BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI)
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…
BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH atau ringkasnya (BALADI) merupakan sebuah BADAN induk kepada semua kegiatan AGAMA dan TARBIAH di MAAHAD DARUL ANUAR, Pulau Melaka. Ia bernaung di bawah Hal Ehwal Murid (HEM) setaraf dengan BADAN DISPLIN (BADADIS) atau PENGAWAS dan BADAN KAUNSELING DAN KERJAYA (BKJ).
BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) telah ditubuhkan pada 2 MEI 1993 bersamaan 10 DZULKAEDAH 1413 hasil dari arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) pada peringkat awal penubuhannya. Pada mulanya ia dinamakan sebagai BADAN DAKWAH SMUDA, dan pada 12 APRIL 1998 yang kemudiannya ditukar kepada BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI).
Menurut Pengerusi BADAN DAKWAH ketika itu (tahun 1998), MUHAMAD BIN IBRAHIM, Nama BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) dan kertas kerjanya yang pertama adalah dibuat oleh beliau sendiri. Pada waktu itu beliau memegang jawatan Ketua Pelajar, Pengerusi BALADI dan Ketua Asrama Lelaki (ASPURA) (Jawatan Ketua ASPURA beliau hanya memeegang sehingga MEI 1998 sahaja). Malah beliaulah yang meminta semua badan/persatuan di SMUDA (Nama Asal MAAHAD DARUL ANUAR) pada waktu itu menyediakan semua kertas kerja masing-masing termasuklah BADAN DISIPLIN yang mana kertas kerjanya yang pertama beliau sendiri yang menyediakannya.
NIK ABDUL RAHIM HJ NIK ABDUL AZIZ pernah meminta beliau agar menukarkan nama BALADI kepada nama lain kerana BALADI dalam istilah Mesir ia bermaksud kekampungan/tempatan. Beliau berkata kepadanya bahawa BALADI boleh ditukar kepada nama lain jika ada nama yang sesuai baginya tetapi beliau terperanjat pada hari ini dan rasa bangga kerana nama BALADI masih kekal digunapakai sehingga sekarang.
BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) juga mempunyai moto yang tersendiri iaitu “TARBIAH ISLAMIAH WADAH SMUDA ALAF BARU” yang telah digunakan pada tahun 1999 sehingga 2004 selepas itu “BIAH ISLAMIAH KEHIDUPAN SEMUA” menjadi teras kehidupan warga MAAHAD DARUL ANUAR pada tahun 2005-2006. “BERSAMA MENGEKALKAN BIAH ISLAMIAH” menjadi wadah dan moto utama BADAN ini pada tahun 2007. Pada hari ini, sekali lagi BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) telah melakar satu sejarah dengan kemantapan dan keteguhan BADAN ini dapat mengekalkan biahnya sehingga kepada hari ini, dan pada tahun ini BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH telah menjangkau umur ke 15 di dalam HAL EHWAL MURID di MAAHAD DARUL ANUAR dan pada tahun ini BALADI telah berjaya menyampaikan biahnya sejurus itu membawa BALADI menuju “KE ARAH DAKWAH EFEKTIF” iaitu tema BALADI 2008.
Pada Tahun 2000, Badan Dakwah telah melancarkan pengambilan anggota a’milin baru dan ia di panggil “AHLI BALADI” yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar Tingkatan 1,2 & 3 yang mana mereka semua ini terdiri daripada ahli usrah. Kira-kira dalam JUN 2000, MAJLIS PELANCARAN ini diadakan. Maka presiden ketika itu, Syed Mohd Bakri mengatakan bahawa ahli itu kekal hingga tahun seterusnya (2001) sebagai anggota usrah, dan secara tidak langsung ia terlibat dalam setiap program yang diadakan oleh BALADI termasuk KEM KEPIMPINAN PELAJAR dan lain-lain lagi.
Pada tahun 2002, kebanyakkan anggota A’milin naik sebagai EXCO BALADI, seperti SHAIHAM, NIK MUHAMMAD, ABDUL SOMAD, AZAM KHAN, UBAIDILLAH dan ramai lagi. presiden pada tahun itu, yakni, AZA FIRDAUS mengatakan A’milin berfungsi sebagai pelapis EXCO. Pada tahun ini juga pihak sekolah telah mula mewujudkan KAD MATRIK bagi memudahkan para pelajar dan guru lebih mengenali antara pimpinan dan belajar lain. Ini kerana baju rasmi tidaklah di pakai hari-hari oleh EXCO, jadi ia cuma suatu langkah untuk membantu guru dan pelajar mengenal pasti pimpinan di kalangan mereka.
Hingga pada tahun 2003, anggota A’milin hanya sekadar ahli usrah sahaja. Mereka ini tidak terlibat secara langsung dalam setiap program anjuran BALADI, walaupun ada program besar pada tahun tersebut yakni “Ijtima’ Remaja Islam,” yang melibatkan anggota Badan Dakwah Yayasan Islam Kelantan (YIK) ZON 1, seperti SMU (A) MAAHAD MUHAMMADI LELAKI (MML), SMU (A) MAAHAD PENGAJIAN ISLAM (MPI), SMU (A) TARBIAH MARDZIAH PANCHOR, SMU (A) TAQADDUM MAARIF dan sekolah YIK lain-lain lagi di sekitar kawasan ZON 1 Negeri Kelantan. Pada tahun tersebut Presidennya, NOR MUHD HADI ZAHALAN atau ALONG.
Pada Tahun 2004, Pihak BALADI juga telah mengambil alih tugas BACAAN DOA masuk dan pulang ke sekolah yang asalnya di alunkan oleh KELAB RADIO SEKOLAH. Ini kerana BALADI merupakan sebuah BADAN induk kepada semua kegiatan AGAMA dan TARBIAH di MAAHAD DARUL ANUAR, maka ia mula diterapkan ke dalam BALADI. Pada tahun tersebut fungsi A’milin semakin lama tidak nampak fungsinya sehinggalah ketika MAJLIS SAMBUTAN 40 TAHUN MAAHAD DARUL ANUAR. MOHD NASAIFUDDIN, mencetuskan idea untuk mengambil beberapa pelajar junior bagi membantu EXCO BALADI dalam menyelia setiap sudut yang Badan Dakwah selia, tapi kebanyakkannya dalam sudut ruang niaga. Diantara merekanya adalah, Nasrullah, Faizal, Afham Bux, Shauqi, Irfan, Syarafi dan beberapa orang lagi. Pada tahun itu juga BALADI telah cuba menghidupkan kembali untuk buletin SOUTUL ANUAR (SUARA PEMUDA) yang sebelum ini pernah dikeluarkan oleh BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH pada tahun sebelumnya. Cadangan ini merupakan salah satu usaha tindakan oleh pihak BALADI untuk bangkit kembali melalui usaha dakwah dalam bidang penulisan kerana sesetengah pihak menyatakan bahawa pelajar-pelajar lebih mudah menerima dakwah dalam segi bentuk penulisan dan bahan bacaan daripada didakwah secara terus seperi TAZKIRAH. Hasil dari perbincangan terbitlah buletin pertama pada tahun itu. Dan hasilnya tidak menghampakan pihak BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI).
Pada 3 FEBUARI 2005 bersamaan 23 DZULHIJJAH 1426, DIDIK INSAN MAAHAD DARUL ANUAR atau ringkasnya DIMA telah dikendalikan oleh BALADI dari tahun 2005 hingga ke hari ini. DIMA adalah strategi memperkasa program TARBAWI pelajar secara lebih meluas dan tersusun. Ia adalah pelan bertindak ke arah pembentukan peribadi pelajar muslim terpuji. Ia lahir dari komitmen MADA menjana kecemerlangan akademik dan akhlak. Program DIMA ini diterapkan dengan nilai-nilai murni melalui Usrah Asrama, Usrah Lil-Jamahir, Tazkirah Masa’iyah, Tadarus Al-Quran, Sinar Dhuha dan Qiamullail. Pada Tahun itu, ABU DZAR AHMAD selaku presiden tika itu cuba menghidupkan semula sistem A’MILIN, yakni untuk membantu BALADI menyelaraskan setiap program serta mereka inilah bakal menggantikan tempat EXCO yang bakal meninggalkan sekolah dan BALADI. Satu program khas untuk A’milin pada tahun 2005 yakni “PROGRAM SMART A’MILIN,” di lancarkan pada bulan September. Exco menilai setiap a’mlin yang ada kelayakan, pada tika itu SYED MOHD ISHAK yang bertanggungjawab dalam menyelia a’milin-a’milin Badan Dakwah. Cuma pengambilan pada ketika itu hanyalah seramai 18 pelajar sahaja untuk mewakili tiga lujnah dalam Badan Dakwah. Ketua A’milin pada ketika itu adalah ABU BAKAR ABDUL WAHAB. Pada tahun itu juga, saudara FAKHRUL ARIF MADZLAN telah membawa sedikit perubahan kepada BALADI dengan mula mewujudkan LOGO/LENCANA BALADI tersendiri untuk lebih memudahkan pelajar mengenali pihak BALADI dengan lebih rapat dan merupakan suatu pendekatan dan usaha baru dalam membentuk sebuah ORGANISASI ISLAM yang memandangkan segala aspek adalah pendekatan dengan islam. Beliau telah turut dibantu oleh saudara AZWAN FADHLI dalam membentuk dan mencipta LOGO BALADI tersendiri.Pada tahun yang sama juga, Buletin SOUTUL ANUAR terus disambung dengan edisi ke 2 dan pada edisi yang ke 3, pihak BALADI telah menukarkan nama buletin ini kepada HIKMATUL ANUAR yang membawa maksud “ ANUAR” kerana ingin membawa perubahan dan kelainan pada BULETIN tahun itu dan pada masa yang akan datang.
Pada Tahun 2006, tika AMIR SAIFUDDIN (PRESIDEN 2006) tetap menggunakan asas yang sama dalam a’milin Cuma bilangan ahlinya bertambah sahaja, waktu itu ABU DZAR bertanggungjawab dalam menyelia a’milin.
Pada Tahun 2007, BALADI telah mewujudkan suatu UNIT BARU yang di beri nama UNIT DISIPLIN DAN TATATERTIB. Ia merupakan satu organisasi dalam Badan Dakwah yang memantau segala aktiviti seharian yang dilakukan oleh AJK Badan Dakwah sebagai satu langkah memantapkan lagi perjalanan Badan Dakwah. Pencapaian akademik juga di nilai dari semasa ke semasa. Semua AJK Badan dakwah wajib mengikuti segala yang telah ditetapkan oleh unit tatatertib. Pada masa yang sama BALADI telah mempunyai LAGU RASMI sendiri yang bertajuk MEDLEY MINDA yang membawa mesej asas jema’ah dan kepekaan akan kalimah THOYYIBAH iaitu yang wajib buatlah, yang haram tinggallah, yang sunat amallah yang makruh hindarlah dan yang harus terpulang jadikan ibadah agar terjamin hidup di akhirat. Hasil dari suatu mesyuarat BALADI. Pada tahun tersebut pihak BALADI ingin mempunyai sedikit kelainan, bermula dari LOGO hingga ke pucuknya. Pada logo ke 2 ini pihak BALADI telah menugaskan saudara NIK MOHD SYAMIM IYLIA untuk membentuk dan mencipta logo baru atau logo kedua BALADI ini. Dan ia sekali membawa perubahan kepada BALADI kerana di samping beliau membentuk LOGO BALADI, beliau juga sempat mencipta LOGO bagi LUJNAH-LUJNAH di dalam BALADI pada tahu tersebut.
Pada tanggal 2 MEI 2007, pihak BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) telah mencetuskan sebuah penemuan baru dalam menarik pelajar untuk menerima islam ini sendiri dengan melibatkan diri dalam GERBANG ICT. Pada tanggal ini BALADI telah Berjaya membuat email BALADI tersendiri (baladi_smuda@yahoo.com.my) dan berkesematan membina LAMAN FRIENDSTER BALADI (www.friendster.com/baladi) sendiri sebagai suatu usaha dakwah BALADI dalam bidang ICT. Dengan wujudnya FRIENDSTER dan EMAIL ini, pihak BALADI telah berjaya menghimpunkan dan berhubung dengan para ALUMNI bekas-bekas EXCO BALADI dan bekas-bekas GURU PENASIHAT untuk berkongsi maklumat, kata-kata semangat serta pandangan dari seniour yang lebih dahulu makan garam. Melalui EMAIL dan FRIENDSTER inilah pihak BALADI juga telah dapat menjalinkan suatu hubungan murni bersama-sama BADAN DAKWAH di sekolah-sekolah lain untuk bersama-sama berkongsi pandangan, pendapat dan cadangan dalam membentuk sebuah pengorganisasian BADAN DAKWAH di sekolah yang haraki.
Ketika Presiden BALADI tahun itu saudara KHAIRUL FADHLI HUSSIN, merasakan perlu untuk melatih pelajar dari awal dan memberi tarbiah yang khusus untuk pelajar tingkatan 1 bagi memperkasakan lagi pucuk pimpinan akan datang, maka wujudlah Da’I Juniour sebagai satu organisasi dalam BADAN DAKWAH ini bagi memperkasarkan lagi sistem PELAPISAN dan PIMPINAN di samping membentuk para pelajar untuk mendekatkan diri kepada dakwah islamiah. Fungsi dari hasil wujudnya Da’i Juniour ini adalahberbeza daripada A’milin, ia merupakan satu langkah awal pihak BALADI untuk mentamrinkan Da’i Juniour ini yang bakal mewarisi semua jenis pimpinan daripada BADAN DAKWAH. Maksudnya disini Da’i Juniour bukanlah merupakan pelapis khas untuk BADAN DAKWAH sahaja, malahan ia juga untuk semua BADAN INDUK di MAAHAD DARUL ANUAR seperti BALADI, BADADIS dan BKJ. Pihak BALADI cuma mengambil kesepatan dalam membentuk syakhsiah pelajar tingkatan 1 kerana merekalah yang bakal mewarisi sistem kepimpinan di MAAHAD DARUL ANUAR dan di dunia luar yang masih kita tidak ketahui.
Pada tanggal 21 JUN 2007, BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) telah berjaya mengadakan MAJLIS SAMBUTAN 15 TAHUN BALADI bermula pada 21 JUN 2007 hingga 24 JUN 2007. Di antara program yang diadakan adalah majlis perasmian yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Pengetua tahun tersebut USTAZ NIK OMAR NIK ABDUL AZIZ dengan paluan GONG. Di dalam ucapannya, beliau menyeru pelajar tentang pengabdian manusia yang sebenarnya hendaklah kepada ALLAH jua. Segala pekerjaan yag dilakukan di dunia ini memerlukan kepada hubungan yang berterusan dengan Allah SWT. Apa-apa musibah dan ujian perlulah bersabar dan tabah. Akhirnya Tuan Pengetua meminta agar semua pelajar dapat mengikuti segala program yang disusun oleh BALADI untuk kebaikan pelajar. Setelah majlis perasmian, diadakan persembahan dari pihak BALADI seperti sajak beserta lakonan (DEKON) yang menarik minat para pelajar berkaitan kes pembuangan bayi, persembahan nasyid dan koir. Apa yang menariknya, majlis berlangsung dalam suasana yang segar kerana cuaca mendung disusuli dengan sedikit hujan renyai-renyai. Sekali lagi BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) telah menerbitkan senaskah lagi risalah yg berbentuk lukisan atau komik yang diberi nama RUHUL JADID yang membawa maksud “GENERASI BARU” iaitu sebuah koleksi himpunan komik-komik islam yang diselang-seli kan dengan tazkirah. Ia tercetus daripada sambutan yang amat tinggi dan menggalakkan daripada komik-komik yang kami muatkan didalam buletin HIKMATUL ANUAR. Jadi ia merupakan cetusan baru BALADI dalam berdakwah iaitu berdakwah melalui lukisan dan komik. Kerana mungkin jua melalui lukisan ini, ia menghiburkan hati, dan boleh lebih menarik minat kepada pelajar untuk membaca dan membeli. Disamping berhibur namun ia tidak lari dari konsep islam dan dakwah dan ia mudah di terima oleh pelajar-pelajar. Ia mula diterbitkan pada pada tanggal yang sama iaitu bersempena SAMBUTAN 15 TAHUN BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI). Pada tanggal yang sama juga pihak BALADI telah merasmikan uniform gerak kerja BALADI daripada jenis VEST bersempena sambutan ini juga.
Pada tanggal 4 SEPTEMBER 2007 bersamaan 23 SYA’BAN 1428, suatu lagi usaha dakwah BALADI dalam penglibatan dalam dunia ICT dan MAKLUMAT. setelah membentuk FRIENDSTER BALADI pada tanggal ini pihak BALADI telah menyiapkan suatu WEBSITEnya tersendiri (www.baladi-malaysia.blogspot.com) walaupun ia amat dhaif tapi itulah salah satu usaha sebagai pendekatan dakwah dengan para pelajar untuk mengkhabarkan islam bukanlah sekadar dari bentuk fizikal sahaja, padahal ia merangkumi keseluruhan dan ia sebenarnya lebih membatasi daripada pemikiran kita. Namun website BALADI hanya ditubuhkan secara bersendirian tanpa pengetahuan ramai, walau bagaimanapun dalam masa 3 bulan ia telah mampu menjangkau lebih 4 ribu pengunjung. Mengenai pelancaran rasminya mungkin akan di adakan pada awal JANUARI 2008 dengan rekabentuk WEBSITE yang berbeza.
Serba ringkas bagi perjalanan BALADI pada pada tahun 2008 ialah pada tidak jauh bezanya dengan gerak kerja BALADI pada tahun sebelumnya. Sepertibiasa agenda BALADI iaitu DIDIK INSAN MADA (DIMA) kali keempat, Program Marilah Bersolat (Amali Solat), pengurusan Jenazah, Explorasi BALADI ke tanah tinggi Cameron Highland, Tamrin Kemantapan dan Kepimpinan Islam (TAFAKKUR), Liga Qiadi, Smart A’milin, Majlis Wida’. Apa yang lainnya BALADI 2008 ini ialah wujudnya program-program baru seperti Pelancaran BMP (BERDAKWAH MELALUI PENERBITAN) iaitu Penulisan (risalah & Buletin), Lukisan (Komik Islam), Ruang Cyber (Website, Friendster, Myspace) selain ityu BALADI juga telah di undang untuk terlibat sama dalam program anjuran kerajaan negeri kelantan iaitu menjadi A’Milin (sukeralawan Bandaraya Islam) bersempena dengan Sambutan Ihya’ Ramadhan peringkat negeri kelantan atau lebih dikenali sebagai Qaryah Ramadhan. Selain itu BALADI 2008 jua telah merangkul beberapa pencapain di luar sekolah tanpa dijangka iaitu terpilih ke sebagai pencalonan akhir anugerah laman web berunsur islam terbaik, dalam Majlis Anugerah Media Islam Malaysia (AMIN) Kali Kedua dan mendapat ketiga dalam Pertandingan Laman Web Katogeri Sekolah Menengah. Setaip yang bermula ada akhirnya begitulah perjalan ndan gerak kerja. Ketika BALADI dalam keadaan teratas inilah telah mendugai kami warga Maahad darul Anuar apabila pemergian salah seorang anggota kami saudara uwais al-qarni. Selain itu juga tragedi yang menimpa kami adalah pembubaran BALADI dari Maahad Darul Anuar dek masalah penswastaan Maahad Darul Anuar.
Jadi sepanjang tempoh 15 tahun BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH ini berada di bawah bumbung MAAHAD DARUL ANUAR, berbagai-bagai program diadakan untuk kebaikan warga MAAHAD DARUL ANUAR (MADA).
Perancangan dan Perjalan BALADI hari ini masih diteruskan walaupun kami telah dibubarkan namun ianya mendorong kami untuk ke arah bersendirian kerana tiada istilah pencen di dalam berdakwah dari itu wujudlah BALADI G-2 iaitu BALADI GENRASI KE DUA yang membawa pergerakan di luar sekolah dan sebagai penggerak persatuan Alumni (bekas-bekas pelajar) maahad Darul Anuar. Wallahu’alam..
Catat Ulasan
<< Hadapan