<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Jumaat, 15 Mei 2009

Yaum An-Nakbah

'Bulan Mei penuh dengan tarikh-tarikh penting,'muqadimah tazkirah seorang pelajar.
Itulah kenangan yang saya rindui ketika di bangku sekolah.Alangkah nikmatnya mendengar ceramah para ustaz dan ustazah,dan beruntungnya terpanggil memberi tazkirah.Ehh...terbabas sekejap,straight to the point.

1 Mei Hari Pekerja,4 Mei Hari Bomba,Ahad minggu ke-2 Hari Ibu,12 Mei Hari Jururawat dan esok,16 Mei Hari Guru.Bagai satu kebetulan,hari ini 15 Mei ialah Hari Belia di Malaysia,dan hari memperingati penjajahan Israel ke atas Palestin 61 tahun yang lalu,bergelar NAKBAH.

Ingat-Ingat Lupa
Bumi Palestin banyak menyimpan tarikh-tarikh berdarah buat umat.Namun betapa banyak yang telah umat curahkan ke arah membebaskan tanah suci ketiga Islam itu?(Isu Perak pun tak habis gaduh...)Sedutan filem Kingdom of Heaven memerihalkan peri pentingnya bumi Palestin, baik untuk umat Islam,apatah lagi kaum Nasrani dan Yahudi.

Semenjak kekalahan di tangan Salahuddin Al-Ayubi,musuh-musuh Islam bahawa umat Islam tidak boleh digempur secara fizikal.Pabila seruan jihad dilaungkan,maka umat Islam akan bangkit dan bersatu menentang musuh Islam secara fizikal.Maka satu perang halus telah diatur yang bernama Ghuzwatul Fikrah(Perang Saraf/Minda).

Perang Saraf Yang Meracun
Antara strategi yang diatur...
  1. Memisahkan agama daripada urusan dunia(SEKULARISME).Sedangkan Islam telah meletakkan kepentingan fardu ain dan fardu kifayah.Kegagalan umat dalam memahami konsep fardu kifayah bukan sahaja menguntungkan musuh-musuh Islam dari aspek pembangunan teknologi,bahkan mengundang dosa buat umat!
  2. Melalaikan umat,lebih khusus lagi muda-mudi Muslim dengan 'dadah' HEDONISME,tak lupa juga dari segi fesyen dan sukan.
  3. Melaga-lagakan para pemimpin Islam.Ramai yang mengetahui siapa yang menjadi dalang Perang Iran-Iraq,Perang Iraq-Kuwait.
  4. Pabila umat lalai,maka agama longgar,apatah lagi kusut penguasaan ilmunya.Maka kita sekali lagi 'dibius' dengan budaya import dari Barat yang merosakkan akhlaq dan adab kita.Tambah malang lagi apabila budaya sebegini,khasnya genre-genre muzik menjadi ikutan muda-mudi tanpa menyelidiki asal-usul budaya tersebut.
Banyak lagi strategi mereka...namun mungkin anda lebih tahu daripada diri penulis yang kekurangan ini.Siapakah yang menjadi harapan umat berjihad melawan perang halus lagi licik ini?Siapa lagi kalau bukan KITA YANG BERNAMA BELIA!

Label:

0 Komen Dan Pandangan :

Catat Ulasan

<< Hadapan


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.