Kita seringkali menghukum mereka yang berada didalam "zaman kegelapan" seolah-olah "tiadak ada lagi harapan" untuk berubah. Kadangkala setiap kali kita melintasi mereka, berbagai kata-kata, sumpahan, hinaan dan kejian yang kita lontarkan kepada mereka.
"Kompom masuk neraka nih!"
"Macam S**al, dia ingat dia bagus ke? "
Tetapi kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya kita sendiri pernah melalui "zaman kegelapan" yang tersendiri. Ada yang pernah melalui zaman yenkees, zaman hippies, zaman pop yeh-yeh, zaman rock kapak, zaman kaki judi, zaman kaki botol, zaman kaki perempuan dan zaman-zaman yang pastinya bukannya mengikut acuan Islam. Tetapi setelah kita berubah, Insaf, Bertaubat kita melihat dan menghukum orang lain (mereka yang sedang dalam zaman kegelapan) seolah-olah kita ni tak pernah buat salah, tak pernah melalui zaman-zaman kegelapan.
Jangan lupa, sebenarnya kita belum lagi di uji dengan sebenar-benar ujian. Entah kalau kita diuji sedemikian, bahkan mungkin kita lagi teruk dari apa yang kita perkatakan.
Sepatutnya, kita hanya membenci perbuatan seseorang tersebut tetapi bukan orangnya. Kerana siapa tahu, suatu hari nanti dia berubah, boleh jadi dia lebih baik, lebih alim, lebih soleh/solehah daripada anda? Pasti saja boleh berlaku. Ana percaya ramai pernah dengar mengenai cerita artis berubahkan? Yang dahulunya.. isk isk isk .. payah nak cerita.. tetapi sekarang? Antaranya;
Dulu penyayi rock, sekarang penyanyi Nasyid
Sani (Ex-Vocalist W.A.R & The Bondage)
Dulu penyayi kumpulan Punk & Skinhead, Sekarang pendakwah bebas.
Wilma (Model dan Pelakon)
Dulu model Seksi, Sekarang bertudung labuh
Seharusnya setiap kali kita jumpa mereka-mereka yang sedang hayut dalam zaman kegelapan tersebut.. kita tegur-tegurlah secara elok-elok... tunjukkan akhlak Islam seperti mana akhlak Nabi Muhammad saw.
Terdapat banyak riwayat mengisah mengenai mereka yang memeluk Islam, akibat terpesona dengan akhlak Nabi Muhammad saw terhadap mereka.. tetapi kita? berapa ramai yang jauh daripada Islam akibat perangai dan akhlak kita terhadap mereka. dan yang terakhir jangan lupa berdoa untuk mereka agar berubah dan terus istiqamah dalam Islam dan jangan lupa doakan juga untuk diri kita nih.. walaupun ada diantara kita nih tak pernah melalui sejarah hitam, tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak Allah.
“Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu” (Sahih, Riwayat al-Tirmizi)
Sesungguhnya Allah itu mampu membolak balikkan hati hambaNya. Daripada buruk menjadi baik atau daripada baik kepada buruk atau dari buruk kepada baik kemudian kembali menjadi buruk.
dan kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk berubah, berusahalah, jangan putus asa.. walaupun berat, sukar.. tekadkan azam. InsyaAllah.. Allah akan bantu anda!
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) Ali Imran:200
Sekiranya datang cubaan-cubaan menghalang usaha anda untuk berubah, bersabarlah.. dan teruskan berjuang dan istiqamah dengan sembahyang dan berdoa. Pastinya akan ada suara-suara sumbang akan cukup patahkan semangat anda. Kena kuatkan semangat.. tak payah sedih atau terasa dengan apa yang orang kata kat kita.
Label: artikel
Catat Ulasan
<< Hadapan