<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Selasa, 30 Jun 2009

Siri 13(4 dari 16) : Saya tak mahu masuk neraka



Assalamualaikum

Kejahilan dan cepat putus asa itu dan kurang pengantungan kepada Allah akan menyebabkan seseorang itu memilih jalan yg salah ... oleh itu kita sebagai ummat Islam mesti menuntut ilmu untuk lebih memahami Islam ....

Label:

Siri 12 ( 3 dari 16): Kisah Pronografi sebagai pengajaran

Assalamualaikum

Ibadah mesti diniatkan kepada yg Esa barulah ibadah itu diterima . Sesuatu ibadah yg diniatkan kepada selain Allah akan ditolak . Begitulah diantara perbezaan Islam dengan Kristian . ia adalah perbezaan pada masalah yg asas bukan perbezaan pada masalah furu'.

Label:

Isnin, 29 Jun 2009

PERKEMBANGAN IJTIMA'

MIM.png

Assalamu'alaikum wr wbt..
Sedikit pengemuman daripada Ubaidillah (ex-BALADI). Kepada seluruh warga MADA terutama ahli dan mantan BALADI anda semua dijemput utk menghadirkan diri pada Majlis Ijtimai MADA (MIM) & Majlis Ifthor Jama'i MADA 2009, insya'allah akan di adakan pada bulan Ogos (Ramadhan) ini. Tarikh, Tempat dan masa akan dimaklumkan kemudian.. Insya'allah mungkin akan diadakan di TAMAN MELEWAR, KUALA LUMPUR pada cuti sekolah bulan ogos di antara 22-29 Ogos 09.

:: MUSLIM & MUSLIMAT SEMUA DI JEMPUT HADIR ::

Tetamu kehormat: Ustaz Nik Adli dan Ustaz Nik Abduh serta Ustaz Nik Mahadi
Sebarang kemusykilan boleh rujuk dan adukan di http://www.baladi-malaysia.blogspot.com

*Tolong Sebarkan pada yang lain-lain

untuk kod banner IJTIMA' bagi bersama-sama mempromosikannya ialah, copy kan kod di bawah ini dan paste kan di mana-mana seperti blog atau friendster rakan-rakan..

Label: ,

Ahad, 28 Jun 2009

Siri 11 : Carilah domba -domba yg tersesat ....

Assalamualaikum

Nabi Isa a.s hanya diutuskan hanya kepada Bani Israil bukan kepada semua umat manusia ini berdasarkan ayat yg di petik di dlm kitab Injil ...Carilah domba-domba yg tersesat dikalangan Bani Israil .. akan tetapi telah ditafsirkan lebih drp itu berdasarkan hujjah yg mereka kemukakan .. hujjah itu sebenarnya untuk menghalalkan kegiatan dakyah Kristian yg mereka laksanakan ...

Label:

Sabtu, 27 Jun 2009

Siri 10 : Nababan....

Assalamualaikum ,

Ketika meneliti dan mengkaji Al Quran beliau mendapati terdapat bukti-bukti yg menunjukkan Al Quran adalah kitab yg sebenar drp Allah ...maka beliau tanpa ragu-ragu memeluk Islam ....

Label:

Jumaat, 26 Jun 2009

Siri 9 : Agama Perdamaian


Assalamualaikum ,

Beliau dilahirkan sebagai Kristian di hidupkan di dlm lingkungan suasana Kristian ,walaubagaimanapun beliau meninggalkan agama Kristian disebabkan beberapa peringatan dr AlQuran diantaranya " Kecelakaan besarlah atas orang-orang yg menulis alkitab dengan tangan nya sendiri ! ( Al Baqoraoh) . sejak itulah pegangan nya goncang ....

Label:

Konvensyen Pelajar Islam Kelantan Kali ke 10-/2009


Konvensyen Pelajar Islam Kelantan kali ke 10 bagi tahun 2009 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Jun 2009 bertempat di Hotel Majlis Guru Ugama (MGU), jalan pintu pong, Kota Bharu, Kelantan yang dianjurkan oleh Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK).

Konvensyen Pelajar Islam Kelantan kali ke 10, atau singkatannya KPIK-10 pada kali ini dijayakan bersama Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Kelantan (ABIM Kelantan) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), yang disempurnakan perasmiannnya oleh YBhg. Tuan Hj. Mokhtar Bin Abdul Razak, Timbalan ketua pengarah YaPEIM.


KPIK-10 bertujuan menghimpunkan pimpinan sekolah dalam menggilapkan bakat kepimpinan serta membawa pemikiran mereka keluar daripada situasi sekolah kepada pendedahan yang lebih meluas.

Selain itu, dalam KPIK-10 pada kali ini juga memberi penganugerahan kepada adik Nik Nur Madihah Bt Nik Mohd Kamal yang merupakan pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diwakili oleh ibundanya.

Peserta yang hadir seramai 300 orang mewakili 27 buah sekolah terdiri daripada sekolah dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK), Jabatan Pelajaran Kelantan (JPN), Sekolah Swasta atau persendirian dan agensi-agensi yang berkaitan dengan pelajar.

Program tahunan ini bermula pada jam 8 pagi dengan kehadiran peserta dan majlis perasmian pada jam 9.30pagi. Selain itu terdapat juga slot Forum Personaliti Pelajar dimana ahli panelnya terdiri daripada ketua-ketua pelajar sekola iaitu dari SMKA Naim Lilbanat, SMU(A)Maahad Muhammadi Lelaki, dan SBP Sekolah Menengah Sains Tengku Mohammad Faris Petra. Pada sebelah petangnya pula merupakan slot bersama Yang DiPertua PPIK yang berkaitan dengan peranan generasi muda melalui teladan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Saudara Mohd Syahiran yang merupakan pengarah KPIK10 berkata, konsep Konvensyen yang dilaksanakan pada tahun ini berbeza berbanding pada tahun-tahun lalu, kerana pada tahun ini kami lebih menekankan pemilihan qudwah dan juga pemilihan kepimpinan kepada pelajar diperingkat sekolah melalui contoh teladan qudwah atau tokoh-tokoh agung Islam yang pernah menjulang nama Islam kepentas dunia dan harapan agar KPIK ini menjadi pencetus kepada pembentukan kembali generasi keunggulan Islam yang pernah menguasai pelbagai bidang.Tidak lupa ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus siang malam dalam membikini KPIK10 ini dan juga kepada pihak ABIM dan YaPEIM terima kasih kerana banyak membantu kami dalam pelagai aspek.

Konvensyen Pelajar Islam Kelantan Kali ke 10-/2009, berakhir dengan ucapan penangguhan oleh Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia bahagian Hal Ehwal Siswi Islam (HEWI) yang mewakili Presiden.

Ucapan Pengarah Program


Ucapan YDP ABIM Kelantan :Ust Faisal Abdullah


Ucapan Timb. Ketua Pengarah YaPEIM


Pengerusi Majlis : Saudara Farid


Penyampaian Penghargaan Kepada perasmi.


Peserta dan guru pengiring yang hadir


Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang kepada
Adik Nik Nur Madihah yang diwakili oleh ibunya.


Abah Zahidin : Moderator Forum Personaliti Pelajar


Penalis Forum Personaliti Pelajar



Adik Hafizah : Ketua Pelajar SMKA Naim Lilbanat


Adik haris : Ketua Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki


Gandingan Moderator dengan Pengerusi


adik sakir faris : Ketua Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki


antara peserta yang bertanya



Bergambar bersama ibu kepada pelajar cemerlang adik Nik Nur Madihah


Slot bersama YDP PPIK Abg. Faizul Afzan


Ucapan penangguhan oleh Naib Presiden HEWI


Saguhati kepada Naib Presiden HEWI


Ahli jawatankuasa penganjur Konvensyen Pelajar Islam Kelantan Kali ke 10-/2009 bersama
Naib Presiden HEWI bersama pengiring dan YDP ABIM Kelantan


*Klik pada gambar untuk besar imej

www.ppik-kelantan.blogspot.com

Label:

FADHILAT BULAN REJAB

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Label:

Khamis, 25 Jun 2009

Siri 8 : Pronografi dlm Kitab Injil





Assalamualaikum

Seorang yg sejak kecil ditarbiah oleh bapanya sebagai penginjil . Seorang yg paling benci kepada Nabi Muhammad s.a.w . Tetapi akhirnya beliau memeluk Islam selepas berdialog dengan bapanya ..apakah perkara yg dibincangkan itu yg sehingga dia tertarik memeluk Islam ...saksikanlah .

Label:

Rabu, 24 Jun 2009

Siri 7 : Saya penganut Nabi Isa a.s yg setia

Assalamualaikum .

Pendedahan mantan penganut Kristian bahawa Nabi Isa a.s pun menyembah Allah s.w.t ,menyebabkan segala kepercayaan bahawa Nabi Isa a.s itu tuhan hancur berkecai .Perkara besar/pokok inilah yg menyebabkan beliau memeluk Islam .

Label:

Selasa, 23 Jun 2009

Siri 6 : Orang Kristian Sebenar Tidak Makan Babi

Assalamualaikum

Dengarlah penjelasan Orang Mualaf berkenaan kitab Injil diantaranya Injil mengharamkan makan babi , berkhatan , apabila orang kristian meninggal akan dikafankan , melarang membuat patung dan menyembahnya ...lalu bagaimana amalan kristian pada hari ini ...adakah sama dengan isi Kitab Injil .. fikirkanlah

Label:

Siri 5 : Saya Masuk Kristian bukan untuk popular


Assalamualaikum

Hidayah adalah milik Allah . Hanya Allah sahaja yg berhak memberi hidayah dan Allah sahaja yg berhak menyesatkan seseorang . Amat malang sekiranya kita tidak diberi hidayah oleh Allah .

Label:

Isnin, 22 Jun 2009

Siri ke 4 : Rujuklah AlQuran apabila dlm kesusahan

Assalamualaikum .

Sungguh rugi orang yg memilih agama selain Islam , lantaran kecewa dia memilih Kristian sebagai agamanya kerana disitu dia melihat beberapa "keajaiban " ..saksikanlah

Label:

Sabtu, 20 Jun 2009

BALADI dijemput ke Konvensyen Pelajar Islam Kelantan Ke 10



20 JUN 09 - Alhamdulillah selesai sudah KONVESYEN PELAJAR ISLAM KELANTAN (KPIK) kali ke 10 di bawah anjuran Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bertempat di Hotel MGU, Kota Bharu. Ucapan jutaan terima kasih kami hulurkan buat abang Syahiran yang merupakan Pengarah Program KPIK ke 10 dan merupakan ex-student Maahad Darul Anuar atas kesudian menjemput pihak BALADI menyertai KPIK kali ke 10 ini. Turut terlibat dalam program ini pimpinan pelajar sekolah menengah dibawah kelolaan YIK, JPN dan SWASTA. Maahad Darul Anuar juga turut terlibat, begitu teruja dan terimbau segala kenangan di minda apabila melihat avanza Maahad Darul Anuar di tepi jalan sekitar Hotel MGU.

Objektif Konvesyen ini di adakan adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang peranan generasi Muslim, Memberi kesedaran tentang peranan sebagai pelajar dalam pembentukkan masyarakat yang berkualti, berusaha menanamkan sifat-sifat kepimpinan dalam diri generasi Pelajar Islam setelah menyedari harapan tinggi ummah terhadap mereka sebagai warisan kepimpinan dimasa hadapan, dan yang terakhir untuk membantu para pelajar dalam mengendalikan potensi diri seterusnya mampu memantapkan diri dari aspek rohani dan intelektual.

Wakil BALADI yang mengahadiri Konvesyen ini adalah Admin BALADI dan Saudara Rais iaitu salah seorang ahli kumpulan nasyid yang masih dalam proses pembikinan album, iaitu kumpulan ADVICE. Alhamdulillah dengan wujudnya konvesyen tadi memberi peluang untuk BALADI berkongsi cerita dan insya'allah ADVICE juga akan menjadi artis nasyid di bawah kerjasama BALADI selain dari kumpulan ARE BUDDY.

Setelah selesai konvesyen tadi, pihak BALADI sempat ditemubual oleh YDP PPIK, Saudara Afzan tentang matlamat dan gerak kerja BALADI, dan YDP PPIK amat tertarik dengan matlamat BALADI dalam membina rangkaian dan menyatukan badan-badan dakwah sekolah di Malaysia. Pihak BALADI juga telah ditawarkan untuk dijadikan badan gabungan bersama PPIK. Insya'allah, jika ada rezeki persoalan tentang ini akan BALADI utarakan pada MAJLIS IJTIMA'I MADA (MIM) 2009 ini. Sampai di sini sahaja pena kami..



Antara video yang turut diselitkan pada KPIK ke 10 dan juga
amat menarik perhatian kami


TERIMA KASIH BUAT SELURUH WARGA KPIK 10
dan kepada;

.


Tidak lupa juga buat Abang Syed kita yang merupakan ex-student MAAHAD DARUL ANUAR dan pernah memegang jawatan sebagai Exco Badan Kaunseling dan Kerjaya di MADA, ketika di KPIK ke 10 beliau telah bertukar nama kepada Abang Farid, satu revolusi juga. Apa-apa pun moga berjaya dengan kerjayanya sebagai DJ di Kelantan.fm.

Wallahu'alam bi sowab..

Label:

Jumaat, 19 Jun 2009

Siri 3 : Salah sikap orang Islam

Assalamualaikum

Rasa kecewa seseorang ketika di dlm kesusahan menyebabkan seseorang itu putus asa dan kadang kala mengambil jln yg salah iaitu murtad drp agama Allah. Ambillah pengajaran drp pengakuan orang yg murtad ini , bantulah saudara kita di dlm kesusahan semampu yg tersanggup . Semoga sekurang-kurangnya dengan bantuan kerdil kita dapat menyelamatkan aqidah mereka .

Label:

Khamis, 18 Jun 2009

Tiga Fitnah Dunia Yang Menimpa Dai

Fitnah dunia telah sedemikian hebatnya mengganas, menyerang dan menguasai fikiran majoriti umat manusia. Fitnah itu mengkristal menjadi ideologi yang banyak dianuti manusia, iaitu kesenangan. Rasulullah saw., pada 14 abad lalu telah bersabda dalam sebuah hadits yang terkenal disebut dengan hadits Wahn, ”Hampir saja bangsa-bangsa mengepung kalian, sebagaimana orang lapar mengepung tempat makanan. Berkata seorang sahabat, “ Apakah kerana kita sedikit pada saat itu ? Rasul saw. bersabda,” Bahkan kalian pada saat itu banyak, tetapi kalian seperti buih, seperti buih lautan. Allah akan mencabut dari hati musuh kalian rasa takut pada kalian. Dan Allah memasukkan ke dalam hati kalian Wahn. Berkata seorang sahabat,” Apakah Wahn itu wahai Rasulullah saw ? Rasul saw, bersabda, “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Dawud)

Dunia dengan segala isinya adalah fitnah yang banyak menipu manusia. Dan Rasulullah saw., telah memberikan peringatan kepada umatnya dalam berbagai kesempatan, beliau bersabda dalam haditsnya: Dari Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi saw bersabda: ”Sesungguhnya dunia itu manis dan lazat, dan sesungguhnya Allah menganugerahkan padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana fitnah pertama yang menimpa bani Israel disebabkan wanita”(HR Muslim) (At-Taghaabun 14-15).

Macam-macam Fitnah Dunia

Secara umum fitnah kehidupan dunia dapat dikategorikan menjadi tiga bentuk, iaitu: wanita, harta dan kekuasaan.

Fitnah Wanita


Dahsyatnya fitnah wanita telah disebutkan dalam Al-Qur’an dan Hadits. Bahkan surat ‘Ali Imran 14 menempatkan wanita sebagai urutan pertama yang banyak dicintai oleh manusia dan pada saat yang sama menjadi fitnah yang paling berbahaya untuk manusia. Rasulullah saw. bersabda, ” Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita” (HR Bukhari dan Muslim).

Fitnah wanita dapat menimpa siapa saja dari seluruh level tingkatan manusia baik dari kalangan pemimpin mahu pun rakyat biasa. Sejarah telah membuktikan kenyataan tersebut. Banyak para pemimpin dunia yang jatuh kerana faktor fitnah wanita. Dan fitnah wanita juga dapat menimpa para dai dan pemimpin dai. Bahkan salah satu hadits yang paling terkenal dalam Islam, iaitu hadits niat, sebab keluarnya kerana ada salah seorang yang hijrah ke Madinah untuk menikahi wanita yang bernama Ummu Qois. Maka dikenallah dengan sebutan Muhajir Ummu Qois.

Banyak sekali bentuk fitnah wanita, jika wanita itu isteri maka banyak para isteri dapat memalingkan suaminya dari ibadah, dakwah dan amal soleh lainnya. Jika wanita itu wanita selain isterinya, maka fitnah dapat berbentuk perzinaan. Fitnah inilah yang sangat dahsyat yang menimpa banyak umat Islam.

Ada banyak cerita masa lalu baik yang terjadi di masa Bani Israil mahu pun di masa Rasululullah saw yang menyangkut wanita yang dijadikan objek fitnah. Kisah seorang rahib yang membakar jari-jari tangannya untuk mengingatkan diri dari azab neraka ketika berhadapan dengan wanita yang sangat siap pakai, kisah penjual minyak wangi yang mengotori dirinya dengan kotoran dirinya agar wanita yang menggodanya lari, dan cerita nabi Yusuf a.s. yang diabadikan Al-Qur’an. Itu kisah-kisah mereka yang selamat dari fitnah wanita. Sedangkan kisah mereka yang menjadi korban fitnah wanita lebih banyak lagi. Kisah rahib yang mengobati wanita kemudian berzina sampai hamil dan membunuhnya, sampai akhirnya musyrik kerana menyembah syaitan. Kisah raja Arab dari Bani Umayyah yang meninggal dalam pelukan wanita dan banyak lagi kisah-kisah lainnya.

Fitnah Harta

Fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat yang dikhawatirkan Rasulullah saw, “Dari Amru bin Auf al-Anshari ra bahawa Rasulullah saw. mengutus Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke al-Bahrain untuk mengambil jizyahnya. Kemudian Abu Ubaidah datang dari bahrain dengan membawa harta dan orang-orang Anshar mendengar kedatangan Abu Ubaidah. Mereka berkumpul untuk shalat Subuh dengan Nabi saw. tatkala selesai dan hendak pergi mereka mendatangi Rasul saw., dan beliau tersenyum ketika melihat mereka kemudian bersabda,”Saya yakin kalian mendengar bahawa Abu Ubaidah datang dari Bahrain dengan membawa sesuatu?” Mereka menjawab, ”Betul wahai Rasulullah”. Rasul saw. bersabda, ”Berikanlah khabar gembira dan harapan apa yang menyenangkan kalian, demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu tetapi aku takut dibukanya dunia untukmu sebagaimana telah dibuka bagi orang-orang sebelummu dan kalian akan berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka berlumba-lumba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana telah menghancurkan mereka.” (HR Bukhari dan Muslim).

Pada saat dimana dakwah sudah memasuki wilayah negara, maka fitnah harta harus semakin diwaspadai, kerana pintu-pintu perbendaharaan harta sudah sedemikian rupa terbuka lebar. Dan fitnah harta, nampaknya sudah mulai menimpa sebahagian aktiviti dakwah. Aromanya sudah sedemikian rupa tercium menyengat. Kegemaran main dan beraktiviti di hotel, berganti-ganti kereta dan membeli kereta mewah, berlumba-lumba membeli rumah yang mewah dan berlebih-lebihan dengan perabot rumah tangga, lebih asyik bertemu dengan teman yang memiliki level sama dan para pejabat lainnya adalah beberapa fenomena fitnah harta.

Yang paling parah dari fitnah harta bagi para dai adalah menjadikan dakwah sebagai dagangan politik. Segala sesuatu mengatasnamakan dakwah. Berbuat untuk dakwah dengan berbuat atas nama dakwah bezanya sangat tipis. Menerima hadiah atas nama dakwah, menerima dana dan sumbangan musyarokah atas nama dakwah. Mendekat kepada penguasa dan menjilat pada mereka atas nama dakwah dan sebagainya.

Dalam konteks ini Rasulullah saw. dan para sahabatnya pernah ditegur keras oleh Allah kerana memilih mendapatkan ghonimah dan tawanan perang, padahal itu semua dengan pertimbangan dakwah dan bukan atas nama dakwah. Kejadian ini diabadikan Al-Qur’an surat Al-Anfaal (8): 67-68, “Tidak patut, bagi seorang nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiyah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu)…”

Fitnah Kekuasaan

Fitnah kekuasaan biasanya menimpa kalangan elit dan level tertentu dalam tubuh umat. Fitnah inilah yang menjadi pemicu fitnah kubra di masa sahabat, antara Ali r.a. dengan siti Aisyah r.a. dalam perang Jamal, antara Ali r.a. dengan Muawiyah r.a. dalam perang Siffin, antara Ali r.a. dengan kaum Khawarij.

Fitnah kekuasaan ini juga dapat menimpa gerakan dakwah dan memang telah banyak menimpa gerakan dakwah. Para aktifis gerakan dakwah termasuk para pemimpin gerakan dakwah adalah manusia biasa yang tidak ma’shum dan tidak terbebas dari dosa dan fitnah. Yang terbebas dari fitnah dan kesalahan adalah manhaj Islam. Sehingga fitnah kekuasaan dapat menimpa mereka kecuali yang dirahmati Allah. Kecintaan untuk terus memimpin dan berkuasa baik dalam wilayah mahu pun suatu organisasi adalah bahagian dari fitnah kekuasaan.

Fitnah kekuasaan yang paling dahsyat menimpa aktifis dakwah adalah perpecahan, saling menjatuhkan, saling memfitnah bahkan saling membunuh. Dan semua itu pernah terjadi dalam sejarah Islam. Semoga kita semua diselamatkan dari semua bentuk fitnah ini.

Untuk mengatasi semua bentuk fitnah dunia ini, maka kita harus sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan berlindung dari keburukan fitnah dunia. Mengukuhkan pribadi kita sehingga menjadi jiwa rabbani bukan jiwa maadi (kemewahan,harta benda). Disamping itu kita harus mengukuhkan kefahaman kita tentang hakikat dunia, risalah manusia dan keyakinan tentang hisab dan hari akhir.

1. Hakikat Harta dan Dunia

• Dunia adalah permainan dan senda gurau. [QS. Al-Ankabuut (29): 64]
• Kesenangan yang menipu. [QS. Ali Imran (3): 185]
• Kesenangan yang terbatas dan sementara. [QS. Ali Imran (3): 196-197]
• Jalan atau jambatan menuju akhirat, Rasulullah saw bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir.” (HR Bukhari dari Ibnu Umar)
Manusia diciptakan Allah sebagai pemimpin yang harus memakmurkan bumi. Maka mereka harus menguasai dunia atau harta bukan dikuasai oleh harta. Sebagaimana doa yang diungkapkan oleh Abu Bakar r.a., ”Ya Allah jadikanlah dunia di tanganku, bukan masuk ke dalam hatiku.” Seperti itulah seharusnya seorang pemimpin. Memberi teladan tentang pengorbanan seluruhnya dengan segala harta yang dimiliki.

2. Meyakini hari Hisab dan Pembalasan.

Manusia harus mengetahui dan sedar bahawa kekayaan yang mereka miliki akan dihisab dan dibalas di akhirat kelak. Bahkan semua yang dimiliki dan dinikmati manusia baik kecil mahu pun besar akan dicatat dan dipertanggungjawabkannya. Oleh kerananya mereka harus berhati-hati dalam mencari harta kekayaan dan dalam membelanjakannya.

3. Sedar dan menyakini bahawa kenikmatan di akhirat jauh lebih nikmat dan abadi.

Rasulullah saw bersabda: ”Allah menjadikan rahmat 100 bahagian, 99 bahagian Allah tahan dan Allah turunkan ke bumi satu bahagian. Satu bahagian itulah yang menyebabkan sesama mahluk saling menyayangi sampai kuda mengangkat telapak kakinya dari anaknya khawatir mengenainya.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Begitulah, kenikmatan paling nikmat yang Allah berikan di dunia hanyalah satu bahagian saja dari rahmat Allah swt sedangkan sisanya Allah tahan dan hanya akan diberikan kepada orang-orang beriman di syurga.

Dan kesimpulannya agar kita terbebas dari fitnah dunia, maka kita harus membentuk diri kita menjadi character rabbaniyah bukan madiyah dan juga bukan rahbaniyah. Jiwa inilah yang selalu mendapat bimbingan Allah kerana sentiasa berintraksi dengan Al-Qur’an baik dengan cara mempelajarinya mahu pun dengan cara mengajarkannya.

Wallahu'alam bishowab…

© Hakcipta BALADI 2009

Label:

Siri 2 : Bernaung di bawah payung yg salah



Assalamualaikum ,
Disamping amaran Allah ada rahmah Allah ,oleh itu apabila anda menuntut ilmu Islam maka bacalah kedua-dua sekali ,supaya anda ada perasan takut dan harap kepada Allah . Didlm sebuah hadis yg mafhumnya Allah akan mengampunkan segala dosa yg manusia lakukan dengan syarat manusia itu tidak mensyirikkan Allah s.w.t ,walaupun dosa itu sebesar gunung dan setinggi langit . Maka ahli forum ini telah tersilap langkah ,langkah yg memusnahkan dirinya sendiri , sesungguhnya dia mencari jaminan keselamatan ,tetapi adakah jaminan itu benar-benar ada ,ataupun dia hanya bernaung dibawah payung yg salah .saksikanlah siri yg ke dua ini

Label:

Rabu, 17 Jun 2009

Siri 1: Dialog 3M vs 3M

Assalamualaikum

setelah selesai 26 siri perdebatan Dr.Campbell dengan Dr. Zakir Naik .sekarang saya bawakan satu siri baru iaitu .dialog diantara 3 orang mualaf dengan 3 orang murtad yg di adakan di Indonesia . Ini adalah siri yg pertama /mukadimahnya .

Label:

Siri ke 26 ( siri terakhir) : Lagi Penyelewengan pada Kitab Injil

Assalamualaikum ,

Apakah umur bapa lebih muda drp anak ..sudah tentu tidak , tetapi ini terdapat di dlm kitab injil ..dan banyak lagi perselisihan di dlm Injil yg anda wajib tahu ..saksikanlah .

Label:

Selasa, 16 Jun 2009

Siri ke 25 : Siapa Datuknya Kera ?



Assalamualaikum

Dr. Campell seperti biasa tidak menjawab soalan peserta . Terbukti injil yg ada sekarang ini telah di tokok tambah dan di buang sebahagian ayat-ayatnya .. menyebabkan ia tidak sesuai dengan sebarang zaman dan ketingggalan. Perkara ini seolah-olah diakui sendiri oleh Dr.Campbell ... saksikanlah.

Label:

Isnin, 15 Jun 2009

Siri 24 : Tidak tahu mengira ke?


Assalamualaikum

Kebanyakkan soalan yg ditujukan kepada Dr Campbell tidak dapat di jawab dengan tepat dan sering lari dari fokus soalan . kemudian Dr.Zakir disoal tentang peristiwa penyaliban Jesus ..mari saksikannya jawapnnya .

Label:

Ahad, 14 Jun 2009

Bahagian 2: MEMAAFKAN

Tatkala selesai perang Uhud, Rasulullah menemukan jenazah saudaranya tercinta, Hamzah bin Abdul Muthalib, jenazahnya dalam keadaan rosak. Beliau pun menjadi sangat sedih hingga wajahnya tertunduk. Rasulullah pun menjadi teramat sangat marah hingga ia mengeluarkan sebuah janji bahawa akan membalas yang menganiaya kaum Quraisy dengan cara yang belum pernah manusia lakukan. Padahal selama ini Rasulullah begitu kuat menahan siksaan berbagai perlakuan tidak baik dari kaum Quraisy bahkan memaafkannya.

Tapi Allah kemudian menurunkan firmannya, ”Dan jika kamu melakukan pembalasan, balaslah seperti yang mereka lakukan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, maka kesabaranmu itu lebih baik bagimu. Dan hendaklah kamu tabahkan hatimu, dan hendaklah ketabahan hatimu itu kerana berpegang kepada Allah. Jangan pula kamu bersedih hati terhadap perbuatan mereka. Jangan pula kamu bersesak dada terhadap apa yang mereka rencanakan.” (QS 16: 126-127).

Nabi SAW pun akhirnya mengumpulkan kaum Muslimin dan menyampaikan pidato yang berisi larangan melempiaskan amarah dan dendam dengan melakukan penganiayaan biadab terhadap mayat-mayat musuh.

Dalam Islam, sikap menahan amarah mempunyai posisi yang sangat ketara. Menahan amarah akan menjadikan seseorang sanggup menahan diri untuk tidak melakukan tindakan tercela dalam bentuk apa pun.

Menahan marah, memaafkan, dan berbuat baik adalah kesatuan nilai yang mendasari ketakwaan. Menahan marah saja tanpa memaafkan bukan ciri orang taqwa, tetapi ciri orang pendendam. Berbagai penyakit fizik dan mental dimasak matang dalam dada yang membara menyimpan kemarahan. Kerana itu psikologi menyarankan kepada kita untuk mencari cara paling aman buat meledakkan kemarahan.

Sikap menahan amarah merupakan salah satu cirri-ciri orang bertakwa yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai penghuni syurga. Ini bererti bahawa ketakwaan seseorang dapat dilihat dari kemampuannya menahan amarah yang dapat merugikan orang lain. Orang yang mampu menahan amarah bererti ia telah mampu meleburkan dirinya ke dalam diri orang lain dan membuang jauh-jauh sifat egoisnya.

Sejenak orang merasa lega setelah meluapkan amarahnya seperti penderita sakit kepala yang minum ubat. Menahan marah hanya dapat disembuhkan dengan memaafkan. Dale Carnegie, penulis populer, saat menawarkan kiat untuk menghilangkan rasa cemas, berkata”Kita tidak cukup suci untuk mencintai musuh-musuh kita. Tapi, demi kesehatan dan kebahagiaan kita, lupakan mereka dan maafkan mereka!”.

Sudah menjadi tabiat manusia, tatkala hatinya disakiti, dia akan merasa sakit hati dan boleh jadi berujung dengan kedendaman. Walaupun demikian, bukan bererti kita harus dendam setiap kali ada yang menyakiti. Malah sebaliknya, jika kita dizalimi, maka doakanlah orang-orang yang menzalimi itu agar bertaubat dan menjadi orang saleh. Mampukah kita melakukannya?

Nikmat Allah yang paling besar bagi manusia setelah iman dan Islam adalah nikmat dikurniai-Nya maaf atau ampunan. Nikmat ini sentiasa diberikan Allah kepada setiap manusia, meski manusia terus-terusan melakukan perbuatan dosa. Namun tentunya dengan sebuah catatan, bahawa manusia yang diberikan nikmat ini hanya manusia yang sentiasa menyedari setiap perbuatan dosanya, dan untuk itu dia memohon maaf kepada Allah Swt. Oleh kerana itulah Allah kemudian memberi gelar diri-Nya Al Afwu, Yang Maha Pemaaf. Firman-Nya dalam surat An-Nisaa (4) ayat 149 : “Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa”.

Lebih banyak kata pemaaf yang Allah tujukan buat memperlihatkan kebesaran-Nya, namun demikian ada sebuah ayat dalam Al-quran yang menyeru kepada manusia untuk meniru salah satu sifat Allah tersebut: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh” (Al A’raaf(7):199).

Tetapi memaafkan tidaklah mudah. Kata para sufi, memaafkan harus dilatih terus menerus. Sifat pemaaf tumbuh kerana kedewasaan ruhani. Ia merupakan hasil perjuangan berat ketika kita mengendalikan kekuatan di antara dua kekuatan: pengecut dan pemberang. Sifat pemaaf menghiasi akhlak para nabi dan orang-orang soleh. Ruhani mereka telah dipenuhi sifat Allah Yang Maha Pengampun (To err is human, but to forgive is divine).

Maaf yang tulus lahir dari perkataan yang tulus kepada orang lain, kerana itu untuk dapat memaafkan, kita harus memusatkan perhatian kita kepada orang lain. Kita harus beralih dari pusat ego kepada posisi orang lain. Orang-orang Altruism (sifat mementingkan kepentingan orang lain) dalam Al-Qur’an, disebut sebagai orang-orang yang berbuat baik. Nabi Muhammad SAW. sangat terkenal sebagai pemaaf. Beliau menyerahkan serbannya sebagai tanda maafnya kepada Wahsyi, yang membunuh Pakciknya yang tercinta, Hamzah.

Suatu ketika Ali bin Husein r.a. berwudhu, hambanya menjatuhkan wadah air ke atas kepalanya. Takut kalau sudah menyakiti tuannya,hamba itu menggumamkan ayat Al-Qur’an (QS. Ali Imran:134), “…Orang-orang yang mengendalikan amarahnya…” Ali berkata, “Aku tahan marahku.”

Hamba itu melanjutkan,”…Dan orang - orang yang memaafkan orang lain….”. Ali berkata, “Aku maafkan kamu.”
Hamba itu menyelesaikan ayat itu, “…Sesungguhnya Allah mencintai orang - orang yang berbuat baik.” Ali pun berkata, “Aku merdekakan kamu.”
Menahan marah tanpa memaafkan hanya menumpuk penyakit. Memaafkan tanpa berbuat baik hanya memburukkan hubungan sosial. Menahan marah, memaafkan, dan berbuat baik harus dilakukan sekaligus.Allah menjelaskan ketiganya sebagai ciri-ciri orang taqwa. Setelah ketiganya Allah menjelaskan sifat berikut dari orang taqwa ialah meminta maaf (QS. Ali Imran:135). ”Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui.”
Nampaknya hadits Rasulullah Saw berikut menjelaskan maksud kenapa Allah Swt menyeru manusia untuk memiliki sifat pemaaf “Barangsiapa melakukan tiga hal berikut ini, ia akan dihisab dengan mudah dan akan masuk syurga dengan rahmat-Nya: Pertama memberi kepada orang yang bakhil; kedua, silaturahim dengan orang yang memutuskannya; ketiga, memberi maaf kepada orang yang zalim” (HR. Ath-Thabrani).

Tidak jarang meminta maaf lebih sulit dari memaafkan. Bagi sebahagian orang, meminta maaf dianggap sebuah perbuatan yang merendahkan harga dirinya. Mereka tidak menyedari, bahawa meminta maaf adalah usaha penghapusan kesalahan pada manusia dan pengampunan dosa pada Yang Maha Kuasa.

Wallahu'alam bishowab…

Label:

Siri 23 : Bumi adalah datar - Injil

Assalamualaikum

Bumi adalah datar dan tidak bergerak ,ini adalah merujuk kepada kitab injil ..bagaimana ini boleh berlaku ..marilah kita dengar penjelasan Dr . Zakir Naik berkenaan perkara itu ..dan banyak lagi soal jawab .....saksikanlah .

Label:

Siri Terakhir : Ketibaan Nabi Isa a.s

Assalamualaikum

Sesungguhnya sudah berabad penganut Kristian tertipu dengan Vatican , Vatican menipu orang kristian dan menyamakan tuhan matahari itu Jesus dan Jesus itu Tuhan matahari menyebabkan terdapat kekeliruan pada banyak perkara diantara tarikh lahir yg mengelirukan . Vatican tidak menyembah Jesus tetapi mereka menyembah ....siapa ? .Vatican dan penganut Yahudi sesat telah bergabung dan merancang dengan licik misi mereka ,sesungguhnya mereka akan menabalkan tuhan mereka sendiri iaitu DAJJAL . atau yg lebih dikenali sebagai AntiChirst . Sekian .

Label:

Sabtu, 13 Jun 2009

Siri ke 22 : Ais .Air dan Wap ...

Assalamualaikum

Konsep TRINITAS adalah seperti Ais .Air dan Wap itulah soalan yg diajukan kepada Dr Zakir Naik ..marilah kita saksikan bagaimana Dr Zakir menjawabnya ....

Label:

Rabu, 10 Jun 2009

Bahagian 1: MEMAAFKAN


Memaafkan orang lain dalam bahasa Arab disebut al-afwu. Al-afwu bererti memberi maaf, memberi ampun terhadap kesalahan orang tanpa ada rasa benci terhadap orang yang bersalah atau sakit hati atau ada keinginan untuk meambalas padahal dia mampu untuk membalas. Oleh kerana itu, memaafkan buat sementara waktu dengan menyimpan perasaan buruk untuk membalas pada waktu yang lain, tidaklah disebut memaafkan.
Mengampuni dengan menyembunyikan kebencian terhadap orang yang berbuat kesalahan, itupun bukan memaafkan. Memberi maaf yang timbul kerana tidak mampu membalas juga bukan memaafkan.

Allah menamakan dirinya sebagai Al Afuwwun yang bererti Maha Pemaaf, sebagaimana terdapat dalam ayat-ayat Al-Quran, di antaranya seperti yang tercantum dalam surat An-Nisa ayat 149: ”Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan orang lain, maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)

Di dalam Al-Quran, Allah banyak menyuruh kita untuk memaafkan orang lain dan sangat memuji perbuatan tersebut. Sikap pemaaf termasuk salah satu tanda orang yang bertakwa. Allah berfirman: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik di waktu lapang mahupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. Ali-Imran: 133-134)

Al-Quran adalah sumber budi pekerti Rasulullah. Di antara sifat-sifat beliau adalah pemaaf, banyak memberi maaf, dan pemaafannya itu di saat beliau kuasa dan mampu untuk membalas. Sikap pemaaf beliau timbul dari jiwa yang pemurah. “Aisyah ra., menceritakan tentang sikap pemaafnya Rasulullah. Beliau berkata: “Aku sama sekali belum pernah melihat Rasulullah membalas kerana beliau dianiaya selama tidak dilanggar larangan-larangan Allah. Tetapi apabila larangan-larangan Allah dilanggar, beliau amat keras marahnya. Beliau memaafkan kesalahan orang lain yang mengenai dirinya, kerana memaafkan itu adalah sifat yang utama. Tetapi beliau tidak memberi maaf terhadap sesuatu yang menyinggung agama dan berhubungan dengan hak-hak Allah, kerana kemaafan dalam hal ini bererti penghinaan terhadap hak-hak Allah.”

Ada sebahagian orang yang tidak mampu mengendalikan rasa marahnya sehingga tidak dapat memberi maaf atas kesalahan orang lain, seakan-akan ia adalah manusia yang sempurna yang tidak pernah berbuat salah kepada orang lain. Padahal Allah saja terhadap hamba-hamba-Nya sangat pemaaf. Sikap pemaaf ini sebenarnya mengingatkan kepada diri kita sebagai manusia biasa, yang tidak akan bebas dari dosa dan kesalahan, bahawa kita pun sangat mungkin melakukan kesalahan itu terhadap orang lain. Keadaan seperti ini akan menuntut kita untuk meminta maaf dan menginginkan kesalahan kita dimaafkan.

Wallahu'alam bishowab…

© Hakcipta BALADI 2009

Label:

Wahai Saudaraku, Janganlah Kita Saling Menyalahkan Sesama Saudara Muslim...


Menyikapi 'perbezaan pendapat', tuduh-menuduh dan saling curiga antara saudara muslim atau pun antaraa satu harokah dengan harokah yang lain seperti yg terjadi disalah satu blog saudara kita sungguh sangat kita sayangkan…

Kita sangat prihatin dan sedih melihat saudara sesama MUSLIM saling menyerang, bagaimana persatuan dan kebersamaan kita dapat terwujud kalau sikap-sikap semacam itu tetap dipelihara. Tanpa adanya persatuan dan kebersamaan, maka kelemahan yang akan kita dapatkan, sayangnya kelemahan ummat Islam terjadi kerana sikap kita sendiri…

Allah melarang kita untuk saling berbantah-bantahan sesama saudara MUSLIM kita...

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (QS. Al Anfal (8): 46)

Perbezaan pendapat adalah suatu yang pasti, jangankan dimasa kita sekarang yang jauh dari masa Rasulullah, pada masa sahabat pun kadang terjadi perbezaan pendapat, untuk menyikapi pendapat itulah dituntut KEDEWASAAN kita dalam berfikir, bersikap dan berakhlaq…

Maka beranilah memulai untuk memahami, memaklumi, dan memaafkan sesama saudara Muslim sebagai awal kekuatan ummat, berada di pihak mana pun kita. Hilangkanlah perasaan kebencian, dengki, hasad, tajassus, dan memutuskan silaturrahim, antara saudara Muslim….

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu Berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. kerana itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." (QS. Ali Imran (3): 159)

Rasulullah melarang kita berprasangka buruk kepada saudara sesama Muslim…

Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, bbahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Hati-hatilah dengan prasangka, kerana prasangka adalah sedusta-dustanya perkataan. Janganlah saling mendengarkan keburukan, saling mencari kesalahan, saling mendengki, saling tidak mengambil peduli, saling membenci, dan jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara." (HR. Bukhari, 19/8/5604)

Kemuliaan dan kejayaan Islam diawali dengan ukhuwah yg erat. Syahidul Islam, Imam Hasan Al Banna Rahimahullah berkata: "Ukhuwah adalah keterikatan hati dan ruh dengan ikatan aqidah. Ikatan aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan paling mulia. Ukhuwah adalah saudara keimanan, dan perpecahan adalah saudara kekufuran; kekuatan yang pertama adalah kekuatan persatuan, tidak ada persatuan tanpa rasa cinta, dan sekecil-kecilnya cinta adalah lapang dada, dan yang paling tinggi adalah itsar (mendahulukan kepentingan saudara)."Barangsiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya".(QS. Al Hasyr: 9)

Seorang Muslim yg baik akan melihat saudara-saudaranya yang lain lebih utama dari dirinya sendiri, kerana, jika dia tidak bersama mereka, maka dia tidak akan dapat bersama yang lain. Sementara mereka, jika tidak bersama dirinya, maka dia akan dapat bersama orang lain. Dan sesungguhnya Srigala hanya akan memangsa kambing yang sendirian. Seorang muslim dengan muslim lainnya laksana satu bangunan, saling menguatkan satu sama lain.

"Dan orang-orang beriman baik laki-laki dan perempuan, satu sama lain saling tolong menolong di antaraa mereka". (QS. At Taubah (9): 71). Begitulah seharus kita." (Al Imam Asy Syahid Hasan al Banna, Majmu'ah ar Rasail, hal. 313. Al Maktabah At Taufiqiyah)

Menyalahkan, berdebat yang tiada berujung seperti itu merupakan perbuatan yg sia-sia, tanpa disedari, kita terlena dalam perdebatan panjang dan mengabaikan akhlak Islam, tidak produktif dan justeru mengotorkan hati.

"Ada empat hal yang barangsiapa keempat hal itu ada pada diri seseorang maka dia adalah munafik sejati, dan barangsiapa yang memiliki satu saja, maka dia memiliki perangai kemunafikan sampai dia meninggalkannya, iaitu: jika diberi amanah dia khianat, jika bicara dia berbohong, jika berjanji dia melanggar, dan jika berbantahan-bantahan buruk akhlaknya." (HR. Bukhari, 1/59/33. Muslim, 1/190/88. Abu Daud, 12/298/4068. At Tirmidzi, 9/222/2556. An Nasa'i, 15/219/4934. Ibnu Hibban, 1/497/254)

Maka, hendaknya kita meninggalkan perdebatan sengit yang memancing emosi dan melunturkan akhlak, sebab ditakutkan tumbuhnya titik-titik kemunafikan dalam hati kita, paling tidak perbuatan persebut menyerupai orang munafiq sebagaimana yang dijelaskan para ulama.

Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, bahawa Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Di antara baiknya Islam seseorang adalah ia meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat." (HR. At Tirmidzi,8/294/ 2239. Malik, 5/381/1402, dari Ali bin Husein bin Ali bin Ab Thalib. Ibnu Majah, 11/ 472/3966. Ahmad, 4/168/1646, dari Ali bin Abi Thalib. Dishahihkan Syaikh Al Albani dalam Misykah Al Mashabih, 3/49/4839)

Begitulah akhlaq seorang Muslim yg baik, janganlah kita membuat Rasulullah MENANGIS melihat ummatnya yg sangat dicintainya saling bermusuhan antara satu dengan yang lain….

Wallahu'alam bishowab…

© Hakcipta BALADI 2009

Label:

Siri ke 21 : Bahtera Nabi Nuh a.s

Assalamualaikum .

Soalan pertama untuk Dr.Campbell berkenaan banjir pada zaman Nabi Nuh a.s dan soalan pertama untuk Dr.Zakir Naik pula berkenaan cahaya ..banyak lagi soalan-soalan selepas itu ..mari kita saksikannya .

Label:

Siri ke 20 : Sesi Soal Jawab ..tak de ape-ape

Assalamualaikum

Sekarang sudah sampai pusingan yg ke 3 iaitu sesi soal jawab . sudah tentu soalan -soalan itu akan menguji kewibawaan para penghujjah . saksikanlah

Label:

Siri 49 : Titik Penemuan dan Perbezaan

Assalamualaikum

Dajjal adalah manusia berbangsa Yahudi ,mengaku tuhan ,bermata satu (cacat sebelah kanannya dahinya ada tulisan KAF, FA ,RA . Manusia yg di nanti oleh Orang Yahudi yg sesat . Imam Mahdi adalah gelaran, berbangsa Arab ,keturunan Saidina Ali dengan Saidatina Fatimah . Ummat Muhammad s.a.w ,pemimpin Ummat Islam pelbagai bangsa dan penutup Para Wali. Nabi Isa a.s adalah nabi orang Israil (dahulu)dan ummat Muhammad (akan datang) dan sudah tentulah berbangsa Yahudi tetapi boleh berbahasa pelbagai bahasa dunia . Diturunkan utuk membatalkan agama Kristian dan membunuh babi .Misinya adalah membunuh dajjal kerana dajjal hanya boleh di bunuh oleh Nabi Isa a.s . .... masanya sudah tidak lama lagi saudaraku ...


Label:

Ahad, 7 Jun 2009

Siri ke 19 : Keputusan Dr .William 0 - Dr. Zakir Naik 2

Assalamualaikum

Sesungguhnya Kitab Injil itu di turunkan oleh Allah tetapi telah di ubah oleh Paderi yg bernafsu jahat yg ingin menyesatkan penganutnya seperti Dr .Campbell ...

Label:


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.