<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Khamis, 24 Julai 2008

LIPUTAN ANUGERAH AMIN KALI KEDUA


LIPUTAN


Assalamualaikum...

24 JULAI - 9.00 malam Siaran Langsung dari DEWAN PLENARI, PUSAT KONVESYEN PUTRAJAYA (PICC) membawakan ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KEDUA dan yang mencetuskan BALADI sebagai pencalonan akhir ANUGERAH LAMAN WEB ISLAM TERBAIK. Apa-apa pun Tahniah kepada BALADI kerana berjaya mewujudkan website yang mampu menjadi media Islam yg diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan masyarakat, ini dibuktikan dengan tersenarainya web BALADI ke pusingan akhir anugerah media islam negara, walaupun tidak dapat menjadi johan, tetapi tersenarai antara 4 yang terbaik sudah cukup baik dan memadai. Tahniah untuk BALADI. Kalau kita meniti balik di awal penubuhan BALADI dulu, kita banyak merujuk kepada Badan Dakwah di Maahad Muhammadi Lelaki (MML) dan Maahad Amir Indera Petra. Tetapi hari ini kita dapat lihat, BALADI sudah melangkah jauh kehadapan, tak pernah terlintas BALADI yang di dokong oleh adik-adik yang masih di alam persekolahan mampu bersaing di peringkat kebangsaan. Untuk adik-adik yg berada di MADA, syukur kehadrat Allah kerana dalam banyak-banyak umat manusia di muka bumi ini, kita yg dipilih oleh Allah Taala untuk berada di taman ilmu MADA, kesempatan tersebut perlu adik-adik manfaatkan, disamping berpeluang menimba ilmu di Sekolah, tapi dalam masa yang sama dapat juga menimba ilmu dari Ayah Ziz, bukan semua orang yang dapat peluang sebegini, akhir kalam teruskan perjuangan, sampaikan salam buat Ustaz dan Ustazah, terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Di sini, kami juga turut merakamkan sedikit gambar ketika MAJLIS ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) berlangsung:



LIPUTAN OLEH; RAMZUL IMAN Ex-Exco Usrah & Qiamullail 1999

Regards :
fajar timur
"Ya Allah, bantulah kami untuk tetap mengingati-Mu,
berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu dan selalu memperbaiki
ibadah kepada-Mu"
fajartimur_y2k@yahoo.com
www.civildefence.gov.my

**************************************************

Wednesday, July 30, 2008

- http://www.http://madachat.blogspot.com/2008_07_01_archive.html/

AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS

Apa khabar semua, khususnya untuk warga Mada@Smuda. Baru-baru ini seorang sahabat seperguruan Mada memberitahu Mada masuk telivisyen. Terkejut jugalah rasanya, takut-takut ada isu panas yang berlaku di sana.Sangkaan saya meleset sama sekali malahan saya berbangga kerana laman web BALADI (Badan Latihan Dakwah Islamiah) berjaya mendapat tempat untuk dipertandingkan dalam ANUGERAH MEDIA ISLAM.

Bukan Senang hendak mencapai ke peringkat tersebut. Ini semua hasil berkat bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang mendidik dan berjasa kepada kita. Dengan kecanggihan teknoligi yang ada, diharapkan ruangan Blog yang dilhamkan ini dapat menemukan kita kembali dan mengeratkan silaturrahim yang sudah lama terputus.

Mudah-mudahan kemunculan Blog ini dapat diwar-warkan kepada semua warga Mada tidak kiralah dari generasi mana sekalipun. Saya akhiri kalam ini dengan seribu kemaafan dan selamat melayari Blog ini
Sekian.

Label: , ,

Rabu, 23 Julai 2008

Di Raptai AMIN...

LIPUTAN


23 JULAI - Admin BALADI, telah bertolak dari Kota Bharu pada jam 5.00 petang melalui penerbangan air asia untuk menghadiri upacara MAJLIS ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KEDUA, dan Admin BALADI telah pun selamat sampai dengan selamat tanpa aral melintang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 6.15 petang. Setibanya disana, Admin terus bersiap siaga untuk ke acara raptai AMIN itu yang bermula pada pukul 8.00 malam yang di adakan di Dewan Plenari, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. Alhamdulillah raptai yang dijalankan begitu teratur sekali. Moga-moga perjalanannya sentiasa di dalam Mardhotillah.. Doakan Kejayaan Admin dan BALADI pada MAJLIS ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KEDUA, di Dewan Plenari, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. Di sini, kami ada mnyediakan sedikit gambar ketika raptai AMIN.



Label: ,

BALADI KE ANUGERAH AMIN


TERSENARAI KE

ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN)
KALI KEDUA


SEBAGAI PENCALONAN
ANUGERAH LAMAN WEB ISLAM TERBAIK



Assalamualaikum wr wbt..
Sepertimana yang telah pihak Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI) maklumkan pada Jumaat, 21 Mac 2008.. Web BALADI (www.baladi-malaysia.blogspot.com) telah mendapat tawaran pencalonan ke Anugerah Media Islam Negara (AMIN) Kali Kedua. Dan pada 22 JULAI 2008, pihak BALADI telah menerima jawapan daripada penganjur AMIN, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) dalam satu surat (JAKIM/10.00)/15/1 Jld. 4 (51)) bertarikh 21 Julai 2008. Sukacitanya dimakulmkan bahawa BALADI telah tersenarai dalam pilihan akhir Anuegerah Media Islam Negara (AMIN) Kali Kedua. sehubungan itu, Pihak BALADI dijemput hadir acara raptai pada 23 JULAI 2008 (RABU), masa: 8.00 malam, dan majlis AMIN pada 24 JULAI 2008 (KHAMIS), masa: 8.00 malam. Kedua-dua acara tersebut diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.. Dan siaran langsung menerusi RTM 1 pada jam 9.00 malam. Semua dijemput hadir..


Label: ,

Rabu, 2 Julai 2008

Hikmah BerZikir

Hikmah Berzikir
"Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar."
( al-Ahzab 35 )

"Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga."
( H.R Muslim)

• Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
• Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
• Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
• Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
• Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
• Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
• Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya.
• Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
• Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
• Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.
• Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
• Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
• Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
• Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
• Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
• Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .
• Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
• Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
• Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, "ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu".

Wallahualam

Label:


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.