Perhatian:Video ini membahaskan kesahihan aspek Aqidah Kristian berhujahkan Bible.
Syeikh Ahmad Deedat telah diuji dengan petikan Bible(Yohanes 10:30) yang bermaksud...
Aku dan Tuhan adalah satu...Dalam memahami pernyataan ini,Syeikh Ahmad Deedat menegaskan bahawa perlu untuk memahami konteks ayat tersebut.Ayat tersebut telah diulas olehnya bermula dari ayat 23 hingga ke ayat 32.Provakasi berkenaan ayat tersebut telah dicetus oleh orang Yahudi yang tidak berpuas hati dengan Jesus @ Isa a.s.Ayat tersebut perlu difahami dalam konteks bahasa Hebrew/Ibrani kerana kata 'Tuhan' itu membawa maksud Nabi.Beliau juga menyentuh bahawa membayangkan Tuhan yang Maha Berkuasa dengan manusia seumpama yang berlaku dalam agama Kristian ialah satu penghinaan buat Yang Maha Pencipta!
Antara keindahan bahasa Hebrew/Ibrani dan juga bahasa Arab ialah terdapat 2 jenis konteks kata majmuk.Terdapat kata majmuk yang bermaksud pelbagai bilangan dan juga ia bermaksud penghormatan.Beliau telah membandingkan Genesis 1:3 dengan sepotong ayat Al-Quran. Saksikan siri ke-4 ini.
Label: video
Catat Ulasan
<< Hadapan