<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8048503654020264196?origin\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Khamis, 9 Oktober 2008

Sejarah MAAHAD DARUL ANUAR


SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR (MADA) yang dahulunya dikenali sebagai SMU(A) DARUL ANUAR (SMUDA) telah diasaskan oleh Allahyarham Tok Guru Nik Mat yang bergelar "Tokku Mat".

Pada awalnya hanya terdapat beberapa orang pelajar yang belajar agama dengan almarhum Tokku Mat,tetapi selepas Nik Abd Aziz pulang dari mesir selepas menuntut di Darul Ulum,India dan Universiti Al-Azhar selepas 10 tahun,pondok itu diambil alih oleh Nik Abd Aziz sendiri pada tahun 1963 dengan menukar kepada sekolah ugama.

Nik Abd Aziz telah diberi kepercayaan oleh ayahnya untuk mengendalikan sekolah agama itu memandangkan beliau adalah orang yang paling layak kerana beliau adalah anak lelaki sulong daripada 18 adik beradiknya serta berpelajaran tinggi dalam ilmu agama.

Terdapat kira-kira 100 orang pelajar dan 7 orang guru ketika Nik Abd Aziz mengambil alih pondok itu.Kebanyakan pelajarnya adalah bekas pelajar pondok dan rata-rata adalah pelajar dari sekitar daerah tersebut.

Pada masa tersebut terdapat 2 sesi yang dijalankan oleh sistem sekolah. Sesi pagi bagi pelajar lelaki dan petang bagi pelajar perempuan.Pada sebelah pagi,mudir yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pelajar lelaki ialah Ustaz Abdul Rahman (Imam Masjid Kedai Lalat) manakala sebelah petang pula dikendalikan oleh Encik Muhamad bin Ibrahim. Namun Encik Muhamad bin Ibrahim tidak kekal lama berkhidmat. Oleh itu secara tidak langsung Ustaz Abdul Rahman terpaksa memikul untuk mengendalikan kedua-dua sesi. Ustaz Abdul Rahman telah berkhidmat selama 15 tahun. Sepanjang perkhidmatannya beliau telah banyak menabur bakti dalam mempergiatkan dan memperkembangkan perjalanan aktiviti sekolah.

Label: ,

Rabu, 10 September 2008

Lencana Sekolah



MERAH : Melambangkan Keberanian pelajar-pelajar agama menghadapi cabaran semasa.

HIJAU : Melambangkan akur disiplin dan penampilan syakhsiah menjadi teras kecemerlangan.

KUNING : Biah Islamiah mewarnai Darul Anuar.

AL-QURAN : Al-Quran yang menjadi panduan hidup.


TEMA:

ﺍﻠﻌﻠﻢ - ﺍﻹﻴﻤﺎﻦ - ﺍﻠﻌﻤﻞ


Label: ,

Selasa, 9 September 2008

Misi & Visi

Visi
• Kecemerlangan Akademik
• Keunggulan Akhlak
• Kecapaian Martabat

Misi
• Menjana budaya kerja cemerlang di kalangan guru & kakitangan berteraskan ubudiah, masu'liah & itqan dengan hasrat membentuk pelajar MADA yang unggul di sudut akademik, akhlak & penampilannya.


Label: ,

Isnin, 8 September 2008

Pengetua


Tuan Pengetua
Allahyarham Ustaz Abdul Rahman Bin Ismail
1963-1979

Tuan Pengetua
Ustaz Haji Yusuf Bin Haji Ismail
1979-1983

Tuan Pengetua
Allahyarham Ustaz Mawardi Bin Haji Ahmad
1983-1986

Tuan Pengetua
Ustaz Syafe'i Bin Awang Senik
1986-1991

Tuan Pengetua
Ustaz Mohamed Zain Bin Abdul Rahman
1991-2000


Tuan Pengetua
Ustaz Nik Abduh Bin Hj Nik Abdul Aziz
2000-2001


Tuan Pengetua
Ustaz Nik Omar Bin Nikk Abdul Aziz
2001 Hingga 2008

Tuan Pengetua
Ustaz Hj Mohd Baharuddin Bin Hj Moh Noor
2008

Label: ,

Ahad, 7 September 2008

Bidang Tugas

BIDANG TUGAS-TUGAS KHAS GURU SMU(A) MAAHAD DARUL ANUAR

1. UNIT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1.1 Bahagian Perkeranian dan Percetakan

  • Menguruskan hal ehwal perkeranian
  • Menguruskan percetakan
  • Menguruskan urusan KWSP dan PERKESO

1.2 Bahagian Pembangunan dan Prasarana

  • Mengenal pasti kekurangan atau kerosakan prasarana dan menyempurnakannya
  • Berkerjasama dengan Bahagian Rekreasi & Keceriaan

1.3 Bahagian Perhubungan Awam

  • Menguruskan lawatan kematian, sakit dan seumpamanya

1.4 Bahagian Tukang Kebun

  • Melakukan kerja-kerja tukang kebun
  • Bersedia menerima arahan dari semasa ke semasa
  • Berkerjasama dengan Bahagian Rekreasi & Keceriaan dan Kelab Kebersihan & Alam Sekitar

1.5 Bahagian Rekreasi dan Keceriaan

  • Merancang dan melaksanakan tugas-tugas keceriaan
  • Berkerjasama dengan Kelab Kebersihan & Alam Sekitar dan tukang kebun

1.6 Bahagian Penyeliaan Kantin

  • Menguruskan hal ehwal kantin
  • Memastikan kebersihan dan keceriaan kantin
  • Menjaga kebajikan pekerja kantin

1.7 Bahagian Radio Sekolah

  • Menyelia dan mengawal peralatan siaran radioa sekolah
  • Bekerjasama dengan pelajar Bahagian Pembangunan Pengawas Unit Disiplin dan Bahagian Siaran & Penyelidikan Unit Dakwah menyediakan bahan radio sekolah

1.8 Bahagian Bilik Gerakan dan Bilik Pandang Dengar (BPD)

  • Menyelia dan menguruskan Bilik Gerakan dan Bilik Pandang Dengar
  • Memastikan kebersihan dan keceriaan bilik
  • Memantau penguatkuasaan peraturan bilik

1.9 Bahagian Penyeliaan Bilik Guru Lelaki dan Perempuan

  • Membentuk organisasi bilik guru
  • Memastikan kebersihan dan keceriaan bilik
  • Memastikan penyaluran maklumat yang cepat dan tepat

1.10 Bahagian Audit Sekolah

  • Mengaudit kewangan sekolah

2. UNIT KEWANGAN

2.1 Bahagian Kewangan

  • Mengurusakan hal ehwal kewangan sekolah
  • Menyelia pembayaran yuran asrama

3. UNIT KURIKULUM

3.1 Bahagian Ahli Majlis Kurikulum Sekolah

  • Membincang dan merancang untuk pembangunan kurikulum sekolah
  • Merancang dan memantau aktiviti serta perjalanan panatia

3.2 Bahagian Pembangunan Guru

  • Melaksanakan aktiviti pembangunan guru seperti program seminar, muzakarah, motivasi tazkirah dan seumpamanya

3.3 Bahagian Jabatan dan Panatia

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti akademik

4. UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

4.1 Bahagian Penyelaras-penyelaras Peperiksaan Awam

  • Menguruskan pendaftaran dan pembayaran peperiksaan
  • Mengambil bahan-bahan peperiksaan di pusat pengambilan bahan apabila mendapat arahan
  • Mengetuai guru-guru mata pelajaran menyiapkan dewan peperiksaan
  • Menyelaraskan analisis peperiksaan
  • Berkerja sama dengan Unit Kurikulum dalam program akademik

4.2 Bahagian Peperiksaan Dalaman

  • Menyelia hal berkaitan peperiksaan dalaman
  • Menyediakan bahan-bahan kelengkapan peperiksaan
  • Menyelia bank soalan

5. UNIT PENJADUALAN DAN PENGURUSAN KELAS

5.1 Bahagian Penjadualan

  • Menyusun dan menguatkuasa jadual harian, jadual kelas tambahan, jadual peperiksaan.

5.2 Bahagian Kelas Tambahan

  • Menyediakan buku catatan guru kelas tambahan
  • Menguruskan jumlah pembayaran elaun guru
  • Menyediakan buku catatan kehadiran pelajar
  • Menyelaras dsan memantau pembayaran yuran kelasa tambahan
  • Mengenal pasti pelajar yang tidak hadir kelas tambahan dan menyerahkan kepada Bahagian Kehadiran Unit Disiplin untuk tindakan

5.3 Bahagian Kelas Tuisyen

  • Menyediakan dan menguruskan guru tuisyen
  • Menyedia dan menyelenggara bilik tuisyen dengan kerja sama pelajar
  • Menguruskan pembayaran yuran kelas tuisyen
  • Memastikan keselamatan peralatan dan kebersihan bilik tuisyen

5.4 Bahagian Penyeliaan Tingkatan Lelaki dan Perempuan

  • Mengetuai Penyelaras-penyelaras tingkatan

5.5 Bahagian Penyelaras Tingkatan

  • Memastikan kelas mempunyai kemudahan penyapu, skop sampah, penyapu bulu, penyapu papan hitam, papan kenyataan
  • Memastikan kelas mengadakan jadual bertugas, jadual harian P&P, taqwim hijri
  • Mengadakan perjumpaan bulanan dengan ketua dan penolong kelas
  • Berkerjasama dengan Unit Disiplin terutama berkaitan dengan kebersihan dan pemantauan kela

6. UNIT DISIPLIN

6.1 Bahagian Pengurusan dan Rekod

  • Menguruskan buku rekod displin pelajar

6.2 Bahagian Kehadiran

  • Menerima laporan kehadiran pelajar dari guru tingkatan
  • Mengambil tindakan kepada pelajar yang melanggar peraturan kehadiran sekolah

6.3 Bahagian Pemantuan Kelas

  • Mengadakan pemantauan kelas semasa ke semasa
  • Bertindak segera apabila berlaku insiden yang tidak diingini dalam kelas seperti kebisingan yang melampau, pergaduhan dan seumpamanya

6.4 Bahagian Uniform dan Penampilan Diri

  • Mengadakan spot chek semasa ke semasa
  • Mengambil tindakan kepada pelajar yang tidak mematuhi etika keterampilan pelajar

6.5 Bahagian Pembangunan Pengawas

  • Merancang dan mengadakan program-program pembangunan pengawas seperti taklimat, tazkirah dan sebagainya
  • Menyedia dan menampal bahan-bahan bacaan di papan kenyataan serta sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa

6.6 Bahagian Kebersihan

  • Mengadakan spot chek semasa dalam kelas
  • Berbincang dengan guru tingkatan bagi kelas yang kotor
  • Mengambil tindakan kepada pelajar yang kelas kotor

7. UNIT DAKWAH

7.1 Bahagian Ekonomi

  • Merancang dan melaksanakan program untuk menambah sumber kewangan

7.2 Bahagian Usrah dan Qiamullail

  • Mengatur usrah bulanan guru dan pelajar
  • Menyusun qiamulail mingguan mengikut kelas atau tingkatan

7.3 Bahagian Tamrin dan Perkaderan

  • Merancang program tamrin, liqa’ fikri, rehlah, mukhayyam dan seumpamanya.

7.4 Bahagian Siaran dan Penyelidikan

  • Mengendali dan menyediakan bahan siaran radio sekolah
  • Menyedia dan menampal bahan-bahan bacaan di papan kenyataan serta sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa

7.5 Bahagian Buletin

  • Menerbitkan buletin

8. UNIT KAUNSELING DAN KERJAYA

8.1 Bahagian Pengurusan dan Rekod

  • Menyediakan tempat yang sesuai untuk satu-satu sesi khidmat nasihat pelajar
  • Merekod maklumat pelajar-pelajar yang dikenal pasti bermasalah
  • Merekod (rekod sulit) pelajar-pelajar menghadiri sesi kaunseling

8.2 Bahagian Kaunseling dan Khidmat Nasihat

  • Menyusun jadual harian tugasan Guru Pembimbing
  • Mengadakan sesi kemahiran kaunseling dan khidmat nasihat kepada Guru Pembimbing

8.3 Bahagian Pimpinan Rakan Sebaya

  • Merancang dan mengadakan program-program pembangunan PRS seperti taklimat cara kaunseling dan nasihat, motivasi, tazkirah dan sebagainya.

8.4 Bahagian Kerjaya, Maklumat dan Info

  • Membuat promosi dan kampen khidmat nasihat dan kaunseling kepada pelajar
  • Menyedia dan menyalurkan maklumat peluang serta syarat kemasukan IPT dalam dan luar negara
  • Menyedia dan menampal bahan-bahan bacaan di papan kenyataan serta sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa

9. UNIT KOKURIKULUM

9.1 Bahagian Persatuan Ikhtisas

  • Mengadakan perjumpaan dan pemilihan jawatan kuasa persatuan
  • Merancang aktiviti tahunan dan melaksanakannya
  • Menyediakan laporan program

9.2 Bahagian Pasukan Beruniform

  • Mengadakan pemilihan untuk pasukan-pasukan beruniform
  • Mengadakan latihan
  • Menguruskan penyertaaan sebarang pertandingan
  • Menyediakan laporan program

9.3 Bahagian Kelab

  • Mengadakan perjumpaan dan pemilihan jawatan kuasa kelab
  • Merancang aktiviti tahunan dan melaksanakannya
  • Menyediakan laporan program

9.4 Bahagian Sukan

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan
  • Mengadakan sukan tahunan
  • Menguruskan penyertaaan sebarang pertandingan
  • Menyediakan laporan program

10. UNIT PUSAT SUMBER SEKOLAH

10.1 Bahagian Perpustakaan

  • Menyelia perpustakaan

10.2 Bahagian Buku Teks dan Buku Kerja

  • Menguruskan buku teks akademik dan arab
  • Menguruskan buku kerja

10.3 Bahagian Peralatan dan Sumber

  • Menyediakan bahan-bahan sumber rujukan guru dan pelajar
  • Menyediakan alatan radas sains

10.4 Bahagian Siaraya

  • Menyediakan peralatan untuk siaraya
  • Memasang peralatan siaraya apabila diperlukan
  • Memastikan segala peralatan disimpan dengan baik

11. UNIT PENEMPATAN ASRAMA

11.1 Bahagian Penyeliaan 1 (Aspura)

  • Menguruskan pendaftaran, kemasukan dan keluar pelajar
  • Menguruskan rekod dan maklumat pelajar
  • Memantau disiplin dan keselamatan pelajar
  • Menguruskan peralatan dan prasarana asrama

11.2 Bahagian Penyeliaan 2 (Aspura)

  • Menguruskan pengangkutan pelajar (lelaki dan perempuan)
  • Memantau disiplin dan keselamatan pelajar
  • Memantau kebersihan dorm dan persekitaran asrama lelaki

11.3 Bahagian Penyeliaan 3 (Aspuri)

  • Memantau kebersihan dorm dan persekitaran asrama perempuan
  • Memantau disiplin dan keselamatan pelajar

11.4 Bahagian Penyeliaan 4

  • Menguruskan pembayaran yuran

12. UNIT PENDAFTARAN DAN KEBAJIKAN

12.1 Bahagian Rekod dan Daftar Pelajar

  • Mengurus dan merekodkan pendaftaran pelajar
  • Mengaplikasi pengurusan pintar
  • Mengeluarkan kad matrik guru dan pelajar

12.2 Bahagian Bilik Komputer dan ICT

  • Menyelenggara bilik komputer dan yang berkaitan dengan komputer
  • Memastikan kebersihan dan keceriaan bilik komputer
  • Melatih dan memberi kemahiran penggunaan komputer dan ICT kepada guru dan pelajar

12.3 Bahagian Kebajikan Guru

  • Menjaga kebajikan guru
  • Menyalurkan bantuan kepada guru yang kematian atau sakit kronik
  • Melancarkan kutipan derma untuk guru yang kematian keluarga terdekat atau sakit kronik

12.4 Bahagian Kebajikan Pelajar

  • Mengenal pasti pelajar-pelajr miskin atau anak yatim dan merekodkannya dalam fail
  • Menyalurkan bantuan kepada pelajar yang kematian atau sakit
  • Melancarkan kutipan derma untuk pelajar yang kematian keluarga terdekat atau sakit kronik
  • Berusaha mencari para dermawan untuk membantu pelajar miskin berkenaan

12.5 Bahagian Keraian Tamu

  • Menyedia dan menjaga peralatan untuk hidangan dan bertanggung jawab penuh terhadap peralatan tersebut
  • Menyediakan hidangan untuk tetamu atau pihak yang berkenaan apabila diperlukan

Label: ,

Rabu, 24 Oktober 2007

MAAHAD ku GEMILANG...

MAAHAD ku dalam pembinaan





MAAHAD ku KINI...


Label: ,


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.