Konvensyen Pelajar Islam Kelantan kali ke 10 bagi tahun 2009 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Jun 2009 bertempat di Hotel Majlis Guru Ugama (MGU), jalan pintu pong, Kota Bharu, Kelantan yang dianjurkan oleh Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK).
Konvensyen Pelajar Islam Kelantan kali ke 10, atau singkatannya KPIK-10 pada kali ini dijayakan bersama Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Kelantan (ABIM Kelantan) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), yang disempurnakan perasmiannnya oleh YBhg. Tuan Hj. Mokhtar Bin Abdul Razak, Timbalan ketua pengarah YaPEIM.
KPIK-10 bertujuan menghimpunkan pimpinan sekolah dalam menggilapkan bakat kepimpinan serta membawa pemikiran mereka keluar daripada situasi sekolah kepada pendedahan yang lebih meluas.
Selain itu, dalam KPIK-10 pada kali ini juga memberi penganugerahan kepada adik Nik Nur Madihah Bt Nik Mohd Kamal yang merupakan pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diwakili oleh ibundanya.
Peserta yang hadir seramai 300 orang mewakili 27 buah sekolah terdiri daripada sekolah dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK), Jabatan Pelajaran Kelantan (JPN), Sekolah Swasta atau persendirian dan agensi-agensi yang berkaitan dengan pelajar.
Program tahunan ini bermula pada jam 8 pagi dengan kehadiran peserta dan majlis perasmian pada jam 9.30pagi. Selain itu terdapat juga slot Forum Personaliti Pelajar dimana ahli panelnya terdiri daripada ketua-ketua pelajar sekola iaitu dari SMKA Naim Lilbanat, SMU(A)Maahad Muhammadi Lelaki, dan SBP Sekolah Menengah Sains Tengku Mohammad Faris Petra. Pada sebelah petangnya pula merupakan slot bersama Yang DiPertua PPIK yang berkaitan dengan peranan generasi muda melalui teladan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Konvensyen Pelajar Islam Kelantan Kali ke 10-/2009, berakhir dengan ucapan penangguhan oleh Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia bahagian Hal Ehwal Siswi Islam (HEWI) yang mewakili Presiden.
Adik Nik Nur Madihah yang diwakili oleh ibunya.
Bergambar bersama ibu kepada pelajar cemerlang adik Nik Nur Madihah
Label: artikel
Catat Ulasan
<< Hadapan