<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Selasa, 30 Disember 2008

Bahagian 1: Usamah bin Zaid

Tahun ketujuh sebelum hijrah, ketika itu Rasulullah saw sedang susah kerana tindakan kaum Quraisy yang menyakiti beliau dan para sahabat. Kesulitan dan kesusahan berda‘wah menyebabkan beliau sentiasa harus bersabar. Dalam suasana seperti itu, tiba-tiba seberkas cahaya memancar memberikan hiburan yang menggembirakan. Seorang pembawa berita mengabarkan kepada baginda, “Ummu Aiman melahirkan seorang bayi lelaki.” Wajah Rasulullah berseri-seri kerana gembira menyambut berita tersebut.

Siapakah bayi yang sangat berbahagia itu? Sehingga kelahirannya dapat mengubat hati Rasulullah yang sedang duka, berubah jadi gembira? Itulah dia USAMAH BIN ZAID!

Para sahabat tidak merasa aneh bila Rasulullah gembira dengan kelahiran bayi yang baru itu, Kerana mereka tahu kedudukan kedua orang tuanya di sisi Rasulullah. Ibu bayi tersebut seorang wanita Habsyi yang diberkati, terkenal dengan panggilan “Ummu Aiman”.

Sesungguhnya Ummu Aiman adalah bekas pembantu ibunda Rasulullah, Aminah binti Wahab. Dialah yang mengasuh Rasulullah waktu kecil, ketika ibundanya masih hidup. Dan dia pulalah yang merawat beliau sesudah ibundanya wafat, Kerana itu dalam kehidupan Rasulullah, baginda hampir tidak mengenal ibundanya yang mulia selain Ummu Aiman.

Rasulullah sangat menyayangi Ummu Aiman sebagaimana sayangnya anak kepada ibu, Dan baginda sering berucap, “Ummu Aiman adalah ibuku satu-satunya sesudah ibundaku yang mulia wafat, dan satu-satunya keluargaku yang masih ada.” Itulah ibu bayi yang beruntung ini.

Adapun ayahnya adalah orang disayangi Rasulullah, Zaid bin Haritsah. Rasulullah pernah mengangkat Zaid sebagai anak angkat beliau sebelum ia Islam. Dia menjadi sahabat beliau dan tempat mempercayakan segala rahsia. Dan dia menjadi salah seorang anggota keluarga beliau, dan orang yang sangat beliau kasihi dalam Islam.

Kaum muslimin turut gembira dengan kelahiran Usamah bin Zaid, melebihi kegembiraan mereka atas kelahiran bayi-bayi lainnya. Hal itu terjadi, kerana tiap-tiap sesuatu yang disukai Rasulullah adalah juga mereka sukai. Dan bila beliau gembira mereka pun turut gembira pula. Bayi yang sangat beruntung itu mereka panggil “Ibnul Hibb” (anak kesayangan)

Kaum muslimin tidak berlebih-lebihan memanggil Usamah yang masih bayi itu dengan panggilan tersebut. Kerana memang Rasulullah sangat menyayangi Usamah, sehingga dunia seluruhnya agaknya iri hati kerananya.

Usamah sebaya dengan cucu Rasulullah “Hasan bin Fatimah Az Zahra’.” Hasan berkulit putih, cantik bagaikan bunga yang mengagumkan. Dia sangat mirip dengan datuknya, Rasulullah saw. Usamah kulitnya hitam, hidung pesek, sangat mirip dengan ibunya wanita Habsyi. Namun begitu, kasih sayang Rasulullah kepada keduanya tiada berbeza. Beliau sering mengambil Usamah, lalu beliau letakkan di salah satu paha beliau. Kemudian beliau ambil pula Hasan, maka diletakkannya pula di paha yang satu lagi. Kemudian kedua anak itu dipeluk bersama-sama kedadanya, seraya berkata, “Wahai Allah! Saya menyayangi kedua anak ini, maka sayangi pulalah mereka.”

Begitu sayangnya Rasulullah kepada Usamah, pada suatu kali Usamah terhantuk di pintu, sehingga keningnya luka dan berdarah. Rasulullah menyuruh ‘Aisyah membersihkan darah di luka Usamah, tetapi ‘Aisyah tidak mampu melakukannnya, lalu beliau berdiri mendapatkan Usamah, dan beliau menghisap darah yang keluar dari luka Usamah, kemudian beliau ludahkan. Sesudah itu beliau pujuk Usamah dengan kata-kata manis yang menyenangkan, sehingga Usamah merasa tenang kembali.

Rasulullah menyayangi Usamah ketika waktu kecil, sehingga kasih sayang beliau kepadanya tatkala dia sudah besar.

Hakim bin Hazam, seorang pemimpin Quraisy pernah menghadiahkan pakaian mahal kepada Rasulullah.. Pakaian itu dibeli Hakim di Yaman, dengan harga lima puluh dinar emas, dari Yazan seorang pembesar Yaman. Rasulullah enggan menerima hadiah Hakim, sebab ketika itu dia masih musyrik. Lalu pakaian itu dibeli oleh beliau daripadanya. Beliau memakainya hanya satu kali ketika hari Jumaat. Kemudian pakaian itu beliau berikan kepada Usamah.

Usamah sentiasa memakainya pagi dan petang di tengah tengah pemuda-pemuda Muhajirin dan Ansar sebayanya.

Sejak Usamah meningkat remaja, sudah kelihatan pada dirinya sifat-sifat dan pekerti yang mulia, yang memang menjadikannya kesayangan Rasulullah. Dia cerdik dan pintar, berani luar biasa, bijaksana dan pandai meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tahu menjaga kehormatan, sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela, pengasih dan dikasihi orang, taqwa, wara’ dan mencintai Allah swt.

Waktu terjadi perang Uhud, Usamah bin Zaid datang ke hadapan Rasulullah beserta serombongan anak-anak sebayanya, putera-putera para sahabat. Mereka ingin turut jihad fisabilillah. Sebahagian mereka diterima oleh Rasulullah dan sebahagian lagi ditolak oleh beliau, kerana usia mereka yang masih sangat muda. Usamah bin Zaid termasuk kelompok anak-anak yang ditolak. Kerana itu Usamah pulang sambil menangis. Dia sangat sedih tidak diperkenankan turut berperang di bawah bendera Rasulullah.

Dalam perang Khandaq, Usamah bin Zaid datang pula bersama kawan-kawannya anak-anak remaja putera para sahabat. Usamah berdiri tegap di hadapan Rasulullah supaya kelihatan lebih tinggi, agar beliau memperkenankannya turut berperang. Rasulullah kasihan melihat Usamah yang keras hati ingin turut berperang,oleh itu beliau mengizinkannya. Ketika itu dia baru berusia lima belas tahun. Ketika terjadi perang Hunain, tentera muslimin kelam kabut sehingga barisan mereka menjadi kacau bilau. Tetapi Usamah bin Zaid tetap bertahan bersama-sama ‘Abbas, Sufyan bin Harits, dan enam orang lainnya dari para sahabat yang mulia. Dengan jumlah kecil yang terdiri daripada orang-orang mu’min yang berani ini, Rasulullah berhasil mengembalikan kekalahan para sahabatnya dengan kemenangan. Beliau berhasil menyelamatkan kaum muslimin yang lain dari kejahatan kaum musyrikin.

bersambung....


© Hakcipta BALADI 2008

Label:

0 Komen Dan Pandangan :

Catat Ulasan

<< Hadapan


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.