20 JUN 09 - Alhamdulillah selesai sudah KONVESYEN PELAJAR ISLAM KELANTAN (KPIK) kali ke 10 di bawah anjuran Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bertempat di Hotel MGU, Kota Bharu. Ucapan jutaan terima kasih kami hulurkan buat abang Syahiran yang merupakan Pengarah Program KPIK ke 10 dan merupakan ex-student Maahad Darul Anuar atas kesudian menjemput pihak BALADI menyertai KPIK kali ke 10 ini. Turut terlibat dalam program ini pimpinan pelajar sekolah menengah dibawah kelolaan YIK, JPN dan SWASTA. Maahad Darul Anuar juga turut terlibat, begitu teruja dan terimbau segala kenangan di minda apabila melihat avanza Maahad Darul Anuar di tepi jalan sekitar Hotel MGU.Objektif Konvesyen ini di adakan adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang peranan generasi Muslim, Memberi kesedaran tentang peranan sebagai pelajar dalam pembentukkan masyarakat yang berkualti, berusaha menanamkan sifat-sifat kepimpinan dalam diri generasi Pelajar Islam setelah menyedari harapan tinggi ummah terhadap mereka sebagai warisan kepimpinan dimasa hadapan, dan yang terakhir untuk membantu para pelajar dalam mengendalikan potensi diri seterusnya mampu memantapkan diri dari aspek rohani dan intelektual.
Wakil BALADI yang mengahadiri Konvesyen ini adalah Admin BALADI dan Saudara Rais iaitu salah seorang ahli kumpulan nasyid yang masih dalam proses pembikinan album, iaitu kumpulan ADVICE. Alhamdulillah dengan wujudnya konvesyen tadi memberi peluang untuk BALADI berkongsi cerita dan insya'allah ADVICE juga akan menjadi artis nasyid di bawah kerjasama BALADI selain dari kumpulan ARE BUDDY.
Setelah selesai konvesyen tadi, pihak BALADI sempat ditemubual oleh YDP PPIK, Saudara Afzan tentang matlamat dan gerak kerja BALADI, dan YDP PPIK amat tertarik dengan matlamat BALADI dalam membina rangkaian dan menyatukan badan-badan dakwah sekolah di Malaysia. Pihak BALADI juga telah ditawarkan untuk dijadikan badan gabungan bersama PPIK. Insya'allah, jika ada rezeki persoalan tentang ini akan BALADI utarakan pada MAJLIS IJTIMA'I MADA (MIM) 2009 ini. Sampai di sini sahaja pena kami..Antara video yang turut diselitkan pada KPIK ke 10 dan juga
amat menarik perhatian kami
TERIMA KASIH BUAT SELURUH WARGA KPIK 10


Label: baladi












Catat Ulasan
<< Hadapan