Setiap hari Ahad minggu ke-2 bulan Mei rakyat Malaysia akan merayakan Hari Ibu.Islam sememangnya menitikberatkan penghormatan ke atas kedua ibu bapa,selagi mana ia tidak bertentangan dengan syarak,hatta berbeza agama sekalipun.Rasulullah bahkan melebihkan martabat ibu berbanding bapa,yang terakam dalam hadis berikut:
sumber asal
Sejarah Kontroversi Hari Ibu
Apa yang membuatkan Hari Ibu sedikit kontroversi apabila perayaan ini berasal dari perayaan keagamaan di Eropah sejak zaman Neolitik.Dalam agama Rom purba,ia merupakan perayaan bagi dewi Cybele yang diadakan pada pertengahan bulan Mac.Apabila empayar Rom memeluk agama Kristian,perayaan ini diasimilasikan dalam agama Kristian.Perayaan sebegini masih diamalkan di Britain dan Ireland yang meletakkan tarikh khas dalam bulan Mac yang dikenali sebagai Mothering Sunday,atau Hari Ibu di sana.
Walau bagaimanapun,perayaan Hari Ibu[apa kata wiki?] yang diraikan di Malaysia dan majoriti negara di dunia tidak seragam,dan lebih penting tidak menyamai tarikh Mothering Sunday yang diraikan di Britain dan Ireland.Asal usul perayaan Hari Ibu juga bermula pada awal kurun ke-20,diasaskan oleh wanita kelahiran Amerika Syarikat yang bernama Anna Jarvis.Perayaan Hari Ibu yang bermula dari Amerika Syarikat ini juga tidak mengandungi sebarang unsur perayaan agama Kristian mahupun agama lain.Namun,adakah ini bermaksud merayakan Hari Ibu dihukumkan haram?
Perspektif Hukum
Memandangkan saya bukan seorang ustaz(hanya penulis tambahan di blog Ustaz Zaki ini),saya titipkan petikan jawapan dari Ustaz Muhammad Haniff[di sini]...
Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya.
Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam.
Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah:
1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.
2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.
3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur "romen-romen" dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.
4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.
365 Hari Ialah Hari Ibu
Ya,365 hari setahun ialah sebenarnya Hari Ibu kita,Hari Bapa kita,bahkan hari kita menjadi HAMBA ALLAH.Jadi buat semua yang bergelar anak,yang bernama ibu,bahkan yang berstatus bapa,renungilah nasyid ini...
Sumber, Ustaz Zaki
Label: artikel
Catat Ulasan
<< Hadapan