<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Jumaat, 25 September 2009

Video BALADI di KPIK 10 dan Resolusi KPIK Kali Ke 10



RESOLUSI KONVENSYEN PELAJAR ISLAM KELANTAN KALI KE 10 (KPIK10)

Berikut merupakan Resolusi yang dicapai dalam Konvensyen Pelajar Islam Kali ke-10 bertempat di Hotel MGU Kota Bharu.


Menyedari kepentingan pelajar islam meneladani qudwah terpilih dan personaliti unggul dalam dunia yang serba moden.

Menginsafi betapa dunia globalisasi yang kini semakin dominan sedang menjalar bersama timbunan masalah social dan budaya asing yang mencabut akarumbi dan jatidiri pelajar-pelajar Islam.

Menginsafi bahawa kepimpinan dan ketrampilan pelajar-pelajar Islam disemua peringkat perlu diberi ruang dan perhatian yang wajar.

Menyelami hakikat bahawa potensi dan kualiti pelajar-pelajar Islam harus dipupuk dan digilap selaras dengan keperluan semasa :



MAKA DENGAN INI KONVENSYEN PELAJAR ISLAM KELANTAN KALI KE 10 YANG TELAH BERLANGSUNG PADA 20.6.09, BERTEMPAT DI HOTEL MGU KOTA BHARU YANG DIHADIRI SERAMAI 300 ORANG PESERTA DENGAN INI BERSETUJU BAHAWA :

1.Merealisasikan penubuhan alumni konvensyen pelajar islam Kelantan.

2.Memperbanyakkan kerjasama, usahasama dan hubungan strategi dengan sekolah-sekolah di Kelantan bagi memantapkan aktivtiti-aktiviti bercorak peningkatan minda, pembentukan jatidiri dan syakhsiah dan kepimpinan pelajar Islam.

3.Memperhebatkan program –program penonjolan personaliti unggul dari kalangan tokoh-tokoh Islam untuk pembinaan qudwah di kalangan pelajar muslim.


Alumni Konvensyen Pelajar Islam Kelantan
Persatuan pembimbing Pelajar Islam Kelantan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Label:

Rabu, 23 September 2009

Harapan Cuma Debu..



Salam Alayk wbt.. Posting kali ini sajer jer nak berkongsi tentang Anugerah Media Islam Negara (AMIN) kali ke 3.. Sepertimana posting sebelum ana ada menyatakan tarikh berlangsungnya AMIN pada 7 Oktober 2009 di Dewan Plenari, PICC, Putrajaya.. Sebelum ini ana ada juga menghantar penyertaan untuk menyertai AMIN kali ke 3 ini, iaitu dalam kategori Anugerah Laman Web/Blog Organisasi Berunsur Islam Terbaik dan Anugerah Laman Web/Blog Persendirian Berunsur Islam Terbaik.. Bagi Anugerah Laman Web Organisasi, ana melampirkan laman web bekas badan dakwah sekolah ana, iaitu BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) - http://www.baladi-malaysia.blogspot.com sebagai pencalonan dan bagi anugerah laman web persendirian ana melampirkan laman blog ana ini (http://www.ibnuyusuf.blogspot.com) sebagai pencalonan.. Namun rasanya kedua-dua penyertaan itu mungkin sekadar mimpi kosong dan mungkin terlalu tipis peluang untuk dipilih sebagai pencalonan akhir, memandangkan tarikh berlangsungnya AMIN cuma 2 minggu sahaja lagi dari sekarang. Tapi tak mengapalah, mungkin impian untuk ke AMIN kali ke 3 ini haruslah ana padam. Hajat di hati cuba menebus dari AMIN ke 2 tahun lalu yang mana laman web BALADI berjaya disenaraikan sebagai pencalonan akhir iaitu di antara 4 terbaik.. Tipulah kalau kata tiada perasaan sedih tapi ianya mungkin pembalajaran yang harus terima, memandangkan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) akan menjelma tidak lama lagi iaitu pada 19 November.. Ok lah, rasanya sampai disini sahaja posting kali ini. Mungkin selepas tiada lagi update dari ana...

Harapan Cuma Debu..

Label:

Sabtu, 19 September 2009

Minal A'idin Wa Fa'izin

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana kita di kurniakan rahmat yang begitu besar kerana di berikan peluang untuk melihat mentari fajar aidilfitri pada pagi ini (20 september/1Syawal).. Jadi di kesempatan itu ana dan team ONE DEEN SDN BHD, ELHAM PRODUCTION, ADVICE GROUP, AREBUDDY ENTERPRISE & BALADI (Badan Latihan Dakwah Islamiah - EX-badan dakwah maahad Darul Anuar) ingin mengucapkan Salam lebaran.. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata, dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa, MOHON MAAF ATAS SEGALANYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. Sedih dengan berlalunya Ramadhan, kerana kerinduanku terhadap Ramadhan yang pergi marilah bersama-sama kita jalankan ibadah puasa sunat 6 bagi mengubati rindu kita pada Ramadhan yang telah berlalu dan yang belum pasti kan kita ketemui lagi..

Salam AidilFitri, Minal A'idin Wal Fa'zin..

Label:

Jumaat, 18 September 2009

BADAR 1 MALAYSIA

logo_1malaysia

Keterangan logo 1 Malaysia


Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Dengan tema satu malaysia, pihak BALADI turut menjayakan visi 1 Malaysia iaitu mewujudkan satu masyarakat yang berpadu, Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa... Alhamdulillah, BALADI telaha berjaya mengumpul dan membentuk BADAR 1 MALAYSIA iaitu Badan Dakwah Sekolah Menengah Di Seluruh MALAYSIA.. Dari itu kami kami melampirkan beberapa link BADAN DAKWAH SEKOLAH yang telah berjaya kami bina hubungan:




  • BADAISSP

  • BDK SMAPL

  • BANI MCKK

  • FIKUTTQAWA

  • BAKIS MMPP


  • BADAR SDAR

  • BADAR SMIH

  • BADAR KISAS

  • BADAR FALAH

  • BADAR SMESH

  • BADRIN MAAS


  • SIS SEMASHUR

  • BADAR MERSING

  • BADAR SESTER

  • BADAR SAMURA

  • BADAR SAMBEST

  • BADAR SEPINTAR


  • BADAR MRSM TGB

  • BADAR MRSM TDK

  • BADAR TEMERLOH

  • BUDI SBPI GOMBAK

  • BADA MJSC BESERI

  • BADAR MRSM MUAR


  • BADAN UGAMA SAS

  • BADAR INTERSABER

  • BADAR SMKA KEDAH

  • BADIK MAAHAD SAS

  • BADAR SERI KERAMAT

  • ALUMNI BADAR SMKAK


  • BADAR MJSC LANGKAWI

  • USRAH SYAZULIAH MANS

  • BADIB SMA AL-KHAIRIAH

  • BADAR SMS KUALA PILAH
  • Label:

    INGIN MENJADI AUTHOR..??

    Ar-Rasul bersabda,

    "Sebarkanlah daripadamu walau satu ayat.."

    Bagi siapa yang ingin berdakwah melalui pena. Sertai kami dalam menulis risalah di website

    ini! Alamatkan emel anta (gmail, yahoo atau hotmail) ke emel berikut: ibn.yusuf@yahoo.com

    Betapa banyaknya pahala kita apabila seseorang mendapat hidayah dengan penulisan kita..

    wallahu 'alam.

    Label: ,

    MAKLUMAN

    Assalamu'alaikum wbt.. Untuk makluman kepada semua warga ex-MADA & BALADI, Program Rumah Terbuka Hari Raya Cahaya Aidilfitri ALUMNI PELAJAR ISLAM MADA (APIM) dan Majlis Ijtima'i Mada (MIM) telah di batalkan disebabkan wabak h1n1 yang melanda bumi Malaysia.. harap maaf

    *********************************************

    Bersempena dengan kedatangan Syawal yang mulia ini, pihak pentadbiran Maahad Darul Anuar (MADA) menjemput semua bekas guru dan kakitangan sokongan MADA sahaja untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka MADA yang akan diadakan :

    Tarikh : 15 Syawal 1430 h bersamaan 4 Oktober 2009

    Masa : 9.00pg - 12.30 tgh

    Tempat : Dewan Terbuka MADA

    Kedatangan anda amat dialu-alukan dan diharap dapat memeriahkan lagi majlis ini. Kami mendoakan agar ukhwah di antara kita akan terus berkekalan.

    Hadir Ramadhan menyuci diri,

    Syawal kembali kemenangan dirai,

    Salah dan silap harap dimaafi,

    Semoga ukhwah bertaut kembali.

    Sila sahkan kehadiran anda dengan mengambil kad jemputan di Pejabat Maahad Darul Anuar pada tarikh berikut :

    i) 13/9/2009 - 17/9/2009

    ii) 27/9/2009 - 30/9/2009


    Label:

    Rabu, 16 September 2009

    MAJLIS ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KETIGA




    Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Majlis Augerah Media Islam Negara (AMIN) Kali ketiga seperti maklumat berikut:

    Tarikh O7 Oktober 2009 M Bersamaan 18 Syawal 1430 H ( Rabu)
    Tempat Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya
    Masa 8.15 malam

    Tentatif Program:

    Masa Program
    8.15 malam Ketibaan dif jemputan
    8.30 malam Ketibaan YB Senator Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir bin Haji Baharom (B),
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri
    dan YBhg. Datin Fatmawati binti Saidin
    8.35 malam Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
    Perdana Menteri Malaysia dan Y.A.Bhg. Datin Sri Rosmah binti Mansor
    8.40 malam Bacaan doa
    Penyampaian Anugerah
    Majlis Bersurai

    Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan

    Label:

    Jumaat, 4 September 2009

    SEKADAR SELINGAN : " nak tengok Masjid Al Aqsa "



    Gambar masjid rakaman video yg pertama adalah Masjid Al Aqsa yg sebenar ... gambar masjid yg kubahnya berwarna kuning adalah Dome of Rock ( di dlmnya terdapat batu yg ingin mengikut nabi sempena peristiwa israk mikraj) jadi selepas ini jangan tertipu dengan propaganda yahudi ..kita dipesongkan tumpuan kita supaya mereka dapat merobohkan masjid Al Aqsa dan mendirikan kuli Solomon tanpa kita sedari .

    Label:

    SEKADAR SELINGAN : " nak lihat dlm Kaabah ? "


    Video ini adalah dipercayai dirakam di dlm Kaabah ...jadi apa yg anda saksikan nanti adalah apa yg ada di dlm Kaabah...selamat menonton

    Label:

    Siri 11 & 12 : Seorang Tentera ......





    Ketidaklogikan konsep trinitas dan dosa warisan menyebabkan beliau mendalami Islam ...ketekunan itu menjadi penyebab beliau menjadi Islam .
    Anda mungkin juga meminati:

    Label:

    Siri 10 : Pendedahan seterusnya



    Datuk dan neneknya seorang yg tidak mempunyai agama , ibu bapanya adalah generasi pertama yg memeluk agama Kristian ...dan dia adalah pengubah budaya keturunan ..dia memilih memeluk Islam ..dengarlah bagaimana perjalanannya sebelum dia memeluk Islam ... video ini semata-mata untuk menyedarkan muslim baka ..dan menghargai kurniaan Allah yg teragong kepada kita ..iaitu Iman .

    Label:

    Siri 9 : Saudara pertahankan lah Iman anda

    Ihdinas siratul mustakim 3X ... tunjukkan jalan yg lurus 3X ...sah . maka pencarian Mohd Fitri berakhir ..beliau memeluk Islam ..kemudian dia mendedahkan bagaimana Mubaligh Hindu memurtadkan sebahagian muslim di IPTA ... iman tidak boleh dijual beli saudara .

    Label:


    Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
    © 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.