<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Sabtu, 26 April 2008

Tamrin Pemantapan Organisasi dan Kepimpinan Islam (TAFAKKUR 08’)

24-26 APRIL 2008 – Suatu lagi program yang dianjurkan oleh BALADI. Apa yang bezanya pada program ini ialah pada sebelum-sebelum ini para pimpinan sibuk membuat program dan tamrin pada warga MADA. Pada kali ini tibalah pula masanya, para barisan exco BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) ini di tamrinkan dan di programkan pula. Tamrin ini telah di adakan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 24 - 26 APRIL (Khamis - Sabtu) bertempat di Chalet Damai, Pantai Melawi, Bachok, Kelantan.

Sudah menjadi pengetahuan kita bahawasanya Kepimpinan Islamiah bergerak di bidang dakwah (mengajak manusia) kepada kebaikan, tetapi pada mulanya pendakwah mestilah mentarbiah dirinya untuk lebih mampu mengajak manusia pada penghayatan Islam yang sebenar. Oleh sebab itu, kami dari pihak BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) telah merancang program Tamrin Pemantapan Organisasi dan Kepimpinan Islam (TAFAKKUR 08’) bagi menyatukan fikrah dan gerak kerja BALADI.
Di samping itu, pentarbiahan dalaman perlulah sentiasa di suntik agar setiap kerja yang di lakukan dianggap satu bebanan dan taklifan yang berat untuk dipikul Dengan itu kerjasama dari semua pihak akan dapat melicinkan perjalanan badan. Apa yang menarik program di dalam program ini ianya di handle oleh bekas-bekas penasihat dan tokoh-tokoh guru BALADI sendiri seperti Ustaz Nik Abduh, Ustaz Nasaruddin dan ramai lagi...

Label:

Jumaat, 18 April 2008

Sembahyanglah sebelum MATI menjemput (ke kubur)

Label:

Meninggal dalam syahadah?

Label:

Ahad, 6 April 2008

PROJEK BERDAKWAH MELALUI PENERBITAN (BMP) DAN LIGA QIADI

AHAD, 6 APRIL 2008 – Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI) segali lagi telah melancarkan satu produk terbaru mereka yang mula dilancarkan pada tahun ini bagi mengapai matlamatnya untuk berdakwah ke arah dakwah yang lebih efektif dan diterima bagi remaja masa kini. Pihak BALADI telah menamakan produk terbarunya ialah, “PROJEK BERDAKWAH MELALUI PENERBITAN (BMP)” yang mula dilancarkan pada pagi ini. Difahamkan juga pihak BALADI akan memasukkannya didalam fail Pembangunan Pelajar iaitu DIDIK INSAN MAAHAD DARUL ANUAR (DIMA) bermula tahun 2009, insya’allah. Ini adalah kerana DIMA merupakan strategi memperkasa program tarbawi pelajar secara lebih meluas dan tersusun. Ia adalah pelan bertindak ke arah pembentukan peribadi pelajar muslim terpuji. Ia lahir dari komitmen MADA menjana kecemerlangan akademik dan akhlak. DIMA bermatlamat memberi pendedahan tentang kesyumulan Islam sebagai manhaj hayah. DIMA menjadikan warga MADA lebih memahami Islam dengan sebaiknya, lebih menghayati nilai masa, merasai dirinya diberi perhatian, lebih bertanggungjawab, berdisiplin serta kearah pembudayaan ilmu dan nilai-nilai murni. Khulasahnya, DIMA adalah pemangkin muntolaq generasi pewaris, pembentukan akhlak acuan Islam dan penggerak potensi kepimpinan pelajar.

Pada masa yang sama juga, pihak BALADI juga telah membuat perasmian bagi LIGA QIADI bagi tahun kedua, ia merupakan suatu alternatif bagi menjaga hubungan diplomatik yang subur dan baik bersama barisan pimpinan dan pelajar. Liga ini disertai oleh 6 Kumpulan iaitu, BADADIS (BADAN DISIPLIN / PENGAWAS), BKJ (BADAN KAUNSELING DAN KERJAYA), BADAN MAKTABAH (PUSTAKAWAN), BADAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS), BARISAN WAKIL PELAJAR MADA (KETUA DAN PENOLONG TINGKATAN) dan BALADI sendiri. Ianya akan berlangsung selama satu bulan, bermula 4 April hingga 30 April ini.

Label:


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.