<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8048503654020264196?origin\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Selasa, 6 Oktober 2009

Akhirnya..



05 OKTOBER - Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya ana di izinkan lagi untuk menulis posting kali ini, walaupun hajat untuk menghentikan seketika untuk lebih menumpukan kepada pelajaran memandangkan SPM yang bakal menjelma. Antara yang mendorong untuk menulis kali ialah pada tarikh di atas (5 Oktober) akhirnya ana telah di datangi sepucuk surat. Ana ingat bermula dari hari raya pertama lagi rasanya ana menunggu sepucuk surat tersebut. Sampailah satu masa ana mula rasa macam rezeki bukan milik ana kali ini dan dengan sebab itulah wujud posting harapan cuma debu sebelum ini. Tapi ana terus sabar dan menunggu juga walaupun hati dan harapan memikirkan ianya sudah menjadi debu. Tapi kerana indahnya iman benarlah firman Allah, Innallaha Ma'as Sobirin.. maksudnya, Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.. Itulah kebesaran Allah tentang apa yang di gariskan-Nya dan Islam.. Dan satu lagi firman allah yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, Kalau kamu membantu agama allah, nescaya Allah membantu kamu mencapai kemenangan." Pasti antum/antunna semua tertanya-tanyadan terpinga-pinga apakah surat yang ana nantikan sangat itu. Sebenarnya bukan surat apa-apa pun cuma surat terpilih sebagai pencalonan akhir (finalist) bagi Anugerah Media Islam Negara (AMIN). Untuk pengetahuan sebelum ini ana ada juga menghantar penyertaan untuk menyertai AMIN kali ke 3 ini, iaitu dalam kategori Anugerah Laman Web/Blog Organisasi Berunsur Islam Terbaik (Blog BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) - http://www.baladi-malaysia.blogspot.com) dan Anugerah Laman Web/Blog Persendirian Berunsur Islam Terbaik (Blog ana sendiri - http://www.ibnuyusuf.blogspot.com).. Tetapi tak tahulah samada terpilih kedua-duanya atau satu sahaja. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pada malam ini keputusannya.. kepada mereka yang tinggal di kawsa Selangor/KL dan terutamanya anda semua di jemput hadir ke MALAM ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) bertempat di PUSAT KONVESYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC) yang akan berlangsung pada jam 8.30 malam. Insya'allah juga akan di tayangkan secara langsung di tv1 atau tv 2.. Akhir kata, moga-moga tiang-tiang dakwah yang kita dirikan ini menjadi sebuah menara kepada kita semua. Doakan kejayaan kita bersama, innallaha ma'ana..

Wassalam alayk

Label: ,

Rabu, 19 November 2008

LAPORAN PENUH BALADI 2008

JANUARI

1.WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS PENYELARASAN PELAJAR (MPP)









FEBRUARI
2. MAJLIS PELANCARAN DIDIK INSAN MAAHAD DARUL ANUAR (DIMA) 2008
3. WATIKAH PERLANTIKAN EXCO BALADI 2008
4. MAJLIS WIDA' BERSAMA PENASIHAT BALADI 2007/08, USTAZ MOHD SABRI





MAC
5. EXPLORASI KE TANAH TINGGI CAMERON
6. PROGAM MARILAH BERSOLAT (AMALI SOLAT)
7. PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH
8. TAWARAN KE ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KEDUA
9. MENERBITKAN DAN MENJUAL BULETIN HIKMATUL ANUAR EDISI 7 DAN KOMIK RUHUL JADID EDISI KE 2





APRIL

10. TAMRIN PEMANTAPAN ORGANISASI DAN KEPIMPINAN ISLAM (TAFAKKUR)
11. PELANCARAN PROJEK BERDAKWAH MELALUI PENERBITAN (BMP)
12. PERASMIAN LIGA QIADI 2008
13. MENERBITKAN DAN MENJUAL BULETIN HIKMATUL ANUAR EDISI 8






MEI
14. MAJLIS PENUTUP LIGA QIADI 2008
15. MENERBITKAN DAN MENJUAL BULETIN HIKMATUL ANUAR EDISI 9









JUN
16. MEMBUAT SOLAT JENAZAH GHAIB ATAS PEMERGIAN SALAH SEORANG EXCO KAMI, SAUDARA UWAIS AL-QARNI.
17. MEMBUAT PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN 45 TAHUN MADA
18. MEMBUKA GERAI SEMPENA SAMBUTAN 45 TAHUN MADA
19. MENERBITKAN DAN MENJUAL BULETIN HIKMATUL ANUAR EDISI 10 BERSEMPENA SAMBUTAN 45 TAHUN MADA
20. MAJLIS PENUTUP DIDIK INSAN MAAHAD DARUL ANUAR (DIMA) 2008



JULAI
21. MENERBITKAN DAN MENJUAL BULETIN HIKMATUL ANUAR EDISI 11 YANG DIDEDIKASI KHAS BUAT ALLAHYARHAM UWAIS AL-QARNI.
22.TERSENARAI SEBAGAI PENCALONAN PERINGKAT AKHIR DI ANTARA EMPAT TERBAIK BAGI KATOGERI ANUGERAH LAMAN WEB BERUNSUR ISLAM TERBAIK, ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KEDUA DI PICC, PUTRAJAYA.






SEPTEMBER
23. TERLIBAT DALAM PAMERAN SEPETANG DI AMBANG IFTAR BERSEMPENA PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2008 PERINGKAT NEGERI KELANTAN DI DATARAN STADIUM MUHAMMAD IV.
24. TERLIBAT SEBAGAI A'MILIN (SUKARELAWAN) BANDARAYA ISLAM BERSEMPENA PROGRAM IHYA' RAMADHAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN.
25. MENGADAKAN TAZKIRAH RAMADHAN SETIAP AHAD, ISNIN DAN RABU SELEPAS SOLAT ASAR.
26. MENGADAKAN MAJLIS RELAY AL-QURAN DI MASJID PULAU MELAKA.
27. MENGADAKAN PROGRAM MENCARI LAILATUL QADAR (QIAMULLAIL) PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DI MASJID PULAU MELAKA.
28. MENGACARAKAN FORUM REMAJA (BUAL@BICARA REMAJA) DALAM PROGRAM PENTAS RAMADHAN DI DATARAN STADIUM MUHAMMAD IV.



OKTOBER
29. MAJLIS HARI RAYA DAN JAMUAN AKHIR TAHUN BALADI 2008








NOVEMBER
30. MENYERTAI KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT NEGERI KELANTAN DAN MEMENANGI TEMPAT KE 3 DALAM PERTANDINGAN MEMBINA LAMAN WEB KATEGORI SEKOLAH.
31. MAJLIS MAKAN MALAM DAN PEMBUBARAN(HAZAF) BALADI DARI MADA








ANTARA BERITA YANG MENGEMPARKAN:

SEKALUNG AL-FATIHAH BUATMU TEMANKU...
UWAIS AL-QARNI




.:: KE ARAH DAKWAH EFEKTIF ::.

Label: , ,

Rabu, 5 November 2008

Website BALADI tempat Ke 3



6 November - Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI), Maahad Darul Anuar sekali lagi menempuh nama di persada maya apabila berjaya mengaut tempat ke 3 dalam Pertandingan Laman Web Peringkat Negeri Kelantan bersempena Karnival Sains dan Teknologi Negeri Kelantan bagi katogeri sekolah menengah, pada pagi ini bertempat di Kompleks Darul Naim, Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan di bawah Program Pembangunan Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Pihak BALADI turut menerima hadiah berupakan satu set Komputer dan Sijil Penghargaan. Manakala ditempat ke 2 pula dimenangi oleh SMK Berangan, Tumpat (www.smkberangan.com) dan Johan pula dimenangi Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah (www.mts.kelantan.edu.my). Alhamdulillah dan setinggi-tinggi syukur pihak kami dahului atas keizinan yang telah Allah swt lebarkan ini walaupun gagal ketika di anugerah berprestif tinggi iaitu Anugerah Media Islam Negara (AMIN), namun dari kegagalan itu mendorang kejayaan kami pada pagi ini, walaupun ditempat ke-3 ianya telah memadai buat kami semua. Pihak kami juga berasa terkejut kerana mampu mengatasi Johan Pertandingan Laman Web tahun sebelumnya (2007) iaitu SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki (MML). Diantara penerima saguhati yang lain ialah, Maahad Syamsul Ma'rif, Maahad Muhammadi Tumpat dan beberapa lagi sekolah YIK. Terima Kasih dan tahniah buat semua pengunjung/penziarah atas dokongan anda. Kerana anda begitu beharga.

Label: ,

Khamis, 24 Julai 2008

LIPUTAN ANUGERAH AMIN KALI KEDUA


LIPUTAN


Assalamualaikum...

24 JULAI - 9.00 malam Siaran Langsung dari DEWAN PLENARI, PUSAT KONVESYEN PUTRAJAYA (PICC) membawakan ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KEDUA dan yang mencetuskan BALADI sebagai pencalonan akhir ANUGERAH LAMAN WEB ISLAM TERBAIK. Apa-apa pun Tahniah kepada BALADI kerana berjaya mewujudkan website yang mampu menjadi media Islam yg diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan masyarakat, ini dibuktikan dengan tersenarainya web BALADI ke pusingan akhir anugerah media islam negara, walaupun tidak dapat menjadi johan, tetapi tersenarai antara 4 yang terbaik sudah cukup baik dan memadai. Tahniah untuk BALADI. Kalau kita meniti balik di awal penubuhan BALADI dulu, kita banyak merujuk kepada Badan Dakwah di Maahad Muhammadi Lelaki (MML) dan Maahad Amir Indera Petra. Tetapi hari ini kita dapat lihat, BALADI sudah melangkah jauh kehadapan, tak pernah terlintas BALADI yang di dokong oleh adik-adik yang masih di alam persekolahan mampu bersaing di peringkat kebangsaan. Untuk adik-adik yg berada di MADA, syukur kehadrat Allah kerana dalam banyak-banyak umat manusia di muka bumi ini, kita yg dipilih oleh Allah Taala untuk berada di taman ilmu MADA, kesempatan tersebut perlu adik-adik manfaatkan, disamping berpeluang menimba ilmu di Sekolah, tapi dalam masa yang sama dapat juga menimba ilmu dari Ayah Ziz, bukan semua orang yang dapat peluang sebegini, akhir kalam teruskan perjuangan, sampaikan salam buat Ustaz dan Ustazah, terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Di sini, kami juga turut merakamkan sedikit gambar ketika MAJLIS ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) berlangsung:



LIPUTAN OLEH; RAMZUL IMAN Ex-Exco Usrah & Qiamullail 1999

Regards :
fajar timur
"Ya Allah, bantulah kami untuk tetap mengingati-Mu,
berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu dan selalu memperbaiki
ibadah kepada-Mu"
fajartimur_y2k@yahoo.com
www.civildefence.gov.my

**************************************************

Wednesday, July 30, 2008

- http://www.http://madachat.blogspot.com/2008_07_01_archive.html/

AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS

Apa khabar semua, khususnya untuk warga Mada@Smuda. Baru-baru ini seorang sahabat seperguruan Mada memberitahu Mada masuk telivisyen. Terkejut jugalah rasanya, takut-takut ada isu panas yang berlaku di sana.Sangkaan saya meleset sama sekali malahan saya berbangga kerana laman web BALADI (Badan Latihan Dakwah Islamiah) berjaya mendapat tempat untuk dipertandingkan dalam ANUGERAH MEDIA ISLAM.

Bukan Senang hendak mencapai ke peringkat tersebut. Ini semua hasil berkat bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang mendidik dan berjasa kepada kita. Dengan kecanggihan teknoligi yang ada, diharapkan ruangan Blog yang dilhamkan ini dapat menemukan kita kembali dan mengeratkan silaturrahim yang sudah lama terputus.

Mudah-mudahan kemunculan Blog ini dapat diwar-warkan kepada semua warga Mada tidak kiralah dari generasi mana sekalipun. Saya akhiri kalam ini dengan seribu kemaafan dan selamat melayari Blog ini
Sekian.

Label: , ,


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.