lalai, dan meninggalkan ajaran-ajaran-Nya, serta berbuat maksiat dan durhaka. Kenikmatan, yang sangat sedikit dibandingkan dengan nikmat yang diberikan oleh Allah Azza Wa Jalla, kelak di surga, sebagai balasan atas keimanannya, justeru diabaikan, dan memilih kenikmatan di dunia, yang sangat hina. Kemudian, banyak manusia yang melampaui batas, dan lebih rela mengejar dunia. Bahkan, Abud Darda’ menegaskan : “Beribadalah kalian kepada Allah, seakan kalian melihat-Nya, dan anggaplah diri kalian termasuk orang-orang yang mati”. Dari Ummu Salamah berkata, aku mendengar Rasulullah shallahu alaihi wa salam bersabda : “Jika kemaksiatan merebak diantara umatku, maka Allah akan menimpakan azab yang akan mengenai sesiapa saja”. Kemudian sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah bukankah diantara mereka ada orang soleh?”. Lalu, jawab Rasulullah shallahu alaihi wa salam : “Betul”. Selanjutnya, sahabat bertanya : “Apa yang diperbuat mereka kepada mereka?”. Beliau menjawab : “Mereka juga merasakan apa yang dirasakan orang umumnya, mereka mendapatkan pengampunan dan redha dari Allah”. (HR.Ahmad). Lelaki,yang tinggal dipinggiran kota itu, terus menelusuri jalan kehidupan, yang berliku, tapi ia tetap luruskan niatnya, dan ingin mendaptkan redha-Nya. Betapa, beratnya beban kehidupan yang harus ia hadapi. Setiap hari. Dengan berbekal do’a, ketika pagi buta, ia meninggalkan rumahnya menuju kota, di mana ia harus bekerja. Ia jauhkan dirinya dari semua yang menjadi penghalang untuk mendapat keredhaan Rabbnya. Termasuk tidak ingin melakukan perbuatan dosa. Wallahu ‘alam. Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008 Label: artikel
Berhati-hati Dengan Barang Syubhat
“Sesungguhnya yang halal itu sudah jelas dan yang haram itu sudah jelas, di antara keduanya ada perkara syubhat yang tidak diketahui oleh banyak manusia. Barangsiapa berhati-hati dengan yang syubhat, ia telah memelihara agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjatuh pada syubhat, maka ia telah terjerumus pada yang haram.” (Muslim) Kalimat itu diucapkan Nabi Muhammad saw. lebih dari 14 abad silam. Beliau memberi peringatan kepada kita untuk berhati-hati dalam masalah halal dan haram, serta sesuatu yang tidak jelas di antara keduanya. Menyangkut hal rezeki yang didapat, makanan yang dibelanjakan, pakaian yang dikenakan, nafkah yang diberikan kepada keluarga, dan hal-hal lain yang terkait dengan hidup keseharian kita. Semuanya harus berasal dari yang halal, baik secara hukum mahupun secara zat. Allah swt. memerintahkan kita untuk hati-hati dalam memenuhi segala hal yang menjadi keperluan hidup kita. “Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 168) Dalam memenuhi keperluan harian dengan barang haram sangat memberi kesan bagi kehidupan seseorang, baik di dunia mahupun di akhirat. Kesan di dunia akan berlaku pada perilaku, akhlak, psikologi, emosi, kesehatan, dan keturunan kita. Sedangkan di akhirat ada dua kemungkinan: masuk syurga dengan menikmati segala kenikmatannya, atau neraka dengan menanggung segala siksaanya. Kerana itu tidak heran jika Abu Bakar sangat ketat dalam hal ini. Di satu riwayat disebutkan bahawa suatu hari pembantu Abu Bakar datang dengan membawa makanan. Seketika Abu Bakar mengambil dan memakannya. Sang Pembantu berkata, “Wahai Khalifah Rasululillah, biasanya setiap kali aku datang membawa makanan, Anda selalu bertanya dari mana asal makanan yang aku bawa. Kenapa sekarang Anda tidak bertanya?” Abu Bakar menjawab, “Sungguh hari ini aku sangat lapar sehingga lupa untuk menanyakan hal itu. Kalau begitu ceritakanlah, dari mana kamu mendapat makanan ini?” Si Pembantu menjawab, “Dulu sebelum aku masuk Islam pekerjaanku adalah sebagai dukun. Suatu hari aku pernah diminta salah satu suku untuk membacakan mantera di kampung mereka. Mereka berjanji akan membalas jasaku itu. Pada hari ini aku melewati kampung itu dan kebetulan pula mereka sedang mengadakan pesta, maka mereka pun menyiapkan makanan untukku sebagai balasan atas jasa perdukunan yang pernah kuberikan.” Mendengar itu, spontan Abu Bakar memasukkan jari ke kerongkongannya agar dapat muntah. Setelah muntah Abu Bakar berkata, “Jika untuk mengeluarkan makanan itu aku harus menebus dengan nyawa, pasti akan aku lakukan kerana aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Tidak ada daging yang tumbuh dari makanan yang haram melainkan neraka layak untuk dirinya’.” Begitulah Abu Bakar. Contoh pemimpin yang menjaga dirinya dari hal-hal syubhat. Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008 Label: artikel
Ketika Yahudi Menipu Yahudi
Berbohong dan menipu sudah menjadi bahagian hidup orang-orang Yahudi terutama Yahudi yang mendukung Zionis, kerana kitab suci mereka Talmud membolehkan kaum Yahudi berbohong dan menipu kaum bukan Yahudi. Tapi ajaran ini nampaknya tidak berlaku bagi Bernard Madoff, Salah Seorang terkaya Yahudi AS yang berhasil menggegarkan dunia kerana kejahatan penipuan yang dilakukannya terhadap sejumlah perusahaan yang berstatus internasional. (berita terkait: Penipu Ulung Mengguncang Dunia Yahudi) Bagi Madoff menipu sesama Yahudi dibolehkan, asalkan ia mendapat keuntungan besar dari sikap tipu menipunya. Tidak hairanlah, ketika kejahatan Madoff terbongkar, banyak orang-orang Yahudi AS yang menjadi mangsanya dan mereka tentu saja suka dengan kelakuan Madoff yang selama ini dikenal sebagai keperibadian yang murah hati kerana ia menjadi penderma banyak organisasi sosial Yahudi di AS. Bunuh DiriPelabur yang berasal dari Prancis Rene-Thierry Magon de la Villehuchet, 65, menjadi mangsa Madoff pertama, yang bunuh diri. Ia kehilangan wang sebesar 1,4 milion dollar AS yang ia laburkan di perusahaan Madoff. Renen ditemukan mati di pejabatnya di New York, Selasa (23/12). Jabatan Polis New York, Paul Browne mengatakan mayat Rene ditemukan dalam keadaan duduk di depan meja kerjanya. Di dekatnya ditemukan botol berisi pil tapi tidak ditemukan catatan apapun. Rene adalah salah satu pelabur yang berkelas dunia yang terkena kes penipuan Madoff. Surat khabar terbitan Paris, La Tribune melaporkan, Rene yang juga pendiri perusahaan bisnes finansial Access International,bekerja siang, malam selama satu minggu ini mencari cara, bagaimana, mendapatkan kembali wang yang ia laburkan di perusahaan Madoff. Namun gagal, kerana undang-undang AS sudah membekukan semua aset-aset Madoff. Tambahan Madoff sendiri sudah ditahan polis, di rumahnya, Manhattan. Terbongkarnya kejahatan Madoff menjadi tamparan hebat, dan membuat komunity Yahudi AS menjadi malu, terutama di Palm Beach, Florida. Kebanyakan mangsa penipuan Madoff adalah lembaga-lembaga amal dan keluarga-keluarga Yahudi yang kaya di AS, khususnya di Palm Beach. "Saya kenal dengan sejumlah orang yang menjadi mangsa penipuan Madoff, mereka adalah orang-orang yang baik dan sangat murah hati menyumbangkan sebahagian hartanya untuk menjadikan dunia lebih baik sebagai tempat hidup. Mereka marah dan kecewa," kata Rabi Moshe Scheiner dari sinagog Palm Beach. Kawasan Palm Beach memiliki jumlah penduduk sebanyak 10.000 orang. Tapi pada puncak musim sejuk, banci penduduk Palm Beach meningkat tiga kali ganda dan 50 peratusnya adalah penduduk Yahudi. Seorang penasihat kewangan di kawasan itu mengaku kenal dengan sejumlah keluarga Yahudi yang mengalami kerugian masing-masing 100 juta dollar akibat kes penipuan Madoff. Menurut data surat khabar The New York Times, beberapa keluarga dan lembaga amal milik Yahudi yang menjadi mangsa Madoff antara adalah; 1. The Chais Family Foundation, dengan nilai pelaburan 178 juta dollar 2. The Carl and Ruth Shapiro Family Foundation, nilai pelaburan 145 juta dollar 3. Yeshiva University, nilai pelaburan 100-125 juta dollar 4. Hadassah, nilai invesrasi 90 juta dollar 5. The Elie Wiesel Foundation for Humanity, nilai pelaburan 37 juta dollar 6. Yayasan amal Mortimer Zuckerman, nilai pelaburan 30-40 juta dollar 7. The Jewish Community Foundation of Los Angeles, nilai pelaburan 25,5 juta dollar 8. The American Jewish Congress, nilai pelaburan 11, 3 juta dollar 9. The Jewish Federation of Greater Washington, nilai pelaburan 10 juta dollar 10. Wunderkinder Foundation milik Steven Spielberg, nilai invetasi 8 juta dollar 11. The Robert I. Lappin Foundation, nilai pelaburan 8 juta dollar 12. The Ramaz School Manhattan, nilai pelaburan 6 juta dollar 13. Technion Foundation, nilai pelaburan 6 juta dollar 14. North Shore-Long Island Jewish Health System, nilai pelaburan 5,7 juta dollar 15. The SAR Academy, nilai pelaburan 3,7 juta dollar Jumlah seluruh kerugian yang dialami komunity Yahudi dalam kes Madoff belum diketahui. Namun menurut surat khabar Jerusalem Post, lembaga-lembaga amal milik Yahudi kehilangan dananya sekitar 600 juta dollar. Jerusalem Post menyebutkan, kerugian akibat kes penipuan Madoff merupakan "bencana financial paling ketara" bagi komunity Yahudi sejak masa Great Depression melanda dunia di era tahun 1930-an. Sikap Anti-YahudiLaurence Learner, penulis yang tinggal di Palm Beach mengungkapkan kemungkinan kesan buruk terhadap komunity Yahudi, khususnya di Palm Beach yang dulu pernah mengalami penindasan. Terbongkarnya kejahatan Madoff yang menjadi pencuri wang terbesar di dunia ini, kata Learner, terjadinya pemicu kuat sikap anti-Yahudi dan terdorongnya sikap tindakan balas dendam terhadap orang-orang Yahudi. "Dulu, orang-orang Yahudi mengalami penindasan. Sampai tahun 1965, orang Yahudi bahkan tidak diperkenankan masuk ke hotel-hotel ," ujar Learner yang sedang menulis buku berjudul "Madness Under the Royal Palms." Learner mengatakan akibat kes Madoff, muncullah di internet-internet. "Orang-orang mengatakan, 'lihat Yahudi jahat dan penipu itu, yang telah membuat kita bangkrap'. Anda akan temukan di internet, banyak orang yang menyalahkan Yahudi atas apa yang terjadi," ungkap Learner. "Kes ini dimanfaatkan oleh kelompok-kelompok anti-Yahudi untuk menyuarakan kebenciannya pada Yahudi. Saya harap ada sikap pro aktif di masyarakat dan pengelola laman internet untuk menghapus postingan-postingan yang bernuansa kebencian terhadap Yahudi," kata Adrew Rosenkranz, Pengerusi Anti-Defamation League cabang Florida. (ln/bbc/reuters) Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008Label: artikel
Wahai Umat Islam, Kita Bersaudara.
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah, sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik”. (QS Ali Imran: 110) Wahai umat islam, kita punya tujuan dan tugas mulia yang sama. Dan kita adalah umat yang terbaik. Salah satu yang harus kita jaga dan salah satu sebab lemahnya masyarakat islam adalah saling berselisih hingga melupakan sasaran dan tujuan umat ini, iaitu beribadah kepada Allah dan memakmurkan bumi sesuai petunjuk Allah SWT (Al-Quran dan Hadits). Perselisihan umat islam tentang kebenaran agama ini akan membuat kita berpecah belah, dan berkelompok-kelompok disebabkan rasa fanatik yang berlebihan terhadap daerah, jenis kelamin, atau suku dan sebab yang lain, sehingga para penjajah dan musuh-musuh islam mudah memecah umat islam, dengan cara saling membenci, memfitnah,memperburukkan antara satu sama lain, berbeza pendapat,berbeza pemikiran, politik dan tujuan. Satu hal yang harus kita hindari adalah ghibah dan mengumpat diantara sesama umat Islam. Allah SWT, telah menegaskan dalam Al-Quran tentang betapa tercelanya perbuatan mengumpat, dan menyerupakan pelakunya sama dengan pemakan daging orang mati. Firman-Nya: “hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka(kecurigaan), kerana sebahagian dari buruk sangka itu dosa. Dan janganlah mencari keburukan orang lain dan janganlah memperburukkan anatar satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi maha penyayang”. (QS Al-Hujurat: 12) Rasulullah bersabda; “tiap-tiap muslim atas muslim yang lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya”. Ada beberapa sebab yang mendorong terjadinya ghibah atau mengumpat: 1. Kemarahan, seseorang akan berusaha meredakan angin marahnya dengan menyebut keburukan-keburukan orang lain. 2. Keinginan untuk membanggakan diri. 3. Kedengkian terhadap orang yang dipuji, dicintai, dihormati oleh orang banyak. 4. Menyetujui dan membantu sebarkan fitnah, ia tidak mahu mengingatkan dan meninggalkan majlis kerana takut dipulau oleh mereka. Sehingga tetap berada di majlis untuk menyenangkan mereka, dan berpendapat bahawa ini termasuk pergaulan yang baik. Saudaraku kaum muslimin, perlu diketahui bahawa keburukan akhlak ghibah itu hanya dapat diubati dengan ramuan ilmu dan amal. Ubat pencegah lisan dari ghibah dan mengumpat adalah dengan memberikan kesedaran kepada diri kita sendiri, jika kita melakukan ghibah, kita akan berhadapan dengan murka Allah, kerana melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya. Jadi kalau kita benar-benar mempercayai keterangan-keterangan yang datang dari Al-Quran dan Hadits tentang menyangkut masalah ghibah ini, tentu lisan kita akan kita jaga agar kita tidak akan pernah melakukannya. “Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela” (QS Al-Humazah:1) Barangsiapa melihat seorang mukmin dihina dihadapannya, kemudian ia tidak menolongnya, padahal sebenarnya ia mampu menolongnya, maka Allah akan menghinakannya pada hari qiamat nanti di hadapan seluruh makhluknya. (HR Thabrani). Adalah lebih baik bila kita mahu berfikir dan mengawasi diri, dengan aib-aib yang ada dalam diri kita sendiri. Marilah kita menyibukkan diri dengan mengubati aib kita itu, kemudian hendaklah kita ingat sabda Rasulullah SAW; Berbahagialah orang yang disibukkan oleh aibnya sendiri dari meneliti aib orang lain (HR Bazzar). Wallahu’alam.. Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008Label: artikel
Puluhan Ribu Anggota Hamas Menyambut Milad ke 21
Puluhan ribu anggota dan pendukung Hamas menyelenggarakan perarakan dan aksi di stadium kota Gaza memperingati ulang tahun ke 21 berdirinya Gerakan Hamas. Peserta perarakan yang jumlahnya puluhan ribu itu membawa bendera hijau dan mengibar-ngibarkannya. Menyebabkan stadium di kota Gaza, berubah warna menjadi hijau. Bendera hijau yang melambangkan dan menunjukkan kekuatan Hamas, sejak Hamas telah mengambil alih seluruh Gaza dari al-Fatah. Hamas yang lahir di Gaza, dan didirikan oleh Syeikh Ahmad Yasin, yang lumpuh, dan meninggal akibat tembakan oleh helikopter Israel yang mempunyai pengaruh luas, di wilayah Palestine, baik di Gaza atau di Tepi Barat. Gerakan yang didirikan Syeikh Yasin itu merupakan bahagian dari gerakan Ikhwanul Muslimin, yang bercita-cita ingin membebaskan Palestine dan Yerusalem yang dijajah oleh Israel. Sekarang satu-satunya kekuatan politik dan militer di wilayah Palestine, yang efektif dan berpengaruh dalam menghadapi penjajah Zionis-Israel adalah Hamas. Meskipun, diserang oleh Israel, sejak memenangkan pelihanraya, dua tahun yang lalu, tetapi tidak melemahkan dan mempengaruhi tujuan dan cita-cita yang ingin ditegakkan Hamas iaitu mendirikan Negara Palestine yang bebas dan merdeka dari penjajahan Israel. Mereka terus bertahan dalam menghadapi keadaan yang paling menyakitkan bagi kehidupan rakyat Palestine, terutama di wilayah Gaza.Hamas, yang ikut serta dalam pilihanraya Januari (2006) yang lalu, dan mengalahkan kekuatan lama, iaitu al-Fatah,yang sekuler, dan merupakan warisan Yaser Arafat. Kemenangan itu, menimbulkan ketakutan di kalangan pemerintahan Israel, yang mendorong negara-negara Barat (Amerika dan Eropa), melakukan baikot, dan menuduh Hamas, sebagai kelompok ‘teroris’. Tujuan yang dilakukan Zionis-Israel dan negara-negara Barat melakukan baikot, tak lain tak bukan ingin melemahkan Hamas dan memaksa gerakan itu, tunduk kepada kepentingan Israel. DiMesir melalui Perisik Kerajaan Mesir Mohammad Sulaeman ingin memaksa Hamas, agar bersubahat, iaitu berdamai dengan Israel. Tawaran itu, hanya disetujui oleh Hamas, melalui perundingan yang betul, iaitu gencatan senjata, bukan perdamaian. Dan, gencatan senjata itu, menurut pihak Hamas, sewaktu-waktunya dapat dibatalkan, jika Israel melanggar perjanjian yang mereka sepakati. Hamas tidak mahu terikat perjanjian secara main-main dengan pihak Israel, yang telah berkali-kali melanggar gencatan senjata. Di Damaskus, Ketua Bahagian Politik Hamas, Khaled Mish’al, menegaskan perjanjian dengan Israel, sewaktu-waktu dapat dibatalkan, bila pihak Israel melanggar. Sekarang, yang menjadi fokus Israel, adalah pembebasan Kapten Gilad Shalid, yang masih berada di tangan kelompok militer di Gaza. Tidak ada perundingan mengenai pembebasan Gilad Shalid, kecuali jika pihak hamas menginginkan pembebasan tahanan Palestine, yang jumlahnya sekarang mencapai 11.000 tahanan. Hamas yang secara ideologinya berawal dari Jemaah Ikhwanul Muslimin, pengaruhnya sangat kukuh di Palestine, terutama di Gaza, dan kini di Tepi Barat. Gerakan yang awalnya merupakan social dan pendidikan itu, kini telah berubah menjadi gerakan politik dan militer. Gerakan yang berawal melawan Zionis-Israel hanya dengan ‘batu’, saat Intifada berlangsung, kini mereka telah mengembangkan senjata yang lebih canggih, iaitu roket. Para pejuang Hamas menargetkan di tahun 2010 nanti, roket yang kami ciptakan sudah dapat menjangkau Tel Aviv, ujar dari sebuah sumber Hamas. Gerakan perlawanan di tanah pendudukan Palestine itu, meskipun mereka menghadapi berbagai tekanan dari militer Israel, tapi mereka semakin mantap dan kukuh, dan bahkan membuat Zionis-Israel takut, dan menjadi kecut . Menurut Associated Press, jumlah penyokong yang hadir di peringatan ke 21 Hamas, yang berkumpul di stadium di kota Gaza itu, tidak kurang lebih 150.000 orang, sehingga tempat lapangan itu penuh dengan warna hijau. Dalam kesempatan itu, pemimpin Hamas, Ismail Haniya menegaskan dalam pidatonya, yang sangat penuh semangat itu : “Kami akan mempertahankan wilayah kami dari serangan Israel. Dari batu sampai menggunakan roket’ Pidato Haniya itu disambut dukungan penyokong dengan tepukan gemuruh”. Mereka menunjukkan bahawa gerakan Hamas masih tetap hidup. Kerana, gerakan itu hanya meminta pertolongan dan dukungan dari Allah Azza Wa Jalla, tidak meminta pertolongan dan dukungan dari musuh-musuh Islam. Mereka tidak terpengaruh dengan pergantian presiden di Amerika, kerana mereka juga menyakini, siapapun yang memimpin Amerika, tak lebih dari ‘budak’ Zionis-Israel. Merek tak terlalu banyak berharap dengan Obama. Hamas di usianya yang ke 21 itu, akan terus berjuang membebaskan tanah airnya dari tangan-tangan kotor Zionis-Israel, yang sudah berdiri sejak tahun l948, dan mereka yakin dengan izin dan pertolongan Allah Azza Wa Jalla, dapat membebaskan wilayah yang kini dikuasai penjajah. Selamat berjuang Hamas di tanah jajahan. Wallahu’alam. Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008 Label: artikel
Bahagian 1: Langkah-Langkah Cerdas Dalam Berdakwah
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An-Nahl: 125) Ayat ini berisi panduan khusus mengenai bagaimana berdakwah yang cerdas. Sekalipun dakwah kepada Allah merupakan amal soleh, tetapi seorang aktivis dakwah dalam mengerjakan tugasnya tidak boleh bersahaja. Sekadar meyakinai bahawa Allah pasti menolongnya. Tidak, tidak demikian seharusnya seorang aktivis dakwah. Tetapi aktivis dakwah harus cerdas dalam menjalankan tugasnya. Sebab, kerja dakwah bukan pekerjaan biasa. Ia pekerjaan yang sangat mulia, menuntut perhatian khusus dan cara-cara penyampaian yang kreatif. Berdakwah kepada Allah merupakan pekerjaan yang sangat mulia. Sebab, yang memerintahkannya adalah Allah yang Maha Agung. Perhatikan kata ud’u ilaa sabiili rabbika (serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu), ini menunjukkan bahawa tugas dakwah datang langsung dari Allah swt. sebagai bukti pentingnya tugas tersebut. Rasulullah saw. yang menerima tugas ini telah melaksanakannya dengan sungguh-sungguh. Seluruh hidupnya bila kita pelajari secara mendalam, tidak lebih dari cerminan dakwah kepada Allah. Setelah Rasulullah wafat tugas dakwah ini secara otomatik dioffer kepada umatnya, kerana Allah berfirman, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Ali Imran:110) Tidak dapat dimungkiri bahawa berdakwah di jalan Allah pasti akan berhadapan dengan tentangan yang sangat berat. Renungkanlah kata ilaa sabiili rabbika, di sini Anda akan mendapatkan kesan bahawa tugas utama manusia sebenarnya adalah mengikuti jalan Allah swt. Tetapi kerana setan bekerja keras untuk membuat manusia tergelincir, akhirnya banyak dari manusia yang keluar dari jalan Allah. Seorang aktivis dakwah yang cerdas hendaklah sentiasa berusaha untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar. Tentu saja di sini maksudnya bukan hanya orang kafir, melainkan banyak juga orang-orang Islam yang lemah iman ikut juga tergelincir. Oleh kerana itu, fokus utama dakwah selain mengislamkan orang-orang kafir, juga mengembalikan orang-orang Islam ke jalan yang tepat. Untuk ini sangat diperlukan langkah-langkah cerdas. Sebagaimana pada ayat di atas, mengajarkan kita tiga langkah, dengan dakwah akan menjadi efektif di mana pun disampaikan ; Berdakwah Dengan Hikmah Hikmah menurut banyak ahli tafsir adalah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang bathil. Di dalam kata hikmah terkandung makna kukuh. Allah berfirman: kitaabun uhkimat aayaatuhu. Dikatakan kepada sebuah bangunan yang kukuh: al binaa’ul muhkam. Bila kata hikmah digabungkan dengan dakwah maksudnya di sini adalah bahawa dakwah tersebut dilakukan dengan sungguh-sungguh, tidak pernah terhenti di tengah jalan. Ia terus berjalan dalam keadaan apapun. Aktivisnya tidak pernah kenal lelah. Segala kemungkinan yang berlaku, dapat dijuangkan demi tegaknya kebenaran, dan ditempuhnya dengan lapang dada. Di dalam kata hikmah juga terkandung makna bijak (wisdom) . Dakwah yang bijak menurut Ustadz Sayyid Quthub adalah yang memperhatikan situasi dan keadaan dari para mad’u (objek dakwah). Sejauh mana kemampuan daya tarik yang mereka miliki. Jangan sampai tugas-tugas diberikan di luar kemampuan si mad’u. Sebab, kesiapan jiwa masing-masing mad’u berbeza. Diupayakan setiap satu tugas yang diberikan sejalan dengan kapasiti intelektual mereka (lihat fii dzilaalil Qur’an, Sayyid Quthub vol.4, hal.2202). Perhatikan bagaimana Allah menurunkan Al-Qur’an tidak sekaligus, melainkan secara bertahap dalam berbagai situasi dan keadaan: pertama kali mengenai ayat-ayat keimanan, kerana surat-surat waktu Makkah lebih cenderung kepada masalah keimanan. setelah hijrah ke Madinah, dan iman para sahabat telah kukuh, barulah Allah turunkan ayat-ayat tentang syariat. Siti A’isyah r.a. pernah menkomentar masalah ini dengan sangat mengagumkan, bahawa sesungguhnya yang pertama kali Allah turunkan adalah ayat-ayat mengenai iman kepada Allah swt. Baru setelah iman para sahabat kuat, diturunkan ayat-ayat tentang halal-haram. Lalu Aisyah berkata: Seandainya yang pertama kali Allah turunkan adalah larangan: jangan kau minum khamer, nescaya mereka akan menjawab: kami tidak akan meninggalkan khamer selamanya. Dan seandainya yang pertama kali Allah turunkan adalah larangan: jangan kau berzina, nescaya mereka akan menjawab: kami tidak akan meninggalkan zina selamanya (HR. Bukhari, no. 4609). Dalam rangka ini pula ayat-ayat mengenai larangan minum khamer tidak straight sekaligus, melainkan melalui empat tahapan: Tahap pertama Allah memberikan isyarat bahawa barang-barang yang memabukkan itu bukan rezeki yang baik: “Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 67). Pada tahap kedua, Allah berfirman: Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfa`at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa`atnya”. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “Yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir. (Al-Baqarah: 219) Di sini Allah menerangkan bahawa khamar itu sebenarnya berbahaya besar. Kalaupun ada manfaatnya, itu hanya dari segi perdagangan saja, sementara bagi kesehatan ia sangat membahayakan. Tahap Ketiga, Allah melarang seseorang yang mabuk kerana khamer untuk melakukan solat, tetapi minum khamernya masih belum dilarang. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan.” (An-Nisa’: 43). Di dalam ayat ini secara tidak langsung terkandung pengharaman minum khamer. Tetapi masih belum ditegaskan. Baru setelah tahapan itu semua, pada tahap keempat, Allah menegaskan bahawa khamer haram hukumnya: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).” (Al-Maidah: 90-91) Jelas sekali bahawa cara-cara Al-Qur’an dalam mengembalikan manusia ke titik fitrahnya Sungguh sangat bijak. Demikian juga seorang aktivis dakwah yang cerdas, dia selalu berjalan sebagaimana tuntunan Al-Qur’an. Maka ia tidak memaksakan kehendak dengan cara mencaci-maki dan memburuk-burukkan orang lain yang tidak mahu bergerak dalam satu fikrah (baca: visi dan misi perjuangan). Dia selalu tenang, sekalipun dicaci-maki atau diperburuk-burukkan. Baginya berdakwah di jalan Allah adalah kemuliaan. Tetapi dengan syarat ilmu yang ia dakwahkan harus benar (baca: bashirah), bukan asal dakwah. Sebab di antara makna hikmah -menurut Ibn Abbas- adalah ilmu tentang Al-Qur’an (lihat mufradat alfadzil Qur’an, Ar Raghib Al Ashfahani, h.250). Jadi, tidak cukup jika hanya bermodal semangat, sementara pemikiran yang dianutinya salah. Oleh kerana itu Allah berfirman: “Katakanlah: Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” (Yusuf: 108). Jadi, tidak disebut hikmah - sekalipun ia tenang dan bijak- jika ia mengajak kepada kesesatan dan permusuhan terhadap umat Islam yang lain. bersambung......
Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008Label: artikel
Bahagian 1: Anugerah lupa
Di syurga yang tanpa lapar dan tanpa ketelanjangan, pada mulanya adam hidup damai dan tenteram. Ditemani isterinya, yang diciptakan untuk mengusir sepi dan membuat hidupnya tidak sendiri, adam benar-benar berada dalam puncak kebahagiaan. “Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan didalamnya dan tidak akan telanjang. Dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya.” (QS Thoha: 118-119). Tetapi sesudah itu, adam, bapa kita dan pemula seluruh umat manusia mengawali sejarah penting. Kehadirannya di bumi dengan sifat lupa. Allah berfirman, “dan sesungguhnya telah kami perintahkan kepada adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak kami dapati padanya kemahuan yang kuat.” (QS Thha : 115). Jadi, lupa adalah satu identiti terpenting dalam kemanusiaan. Kita manusia maka kita lupa, kita lupa kerana kita manusia. Maka terjadilah apa yang terjadi. Dan identiti kemanusiaan itu berlaku. “Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: ‘hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pokok khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?. Maka keduanya memakan buah dari pokok itu, lalu nampaklah bagi keua-dua auratnya dan mulailah keduanya menutupi dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan derhakalah adam kepada tuhannya dan sesatlah ia”. Tetapi dari lupa itu, terjadilah konsep penghambaan, taubat, dan petunjuk Allah, diperkenalkan kepada Adam. “kemudian tuhannya memilihnya, maka Dia (Allah) menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. Allah berfirman: ‘turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu akan menjadi musuh sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk dari padaku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjukku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka” (Thoha:122-123). Adam lupa kerana ia diciptakan sebagai manusia. Ini adalah lupa prosuder dari Allah, maksudnya, lupa itulah jalan yang harus ia lalui sebelum menjalankan tugas di muka bumi. Maka, dalam hadits shahih riwayat Bukhari, suatu saat musa menyalahkan adam dalam sebuah dialog, adam menegaskan posisinya sebagai bahagian dari rancangan besar Allah. Dan musa pun tidak menyangka dengan jawapan itu. Rasulullah SAW bersabda, “Pernah Adam dan Musa saling berdebat. Kata Musa: ‘Wahai Adam, engkau adalah nenek moyang kami, engkau telah mengecewakan harapan kami dan mengeluarkan kami dari surga. Adam menjawab: ‘Engkau Musa, Allah telah memilihmu untuk diajak berbicara dengan kalam-Nya dan Allah telah menuliskan untukmu dengan tanganNya. Apakah kamu akan menyalahkan aku kerana, Suatu perkara yang telah Allah tentukan empat puluh tahun sebelum Dia menciptakan aku?”’ Rasulullah bersabda: “Akhirnya Adam menang berdebat dengan Musa.” Dijadikan untuk kita penyakit lupa sebab kita manusia. Hanya Allah sahajalah yang tidak lupa. “Kepunyaan-Nyalah apa-apa yang ada di hadapan kita, dan apa-apa yang ada dibelakang kita dan apa-apa yang ada di antara keduanya, dan tidaklah Tuhanmu lupa.”(Maryam: 64). Dalam ayat yang lain, “Tuhan kami tidak akan salah dan tidak (pula) lupa." (Thoha: 52). Sesudah itu manusia-manusia pilihan, yang diangkat Allah menjadi Rasul juga pernah lupa. Musa lupa dengan komitmennya untuk tidak bertanya kepada Khidir. “Musa berkata: Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.’" ( Al-Kahfi: 73). Rasulullah SAW suatu saat pernah lupa dalam solat, beliau solat zohor sehingga lima rakaat. Lupa itulah, yang kemudiannya melahirkan syariat ibadah. Iaitu bagaimana tatacara ibadah bila ada yang lupa. Dalam Fiqh, kita kemudian mengenal apa yang disebut dengan sujud sahwi, ertinya, sujud kerana ada perkara yang lupa kita kerjakan,samaada kurang atau kelebihan, dalam solat. Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008Label: artikel
Tangan Bonda Yang Mengguncang Dunia
Sayyid Qutb, adalah tokoh yang begitu dekat bagi mereka yang terjun ke medan dakwah. Tulisan-tulisannya menjadi panduan dan sumber inspirasi para generasi islam untuk terus memancarkan kalimat tauhid. Karangan beliau seperti Tafsir Fi dzhilal al-Quran dan Ma’aalim Fi Thariiq, umumnya pernah menjadi teman akrab para juru dakwah untuk menyalakan suluh dakwah islam diberbagai tempat. Namun, tidak banyak yang mengenali kehidupan sayyid Qutb secara mendalam. Tidak banyak informasi yang diketengahkan kepada pembaca tentang latar belakang keluarganya yang sudah tentu memberikan kesan yang besar kepada pembentukan peribadi Sayyid Qutb. Mari kita manfaatkan kesempatan ini untuk mengenal lebih jauh tokoh ibu, sang pendidik pahlawan yang menjadi sendi penting dalam ketokohan Sayyid Qutb. Bonda Sayyid Qutb berasal dari sebuah keluarga yang mulia. Ia menikah dengan Qutb Ibrahim, ayahanda Sayyid Qutb sebagai isteri kedua, dan tinggal bersama-sama Qutb Ibrahim di Cairo. Bonda Sayyid Qutb mempunyai empat orang anak. Sayyid Qutb dibesarkan oleh ibu yang memiliki kesempurnaan sifat sebagai seorang wanita solehah dan berjiwa kuat. Ia seorang pemurah dan dikenal banyak bersedekah. Ia juga gemar memasak makanan untuk pekerjanya di ladang serta untuk para tetamu yang datang mengaji di rumahnya. Bunda Sayyid Qutb tidak pernah mengangap semua ini sebagai beban kerana ia menjadikan amal tersebut sebagai bahagian dari upayanya mendekatkan dirinya kepada Allah swt. Amal seperti ini memang sudah menjadi tradisi isteri yang mendampingi para juru dakwah di rumah yang kerap digunakan untuk dakwah islam. Bonda Sayyid Qutb juga gemar mendengar bacaan Al-Quran, malah beliau dikenal mudah terpengaruh dan terkesan dengan ayat-ayat yang dibacakan. Hal ini dijelaskan oleh Sayyid Qutb di dalam bukunya At-Taswiir Al-Fanni Fi Al-qur’aan: “setiap kali engkau asyik mendengar tilawah Al-Quran dari belakang tabir pleh para qurra yang datang mengaji ke rumah kita disepanjang bulan Ramadhan, seandainya aku ingin bermain-main seperti kanak-kanak lain, engkau akan mengisyaratkan kepada aku dengan tegas sehingga aku terdiam dan turut menyertaimu mendengar bacaan Al-Quran. Dari situlah jiwaku mula meneguk irama Al-Quran walaupun dengan usiaku yang masih kecil, belum mampu memahami bacaan itu…” “ketika aku besar dalam penjagaanmu, aku telah dihantar ke madrasah AWWALIYYAH di kampung. Harapan terbesarmu kepadaku adalah supaya Allah membukakan jalan kemudahan untuk aku menghafal al-Quran dan direzekikan kepadaku suara yang lunak untuk membacakan Al-Quran bagimu.. kini engkau telah pergi meninggalkan aku, wahai bonda tersayang. Gambaran terakhir dirimu yang sentiasa segar di ingatanku adalah samar-samar dirimu yang sering duduk dihadapan radio, mendengar keindahan bacan-bacaan Al-Quran. Amat jelas lekuk-lekuk wajahmu yang mulia, tanda-tanda mendalamnya penghayatanmu terhadap makna yang tersurat lagi tersirat kalimah Al-quran itu, dengan hatimu yang agung dan perasaan halusmu yang merenung.” (at-Taswir Al-Fanni fi Al-Quran, Dar Ash-shurooq). Sayyid adalah anak sulung lelaki di samping saudara-saudaranya yang lain iaitu, Aminah, Hamidah dan Muhammad. Bonda Sayyid Qutb, wanita berjiwa besar ini telah membesarkan anaknya, Sayyid dengan sepenuh hati. Pada “Sayyid” lah beliau letakkan segala kemuliaan dan latihan memikul tanggungjawab. Malah bonda Sayyid Qutb ingin anaknya ini menjadi dewasa lebih awal dari biasanya. Sayyid sering ditiupkan jiwa kedewasaan sehingga ia acapkali menjauhkan dirinya dari suasana anak-anak yang sibuk dengan zaman anak-anak. Sesungguhnya bonda Sayyid Qutb telah menggabungkan dua unsur penting yang membina keperibadian mujahid dan mujaddid ini. Beliau limpahkan sepenuh rasa kasih sayang dan kemanjaan seorang ibu kepada anak,kasih sayang yang disirami dengan keakraban Al-Quran. Kasih sayang itu bukanlah kemanjaan yang membinasakan proses pembinaan jati diri anaknya, didalam kemanjaan itu, bunda Sayyid Qutb membina keyakinan diri yang tinggi di dalam diri anaknya supaya membesar sebagai seorang yang berjiwa tinggi. Bonda Sayyid Qutb kembali ke rahmatullah pada tahun 1940. Kematiannya memberikan kesan yang amat besar kepada Sayyid Qutb. Ia sangat ingat nasihat ibunyasebagaimana yang di tulis Sayyid: “bonda…. “siapakah selepas ini yang akan menceritakan kisah zaman kanak-kanakku, seakan-akan ia suatu peristiwa yang baru semalam terjadi… siapakah lagi yang akan membayangkan kepada aku zaman muda untuk dibawa kembali bayangannya kepada kehidupan dan kepada alam wujud ini selanjutnya.” “engkau telah memberi gambaran terhadapku bahawa diriku adalah insan yang istimewa semenjak aku masih dalam buaian kehidupan. Engkau sering ceritakan kepadaku tentang impianmu yang lahir, yang merangkak-rangkak terserap ke dalam jati diriku bahawa aku seorang yang mulia. Ia telah menjelaskan padaku satu tanggungjawab yang besar dan semua ini adalah dari impianmu terhadapku dan “wahyu” bisikan hatimu. Siapakah nanti yang akan membisikkan kepadaku khayalan-khayalan yang membara itu? Siapakah lagi yang akan meniupkan dorongan ke dalam hatiku?.” Benarlah kata pepatah: “tangan yang mengayun buaian itu bisa mengguncangkan dunia” sentuhan tarbiyah tangan seorang ibu telah melahirkan seorang mujahid seperti Sayyid Qutb, yang limpahan hikmahnya terus mengalir deras ke jiwa pejuang Islam, di sepanjang zaman. Ditengah arus zaman seperti sekarang, di antara kian kerasnya tentangan dakwah yang kita hadapi saat ini, sirah perjalanan Sayyid Qutb semoga memunculkan kesedaran dan kerendahan hati kita untuk benar-benar membentangi keluarga. Kelak, anak-anak kita akan hidup di zaman yang tentangan hidupnya berlipat-lipat dari apa yang kita lalui hari ini. Anak-anak kita, adalah bukan anak kita saja, tetapi anak zamannya. Wallahu’alam. Nurkilan Muhammad Alzinky © Hakcipta BALADI 2008Label: artikel
|
|
Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI) © 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini. |
|