<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Sabtu, 30 Mei 2009

Siri 44: Tenaga Yg Terkuat

Assalamualaikum

Siapa yg pernah terfikir mengapa Ummat Islam melakukan IBADAH TAWAF secara bertentangan dengan pusingan jam . Apakah Ibadah tawaf itu sekadar ibadah ,apa faedahnya kepada kehidupan di atas bumi ini ,apa yg akan terjadi sekiranya KAABAH runtuh dan tidak ada manusia yg bertawaf mengelilinginya ....saksikanlah siri ini utuk mendapat sebahagian jawapannya.

Label:

Siri 8 : Hujjah Yg Bernas



Assalamualaikum.

Matahari bergerak 25 hari dlm penyempurnaan pusingannya . Beliau juga menyangkal dakwaan Dr. Campbell yg mengatakan tidak ada satu ayat pun terdapat di dlm Al Quran menceritakan pengwapan dlm proses pusingan air yg menghasilakn hujan ,Dan banyak lagi jawapan -jawapan yg anda perlu tahu ..saksikanlah

Label:

Siri 7 : Dr. Zakir Abd.Karim Naik


Assalamualaikum

Tiba giliran Dr. Zakir Abdul Karim Naik untuk menjawab dakwaaan Dr. William Campbell , Dr. Zakir memulakan hujjah dengan menjawab bahawa Al Quran telah lulus dengan pendekatan konflik dan kesesuaian . Jadi dengarkanlah jawapan- jawapan beliau ...saksikanlah

Label:

Jumaat, 29 Mei 2009

siri 43 : 9/11 - Mega Ritual

Assalamualaikum

Peristiwa itu sudah menjadi sejarah tetapi banyak persoalan yg timbul yg masih menjadi tanda tanya ,adakah peristiwa 9/11 itu angkara 'PENGGANAS ISLAM' ataupun ada sesuatu yg disembunyikan . Sudah pastinya "MEREKA" mendapat 2 keuntungan drp perkara ini ;

1) Sebagai ritul yg bersifat mega kepada tuhan mereka

2) Sebagai sebab memusnahkan Islam secara terancang ...jadi saksikanlah untuk lebih memahami apa yg sebenarnya berlaku ...

Label:

Siri 6: Kesian Dr.Campbell


Pada siri ini Dr.Campbell mengatakan kewafatan Nabi Sulaiman , gunung-ganang , kisah lebah dan lain-lain di dlm Al Quran itu terdapat kesalahan yg bermaksud Al Quran itu banyak kesalahan .. begitulah keadaan orang yg tidak mendapat hidayah Allah ...mahu lihat kupasannya ,silalah saksikannya sendiri.

Label:

Siri 5: Doktor Campbell nie bijak ke jahil ?

Assalamualaikum.

Dulu Dr. Campbell ini mendakwa Al Quran menciplak teori embrologi ,kemudian mendakwa nabi beserta para sahabat , mencipta ayat-ayat Al Quran ,sekarang mendakwa terdapat kesalahan berkenaan putaran air yg menghasilkan hujan . Apakah lagi yg di dakwa oleh musuh Islam ini untuk melemahkan Al Quran ,mari kita saksikannya.

Label:

Rabu, 27 Mei 2009

Penjaga Gate ,Tenaga dan Cara Masuk ...


Assalamualaikum

Memang tak masuk akal tetapi kalau dikaji ada kebenarannya , Dajjal mengkaji dan menemui bagaimana dia dan tenteranya boleh masuk ke dimensi lain ( maksudnya jin boleh masuk ke dimensi manusia ,manusia boleh masuk ke dimensi jin ) tak logik ke ? ...he he he atau mengarut .. cuba anda imbas zaman dulu ,jika anda beritahu manusia yg hidup pada tahun 1700 Masihi , nanti pada tahun 2000 M ,manusia mampu bercakap diantara satu sama lain hanya menggunakan besi /plastik sekeping ( Telefon bimbit ), Mereka akan kata anda ....? tak pe lah saksikan sajalah siri ini...Dajjal (manusia ) yg hidup lama dan mempunyai teknologi yg mendahului manusia 300tahun kehadapan ..

Label:

Siri 4 : Muhammad s.a.w Belajar Ilmu Perubatan ?

Assalamualaikum

Begitulah dakwaan Dr.Orentalis kepada Rasulallah s.a.w yg UMMI ini .Baginda belajar ilmu perubatan dengan Harith dan dengan pengetahuan yg didapati itu Nabi memasukkan ke dlm Al Quran . Adakah anda boleh menolak hujjah Dr .Orentalis ini ?

Label:

Siri 3 : Al Quran Menirunya !

Menurut Dr. Orentalis ini Al Quran meniru teori embirologi drp falsafah yg terdahulu , dan di dlm Al Quran banyak kesilapan mengenai perkara tersebut ..adakah anda bersetuju ... bagaimana anda mempertahankan keyakinan ( yakin dengan Al Quran ) anda itu ? Saksikanlah bagaimana Dr Orentalis ini berhujjah .

Label:

Isnin, 25 Mei 2009

Siri 41 : Keturunan Presiden Amerika

Assalamualaikum

Mereka amat menjaga keturunan , mereka memerintah dunia dengan satu undang-undang ,mereka di gelar golongan ELIT .. dan mereka ada kaitan dengan firaun ... siapakah mereka ?Saksikanlah siri yg ke 41 ini untuk mengetahuinya .selamat menonton.

Label:

Siri 40 : Kritikan ...Jangan Salah Faham



Assalamualaikum

Sesungguhnya Allah menciptakan manusia pelbagai bangsa dan rupa adalah untuk berkenal-kenalan ,bukan bermusuh-musuhan ... dan semulia- mulia manusia disisi Allah adalah orang yg bertakwa . itulah jawapan bagi sesiapa yg mengkritik siri 39 ..siapa yg mengkritik dan siapa yg dikritik saksikanlah siri ini untuk mendapat jawapannya

Label:

Ahad, 24 Mei 2009

Siri 2 : Police Officer itu Babi ?...Oh Ya...

Assalamualaikum .

Harap bersabar berikan mereka peluang utk berhujjah ... yakinlah AlQuran drp Allah yg tidak mengandungi sebarang kesalahan ... saksikanlah siri yg ke 2 ini.

Label:

Sabtu, 23 Mei 2009

DEBAT : Al Quran Vs Injil

Assalamualaikum

Siri baru perdebatan Dr.William Campbell dengan Dr. Zakir Naik berkenaan Al Quran dan Injil dlm MENGUPAS ILMU PENGETAHUAN . Para penonton hendaklah bersabar ketika menyaksikan perdebatan ini ... saksikanlah

Label:

Imam Mahdi r.a

Assalamualaikum ,

Para penonton akan mengetahui serba sedikit berkenaan salur galur Imam Mahdi r.a apabila melihat siri ini ..jadi saksikanlah .

Label:

Jumaat, 22 Mei 2009

Kuasa Allah mengelukan lidah BUSH?

Dalam video ini Bush sedang memberikan ceramah dengan mengatakan Al Quran mengajar keganasan. Tetapi sebelum beliau habis ucapan tersebut, Allah telah kelukan lidahnya.........
Lihat dan dengar video ini..

Label:

Siri Akhir : Pembongkaran Yg Menyakitkan

Assalamualaikum ,

Siri yg terakhir yg menyingkap :GOOD FRIDAY " yg sepatutnya "GOOD WEDNESDAY " apakah peristiwa yg berlaku pada hari itu ...anda nak tahu ..saksikanlah siri penamat ini

Label:

Siri 4: Good Friday

Assalamualaikum

Satu lagi salah faham Kristian tersingkap , ikutilah siri ini untuk mengetahuinya kerana baik utk keyakinan anda sebagai MUSLIM ..jadi saksikanlah semoga anda mendapat manfaatnya

Label:

Rabu, 20 Mei 2009

Islam

Assalamualaikum

Cerita ringkas berkenaan Islam , pengenalan Islam ... adakah para nabi dahulu pun Islam ?,kalau jawapan ya, apa hujjah anda ... ini adalah siri yg ke 38 ,saksikanlah

Label:

Kekuatan Air Mata


Ia hadir hampir dalam setiap denyut nadi gerakan dan aktiviti mahasiswa. Penampilannya sederhana. Sikapnya santun. Mudah tersenyum. Suka menyapa, perhatian, dan ringan tangan.
Saya baru mengenalnya ketika mengikuti sebuah acara seminar. Ia tampil sebagai pengisi materi. Air mukanya yang jernih dan tenang telah mampu menarik perhatian setiap pendengar. Untaian kata-katanya yang lembut, jelas dan tepat semakin menjadi daya tarik tersendiri bagi semua orang. Kata-katanya penuh ilmu dan hikmah. Bahkan guraunya sekalipun tidak kosong dari ilmu dan hikmah. Sehingga kesempatan dapat duduk dan berbual dengannya menjadi kesenangan tersendiri bagi saya.

Sangat gemar membaca, jarang setelah seharian kuliah ia sering ditemukan asyik menikmati buku-buku di Perpustakaan. Full aktiviti, kegiatannya hampir tidak terputus dan tanpa henti. walaupun demikian ia tidak pernah kehilangan kesempatan solat berjamaah di masjid, takbir pertama bersama imam. Walau sibuk, ia tidak lupa menyempatkan diri bermesraan dengan mushâf saku yang selalu ia bawa. Ia selalu tampak kuat, bersemangat dan dapat menyelesaikan setiap pekerjaan dengan baik. Kebaikan yang ada pada dirinya mendorong saya untuk ingin lebih dekat mengenalnya. Saya ingin mengetahui apa yang menjadi rahasia kekuatan semangat, ketenangan dan kejernihan hati dan fikirannya.

Menurut salah seorang teman yang tinggal serumah dengannya, bahawa ia sering menangis. Ya, ia sering ditemukan terisak menangis. Ketika ditanya kenapa ia menangis, ia berkata, "Akhi, kita hidup di dunia hanya sebentar, kematian datang bila saja, setiap amal kita akan dihisab dan saya tidak tahu apakah kelak di akhirat saya akan tergolong menjadi ahli syurga ataukah neraka."

Suatu kali ketika solat subuh berjamaah, saya berdiri di sampingnya. Dan saat itu imam membaca ayat, "Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang. Maka dia akan berteriak, "celakalah aku". Dan dia akan masuk kedalam api yang menyala-nyala(neraka). Sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira dikalangan kaumya (yang sama-sama kafir). Sesungguhnya dia yakin bahawa dia sekali-kali tidak akan kembali (kepada Tuhannya). (Bukan demikian), yang benar, sesungguhnya Tuhannya selalu melihatnya." (Al-Insyiqâq: 10-15 ). Saya mendengar ia menangis sejadi-jadinya, saya seakan-akan mendengarkan air mendidih dari rongga dadanya.

Selesai solat, saya melihat tangisan itu masih membekas di wajahnya. Hatinya begitu lembut, begitu mudah tersentuh dengan Al-Qur`ân.

Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh pendahulu kita, para Al-Salafus Sâlih. Menurut suatu riwayat, jika mengerjakan solat subuh, Umar Ra. sering membaca surah Al-Kahfi, Thaha dan surah-surah lain yang sama panjangnya dengan surah itu. Pada saat itulah Umar Ra. sering menangis sehingga tangisannya terdengar ke barisan belakang. Pada suatu ketika dalam solat subuh , Umar Ra. membaca surah Yusuf, ketika sampai pada ayat, "Sesungguhnya hanya pada Allah saya mengadukan kesusahan dan kesedihanku. " ( Yusuf : 86 )

Umar Ra. menangis terisak-isak sehingga suaranya tidak lagi terdengar ke belakang. Terkadang dalam solat tahajudnya Umar Ra. membaca ayat-ayat Al-Qur`ân sambil menangis sehingga ia terjatuh dan sakit. Inilah perasaan takut pada Allah, seorang yang apabila disebut namanya saja, akan menggetarkan dan membuat takut hati raja-raja besar.

Rasulullah Saw. bersabda, "Akar dari kebijaksanaan adalah takut kepada Allah."

Suatu hari Rasulullah Saw. melewati seorang sahabat yang sedang membaca Al-Qur`ân, ketika sahabat tadi sampai pada ayat, "Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah." (Ar-Rahman: 37), maka bulu pembaca tadi berdiri tegak dan dia menangis terisak-isak dan berkata, "Aduh, apakah yang akan terjadi pada diriku apabila langit terbelah pada hari kiamat? Sungguh malang nasibku." Nabi berkata padanya, "Tangisanmu membuat para malaikat ikut menangis bersamamu."
Abdullah bin Rawahah salah seorang sahabat Rasulullah Saw., pada suatu hari menangis dengan sedihnya, melihat keadaan itu isterinya pun turut menangis bersamanya. Dia bertanya pada isterinya, "Kenapa engkau menangis?" isterinya menjawab, "Apa yang menyebabkan engkau menangis, itulah yang menyebabkan saya menangis." Abdullah berkata, "Ketika saya ingat bahawa saya harus menyeberangi neraka melalui shirat, saya tidak tahu apakah saya akan selamat atau tidak."

Rasulullah Saw. bersabda : "Wajah yang dibasahi air mata kerana takut pada Allah walaupun sedikit akan diselamatkan dari api neraka." Beliau juga bersabda, "Jika seseorang menangis kerana takut pada Allah maka dia tidak akan masuk neraka."

Aisyah bertanya kepada Rasulullah Saw., "Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan masuk syurga tanpa hisab?", "Ia" jawab Nabi. "Dia adalah orang yang banyak menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah ia lakukan."

Dalam kesempatan lain Rasulullah Saw. bersabda, "Ada dua jenis titisan yang sangat disukai oleh Allah, titisan air mata kerana takut pada-Nya dan titisan darah kerana perjuangan di jalan-Nya."

Sungguh masih banyak lagi riwayat yang menjelaskan penting dan bermanfaatnya menangis kerana takut pada Allah Swt. sambil menyesali dosa-dosa dan mengingat kebesaran Allah. Dan kisah-kisah diatas adalah suatu teladan bagi kita.
Ternyata air mata tidak selamanya menjadi simbol kelemahan, di dalamnya justru terdapat kekuatan, ada daya rubah yang luar biasa. Dengannya banyak pekerjaan besar dapat diselesaikan secara optimum. Terutama saat-saat bersama Al-Qur`ân, disaat sendiri mengingat dosa dan kesalahan.

Marilah kita melihat diri kita yang bergelimang dengan noda dan dosa, diri yang tidak pernah merasa takut dengan siksa Allah. Mata yang sangat jarang atau bahkan tidak pernah menangis kerana takut pada Allah. Dan mari kita hitung, sampai detik ini, sudah berapa kali air mata kita menitis kerana takut pada Allah? Kerana mengingat dosa-dosa dan kesalahan kita dan kerana mengingat siksa-Nya. Wallâhul musta`ân wa a`lam

© Hakcipta BALADI 2009

Label:

Isnin, 18 Mei 2009

PROGRAM TERKINI : Majlis Ijtimai MADA 2009

Assalamu'alaikum wr wbt..
Sedikit pengemuman daripada Ubaidillah (ex-BALADI). Kepada seluruh ahli Usrah Ustaz Nik Adli & Ustaz Nik Abduh serta Mantan exco & ahli BALADI anda semua dijemput utk menghadirkan diri pada Majlis Ijtimai MADA, insya'allah akan di adakan pada bulan Julai ini. Tarikh & masa akan dimaklumkan kemudian..

Tetamu kehormat: Ustaz Nik Adli & Ustaz Nik Abduh serta Ustaz Nik Mahadi

Label: ,

Siapa Yg Kamu Sembah ? Yesus atau Tuhan Matahari?

Assalamualaikum

Kamu telah ditipu/tertipu 2 kali !

1) Mereka mengatakan Yesus anak tuhan /tuhan ..padahal Yesus tidak pernah mengatakan dan meminta di anggap dan di sembah sebagai tuhan ,yang melantik tuhan ialah " MEREKA " mereka adalah manusia . Kamu mengikut apa kata "MEREKA " dan mereka telah menyesatkan kamu!

2) Adakah gambar di tempat ibadah kamu itu gambar Yesus yg sebenar ? mengapa ada bulatan yg bersinar di belakang gambar itu? siapa sebenarnya gambar itu? Kamu mengikuti kata mereka padahal "MEREKA" menipu kamu dan kamu mengikut dengan taat ..

Siapa kah "MEREKA"? ingin mengetahui tontonlah siri yg ke 37 ini

Label:

Siri 2 : Keyakinan Yg Rapuh



Assalamualaikum

Keyakinan yg rapuh itu sahaja lah yg boleh dikatakan ke atas keyakinan Agama Kristian berkenaan kepercayaan pokok agama kristian yg mereka menganggap Yesus disalib . Anggapan mereka Yesus disalib sebagai penebusan dosa manusia sejak Nabi Adam a.s hancur berkecai ,ia dapat dibuktikan berdasarkan kitab mereka itu sendiri . " Macam sampah " itu kata orang Amerika. Ikutilah siri yg kedua ini .

Label:

KEBEBASAN.......


Assalamualaikum ...
Kebebesan! ,kebebasan !,kebebasan !..apa itu kebebasan ye ? tontonilah siri yg ke 24 ini untuk mengetahuinya ... selepas ini siri The Arrivals siri yg ke 25 hingga siri yg ke 36 tidak akan ulang tayang kerana telah di masukkan ke dlm blog ini pada awal-awal lagi , kepada yg baru melawat blog ini sekiranya anda berminat dengan siri itu , anda boleh menonton siri itu pada catatan lama atau klik saja pada EDISI BONGKAR untuk melihat siri the ARRIVALS 25-36 itu . Selepas ini siri The Arrivals siri yg ke 37 akan menyusul .


Label:

Sabtu, 16 Mei 2009

Hari Guru-Mengapa 16 Mei?

Akhirnya 16 Mei yang dinanti golongan pendidik telah tiba.Tahukah anda mengapa 16 Mei terlakar sebagai Hari Guru?Ini untuk memperingati tarikh kuat kuasa Penyata Razak,yang menjadi dasar pendidikan negara pertama yang bercorak kebangsaan[madah encik wiki].Maka, terimalah dari saya sebuah gurindam Hari Guru yang tunggang-langgang,penawar duka di kala sepi,penyeri ketawa tika bergumbira...

Assalamualaikum Sir kelas bermula,
alat tulis dan buku hendaklah tersedia.

Alif Ba Ta Ustazah yang ajar,
jahilnya kami,ilmu sentiasa dikejar.

Siang mengajar,menanda buku di malam hari,
itulah CIKGU,hatinya ikhlas memberi.

Jenuh cikgu Fizik ajar bab daya,
lebih sukar membentuk akhlaq manusia.

Cikgu Kimia berceloteh pasal garam,
sabar berdepan muridnya yang banyak ragam.

Teacher Bio bermain dengan tulang plastik,
asuh muridnya berperibadi baik dan menarik.

Hukum-hakam puas Ustaz terangkan,
denda diberi buat pengajaran.

Sejarah,Geo,dan KHB difaham mesti,
jasa cikgu-cikgu terpahat di memori.

Baik Lughatul Arabiah,English mahupun Bahasa Melayu,
terima kasih,thank you,jazakumullah buat SEMUA CIKGU MADA.

>

Corat-coret:sebaik-baik guru ialah Nabi MUHAMMAD S.A.W...seperti nukilan lagu di atas.Nak lagu rasmi Hari Guru?hayatinya di sini

Siri 1 : Adakah Nabi Isa a.s di Salib?

Assalamualaikum,

Adakah Nabi Isa a.s wafat di salib ataupun perkara ini adalah salah faham agama kristian sahaja , Saya bawakan siri debat Sheikh Ahmed Deedat untuk mengupas perkara yg menjadi tunjang agama kristian , supaya kita (muslim ) mengetahui mana agama yg benar hingga kiamat dan mana agama yg benar yg sudah diselewengkan ... saksikanlah

Label:

ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KE 3


Klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas..

Balasan email daripada JAKIM Berkenaan Anugerah media Islam Negara (AMIN) Kali ke -3..
Re: Assalamualaikum buat cik/puan marzulina daripada BALADI.. (pertanyaan maklumat tentang AMIN kali ke 3)
...
[Bual sekarang] "marzulina@islam.gov.my"
...
PaparJumaat, 15 Mei, 2009 10:32:57
Kepada:Badan Dakwah MADA

Waalaikumusslam,

Maaf kerana lambat memberikan jawapan disebabkan masa yang tidak mengizinkan. Untuk makluman kami telah menerima pencalonan tersebut. Berkenaan tarikh pula ia telah ditunda iaitu pada bulan Oktober 2009 nanti bertempat di PICC.
T. kasih

**DOAKAN BALADI!!

Label:

Jumaat, 15 Mei 2009

Yaum An-Nakbah

'Bulan Mei penuh dengan tarikh-tarikh penting,'muqadimah tazkirah seorang pelajar.
Itulah kenangan yang saya rindui ketika di bangku sekolah.Alangkah nikmatnya mendengar ceramah para ustaz dan ustazah,dan beruntungnya terpanggil memberi tazkirah.Ehh...terbabas sekejap,straight to the point.

1 Mei Hari Pekerja,4 Mei Hari Bomba,Ahad minggu ke-2 Hari Ibu,12 Mei Hari Jururawat dan esok,16 Mei Hari Guru.Bagai satu kebetulan,hari ini 15 Mei ialah Hari Belia di Malaysia,dan hari memperingati penjajahan Israel ke atas Palestin 61 tahun yang lalu,bergelar NAKBAH.

Ingat-Ingat Lupa
Bumi Palestin banyak menyimpan tarikh-tarikh berdarah buat umat.Namun betapa banyak yang telah umat curahkan ke arah membebaskan tanah suci ketiga Islam itu?(Isu Perak pun tak habis gaduh...)Sedutan filem Kingdom of Heaven memerihalkan peri pentingnya bumi Palestin, baik untuk umat Islam,apatah lagi kaum Nasrani dan Yahudi.

Semenjak kekalahan di tangan Salahuddin Al-Ayubi,musuh-musuh Islam bahawa umat Islam tidak boleh digempur secara fizikal.Pabila seruan jihad dilaungkan,maka umat Islam akan bangkit dan bersatu menentang musuh Islam secara fizikal.Maka satu perang halus telah diatur yang bernama Ghuzwatul Fikrah(Perang Saraf/Minda).

Perang Saraf Yang Meracun
Antara strategi yang diatur...
  1. Memisahkan agama daripada urusan dunia(SEKULARISME).Sedangkan Islam telah meletakkan kepentingan fardu ain dan fardu kifayah.Kegagalan umat dalam memahami konsep fardu kifayah bukan sahaja menguntungkan musuh-musuh Islam dari aspek pembangunan teknologi,bahkan mengundang dosa buat umat!
  2. Melalaikan umat,lebih khusus lagi muda-mudi Muslim dengan 'dadah' HEDONISME,tak lupa juga dari segi fesyen dan sukan.
  3. Melaga-lagakan para pemimpin Islam.Ramai yang mengetahui siapa yang menjadi dalang Perang Iran-Iraq,Perang Iraq-Kuwait.
  4. Pabila umat lalai,maka agama longgar,apatah lagi kusut penguasaan ilmunya.Maka kita sekali lagi 'dibius' dengan budaya import dari Barat yang merosakkan akhlaq dan adab kita.Tambah malang lagi apabila budaya sebegini,khasnya genre-genre muzik menjadi ikutan muda-mudi tanpa menyelidiki asal-usul budaya tersebut.
Banyak lagi strategi mereka...namun mungkin anda lebih tahu daripada diri penulis yang kekurangan ini.Siapakah yang menjadi harapan umat berjihad melawan perang halus lagi licik ini?Siapa lagi kalau bukan KITA YANG BERNAMA BELIA!

Label:

Roh Yang Lupa DiBangunkan ...Dunia Yg Tidak akan Dapat Di Kejar

Assalamualaikum

Beribadahlah kamu seperti mana anda akan mati keesokkan hari,dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup 1000 tahun . Wahai tuhan kami kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat dan pelihara lah kami drp azab neraka . Sungguh sukar hendak diamalkan tetapi mudah-mudahan kita diberi taufik untuk perkara itu . Dalam siri yg ke 23 ini menjelaskan manusia sudah lupa utk membangunkan roh mereka dan berlebih-lebihan dlm usaha melayan fizikal mereka sehingga berakhir dengan kebinasaan ..ikutilah siri ini untuk mengetahuinya lebih lanjut ....

Label:

Khamis, 14 Mei 2009

Kelahiran Jesus Mengangkatnya Sebagai Tuhan?

PERHATIAN:Video ini membahaskan kesahihan Aqidah Kristian berhujahkan Bible.


Kristian mempercayai Triniti,namun tidak pula mengkaji perkataan Elohim,yang bermaksud Tuhan-Tuhan yang ada dalam Bible.Namun ia telah dijelaskan oleh Syeikh Ahmad Deedat bahawa ia kata jamak yang membawa maksud penghormatan.Jika kelahiran Jesus @ Isa a.s menjadi dalil ketuhanannya, Adam lebih layak menjadi Tuhan berbanding Isa,kerana Jesus @ Isa a.s lahir beribu tanpa bapa, Adam wujud tanpa bapa dan ibu.Al-Quran sendiri telah menjelaskan dalam surah Ali Imran ayat 59...
Sesungguhnya umpama(kejadian)Isa di sisi Allah,seperti(kejadian)Adam,Allah jadikan dia dari tanah,kemudian Allah berkata kepadanya:Jadilah engkau,maka jadilah ia.
Sekali lagi kehalusan bahasa dipaparkan,berdasarkan kata Eli(Matthew 27:46 dan Mark 15:34) serta kata Alaluyah(Revelation Chapter 19),kedua-dua kata tersebut begitu padan dengan kata Allah dalam bahasa Arab.Jesus @ Nabi Isa a.s tidak pernah mendakwa mukjizatnya sebagai bukti ketuhanannya,seperti yang tercatat dalam John 11:41-42 ketika beliau mendapat mukjizat untuk menghidupkan semula Lazarus.Bahkan,Kristian melontarkan persoalan sama ada Jesus @ Isa a.s penipu,gila atau Tuhan?(Pelik bukan bunyinya).Siri ke-5 ini menutupkan penghujahan Syeikh Ahmad Deedat.

Label:

Rabu, 13 Mei 2009

Orang Kristian Setuju Dengan Orang Yahudi


Perhatian:Video ini membahaskan kesahihan aspek Aqidah Kristian berhujahkan Bible.


Syeikh Ahmad Deedat telah diuji dengan petikan Bible(Yohanes 10:30) yang bermaksud...
Aku dan Tuhan adalah satu...
Dalam memahami pernyataan ini,Syeikh Ahmad Deedat menegaskan bahawa perlu untuk memahami konteks ayat tersebut.Ayat tersebut telah diulas olehnya bermula dari ayat 23 hingga ke ayat 32.Provakasi berkenaan ayat tersebut telah dicetus oleh orang Yahudi yang tidak berpuas hati dengan Jesus @ Isa a.s.Ayat tersebut perlu difahami dalam konteks bahasa Hebrew/Ibrani kerana kata 'Tuhan' itu membawa maksud Nabi.Beliau juga menyentuh bahawa membayangkan Tuhan yang Maha Berkuasa dengan manusia seumpama yang berlaku dalam agama Kristian ialah satu penghinaan buat Yang Maha Pencipta!

Antara keindahan bahasa Hebrew/Ibrani dan juga bahasa Arab ialah terdapat 2 jenis konteks kata majmuk.Terdapat kata majmuk yang bermaksud pelbagai bilangan dan juga ia bermaksud penghormatan.Beliau telah membandingkan Genesis 1:3 dengan sepotong ayat Al-Quran. Saksikan siri ke-4 ini.

Label:

Agen Neraka 18SX dari Kelab Budaya Syaitan

Assalamualaikum

Minta maaf di atas siri 22 kali ini agak keterlaluan ..jika anda tidak mahu melihat terus saja skip dan bawa penanda pemain video ke tengah .. dari situ ada mesej yg hendak disampaikan . Samada sedar atau tidak kita sedang dipromosi secara lembut dan halus sehingga kita reda mengikut budaya mereka iaitu budaya syaitan ... bagaimana mereka mempromosi nya ..lihat lah video ini untuk mendapatkan jawapannya ...

Label:

Hari Ibu Haram?

Setiap hari Ahad minggu ke-2 bulan Mei rakyat Malaysia akan merayakan Hari Ibu.Islam sememangnya menitikberatkan penghormatan ke atas kedua ibu bapa,selagi mana ia tidak bertentangan dengan syarak,hatta berbeza agama sekalipun.Rasulullah bahkan melebihkan martabat ibu berbanding bapa,yang terakam dalam hadis berikut:


sumber asal

Sejarah Kontroversi Hari Ibu
Apa yang membuatkan Hari Ibu sedikit kontroversi apabila perayaan ini berasal dari perayaan keagamaan di Eropah sejak zaman Neolitik.Dalam agama Rom purba,ia merupakan perayaan bagi dewi Cybele yang diadakan pada pertengahan bulan Mac.Apabila empayar Rom memeluk agama Kristian,perayaan ini diasimilasikan dalam agama Kristian.Perayaan sebegini masih diamalkan di Britain dan Ireland yang meletakkan tarikh khas dalam bulan Mac yang dikenali sebagai Mothering Sunday,atau Hari Ibu di sana.

Walau bagaimanapun,perayaan Hari Ibu[apa kata wiki?] yang diraikan di Malaysia dan majoriti negara di dunia tidak seragam,dan lebih penting tidak menyamai tarikh Mothering Sunday yang diraikan di Britain dan Ireland.Asal usul perayaan Hari Ibu juga bermula pada awal kurun ke-20,diasaskan oleh wanita kelahiran Amerika Syarikat yang bernama Anna Jarvis.Perayaan Hari Ibu yang bermula dari Amerika Syarikat ini juga tidak mengandungi sebarang unsur perayaan agama Kristian mahupun agama lain.Namun,adakah ini bermaksud merayakan Hari Ibu dihukumkan haram?

Perspektif Hukum
Memandangkan saya bukan seorang ustaz(hanya penulis tambahan di blog Ustaz Zaki ini),saya titipkan petikan jawapan dari Ustaz Muhammad Haniff[di sini]...
Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya.

Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam.

Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah:

1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.

2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.

3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur "romen-romen" dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.

4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.

365 Hari Ialah Hari Ibu
Ya,365 hari setahun ialah sebenarnya Hari Ibu kita,Hari Bapa kita,bahkan hari kita menjadi HAMBA ALLAH.Jadi buat semua yang bergelar anak,yang bernama ibu,bahkan yang berstatus bapa,renungilah nasyid ini...


Sumber, Ustaz Zaki

Label:

Sabtu, 9 Mei 2009

Selmat Hari Ibu :)

Orang kata aku lahir dari perut mak..


(bukan org kata...memang betul)





Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya......mak

Bila nakal, yang memarahi aku.....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam &
lauk pauk......mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku.....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak




Aku ada pasangan hidup sendiri....



Bila seronok, aku cari.......pasanganku

Bila sedih, aku cari.......mak



Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....mak



Bila bahagia, aku peluk erat.....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....emakku



Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Selalu.. aku ingat pasanganku


Selalu.. mak ingat kat aku



Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak



Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak



Renungkan:


"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak.... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah"....
Berderai air mata jika kita mendengarnya.........



Tapi kalau mak sudah tiada..........


MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....









Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya........

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan
luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga
ibunya......


dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH
ibunya......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan
tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:


1) Tolong pergi kedai : RM4..00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil
sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu
-PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya
dan berkata,


"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil
pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat
yang sama ditulisnya.


"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah
Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu..

by: www.syahiranmuhd.blogspot.com

Label:

Apa Yg Belum Datang ?

Assalamualaikum

Siri ke 21 ini adalah ulasan siri-siri sebelum ini sebelum melangkah ke siri yg seterusnya , kita juga akan melihat siapa sebenarnya yg menerbitkan siri the arrivals ini ..jangan risau mereka adalah muslim .dan kajian mereka kita boleh teliti dan renungi ..apalah salahnya berfikir di luar kotak ?

Label:

Kenangan...

Video di bawah ni berkisarkan tentang Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah (MADA) - 2006. Anjuran Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI)..Sengaja ana muatkan untuk kita sama-sama hayati cara pentarbiyahan di mada dulu Salam Ulangtahun ke 16..

** Arwah Uwais Al-Qarni Ada Dalam salah satu video tersebut









Label:

Khamis, 7 Mei 2009

Tuhan Dapat Mencipta Tuhan?

Perhatian:Video ini membahaskan kesahihan aspek AQIDAH KRISTIAN berhujahkan BIBLE.


Jika siri ke-2 memaparkan hujah bahawa Jesus @ Isa a.s ialah anak manusia BUKAN anak Tuhan, siri ke-3 ini lebih memperincikan aspek Ketuhanan Jesus.Almarhum Syeikh Ahmad Deedat telah menghujahkan dari Bible,petikan John Chapter 20:Verse 29
My Father is greater than all.
Bapaku lebih besar(hebat) daripada segalanya
Logik yang dilontarkan Syeikh Ahmad Deedat cukup mudah,Tuhan ialah Pencipta, bagaimanakah pula Tuhan sebagai Pencipta mencipta satu lagi Pencipta?Sedang Jesus @ Isa a.s sendiri menyatakan bahawa...
Segala kekuatan diberi kepadaku...(Matthew 28:18)

Disentuh juga mengenai kekuasaan Tuhan Bapa menurut Kristian(ALLAH S.W.T) dan juga Syeikh Ahmad Deedat melontarkan persoalan,siapakah yang dapat menyatakan kepadanya yang Jesus @ Isa a.s menyatakan bahawa dialah Tuhan,sembahlah dia,atau dia dan Tuhan ialah 1?Perbahasan semakin hangat,teruskan mengikuti siri ini dan menanti siri berikutnya...

Label:

Rabu, 6 Mei 2009

Jesus Bukan Anak Tuhan!


Siri 2 kali ini menyorot penerangan Almarhum Syeikh Ahmad Deedat mengenai Konsep Triniti dalam Kristian,iaitu Tuhan Bapa,Tuhan Anak dan Roh Suci(Holy Ghost).Menurut aqidah Islam, menjadi kesalahan[SYIRIK] jika kita menyamakan mana-mana makhluq dengan Allah Subhanallahu Wa Taala.Namun menurut pandangan SEMUA Gereja Kristian,menjadi BIDAAH(disebut Monarchianism atau Sabellianism) sekiranya MENYAMAKAN Jesus dengan Tuhan Bapa.Jesus menentang konsep Triniti,sebagai mana yang tercatat dalam Bible,iaitu Matius Chapter 23:Verse 9

No man your Father on Earth,for that is only One who is your Father,which are in Heaven.
Janganlah kamu menyebut sesiapapun Bapa di Bumi ini,kerana hanya Satu Bapamu,iaitu Dia yang di Syurga.

83 kali!Itulah jumlah kata 'Son of man'(anak manusia) yang merujuk kepada Jesus @ Isa a.s. Syeikh Ahmad Deedat juga merujuk kepada Job(Ayub) Chapter 25:Verse 4-6 bahawa Isa a.s juga hanyalah MANUSIA,bukan TUHAN.Jesus dirujuk sebagai Anak Tuhan hanya 13 kali! Berkali-kali lebih kecil berbanding dirujuk sebagai anak manusia.Tanyalah pada pendakwah-pendakwah Kristian,siapakah yang bergelar Son of Man?Tidak lain dan tidak bukan dialah Jesus a.k.a Isa a.s,yang lahir dari rahim Maryam sebagai mana semua manusia dilahirkan

Label:

Selasa, 5 Mei 2009

Wajah Baru

Salam ziarah buat semua..
Lama juga tidak mengupdate blog ini.. Maklumlah ana SPM pada tahun ini.. doakan ana dan sluruh warga MADA yang bakal mengambil peperiksaan umum.. Kali ini ana ingin berkongsi tentang wajah baru laman web MADA30.. Ana rasa antum semua pun sudah mengetahuinya lebih awal dari ana.. Jam 9.00 malam tadi dapat juga ana buka internet sebelum memulakan peperangan dengan buku tiba-tiba terasa teringin menjenguk laman mada30 yang hanya sekali sahaja pernah singgah sebelum ini.. Bila membuka tergamam sebentar melihatnya kerana laman web mada30 sudah bertambah maju.. TAHNIAH BUAT MADA30! Terutama buat ustaz wan guru ict MADA30~ inilah wajah terbaru laman mada30.. bersama kita doakan agar MADA TETAP SEGAH NAMANYA... Akhir kata dari ana, nantikan evolusi BALADI dalam kancah dakwah maya tidak lama lagi.. Moga-moga ianya berjalan dengan lancar.. doakan kami.. amin

Label:

Yesus Bukan Tuhan

<

Assalamualaikum,

Dlm siri ini menjelaskan kepada Muslim dan Kristian bahawa Nabi Isa a.s adalah rasulallah dan anak Maryam R.A ,bukan anak tuhan ..telitikanlah hujjah logik dan benar yg diambil dari Bible dan Al Quran yg dikupas oleh Sheikh Ahmeed Deedat ini ..saksikanlah .

Label:

FENOMENA UFO 2

Assalamualaikum

Siri yg ke 20 ini , adalah lanjutan siri yg ke 19 ,masih menjelaskan fenomena UFO ..saksikanlah

Label:

Nabi Isa di Utus Utk Bani Israil Sahaja

Assalamualaikum

Ini adalah siri yg terakhir "Adakah Bible itu Firman Tuhan " di antara isu yg diperdebatkan ialah Nabi Isa hanya di utuskan kepada Bani Israil bukan kaum yg lain ! diulangi bukan kepada kaum yg lain ..persoalannya mengapa orang melayu menganut Kristian ..adakah mereka itu anjing seperti disebutkan di dlm Bible ...utk penjelasan lanjut ..ikutilah pada siri yg terakhir ini .

Label:

Sabtu, 2 Mei 2009

Dari Jauh ku kirim doa



Kiriman daripada;
Nor Aiman Bin Noor Suria
Bendahari BALADI 06-07

Label:

Jumaat, 1 Mei 2009

Meraih Kebahagian

Setiap orang pasti mendambakan kebahagiaan dalam hidup. Namun tiap orang berbeza-beza dalam menafsirkan erti kebahagiaan. Hal ini tergantung dari masing-masing kefahaman dalam mindset seseorang.

Orang yang berkefahaman kedunian menganggap kebahagiaan adalah jika mempunyai harta yang melimpah, rumah ada di mana-mana, kereta tiap saat ganti, mempunyai saham di berbagai perusahaan, dan sebagainya. Namun ternyata hal itu tidak menjamin hidup seseorang itu bahagia.dapat kita lihat betapa banyak orang kaya yang mempunyai harta kekayaan melimpah tapi hidupnya senantiasa gelisah. Gelisah memikirkan hartanya, gelisah bagaimana supaya hartanya tidak habis, gelisah bagaimana menyimpan hartanya supaya tidak dicuri orang, dan yang paling dashyat adalah gelisah memikirkan bagaimana menjadi orang terkaya dan mencari ‘tambahan’ kekayaan dengan menguasai harta orang lain.

Di sisi lain, ada orang yang tidak mempunyai apa-apa. Rumah hanya berukuran dua meter dan itu pun menyewa. Hasil kerjanya hanya dapat untuk makan tiap hari dan membayar sewa tapi hidupnya tenang dan tidak pernah mengeluh. Kita mungkin bertanya, apakah benar orang seperti itu tidak pernah mengeluh ? Sebagai manusia biasa yang normal pasti wajar kalau terkadang mengeluh. Nabi pun juga pernah berkeluh kesah dalam menyampaikan ajaran Islam. Tapi mereka kemudian menyedari bahawa tidak ada gunanya meratapi hidup yang serba kekurangan, kerana hidup di dunia cuma sekali, yang penting badan sehat dan dapat melakukan sesuatu yang bermanfaat bagi keluarga.

Saudaraku…

Dari dua contoh orang kaya dan orang miskin di atas, dapat kita ambil pelajaran bahawa tidak selamanya harta kekayaan dapat menjamin kebahagiaan seseorang dan kemiskinan dapat menghalangi orang meraih kebahagiaan dalam hidup. Memang benar dengan mempunyai harta yang melimpah, kita dapat mencukupi semua keperluan kita tapi kekayaan yang kita punya kadang-kadang malah dapat membuat kita tambah gelisah.Dapat kita lihat di surat khabar atau television bahawa kebanyakan orang yang sakit dan sampai berubat ke luar negeri itu adalah orang-orang yang kaya. Bahkan ada yang hartanya sampai habis hanya untuk membiayai pengubatan di luar negeri. Na’udzubillah.

Saudaraku…
Sekarang mari kita bertanya pada diri kita, apakah benar orang yang hartanya melimpah itu juga hidupnya bahagia ? Lalu, sebenarnya apa yang dimaksud dengan ‘kebahagiaan’ itu ? Bagaimana cara meraih ‘kebahagiaan’ itu ?
Kebahagiaan sejati itu terletak di hati, bukan terletak pada banyaknya harta. Mengapa orang yang mempunyai harta yang sedikit bahkan tidak punya harta pun dapat bahagia, itu kerana mereka menganggap bahawa yang penting hidup ini tidak ada beban, seperti misalnya beban bagaimana menyimpan hartanya supaya tidak habis dan dicuri orang, dan sebagainya. Tidak ada beban bukan bererti bermalas-malasan dalam bekerja dan hanya berpangku tangan saja. Mereka tetap bekerja keras namun mereka tidak menganggap bahawa harta dapat menjamin kebahagiaan hidup dan mereka juga sedar bahawa harta yang mereka dapat itu cuma ‘penyewaan’ dari Allah Swt jadi mereka tidak khawatir kalau harta itu hilang.

Saudaraku…
Orang yang memperoleh kebahagiaan itu ciri-cirinya adalah sebagai berikut :

1. Hati tenang dan tidak gelisah,
2. fikiran selalu jernih sehingga dalam menyelesaikan suatu masalah secara tepat,
3. Senyum selalu menghiasi bibir,
4. Tidur nyenyak,
5. Memancarkan aura positif,
6. Menginspirasi orang lain,
7. Orang lain yang bersamanya akan merasa nyaman, dan
8. Orang itu akan selalu bersemangat dalam menjalani hidup.

Kalau kita menemukan orang, atau mungkin kita, mempunyai ciri-ciri orang yang bahagia seperti di atas maka sangatlah beruntung sekali orang itu.

WaallahuAlam bishowab..

© Hakcipta BALADI 2009

Label:

Istiqomah Di Jalan Dakwah

Dari Abu Amr atau Abu Amrah ra; Sufyan bin Abdullah Atsaqafi r.a. berkata, Aku berkata, Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku dalam Islam satu perkataan yang aku tidak akan menanyakannya kepada seorangpun selain padamu. Rasulullah menjawab, “Katakanlah, saya beriman kemudian istiqamahlah.” (HR. Muslim)

Tarjamatur Rawi

Sufyan bin Abdillah Al-Tsaqofi. Nama lengkapnya adalah Sufyan bin Abdillah bin Rabi’ah bin Al-Harits, Abu Amru atau Abu Amrah Al-Tsaqofi. Merupakan salah seorang sahabat Rasulullah saw. Beliau tinggal di Tha’if. Selain mengambil hadits dari Rasulullah saw., beliau juga meriwayatkan hadits dari Umar bin Khatab. Beliau pernah menjadi ‘Amil Umar bin Khatab di Tha’if.

Secara umum, hadits ini memiliki rangkaian sanad yang muttasil dan keseluruhan sanadnya tsiqah, kecuali Hisyam bin Urwah yang dikatakan tsiqah rubbama dallasa (tisqah namun terkadang mentadliskan hadits). Meskipun ulama hadits juga sepakat bahawa beliau merupakan Imam Faqih. Bahkan Imam Abu Hatim Al-Razi sampai mengatakan ‘Ma Ra’aitu Ahfafz Minhu’ (Aku tidak melihat ada orang yang lebih hafidz dari padanya). Dan ada juga sebahagian tidak menerima beliau sebagai perawi yang tsiqah, namun sesungguhnya pada posisi beliau dikuatkan pula melalui jalur sanad yang lain, iaitu oleh Imam Muhammad bin Muslim Al-Zuhri, dan juga melalui jalur Ya’la bin Atha’ Al-Amiri, yang semua sepakat dengan ketsiqahannya.

Gambaran Umum Tentang Hadits

Dilihat dari isi kandungannya, hadits ini menggabungkan dua hal penting permasalahan besar dalam Islam, iaitu Iman dan Istiqamah. Iman merupakan pelaksanaan dari tauhid yang merupakan inti ajaran Islam, sedangkan istiqamah merupakan pelaksanaan dari pengamalan aspek-aspek tauhid dalam kehidupan nyata. Dan kedua hal tersebut terangkum dalam hadits singkat ini, melalui pertanyaan seorang sahabat kepada Rasulullah saw.

Makna Hadits

Dari pertanyaan sahabat di atas, iaitu Sufyan bin Abdillah Al-Tsaqafi r.a. tersirat bahawa iman dan istiqamah memiiki kepentingan yang tidak dapat digantikan dengan nilai-nilai lainnya dalam kehidupan. Ini terlihat dari pertanyaan beliau kepada rasulullah saw., ‘Wahai Rasulullah, katakanlah padaku satu perkataan yang aku tidak perlu lagi bertanya pada orang lain selain padamu.’ Kemudian rasulullah saw. menjawabnya dengan dua hal yang terangkai menjadi satu: istiqamah dan iman.

Dua hal ini merupakan aspek yang sangat penting dalam keislaman seseorang, kerana Iman (sebagaimana digambarkan di atas) merupakan kekukuhan keislaman seseorang. Tanpa Iman semua amal manusia akan hilang sia-sia. Sehingga tidak mungkin istiqamah tanpa adanya nilai-nilai keimanan. Penggambaran Rasulullah saw. dalam hadits ini, seiring sejalan sekaligus menguatkan firman Allah swt. dalam Al-Qur’an tentang istiqamah (QS. Fusshilat/ 41 : 30).

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (istiqomah), maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.”

bersambung...insyaAllah, hakikat istiqomah

© Hakcipta BALADI 2009

Label:

Hujung Dunia


16 tahun..

Jangka masa yang cukup membosankan bagi sesetengah orang,namun itulah yang saya tempuhi di tempat yang bernama 'Hujung Dunia' itu.Itulah Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI) - Maahad Darul Anuar.


Terkenal Kejauhannya
Walaupun berstatus Sekolah Tok Guru, namun sekolah ini tidaklah segah mahupun terkenal seantero negeri dan negara. Cuma satu,terkenal dengan jaraknya yang jauh dari pekan apatah lagi ibu kota, Kota Bharu. Bukanlah aspek fizikalnya yang hendak ditonjolkan. Cuma masih terkesan dengan sentuhan guru-gurunya,apatah lagi pengalaman yang ditimba di sana.

Ilmu, Iman, Amal

Ungkapan inilah yang diangkat menjadi moto sekolah oleh Ustaz Nik Omar Bin Abdul Aziz, pengetua ketujuh. Sekali imbas bunyinya seperti moto sekolah-sekolah yang biasa, namun 4 tahun di sana mengajar saya betapa besarnya erti moto tersebut.

Apa yang paling mengesankan ialah sentuhan para ustaz ustazah di sana,begitu rapat dengan para pelajar, baik yang bergelar mahupun sekadar memberi tazkirah di Masjid Pulau Melaka. Sebut sahaja, Ustaz Nik ABdul rahim Penolong Kanan H.E.M paling berdedikasi, Ustaz Nasaruddin ustaz prihatin, Ustaz Kairul Anuar penasihat Badan Dakwah sekolah (BALADI), dan para ustaz serta ustazah yang tak jemu-jemu menerap dan memelihara nilai-nilai Islam dalam jiwa pelajar.(maaflah ustaz ustazah, boleh sahaja penuh entri ini dengan namamu beserta jasamu yang terhitung itu ^_^)

Erti Sebuah Jawatan

Setahun demi setahun,tibalah saatnya penulis jua ditaklif memegang kepimpinan pelajar. Namun saya tidak pernah menyangka bakal menggalas amanah itu.
Layakkah aku memimpin BALADI?


Rupanya ada buah-buah hikmah di balik amanah itu. Jawatan mengajar saya susah-payah para guru, khasnya warden yang dikepalai Ustaz Che Rozu membentuk sahsiah pelajar, apatah lagi menyediakan suasana yang terbaik buat para pelajar.

Jawatan yang mengajar saya pelbagai ragam dan kerenah rakan-rakan yang perlu difahami.

Jawatan jua mengajar saya kekurangan skil empunya diri.

Jangan salah sangka, saya bukan menulis skrip-skrip indah hidup di bumi MADA, jauh sekali mahu mendabik dada atas jawatan yang pernah disandang di zaman sekolah. Memang diakui pihak sekolah menerusi Badan Latihan Dakwah islamiah (BALADI) senantiasa proaktif menghidupkan aktiviti kerohanian, misalnya sesi tazkirah harian, bacaan Ma'turat dan program-program rohaniah. Namun, masih jua wujud masalah-masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Hmm... coretan kali ini, biarpun berbaur peribadi, bukan diminta jadi kenangan, bahkan dikongsi buat pengajaran. Tangan-tangan kecil ini rindu mencoret pengalaman...



Inilah lagu rindu saya

Corat-coret: Jazakallahu khairul jaza' kepada Ustaz Nasaruddin yang menyuntik kembali kenangan itu. Salam Ulangtahun BALADI ke 16 pada hari ini 2 MEI 2009..

Label:


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.