<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Jumaat, 2 April 2010

Kisah Kasih Hingga Ke Syurga....

KUANTAN(HMetro): “Arwah ayah pernah bergurau dia akan ikut sama jika emak ‘pergi’ dulu, namun saya tidak menyangka gurauannya itu menjadi kenyataan apabila mereka ditemui mati bersama dalam keadaan berpelukan,” kata Suriati Musa, 23, anak bongsu pasangan warga emas yang ditemui mati di dapur rumah mereka di Kampung Peramu di sini, semalam.

Mayat pasangan romantik hingga akhir hayat itu, Musa Daud, 64, dan Aminah Ngah, 65, dipercayai sudah meninggal dunia lebih 48 jam ketika ditemui dalam keadaan berpelukan dan sudah berbau.

Sebelum ditemui, Allahyarham Musa dipercayai cuba mengangkat isterinya yang lumpuh untuk dimandikan.

Kejadian itu hanya disedari Suriati ketika mahu menziarahi ibu bapanya kira-kira jam 3 petang semalam.
SEDIH...Suriati (kiri) bersama kakaknya di rumah ibu bapa mereka, semalam.

Menurut Suriati, ibu bapanya duduk berdua di rumah berkenaan berikutan dia dan adik-beradiknya tinggal berjauhan, namun dia sering menziarahi mereka setiap minggu.

“Sebaik tiba hari ini (semalam), saya dapati rumah senyap sunyi manakala semua pintu dan tingkap tertutup rapat dan berkunci,” katanya ketika ditemui.

Berikutan itu, Suriati cuba memanggil bapanya, namun tiada jawapan menyebabkan dia curiga sebelum meminta bantuan seorang jiran untuk masuk ke dalam rumah melalui tingkap.

“Kali terakhir saya menziarahi arwah ayah dan emak pada Khamis lalu dan ketika itu ayah merungut sakit pinggang,” katanya yang sudah berkahwin dan tinggal di Kampung Kempadang.

“Saya percaya mereka mungkin mati akibat terjatuh ketika ayah cuba mengangkat emak untuk memandikannya kerana selama ini ayah yang menguruskan emak yang lumpuh akibat serangan angin ahmar, lebih setahun lalu.

“Arwah ayah dan emak memang pasangan bahagia terutama ayah yang sering bergurau menyebabkan saya tak mengesyaki apa-apa ketika dia memberitahu mahu ‘pergi’ bersama andai emak meninggal dunia,” katanya.

Suriati berkata, dia tidak menyangka gurauan bapanya itu benar-benar menjadi kenyataan, tetapi tetap reda dengan kejadian itu.

Jenazah pasangan itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peramu di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha, berkata polis menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 3.30 petang dan siasatan mengenai kejadian itu masih dijalankan.

“Setakat ini, kami mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut dan menolak sebarang unsur jenayah, namun siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian pasangan itu.

“Yang pasti tiada kesan rumah berkenaan dipecah masuk atau kecederaan pada badan mereka,” katanya.

Oleh Khairulmizan Yahya
am@hmetro.com.my
2010/04/03

Label:


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.