Terkenal Kejauhannya
Walaupun berstatus Sekolah Tok Guru, namun sekolah ini tidaklah segah mahupun terkenal seantero negeri dan negara. Cuma satu,terkenal dengan jaraknya yang jauh dari pekan apatah lagi ibu kota, Kota Bharu. Bukanlah aspek fizikalnya yang hendak ditonjolkan. Cuma masih terkesan dengan sentuhan guru-gurunya,apatah lagi pengalaman yang ditimba di sana.
Ilmu, Iman, Amal
Ungkapan inilah yang diangkat menjadi moto sekolah oleh Ustaz Nik Omar Bin Abdul Aziz, pengetua ketujuh. Sekali imbas bunyinya seperti moto sekolah-sekolah yang biasa, namun 4 tahun di sana mengajar saya betapa besarnya erti moto tersebut.
Apa yang paling mengesankan ialah sentuhan para ustaz ustazah di sana,begitu rapat dengan para pelajar, baik yang bergelar mahupun sekadar memberi tazkirah di Masjid Pulau Melaka. Sebut sahaja, Ustaz Nik ABdul rahim Penolong Kanan H.E.M paling berdedikasi, Ustaz Nasaruddin ustaz prihatin, Ustaz Kairul Anuar penasihat Badan Dakwah sekolah (BALADI), dan para ustaz serta ustazah yang tak jemu-jemu menerap dan memelihara nilai-nilai Islam dalam jiwa pelajar.(maaflah ustaz ustazah, boleh sahaja penuh entri ini dengan namamu beserta jasamu yang terhitung itu ^_^)
Erti Sebuah Jawatan
Setahun demi setahun,tibalah saatnya penulis jua ditaklif memegang kepimpinan pelajar. Namun saya tidak pernah menyangka bakal menggalas amanah itu.
Layakkah aku memimpin BALADI?
Rupanya ada buah-buah hikmah di balik amanah itu. Jawatan mengajar saya susah-payah para guru, khasnya warden yang dikepalai Ustaz Che Rozu membentuk sahsiah pelajar, apatah lagi menyediakan suasana yang terbaik buat para pelajar.
Jawatan yang mengajar saya pelbagai ragam dan kerenah rakan-rakan yang perlu difahami.
Jawatan jua mengajar saya kekurangan skil empunya diri.
Jangan salah sangka, saya bukan menulis skrip-skrip indah hidup di bumi MADA, jauh sekali mahu mendabik dada atas jawatan yang pernah disandang di zaman sekolah. Memang diakui pihak sekolah menerusi Badan Latihan Dakwah islamiah (BALADI) senantiasa proaktif menghidupkan aktiviti kerohanian, misalnya sesi tazkirah harian, bacaan Ma'turat dan program-program rohaniah. Namun, masih jua wujud masalah-masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Hmm... coretan kali ini, biarpun berbaur peribadi, bukan diminta jadi kenangan, bahkan dikongsi buat pengajaran. Tangan-tangan kecil ini rindu mencoret pengalaman...
Inilah lagu rindu saya
Label: baladi
Catat Ulasan
<< Hadapan