21 MAC 2008 - Alhamdulillah, pada hari ini tamatlah sudah PROGRAM MARILAH BERSOLAT DAN PENGURUSAN JENZAH dibawah anjuran LUJNAH USRAH DAN QIAMULLAIL (L003), BALADI dengan penuh jayanya. Program berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula 20 MAC hingga 21 MAC. Program ini dirasmikan oleh Musyrif ASRAMA USTAZ CHE ROZU. Di dalam ucapannya beliau menyeru seluruh warga MAAHAD DARUL ANUAR untuk bersama-sama dengan BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) bagi memupuk diri intima' kepada syariah dan peka terhadap biahnya. Sepertimana yang kita semua ketahui, diantara kepala-kepala amalan yang utama adalah solat kerana melalui solat akan membentuk peribadi seseorang itu hingga sedalam-dalamnya.
Label: baladi
Catat Ulasan
<< Hadapan