<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Khamis, 24 Julai 2008

LIPUTAN ANUGERAH AMIN KALI KEDUA


LIPUTAN


Assalamualaikum...

24 JULAI - 9.00 malam Siaran Langsung dari DEWAN PLENARI, PUSAT KONVESYEN PUTRAJAYA (PICC) membawakan ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KEDUA dan yang mencetuskan BALADI sebagai pencalonan akhir ANUGERAH LAMAN WEB ISLAM TERBAIK. Apa-apa pun Tahniah kepada BALADI kerana berjaya mewujudkan website yang mampu menjadi media Islam yg diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan masyarakat, ini dibuktikan dengan tersenarainya web BALADI ke pusingan akhir anugerah media islam negara, walaupun tidak dapat menjadi johan, tetapi tersenarai antara 4 yang terbaik sudah cukup baik dan memadai. Tahniah untuk BALADI. Kalau kita meniti balik di awal penubuhan BALADI dulu, kita banyak merujuk kepada Badan Dakwah di Maahad Muhammadi Lelaki (MML) dan Maahad Amir Indera Petra. Tetapi hari ini kita dapat lihat, BALADI sudah melangkah jauh kehadapan, tak pernah terlintas BALADI yang di dokong oleh adik-adik yang masih di alam persekolahan mampu bersaing di peringkat kebangsaan. Untuk adik-adik yg berada di MADA, syukur kehadrat Allah kerana dalam banyak-banyak umat manusia di muka bumi ini, kita yg dipilih oleh Allah Taala untuk berada di taman ilmu MADA, kesempatan tersebut perlu adik-adik manfaatkan, disamping berpeluang menimba ilmu di Sekolah, tapi dalam masa yang sama dapat juga menimba ilmu dari Ayah Ziz, bukan semua orang yang dapat peluang sebegini, akhir kalam teruskan perjuangan, sampaikan salam buat Ustaz dan Ustazah, terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Di sini, kami juga turut merakamkan sedikit gambar ketika MAJLIS ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) berlangsung:



LIPUTAN OLEH; RAMZUL IMAN Ex-Exco Usrah & Qiamullail 1999

Regards :
fajar timur
"Ya Allah, bantulah kami untuk tetap mengingati-Mu,
berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu dan selalu memperbaiki
ibadah kepada-Mu"
fajartimur_y2k@yahoo.com
www.civildefence.gov.my

**************************************************

Wednesday, July 30, 2008

- http://www.http://madachat.blogspot.com/2008_07_01_archive.html/

AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS

Apa khabar semua, khususnya untuk warga Mada@Smuda. Baru-baru ini seorang sahabat seperguruan Mada memberitahu Mada masuk telivisyen. Terkejut jugalah rasanya, takut-takut ada isu panas yang berlaku di sana.Sangkaan saya meleset sama sekali malahan saya berbangga kerana laman web BALADI (Badan Latihan Dakwah Islamiah) berjaya mendapat tempat untuk dipertandingkan dalam ANUGERAH MEDIA ISLAM.

Bukan Senang hendak mencapai ke peringkat tersebut. Ini semua hasil berkat bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang mendidik dan berjasa kepada kita. Dengan kecanggihan teknoligi yang ada, diharapkan ruangan Blog yang dilhamkan ini dapat menemukan kita kembali dan mengeratkan silaturrahim yang sudah lama terputus.

Mudah-mudahan kemunculan Blog ini dapat diwar-warkan kepada semua warga Mada tidak kiralah dari generasi mana sekalipun. Saya akhiri kalam ini dengan seribu kemaafan dan selamat melayari Blog ini
Sekian.

Label: , ,

0 Komen Dan Pandangan :

Catat Ulasan

<< Hadapan


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.