<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Isnin, 31 Mac 2008

EXPLORASI BALADI KE TANAH TINGGI CAMEROON


29 MAC 2008 - BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR telah berjaya mengadakan suatu program berjalan, melihat dan mentafsir bumi ALLAH yang diberi namanya EXPLORASI BALADI ke TANAH TINGGI CAMEROON yang telah diadakan selama tiga hari iaitu pada 27, 28 & 29 MAC yang lalu.
Objektif dari Explorasi ini adalah Berjalan, Melihat dan Mentafsir alam ciptaan ALLAH swt. Di samping melepaskan segala tekanan yang menghantui selepas menunaikan abadah sebagai exco bdan dakwah dan sebagai seorang da'ie. Antara yang terlibat dalam program ini selain daripada exco-exco BALADI ialah A'MILIN, AHLI MAJLIS NUQABA', NAQIB-NAQIB USRAH, MAJLIS PENYELARASAN PELAJAR (MPP), ini kerana sebagai penghargaan bagi membalas segala jasa dan bakti mereka-mereka yang telah berperah tenaga membantu BALADI dalam menyampaikan wadah islam di MAAHAD DARUL ANUAR. Syukran kepada semua yang telah membantu BALADI hanya ini sahaja dapat kami balas walau ia tidak setanding curahan baktimu kepada MAAHAD DARUL ANUAR dan BALADI.

Apa yang menariknya, perjalanan program ini berjalan penuh lancar dan disambut pula dengan cuaca segar seumpama mengalu-alukan lawatan kami untuk berjalan, melihat dan mentafsir. Di bawah ini turut kami sertakan gambar-gambar semasa explorasi ini.

SEMASA PERJALANAN MENUJU CAMEROON

BERHENTI SOLAT DAN REHAT DI R&R GUA MUSANG

SETIBANYA DI APARTMENT di CAMEROON

DI MARDI

DI TAMAN AGRO TOURISM, BRINCHANG

DI LADANG SAYURAN TANAMAN SECARA TRADISIONAL

BERHENTI REHAT DAN SOLAT JUMAAT DI TANAH RATA



DI LADANG TEH BOH, SUNGEI PALAS

Label:

Jumaat, 21 Mac 2008

ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN)



Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah, summa alhamdulillah. Buat pengatahuan penziarah http://www.baladi-malaysia.blogspot.com/, insya'allah BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR bakal turut serta dalam ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KEDUA (2008) anjuran JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) dalam ANUGERAH LAMAN WEB setelah mendapati email daripada kakitangan JAKIM <marzulina@islam.gov.my> untuk menjemput BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) menyertai pencalonan ke ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGAR (AMIN) ini. Harapan dan dokongan kepada semua penziarah amatlah dihargai. Hanya doa dan mardhotillah sahaja yang di iringi kami dalam menyertai ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGAR (AMIN) ini. Sekian sykuran, wassalam..
.:: KE ARAH DAKWAH EFEKTIF ::.

Label:

PROGRAM AMALI SOLAT & PENGURUSAN JENAZAH

21 MAC 2008 - Alhamdulillah, pada hari ini tamatlah sudah PROGRAM MARILAH BERSOLAT DAN PENGURUSAN JENZAH dibawah anjuran LUJNAH USRAH DAN QIAMULLAIL (L003), BALADI dengan penuh jayanya. Program berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula 20 MAC hingga 21 MAC. Program ini dirasmikan oleh Musyrif ASRAMA USTAZ CHE ROZU. Di dalam ucapannya beliau menyeru seluruh warga MAAHAD DARUL ANUAR untuk bersama-sama dengan BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) bagi memupuk diri intima' kepada syariah dan peka terhadap biahnya. Sepertimana yang kita semua ketahui, diantara kepala-kepala amalan yang utama adalah solat kerana melalui solat akan membentuk peribadi seseorang itu hingga sedalam-dalamnya.


Program ini telah disusun dengan begitu teliti oleh LUJNAH USRAH DAN QIAMULLAIL dengan merancang pelbagai tindakan seperti membuat kursus dahulu kepada fasilator-fasilator sebelum menerapkan ilmu kepada pelajar-pelajar agar ia tidak lari dan kesampaian matlamat yang sama agar tidak menimbul keraguan kepada pelajar-pelajar. Apa yang menraik dalam majlis ini, ia telah dihadiri oleh USTAZ KHAIRUL IKHWAN seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai USTAZ BUDOK yang amat dikagumi oleh rakyat kelantan. Dan majlis penutup turut dirasmikan oleh beliau selaku pemerhati BALADI. Syukran Kathiran buat beliau..
KURSUS AMALI KEPADA FASILATOR

AMALI SOLAT

PENGURUSAN JENAZAH

Label:

Khamis, 13 Mac 2008

tabiat orng berjaya..

Cemerlang – di peringkat personal?
* Gemilang – di peringkat jabatan?
*Terbilang – di peringkat nasional?

8 TABIAT dan OBJEKTIF KITA UNTUK TERUS BERDAYA MAJU.

1. Pembangunan Diri:.Tabiat 1, 2, 3 dan 8
2. Peningkatan kualiti:- Tabiat 1, 2,3,5,6,7
3. Peningkatan dalam Perhubungan dan Sikap:- Tabiat 1, 4,5,6
4. Pengurusan pembaziran:- Tabiat 3, 4, 5,6
5. Kepuasan bekerja:- Tabiat, 1, 2, 3,6
6. Pengurangan Kos:- Tabiat 1,3, 4, 6
7. Peningkatan Produktiviti:- Tabiat 1, 2,3,5,6
8. Kesempatan Untuk Menyelesaikan Masalah:- Tabiat 1, 2,5,6
9. Pembinaan Pasukan:- Tabiat 1, 2, 3, 4,5,6
10. Hubungan pegawai dan pekerja lebih rapat:- Tabiat 1, 2, 4,5,6
11. Menarik minat lebih ramai lagi dalam melaksanakan kerja:- Tabiat 1,2,4, 5, 6
12. Meningkatkan penyertaan pekerja:- Tabiat 1, 2, 3. 4,5,6,7
13. Mengurangkan ketidakpuasan hati:- Tabiat 1, 4,5,6 dan 8

8 TABIAT

1) Jadi Proaktif
Focus kepada menerima tanggungjawab dan menganjak paradigma

2) Mula dengan Mengingati Matlamat
Membawa kepada penyatuan kumpulan dan organisasi ke arah satu visi

3) Utamakan Perkara Penting Dahulu
Mengutamakan perkara penting dahulu

4) Fikirkan Menang-Menang
Membantu dalam menambahkan keuntungan kedua-dua pihak dengan pemikiran “Abundance Mentality”

5) Usaha Memahami Dahulu kemudian untuk Difahami
Membantu dalam memahami masalah dan mengukuhkan komunikasi ke arah penyelesaian masalah

6) Bersinergi
Menghasilkan pilihan yang lebih berkesan

7) Menajamkan Gergaji (fikiran)
Membantu supaya sentiasa mengekalkan keberkesanan
8 ) Mengeji Perbuatan Maksiat
Sentiasa bebaskan diri dari maksiat

Label:

Selasa, 11 Mac 2008

10 sikap decela Allah S.W.T

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan
----------------------------
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap
---------------------
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
-----------------------
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,
mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
----------------
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
---------------------
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah
---------------------
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
-------------------
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
-----------------------
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
----------------------------------
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
-----------------------------------
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.


Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.

Label:

Isnin, 10 Mac 2008

Fatwa 31 disember oleh para ulma'

Bila sampai 31 Disember, berapa
ramaikah
umat Islam yang meraikan tahun
baru????
Tetapi sedarkah mereka bahawa
telah difatwakan oleh Sheikh- ul-Azhar ,
Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-
Qardhawi
dan Ulama2 kontemporari bahawa
menyambut 31Dis. bererti MENYAMBUT ULANGTAHUN HARI JADI TUHAN YAHUDI DAN NASARA!!!!

Bagi mereka yang tidak tahu,
hukumnya fasik, tetapi bagi mereka
yang tahu (kita sekarang sudah tahu)
hukumnya ialah MURTAD . Nauzubillah

Label:

Khamis, 6 Mac 2008

Solat Akhir Waktu!!

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya ?..
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga
Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan
Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi? penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
Dilangit ketiga,
La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi

Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-ol ah kita tak sembahyang juga
Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa
Ish?.
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.
Amin

Label:

Isnin, 3 Mac 2008

WATIKAH PERLANTIKAN & IKRAR EXCO BALADI

WATIKAH PERLANTIKAN;

PENASIHAT
USTAZ KHAIRUL ANUAR BIN HUSSIN

PRESIDEN
ABDULLAH ZUBAIR BIN ABDUL MUBORAK

TIMBALAN PRESIDEN
NAWAWI BIN MOHD SALLEH

SETIAUSAHA AGUNG
MUHAMMAD IRHAM BIN JAMALUDDIN

SETIAUSAHA KERJA
AHMAD HAFIZUDDIN BIN HAMZAH

BENDAHARI KEHORMAT
NIK MUHAMMAD AZAHARI BIN NIK SALLEH

TIMBALAN BENDAHARI
NIK AHMAD AKIF BIN NIK AJUN

PENYELENGGARA iCT & MULTIMEDIA
NIK MOHD SYAMIM IYLIA BIN HJ MAT YUSOFF

LUJNAH KEFAHAMAN DAN KESENIAN ISLAM (L001)
KETUA LUJNAH
MUHAMMAD ZIKRI BIN MAHYUDIN

TIMBALAN KETUA
WAN MOHD HASBI HALIQ BIN WAN AHMAD

AJK
AMALUDIN BIN SUJANGI
SAIFUL HALIMI BIN IBRAHIM
MOHD AMINULHUSAINI BIN HADIGUNAWAN

LUJNAH TAMRIN DAN PENGKADERAN (L002)
KETUA LUJNAH

AHMAD NABEIL BIN HJ MUHAMMAD

TIMBALAN KETUA
AZAM JANTARA MALIK IDRIS SAMA BIN ILHAMUDIN

AJK
ALAWI BIN MOHD BAKIR
JAILANI BIN MOHD SALLEH
LUQMAN BIN MOHD ZUDIN


LUJNAH USRAH DAN QIAMULLAIL (L003)
KETUA LUJNAH

ABDUL HADI BIN ABDUL SATAR

TIMBALAN KETUA
WAN MUHAMMAD BIN WAN ISHAK

AJK
MOHD NAZIF BIN SHAARI
MUHAMMAD KHAIRUZAMAN BIN ROSDI
ALI REZA BIN IBRAHIM


LUJNAH SIARAN, PENYELIDIKAN DAN BULETIN (L004)
KETUA LUJNAH
IZZ ABDUS SALAM BIN ABDUL JAMIL

TIMBALAN KETUA
MUHAMMAD HAZIQ BIN KHAIRIL ANUAR

AJK
MOHAMAD AMIRUN BIN MOHAMAD ZINE
KHAIRUL BARI BIN HUSSIN


IKRAR DAN ANGKAT SUMPAH EXCO 2008








Label:

MAJLIS WiDA' bersama Guru Penasihat BALADI

ISNIN 11 FEBRUARI 2008 - Setelah Majlis Pelancaran Didik Insan MADA (DIMA) di jalankan dengan jayanya, ahli-ahli BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADi) di baluti dengan persaan yang amat pilu kerana pemergian Guru Penasihat BALADI setelah menamatkan perkhidmatannya di SMU (A) MAAHD DARUL ANUAR ini.

Sejerumus dengan itu pihak BALADi turut mengadakan MAJLIS WiDA' (Majlis Perpisahan) bersama guru penasihatnya, USTAZ MOHD SABRI BIN GHAZALI. Dalam ucapannya, beliau memohon maaf atas segala silap dan ketelanjurannya yang berlaku semasa menjadi . Segala pekerjaan yang dilakukan di dunia ini memerlukan kepada hubungan yang berterusan dengan Allah S.W.T.Apa-apa musibah dan ujian perlulah bersabar dan tabah.Akhirnya tuan pengetua meminta agar semua pelajar dapat mengikuti segala program yang disusun oleh BALADI untuk kebaikan pelajar. kini tempatnya telah diganti oleh USTAZ KHAIRUL ANUAR BIN HUSSIN. Pihak BALADi mengucapkan ahlan wa sahlan kepadanya dan salam perpisahan pada USTAZ MOHD SABRI BIN GHAZALI.

Label:

Rasulullah SAW menangis

Pernah Malaikat Jibrail mengunjungi Rasulullah SAW dengan maksud memberitahu apa yang baru ia lihat :"Hai Muhammad, kedatangan saya kali ini khusus untuk memberitahukan kepadamu, bahawa Allah mengeluarkan perintah kepada para malaikat supaya menambah panasnya api neraka dan meningkatkan jumlah alat-alat penghembus untuk menyambut akan tibanya hari kiamat yang tak lama lagi"Cubalah terangkan kepada saya bagaimana keadaan neraka itu?', ujar Nabi kepada Jibrail.
Kemudian Jibrail bercerita :"Pertama-tama Allah menyuruh dinyalakan api neraka itu selama seribu tahun sehingga menjadi merah mawar warnanya. Kemudian Allah perintahkan lagi supaya panas api ditingkatkan selama seribu tahun lagi sehingga menjadi ungu tua dan gelap warnanya. Jilatan-jilatannya tidak dapat dilihat.
Demi yang mengutus anda hai Muhammad, sekiranya sehelai saja dari pakaian penghuni neraka itu dilemparkan ke bumi nescayalah mati mendadak segenap penghuninya, insan dan haiwan, ikan dan tumbuh-tumbuhan. Seandainya semangkuk air minum penghuni neraka dicampurkan pada seluruh air yang ada di bumi ini, pastilah mati dengan segera yang meminumnya.
Gunung-gunung berapi pun akan menjadi cair jika padanya diletakkan sebuah mata rantai neraka yang disebut dalam Al-Quran. Seandainya salah seorang hanya sekejap saja dicelupkan di neraka, lalu dipertunjukkan di bumi, maka akan jatuh pengsan tiap makhluk yang melihatnya, sebab rupanya sangat buruk dan baunya pun sangat menusuk hidung
"Mendengar cerita tadi Nabi SAW menangis, begitu juga Jibrail as. sebab mereka hiba dan merasa kasihan kepada orang-orang yang tidak sedar, tidak tunduk pada ketentuan dan kaedah-kaedah Allah yang berlaku sejak dahulu.

Label:

Ahad, 2 Mac 2008

Bukti Siksaan Kubur Bagi Orang Yang Murtad

Label:

Budak 4 tahun lahir dari bukan islam tahu mengenai islam

Label:

Bayi Ajaib di Indonesia

Label:

Kerbau Beranak Anak Manusia

Label:


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.