<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Isnin, 26 Oktober 2009

TAKZIAH & AL FATIHAH BUAT EX-MADA 2006 (saudari ADILAH AZEMI)

Assalamu'alaikum kepada semua kaum muslimah khususnya ex-MADA. Jam 9.30 mlm 26 oktober ana menerima panggilan dari Cikgu Zaharonizal agar menerbitkan posting tentang sesiapa yang ingin mendapatkan sijil2 mereka ketika di MADA dan posting ini iaitu tentang pemergian sahabat kita pada sekitar jam 5 petang tadi, bertarikh 26 Oktober 2009. Sahabat kita bernama ADILAH AZEMI telah dikatakan kembali ke rahmatullah di HOSPITAL BESAR KOTA BHARU disyaki kerana sakit buah pinggang. Sebelum arwah pulang kerahmatullah, arwah dikatakan telah terlantar koma di hospital selama 5 hari. Arwah anak kedua dari tiga orang beradik, yang berumur 20 tahun dikatakan sedang belajar di UDM (Universiti Darul Iman). Arwah di mengambil SPM pada tahun 2006 di MADA. Arwah tinggal berdekatan Balai Polis Menanti, Pasir Mas. Sesiapa yang kenal pada arwah harap sebarkan, hanya doa buat arwah dapat kita berikan.






Label:

MAKLUMAN TERKINI MADA (26 OKTOBER 2009)

1) PEKELILING YIK TENTANG URUSAN SIJIL DAN DOKUMEN KEPADA EX-MADA


PERHATIAN kepada bekas pelajar SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR yang ingin mendapatkan sijil peperiksaan, sijil ko-kurikulum dan surat keluar sekolah, sila berurusan dengan Encik Tengu Aziz (bekas kerani MADA) di bangunan Maahad Tahfiz Nikmatillah (sebelah bangunan pentadbiran MADA) . Segala urusan ini akan berakhir pada akhir tahun ini (2009) sebelum kemudiannya yang akan diserahkan kembali kepada YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK). Harapa Maklum.

- Arahan Yayasan islam Kelantan (YIK)

p/s: Sebarang pertanyaan sila hubungi Tengku Aziz di talian 016-961 2228



Label:

Selasa, 6 Oktober 2009

Akhirnya..



05 OKTOBER - Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya ana di izinkan lagi untuk menulis posting kali ini, walaupun hajat untuk menghentikan seketika untuk lebih menumpukan kepada pelajaran memandangkan SPM yang bakal menjelma. Antara yang mendorong untuk menulis kali ialah pada tarikh di atas (5 Oktober) akhirnya ana telah di datangi sepucuk surat. Ana ingat bermula dari hari raya pertama lagi rasanya ana menunggu sepucuk surat tersebut. Sampailah satu masa ana mula rasa macam rezeki bukan milik ana kali ini dan dengan sebab itulah wujud posting harapan cuma debu sebelum ini. Tapi ana terus sabar dan menunggu juga walaupun hati dan harapan memikirkan ianya sudah menjadi debu. Tapi kerana indahnya iman benarlah firman Allah, Innallaha Ma'as Sobirin.. maksudnya, Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.. Itulah kebesaran Allah tentang apa yang di gariskan-Nya dan Islam.. Dan satu lagi firman allah yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, Kalau kamu membantu agama allah, nescaya Allah membantu kamu mencapai kemenangan." Pasti antum/antunna semua tertanya-tanyadan terpinga-pinga apakah surat yang ana nantikan sangat itu. Sebenarnya bukan surat apa-apa pun cuma surat terpilih sebagai pencalonan akhir (finalist) bagi Anugerah Media Islam Negara (AMIN). Untuk pengetahuan sebelum ini ana ada juga menghantar penyertaan untuk menyertai AMIN kali ke 3 ini, iaitu dalam kategori Anugerah Laman Web/Blog Organisasi Berunsur Islam Terbaik (Blog BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) - http://www.baladi-malaysia.blogspot.com) dan Anugerah Laman Web/Blog Persendirian Berunsur Islam Terbaik (Blog ana sendiri - http://www.ibnuyusuf.blogspot.com).. Tetapi tak tahulah samada terpilih kedua-duanya atau satu sahaja. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pada malam ini keputusannya.. kepada mereka yang tinggal di kawsa Selangor/KL dan terutamanya anda semua di jemput hadir ke MALAM ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) bertempat di PUSAT KONVESYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC) yang akan berlangsung pada jam 8.30 malam. Insya'allah juga akan di tayangkan secara langsung di tv1 atau tv 2.. Akhir kata, moga-moga tiang-tiang dakwah yang kita dirikan ini menjadi sebuah menara kepada kita semua. Doakan kejayaan kita bersama, innallaha ma'ana..

Wassalam alayk

Label: ,

Amin 3 angkat martabat penulis Islam

Amin 3 angkat martabat penulis Islam

Oleh Haslina Hassan

Sebanyak 34 kategori dipertanding pada Anugerah Media Islam diumumkan hari ini

PENERIMA Anugerah Media Islam Negara kali ketiga (Amin 3) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal diumumkan pada majlis yang akan diadakan esok bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Setiausaha Jawatankuasa Induk Amin 3, Mohamad Saari, berkata sebanyak 34 anugerah dipertanding kali ini berbanding 21 tahun lalu bagi menghargai serta mengiktiraf pengamal media dan penulisan berunsur Islam pada peringkat nasional.

Katanya, penambahan jumlah kategori dipertandingkan berikutan pecahan dibuat untuk penulis dan penerbit buku terbaik, penulisan buku umum dan buku ilmiah serta penulisan rencana umum dan rencana berbentuk ilmiah.

"Jika dulu hanya penulis yang dihargai dan diiktiraf, kali ini hakim buat keputusan untuk menghargai serta mengiktiraf sumbangan penerbit, begitu juga dalam penulisan rencana dipecahkan kepada rencana umum dan ilmiah.

"Penganjur juga memperkenalkan anugerah baru iaitu Anugerah Khas Juri yang dipilih daripada kalangan calon yang tidak terpilih sebagai pemenang kategori tetapi dirasakan patut diberi anugerah kerana memiliki kriteria tertentu," katanya.

Beliau berkata, selain Anugerah Khas Juri, Amin 3 menyediakan enam kategori utama iaitu Anugerah Penerbitan TV, Anugerah Penerbitan Radio, Anugerah Penerbitan Media Cetak, Anugerah Penerbitan Drama, Anugerah Laman Web serta Anugerah Perdana Media Islam Negara.

Mohamad berkata, anugerah kali ketiga anjuran Jakim ini menerima penyertaan memberangsangkan iaitu 665 penyertaan daripada pengamal media dan orang awam berbanding 200 penyertaan diterima tahun sebelumnya.

Penerima Anugerah Perdana Media Islam Negara yang diberikan kepada tokoh banyak memberi sumbangan dalam media khususnya mengenai perkembangan dan dunia Islam akan menerima trofi, wang tunai RM10,000, satu set Kitab Fi Zilal al-Quran 17 jilid berharga RM3,000 dan sijil.

Pemenang kategori lain masing-masing akan menerima trofi, wang tunai RM2,000, satu set Kitab Fi Zilal al-Quran dan sijil. Pemenang Anugerah Khas Juri bakal menerima trofi dan sijil.

Penilaian dan pemilihan pemenang dilakukan 22 panel hakim yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dipengerusikan Prof Emiritus Datuk Nik Safiah Nik Abdul Karim.

Amin 3 akan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Majlis itu turut diserikan persembahan artis antaranya Nora, Aisyah, Wada, kumpulan nasyid Far East dan persembahan qasidah bekas johan qari Tilawah al-Quran Pahang, Datuk Faizol Ghazali, Badlishah Alauddin (penceramah agama di Jabatan Agama Islam Pahang) dan Zamri Mohd Zainuddin (pengacara Mari Mengaji TV9).

Berita Harian dipilih penerima anugerah Penerbit Akhbar Terbaik untuk tahun pertama dan kedua berturut-turut. Kemenangan itu mengiktiraf sumbangan Berita Harian yang menyediakan dua halaman setiap hari bagi menyiarkan isu semasa mengenai Islam.

Berikutan pemilihan itu, Berita Harian menerima hadiah wang tunai RM2,000, trofi, sijil penghargaan dan set kitab tafsir terjemahan Fi Zilal al-Quran.

Kemuncak acara malam itu ialah pengumuman hadiah pengunjung bertuah yang menawarkan hadiah menarik. Malam anugerah Amin 3 disiarkan secara langsung melalui RTM1.


sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20091006003838/Article/

Label:

Ahad, 4 Oktober 2009

Ma'a Taufiq Wannajah Fil Imtihan PMRU, PMR, SMU, SPM, STAM & STPM

Assalamualaikum...

PRAY HARD STUDY SMART

BALADI mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Menengah Rendah Ugama (PMRU), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Menengah Ugama (SMU), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kepada adik-adik di seluruh Malaysia khususnya Bekas Pelajar MAAHAD DARUL ANUAR yang bakal menduduki peperiksaan tersebut. Semoga berjaya menjawap soalan-soalan peperiksaan dengan baik.

Ini merupakan langkah pertama adik-adik untuk ke alam pengajian yang lebih tinggi. Kepada sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama berdoa agar adik-adik kita ini diberi kemudahan dalam menduduki peperiksaan tersebut.



"Dan barang siapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersugguh-sunguh, sedangkan dia beriman maka mereka itulah orang yang usahanya akan dibalas dengan baik"
Al-Isra:19

http://farm4.static.flickr.com/3433/3974094582_40cb789cf4_o.jpg

Label:


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.