<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Isnin, 29 Oktober 2007

PROFIL BALADI

UNIT DAKWAH MAAHAD DARUL ANUAR
BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI)


LATAR BELAKANG


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH atau ringkasnya (BALADI) merupakan sebuah BADAN induk kepada semua kegiatan AGAMA dan TARBIAH di MAAHAD DARUL ANUAR, Pulau Melaka. Ia bernaung di bawah Hal Ehwal Murid (HEM) setaraf dengan BADAN DISPLIN (BADADIS) atau PENGAWAS dan BADAN KAUNSELING DAN KERJAYA (BKJ).

BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) telah ditubuhkan pada 2 MEI 1993 bersamaan 10 DZULKAEDAH 1413 hasil dari arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) pada peringkat awal penubuhannya. Pada mulanya ia dinamakan sebagai BADAN DAKWAH SMUDA, dan pada 12 APRIL 1998 yang kemudiannya ditukar kepada BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI).

Menurut Pengerusi BADAN DAKWAH ketika itu (tahun 1998), MUHAMAD BIN IBRAHIM, Nama BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) dan kertas kerjanya yang pertama adalah dibuat oleh beliau sendiri. Pada waktu itu beliau memegang jawatan Ketua Pelajar, Pengerusi BALADI dan Ketua Asrama Lelaki (ASPURA) (Jawatan Ketua ASPURA beliau hanya memeegang sehingga MEI 1998 sahaja). Malah beliaulah yang meminta semua badan/persatuan di SMUDA (Nama Asal MAAHAD DARUL ANUAR) pada waktu itu menyediakan semua kertas kerja masing-masing termasuklah BADAN DISIPLIN yang mana kertas kerjanya yang pertama beliau sendiri yang menyediakannya.

NIK ABDUL RAHIM HJ NIK ABDUL AZIZ pernah meminta beliau agar menukarkan nama BALADI kepada nama lain kerana BALADI dalam istilah Mesir ia bermaksud kekampungan/tempatan. Beliau berkata kepadanya bahawa BALADI boleh ditukar kepada nama lain jika ada nama yang sesuai baginya tetapi beliau terperanjat pada hari ini dan rasa bangga kerana nama BALADI masih kekal digunapakai sehingga sekarang.

BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) juga mempunyai moto yang tersendiri iaitu “TARBIAH ISLAMIAH WADAH SMUDA ALAF BARU” yang telah digunakan pada tahun 1999 sehingga 2004 selepas itu “BIAH ISLAMIAH KEHIDUPAN SEMUA” menjadi teras kehidupan warga MAAHAD DARUL ANUAR pada tahun 2005-2006. “BERSAMA MENGEKALKAN BIAH ISLAMIAH” menjadi wadah dan moto utama BADAN ini pada tahun 2007. Pada hari ini, sekali lagi BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) telah melakar satu sejarah dengan kemantapan dan keteguhan BADAN ini dapat mengekalkan biahnya sehingga kepada hari ini, dan pada tahun ini BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH telah menjangkau umur ke 15 di dalam HAL EHWAL MURID di MAAHAD DARUL ANUAR dan pada tahun ini BALADI telah berjaya menyampaikan biahnya sejurus itu membawa BALADI menuju “KE ARAH DAKWAH EFEKTIF” iaitu tema BALADI 2008.

Pada Tahun 2000, Badan Dakwah telah melancarkan pengambilan anggota a’milin baru dan ia di panggil “AHLI BALADI” yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar Tingkatan 1,2 & 3 yang mana mereka semua ini terdiri daripada ahli usrah. Kira-kira dalam JUN 2000, MAJLIS PELANCARAN ini diadakan. Maka presiden ketika itu, Syed Mohd Bakri mengatakan bahawa ahli itu kekal hingga tahun seterusnya (2001) sebagai anggota usrah, dan secara tidak langsung ia terlibat dalam setiap program yang diadakan oleh BALADI termasuk KEM KEPIMPINAN PELAJAR dan lain-lain lagi.

Pada tahun 2002, kebanyakkan anggota A’milin naik sebagai EXCO BALADI, seperti SHAIHAM, NIK MUHAMMAD, ABDUL SOMAD, AZAM KHAN, UBAIDILLAH dan ramai lagi. presiden pada tahun itu, yakni, AZA FIRDAUS mengatakan A’milin berfungsi sebagai pelapis EXCO. Pada tahun ini juga pihak sekolah telah mula mewujudkan KAD MATRIK bagi memudahkan para pelajar dan guru lebih mengenali antara pimpinan dan belajar lain. Ini kerana baju rasmi tidaklah di pakai hari-hari oleh EXCO, jadi ia cuma suatu langkah untuk membantu guru dan pelajar mengenal pasti pimpinan di kalangan mereka.

Hingga pada tahun 2003, anggota A’milin hanya sekadar ahli usrah sahaja. Mereka ini tidak terlibat secara langsung dalam setiap program anjuran BALADI, walaupun ada program besar pada tahun tersebut yakni “Ijtima’ Remaja Islam,” yang melibatkan anggota Badan Dakwah Yayasan Islam Kelantan (YIK) ZON 1, seperti SMU (A) MAAHAD MUHAMMADI LELAKI (MML), SMU (A) MAAHAD PENGAJIAN ISLAM (MPI), SMU (A) TARBIAH MARDZIAH PANCHOR, SMU (A) TAQADDUM MAARIF dan sekolah YIK lain-lain lagi di sekitar kawasan ZON 1 Negeri Kelantan. Pada tahun tersebut Presidennya, NOR MUHD HADI ZAHALAN atau ALONG.

Pada Tahun 2004, Pihak BALADI juga telah mengambil alih tugas BACAAN DOA masuk dan pulang ke sekolah yang asalnya di alunkan oleh KELAB RADIO SEKOLAH. Ini kerana BALADI merupakan sebuah BADAN induk kepada semua kegiatan AGAMA dan TARBIAH di MAAHAD DARUL ANUAR, maka ia mula diterapkan ke dalam BALADI. Pada tahun tersebut fungsi A’milin semakin lama tidak nampak fungsinya sehinggalah ketika MAJLIS SAMBUTAN 40 TAHUN MAAHAD DARUL ANUAR. MOHD NASAIFUDDIN, mencetuskan idea untuk mengambil beberapa pelajar junior bagi membantu EXCO BALADI dalam menyelia setiap sudut yang Badan Dakwah selia, tapi kebanyakkannya dalam sudut ruang niaga. Diantara merekanya adalah, Nasrullah, Faizal, Afham Bux, Shauqi, Irfan, Syarafi dan beberapa orang lagi. Pada tahun itu juga BALADI telah cuba menghidupkan kembali untuk buletin SOUTUL ANUAR (SUARA PEMUDA) yang sebelum ini pernah dikeluarkan oleh BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH pada tahun sebelumnya. Cadangan ini merupakan salah satu usaha tindakan oleh pihak BALADI untuk bangkit kembali melalui usaha dakwah dalam bidang penulisan kerana sesetengah pihak menyatakan bahawa pelajar-pelajar lebih mudah menerima dakwah dalam segi bentuk penulisan dan bahan bacaan daripada didakwah secara terus seperi TAZKIRAH. Hasil dari perbincangan terbitlah buletin pertama pada tahun itu. Dan hasilnya tidak menghampakan pihak BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI).

Pada 3 FEBUARI 2005 bersamaan 23 DZULHIJJAH 1426, DIDIK INSAN MAAHAD DARUL ANUAR atau ringkasnya DIMA telah dikendalikan oleh BALADI dari tahun 2005 hingga ke hari ini. DIMA adalah strategi memperkasa program TARBAWI pelajar secara lebih meluas dan tersusun. Ia adalah pelan bertindak ke arah pembentukan peribadi pelajar muslim terpuji. Ia lahir dari komitmen MADA menjana kecemerlangan akademik dan akhlak. Program DIMA ini diterapkan dengan nilai-nilai murni melalui Usrah Asrama, Usrah Lil-Jamahir, Tazkirah Masa’iyah, Tadarus Al-Quran, Sinar Dhuha dan Qiamullail. Pada Tahun itu, ABU DZAR AHMAD selaku presiden tika itu cuba menghidupkan semula sistem A’MILIN, yakni untuk membantu BALADI menyelaraskan setiap program serta mereka inilah bakal menggantikan tempat EXCO yang bakal meninggalkan sekolah dan BALADI. Satu program khas untuk A’milin pada tahun 2005 yakni “PROGRAM SMART A’MILIN,” di lancarkan pada bulan September. Exco menilai setiap a’mlin yang ada kelayakan, pada tika itu SYED MOHD ISHAK yang bertanggungjawab dalam menyelia a’milin-a’milin Badan Dakwah. Cuma pengambilan pada ketika itu hanyalah seramai 18 pelajar sahaja untuk mewakili tiga lujnah dalam Badan Dakwah. Ketua A’milin pada ketika itu adalah ABU BAKAR ABDUL WAHAB. Pada tahun itu juga, saudara FAKHRUL ARIF MADZLAN telah membawa sedikit perubahan kepada BALADI dengan mula mewujudkan LOGO/LENCANA BALADI tersendiri untuk lebih memudahkan pelajar mengenali pihak BALADI dengan lebih rapat dan merupakan suatu pendekatan dan usaha baru dalam membentuk sebuah ORGANISASI ISLAM yang memandangkan segala aspek adalah pendekatan dengan islam. Beliau telah turut dibantu oleh saudara AZWAN FADHLI dalam membentuk dan mencipta LOGO BALADI tersendiri.Pada tahun yang sama juga, Buletin SOUTUL ANUAR terus disambung dengan edisi ke 2 dan pada edisi yang ke 3, pihak BALADI telah menukarkan nama buletin ini kepada HIKMATUL ANUAR yang membawa maksud “ ANUAR” kerana ingin membawa perubahan dan kelainan pada BULETIN tahun itu dan pada masa yang akan datang.

Pada Tahun 2006, tika AMIR SAIFUDDIN (PRESIDEN 2006) tetap menggunakan asas yang sama dalam a’milin Cuma bilangan ahlinya bertambah sahaja, waktu itu ABU DZAR bertanggungjawab dalam menyelia a’milin.

Pada Tahun 2007, BALADI telah mewujudkan suatu UNIT BARU yang di beri nama UNIT DISIPLIN DAN TATATERTIB. Ia merupakan satu organisasi dalam Badan Dakwah yang memantau segala aktiviti seharian yang dilakukan oleh AJK Badan Dakwah sebagai satu langkah memantapkan lagi perjalanan Badan Dakwah. Pencapaian akademik juga di nilai dari semasa ke semasa. Semua AJK Badan dakwah wajib mengikuti segala yang telah ditetapkan oleh unit tatatertib. Pada masa yang sama BALADI telah mempunyai LAGU RASMI sendiri yang bertajuk MEDLEY MINDA yang membawa mesej asas jema’ah dan kepekaan akan kalimah THOYYIBAH iaitu yang wajib buatlah, yang haram tinggallah, yang sunat amallah yang makruh hindarlah dan yang harus terpulang jadikan ibadah agar terjamin hidup di akhirat. Hasil dari suatu mesyuarat BALADI. Pada tahun tersebut pihak BALADI ingin mempunyai sedikit kelainan, bermula dari LOGO hingga ke pucuknya. Pada logo ke 2 ini pihak BALADI telah menugaskan saudara NIK MOHD SYAMIM IYLIA untuk membentuk dan mencipta logo baru atau logo kedua BALADI ini. Dan ia sekali membawa perubahan kepada BALADI kerana di samping beliau membentuk LOGO BALADI, beliau juga sempat mencipta LOGO bagi LUJNAH-LUJNAH di dalam BALADI pada tahu tersebut.

Pada tanggal 2 MEI 2007, pihak BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) telah mencetuskan sebuah penemuan baru dalam menarik pelajar untuk menerima islam ini sendiri dengan melibatkan diri dalam GERBANG ICT. Pada tanggal ini BALADI telah Berjaya membuat email BALADI tersendiri (baladi_smuda@yahoo.com.my) dan berkesematan membina LAMAN FRIENDSTER BALADI (www.friendster.com/baladi) sendiri sebagai suatu usaha dakwah BALADI dalam bidang ICT. Dengan wujudnya FRIENDSTER dan EMAIL ini, pihak BALADI telah berjaya menghimpunkan dan berhubung dengan para ALUMNI bekas-bekas EXCO BALADI dan bekas-bekas GURU PENASIHAT untuk berkongsi maklumat, kata-kata semangat serta pandangan dari seniour yang lebih dahulu makan garam. Melalui EMAIL dan FRIENDSTER inilah pihak BALADI juga telah dapat menjalinkan suatu hubungan murni bersama-sama BADAN DAKWAH di sekolah-sekolah lain untuk bersama-sama berkongsi pandangan, pendapat dan cadangan dalam membentuk sebuah pengorganisasian BADAN DAKWAH di sekolah yang haraki.

Ketika Presiden BALADI tahun itu saudara KHAIRUL FADHLI HUSSIN, merasakan perlu untuk melatih pelajar dari awal dan memberi tarbiah yang khusus untuk pelajar tingkatan 1 bagi memperkasakan lagi pucuk pimpinan akan datang, maka wujudlah Da’I Juniour sebagai satu organisasi dalam BADAN DAKWAH ini bagi memperkasarkan lagi sistem PELAPISAN dan PIMPINAN di samping membentuk para pelajar untuk mendekatkan diri kepada dakwah islamiah. Fungsi dari hasil wujudnya Da’i Juniour ini adalahberbeza daripada A’milin, ia merupakan satu langkah awal pihak BALADI untuk mentamrinkan Da’i Juniour ini yang bakal mewarisi semua jenis pimpinan daripada BADAN DAKWAH. Maksudnya disini Da’i Juniour bukanlah merupakan pelapis khas untuk BADAN DAKWAH sahaja, malahan ia juga untuk semua BADAN INDUK di MAAHAD DARUL ANUAR seperti BALADI, BADADIS dan BKJ. Pihak BALADI cuma mengambil kesepatan dalam membentuk syakhsiah pelajar tingkatan 1 kerana merekalah yang bakal mewarisi sistem kepimpinan di MAAHAD DARUL ANUAR dan di dunia luar yang masih kita tidak ketahui.

Pada tanggal 21 JUN 2007, BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) telah berjaya mengadakan MAJLIS SAMBUTAN 15 TAHUN BALADI bermula pada 21 JUN 2007 hingga 24 JUN 2007. Di antara program yang diadakan adalah majlis perasmian yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Pengetua tahun tersebut USTAZ NIK OMAR NIK ABDUL AZIZ dengan paluan GONG. Di dalam ucapannya, beliau menyeru pelajar tentang pengabdian manusia yang sebenarnya hendaklah kepada ALLAH jua. Segala pekerjaan yag dilakukan di dunia ini memerlukan kepada hubungan yang berterusan dengan Allah SWT. Apa-apa musibah dan ujian perlulah bersabar dan tabah. Akhirnya Tuan Pengetua meminta agar semua pelajar dapat mengikuti segala program yang disusun oleh BALADI untuk kebaikan pelajar. Setelah majlis perasmian, diadakan persembahan dari pihak BALADI seperti sajak beserta lakonan (DEKON) yang menarik minat para pelajar berkaitan kes pembuangan bayi, persembahan nasyid dan koir. Apa yang menariknya, majlis berlangsung dalam suasana yang segar kerana cuaca mendung disusuli dengan sedikit hujan renyai-renyai. Sekali lagi BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) telah menerbitkan senaskah lagi risalah yg berbentuk lukisan atau komik yang diberi nama RUHUL JADID yang membawa maksud “GENERASI BARU” iaitu sebuah koleksi himpunan komik-komik islam yang diselang-seli kan dengan tazkirah. Ia tercetus daripada sambutan yang amat tinggi dan menggalakkan daripada komik-komik yang kami muatkan didalam buletin HIKMATUL ANUAR. Jadi ia merupakan cetusan baru BALADI dalam berdakwah iaitu berdakwah melalui lukisan dan komik. Kerana mungkin jua melalui lukisan ini, ia menghiburkan hati, dan boleh lebih menarik minat kepada pelajar untuk membaca dan membeli. Disamping berhibur namun ia tidak lari dari konsep islam dan dakwah dan ia mudah di terima oleh pelajar-pelajar. Ia mula diterbitkan pada pada tanggal yang sama iaitu bersempena SAMBUTAN 15 TAHUN BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI). Pada tanggal yang sama juga pihak BALADI telah merasmikan uniform gerak kerja BALADI daripada jenis VEST bersempena sambutan ini juga.

Pada tanggal 4 SEPTEMBER 2007 bersamaan 23 SYA’BAN 1428, suatu lagi usaha dakwah BALADI dalam penglibatan dalam dunia ICT dan MAKLUMAT. setelah membentuk FRIENDSTER BALADI pada tanggal ini pihak BALADI telah menyiapkan suatu WEBSITEnya tersendiri (www.baladi-malaysia.blogspot.com) walaupun ia amat dhaif tapi itulah salah satu usaha sebagai pendekatan dakwah dengan para pelajar untuk mengkhabarkan islam bukanlah sekadar dari bentuk fizikal sahaja, padahal ia merangkumi keseluruhan dan ia sebenarnya lebih membatasi daripada pemikiran kita. Namun website BALADI hanya ditubuhkan secara bersendirian tanpa pengetahuan ramai, walau bagaimanapun dalam masa 3 bulan ia telah mampu menjangkau lebih 4 ribu pengunjung. Mengenai pelancaran rasminya mungkin akan di adakan pada awal JANUARI 2008 dengan rekabentuk WEBSITE yang berbeza.

Serba ringkas bagi perjalanan BALADI pada pada tahun 2008 ialah pada tidak jauh bezanya dengan gerak kerja BALADI pada tahun sebelumnya. Sepertibiasa agenda BALADI iaitu DIDIK INSAN MADA (DIMA) kali keempat, Program Marilah Bersolat (Amali Solat), pengurusan Jenazah, Explorasi BALADI ke tanah tinggi Cameron Highland, Tamrin Kemantapan dan Kepimpinan Islam (TAFAKKUR), Liga Qiadi, Smart A’milin, Majlis Wida’. Apa yang lainnya BALADI 2008 ini ialah wujudnya program-program baru seperti Pelancaran BMP (BERDAKWAH MELALUI PENERBITAN) iaitu Penulisan (risalah & Buletin), Lukisan (Komik Islam), Ruang Cyber (Website, Friendster, Myspace) selain ityu BALADI juga telah di undang untuk terlibat sama dalam program anjuran kerajaan negeri kelantan iaitu menjadi A’Milin (sukeralawan Bandaraya Islam) bersempena dengan Sambutan Ihya’ Ramadhan peringkat negeri kelantan atau lebih dikenali sebagai Qaryah Ramadhan. Selain itu BALADI 2008 jua telah merangkul beberapa pencapain di luar sekolah tanpa dijangka iaitu terpilih ke sebagai pencalonan akhir anugerah laman web berunsur islam terbaik, dalam Majlis Anugerah Media Islam Malaysia (AMIN) Kali Kedua dan mendapat ketiga dalam Pertandingan Laman Web Katogeri Sekolah Menengah. Setaip yang bermula ada akhirnya begitulah perjalan ndan gerak kerja. Ketika BALADI dalam keadaan teratas inilah telah mendugai kami warga Maahad darul Anuar apabila pemergian salah seorang anggota kami saudara uwais al-qarni. Selain itu juga tragedi yang menimpa kami adalah pembubaran BALADI dari Maahad Darul Anuar dek masalah penswastaan Maahad Darul Anuar.

Jadi sepanjang tempoh 15 tahun BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH ini berada di bawah bumbung MAAHAD DARUL ANUAR, berbagai-bagai program diadakan untuk kebaikan warga MAAHAD DARUL ANUAR (MADA).

Perancangan dan Perjalan BALADI hari ini masih diteruskan walaupun kami telah dibubarkan namun ianya mendorong kami untuk ke arah bersendirian kerana tiada istilah pencen di dalam berdakwah dari itu wujudlah BALADI G-2 iaitu BALADI GENRASI KE DUA yang membawa pergerakan di luar sekolah dan sebagai penggerak persatuan Alumni (bekas-bekas pelajar) maahad Darul Anuar. Wallahu’alam..

Label: , ,

Jumaat, 26 Oktober 2007

GOSSIP??

Kita seringkali menghukum mereka yang berada didalam "zaman kegelapan" seolah-olah "tiadak ada lagi harapan" untuk berubah. Kadangkala setiap kali kita melintasi mereka, berbagai kata-kata, sumpahan, hinaan dan kejian yang kita lontarkan kepada mereka.


"Kompom masuk neraka nih!"
"Macam S**al, dia ingat dia bagus ke? "

Tetapi kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya kita sendiri pernah melalui "zaman kegelapan" yang tersendiri. Ada yang pernah melalui zaman yenkees, zaman hippies, zaman pop yeh-yeh, zaman rock kapak, zaman kaki judi, zaman kaki botol, zaman kaki perempuan dan zaman-zaman yang pastinya bukannya mengikut acuan Islam. Tetapi setelah kita berubah, Insaf, Bertaubat kita melihat dan menghukum orang lain (mereka yang sedang dalam zaman kegelapan) seolah-olah kita ni tak pernah buat salah, tak pernah melalui zaman-zaman kegelapan.

Jangan lupa, sebenarnya kita belum lagi di uji dengan sebenar-benar ujian. Entah kalau kita diuji sedemikian, bahkan mungkin kita lagi teruk dari apa yang kita perkatakan.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-Ankabut:2

Sepatutnya, kita hanya membenci perbuatan seseorang tersebut tetapi bukan orangnya. Kerana siapa tahu, suatu hari nanti dia berubah, boleh jadi dia lebih baik, lebih alim, lebih soleh/solehah daripada anda? Pasti saja boleh berlaku. Ana percaya ramai pernah dengar mengenai cerita artis berubahkan? Yang dahulunya.. isk isk isk .. payah nak cerita.. tetapi sekarang? Antaranya;

Akil Hayy (ex-Vocalist The Riyadh)

Dulu penyayi Rock, Sekarang Penyayi Nasyid dan Pendakwah Bebas

Azmil Mustafa (Ali Setan)

Dulu pelakon, Sekarang Pendakwah Bebas

Mel (ex-Vocalist Wings)

Dulu penyayi rock, sekarang penyanyi Nasyid

Sani (Ex-Vocalist W.A.R & The Bondage)

Dulu penyayi kumpulan Punk & Skinhead, Sekarang pendakwah bebas.

Wilma (Model dan Pelakon)

Dulu model Seksi, Sekarang bertudung labuh


dan ramai lagi kalau nak sebut mcm noor kumalasari, wardina, Lan A to Z dan sebagainya. Oleh yang demikian tidak mustahil seseorang itu boleh berubah menjadi lebih baik.

Seharusnya setiap kali kita jumpa mereka-mereka yang sedang hayut dalam zaman kegelapan tersebut.. kita tegur-tegurlah secara elok-elok... tunjukkan akhlak Islam seperti mana akhlak Nabi Muhammad saw.

Terdapat banyak riwayat mengisah mengenai mereka yang memeluk Islam, akibat terpesona dengan akhlak Nabi Muhammad saw terhadap mereka.. tetapi kita? berapa ramai yang jauh daripada Islam akibat perangai dan akhlak kita terhadap mereka. dan yang terakhir jangan lupa berdoa untuk mereka agar berubah dan terus istiqamah dalam Islam dan jangan lupa doakan juga untuk diri kita nih.. walaupun ada diantara kita nih tak pernah melalui sejarah hitam, tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak Allah.

Nabi Muhammad saw selalu berdoa;

يَا مُقَلِّبَ اْلقُـلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ

Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu” (Sahih, Riwayat al-Tirmizi)

Sesungguhnya Allah itu mampu membolak balikkan hati hambaNya. Daripada buruk menjadi baik atau daripada baik kepada buruk atau dari buruk kepada baik kemudian kembali menjadi buruk.

dan kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk berubah, berusahalah, jangan putus asa.. walaupun berat, sukar.. tekadkan azam. InsyaAllah.. Allah akan bantu anda!

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) Ali Imran:200

Sekiranya datang cubaan-cubaan menghalang usaha anda untuk berubah, bersabarlah.. dan teruskan berjuang dan istiqamah dengan sembahyang dan berdoa. Pastinya akan ada suara-suara sumbang akan cukup patahkan semangat anda. Kena kuatkan semangat.. tak payah sedih atau terasa dengan apa yang orang kata kat kita.

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org-orang yangg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."Surah Al-Imran ayat: 139

Label:

Khamis, 25 Oktober 2007

Anda Ber-COUPLE??

Maaf andainya terkasar bahasa...
untuk pengajaran bersama...
Andai ada yang terasa maaflah...
Sekadar p'kongsian bersama...
Saling ingat mengingati...

Antara perkara yang ber"manfaat" daripada ber'couple' ;

1) Seronok (dapat fitnah)...

2) Seronok (dapat dosa)...

3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)...

4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...

5) banyak habis duit (lebih baik guna untuk bersedekah)...tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung setiap bulan...

6) Banyak risau (takut awek org lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)...

7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan awek...kita sebagai muslim patutnya banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa)...

Lebih mengutamakan awek daripada org lain (hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia sahaja....yang lain dah tak kisah.)...

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...

10) Lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...

Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/kajian ana terdapat beberapa sebab yang menjadi PENDORONG mengapa ber'couple'
terjadi ;

1) banyak sekolah/pusat pengajian campur. Perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal p'campuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak...

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu lah dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas-batas syarak (Nauzubillah !)... pada pendapat mereka, keluar dating di khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... So tak apa lah dosa pun sikit saja. Nanti dah kahwin settle dan taubat lah. Ana bab ini yang payah nak jawab...ada saja alasan dia org untuk melepaskan diri. org kata kalau dah nak buat tu memang macam-macam helah. Kita nasihat agaknya sini dia corner agaknya lain. banyakkan bersabar dan teruskan usaha kita insya-Allah lama2 dia akan sedar...

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve. Hasil daripada pentarbiyahan Islam yang tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...maka terjadinya perhubungan(kawan-kawan) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada setengah ibubapa dengan selamba kata,"Tak apa lah dia orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior lah". Betul juga kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu lah menilai yang baik dan yang buruk...tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan...

4) bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga seperti cara bergaul, bercakap, dan sbgnya. Ini m'buka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka. Tak p'percaya cuba pergi lepak (tujuan untuk mengambil iktibar) kat KL... Ada yang elok tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada chance ini...

5) Ramai perempuan semakin berani....berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dengan lelaki maka mereka pun goda lah lelaki so dapat banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat Bunga yang banyak dapat awek...

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau tak ada awek maka macam ada satu kekosongan dalam jiwa...lebih2 lagi kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling m'pengaruhi suasana...

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dalam bab meng'ayat' awek...lelaki ni biasa lah EGO..... ego tak kena tempat...

Haaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki.... lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik semangat untuk kacau awek. Mula2 perasan yang awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul-betul... ye lah dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat', awek tu pun accept lah mat tu. Ada juga awek yang manja sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yang awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka dianjurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yang tak kena. Pada kaum Adam pula, jangan lah perasan cepat sangat....

9) Ada kaitan dengan fakta ke 8.... perempuan cepat sangat kasihan bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. Tolong itu, tolong ini... Bila lelaki yang dok tolong tu 'ayat' sikit saja dengan mudah perempuan tersebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut...yang lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yang jadi macam tu...

10) Fakta yang kesepuluh ini cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain....ngam ke tak ngam sebelum berjanji untuk sehidup semati...

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara. yang haram akan tetap haram, sebagaimana hadith Rasullullah...

Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(ra): Sabda Rasulullah(SAW) ;

"Sesungguhya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata...dan di antara keduanya ada kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari segala kesamaran, maka ia memuliakan agama dan kehormatan bagi dirnya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, maka jatuhlah ia seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan..." (Mutafaq 'alaih)

Hamba Allah..

Label:

Rabu, 24 Oktober 2007

MAAHAD ku GEMILANG...

MAAHAD ku dalam pembinaan





MAAHAD ku KINI...


Label: ,

Selasa, 23 Oktober 2007

Where are we?

Wednesday, September 26, 2007



The first cry: oh, Mother…Don’t die... You said you would prepare dinner….You were worried that I may get killed .Don’t die, Mother… Take my heart, my head, my blood, my life….. It is too soon to die

Heartbroken Mother …. I die for you (to live)

Crying for his mother






The second cry: Mother’s breath falters and she says to her son: Don’t cry… I sacrifice for your life .

The boy’s heart breaks with agony: Oh Lord, Oh Lord….Return me to her womb or to you, let us die together or let me die alone. My Lord, you willed to create me through her womb so that I grow up and see what I see…..Is it her blood or mine?


Mother, hold fast

It is not now (time of departure)

You were to prepare dinner for me

(Suddenly) the roar of fighter planes and explosions resound.

Everything is shaking.

The street gives out the odor of death and rubbles fly around, and bodies and shrapnel.

Where is the nation of Laelaha Ellallah?

Where are the Arabs?

Where are they?

The last cry: Voices no longer heard

And mercy came like a bullet.

One heart stopped and another got broken and burnt.

One soul hovering over jungles of blood,

And another one bled.



No one cares.

No world cares.

Label:

GEJALA UMMAH



::BILA ARTIS DI SANJUNG-SANJUNG::


::ADA APA DENGAN TUDUNG::

Label:

Isnin, 22 Oktober 2007

Apabila 3 jenis golongan manusia ditanya?mereka menjawab?

Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??

X : Sudah tentu? solat itu tiang agama dan berdosa jika kita

meninggalkannya.

Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp

ikot mood le..

Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah?



Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??

X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana

Allah..

Y : Ofcoz la posa? malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh

raya.

Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??



Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??

X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so..

faham2 lah ye..

Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding

lah..

Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku?



Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??

X: Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..

Y : Antara pusat n ketiak kot? tak pasti..

Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang

kalau tak tayang??



Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??

X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri

& Islam.

Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so

tpaksa pinjam baju adik

Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti

baik..





Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??

X : Haram? batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..

Y : Ala ? stakat salam tu takpe lah

Z : Open la sket.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh?? Stakat

pegang tu takpe la.



Soalan7 : Kalau anda menerima mesej berbentuk dakwah dalam email, apa

yg anda buat??

X : InsyaAllah saya akan forward kat teman2. sekurang2nya ade gak

usaha dalam berdakwah.

Y : Bace pun tak.. forward ape hal..

Z : Delete terus!!

Label:

Jumaat, 19 Oktober 2007

.::IMBAS KEMBALI SAAT KEGEMILANGAN::.


SALAHUDDIN AL-AYUBI
.::IMBAS KEMBALI SAAT KEGEMILANGAN::.



SYEIKH AHMAD YASIN
.::IMBAS KEMBALI SAAT KEGEMILANGAN::.

Label:

Rabu, 17 Oktober 2007

Hikayat Hassan Al-Banna


Hikayat Hassan Al-Banna

Label:

PENERBANGAN PERCUMA...

>Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.
> Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.
> Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.
> Di mana pewanginya bukan Channel atau Polo, tetapi air mawar dan cendana.
> Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.
> Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.
> Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
> Di mana layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.
> Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.
> Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.
> Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.
> Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan..
> Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
> Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.
> Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan
> (savings) anda tidak akan dihabiskan
> Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.
> Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.
> Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
> Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.
> Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.
> Ya! Berita Baik!!
> Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu, bergembiralah selagi boleh!
> Dan sekiranya anda boleh! Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan..

BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Label:

Program SMART A'MILIN

Label:

Aktiviti Sepanjang RAMADHAN..

ASSALAMUALAIKUM wbt...
Insya-allah di sepanjang kita menjalankan ibadah fardhu RAMADHAN pada tahun ini, pihak EXCO BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIYYAH (BALADI) sedang menjalankan "MAJLIS TADARUS & KHATAM QUR'AN" bersama-sama para-para adik-adik DA'i JUNIOUR BALADI... dan insya-allah untuk yang seterusnya pihak kami akan bersama-sama juga dengan adik-adik pelajar TINGKATAN 2 TAHFIZ.. Bagi pelajar-pelajar TAHFIZ yang ingin mengetahui NAQIB-NAQIB mereka bolehlah bersuar dengan saudara, MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI ISMAIL... dan insya-allah juga pihak kami akan cuba memasuki list nama pelajar & NAQIBNYA untuk pelajar TAHFIZ.. Dan Pada sebelah petangnya pada tiap-tiap hari AHAD
lepas daripada menunaikan solat fardhu asar, Semua anggota BALADI termasuk A'milin Dan Da'i Juniour akan berkumpul di tingkat atas masjid bagi sesi TAZKIRAH RAMADHAN BALADI..


TADARUS RAMADHAN



IKRAM, PENDAKWAH MUDA (DJ-FC) yang
berani bersuara... -TAZKIRAH RAMADHAN BALADI


Pengumuman keduanya, BULETIN edisi RAMDHAN tlah pun diterbitkan. kepada mana-mana warga MADA yang hendak membelinya boleh lah berjumpa dengan saudara NIK MOHD SYAMIM IYLIA atau MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI dgn harga 50 sen..

Akirnya, Pada bila-bila masa anda memerlukan khidmat BALADI, dari persembahan nasyid, motivasi, tazkirah, akitiviti dan program-program luar hinggalah kepada jururunding persembahan, BALADI ini boleh dihubungi melalui alamat, telefon dan emel. Atau gunakan saja borang di bawah ini:

SETIAUSAHA
BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH,
SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR,
KANPUNG PULAU MELAKA,
16150 KOTA BHARU, KELANTAN

www.baladi-malaysia.blogspot.com

www.friendster.com/baladi
baladi_smuda@yahoo.com.my


p/s: sbrang maklumat terbaru akan diberitakan kmudian.. dan kpd semua plajar yang mengambil peperiksaan pada tahun ini, kami doakan kejayaan anda di dunia dan akhirat.. smoga mumtaz semua, insya-allah..

...Salam Dakwah

Label:

SAMBUTAN 15 TAHUN BALADI




KHAMIS 21 Jun- Badan Latihan dan Dakwah Islamiah (BALADI) Maahad Darul Anuar telah berjaya mengadakan Majlis Memperingati 15 tahun Penubuhan BALADI bermula hari ini sehingga pagi Ahad.

Di antara program yang diadakan adalah majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Pengetua dengan paluan gong.Di dalam ucapannya,beliau menyeru para pelajar tentang pengabdian maanusia yang sebenarnya hendaklah kepada Allah jua.Segala pekerjaan yang dilakukan di dunia ini memerlukan kepada hubungan yang berterusan dengan Allah S.W.T.Apa-apa musibah dan ujian perlulah bersabar dan tabah.Akhirnya tuan pengetua meminta agar semua pelajar dapat mengikuti segala program yang disusun oleh BALADI untuk kebaikan pelajar.

Setelah majlis perasmian,diadakan persembahan pelajar seperti sajak beserta lakonan yang menarik minat para pelajar berkaitan kes pembuangan bayi,persembahan nasyid,dan koir.

Apa yang menariknya,majlis berlangsung dalam suasana yang segar kerana cuaca mendung disusuli dengan sedikit hujan renyai-renyai.


Label: ,

KEBESARAN ALLAH..


Singa Mengaum Menyebut ALLAH



Bayi Aneh Di Lahirkan Di Mekah


Sejadah Bersembahyang

Label:

"LAWAK-KAN?"

Kalau anda pikir anda masih islam bacalah...kalau tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini.... kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah. ..

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dsalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

wallahua'lam. .

Label:


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.