Mereka telah melakukan perjalanan yang jauh dari Persia menuju Madinah.
Hurmuzan datang bersama rombongan yang besar, sebagai panglima dan putera kerajaan, tentunya mereka datang dengan segala kemewahan dan kebesaran layaknya seorang perwira sebuah negeri besar. Dikenakannya pakaian kebesaran , perhiasan yang penuh gemerlapan ,baju- baju sutera Persia yang begitu Indah.
Dalam perjalanan ini mereka didampingi, dan diantaranya adalah seorang sahabat, Anas bin Malik. Dalam perjalanan ia bertanya dimana amirul mu’minin Umar, tempat tinggalnya. Ia sudah membayangkan, bahawa Umar bin Khattab yang terkenal kemashyurannya, yang berita tentangnya tersebar ke seluruh negeri-negeri, pasti tinggal di sebuah istana yang megah , luas serta dikelilingi pengawal-pengawal .
Sesampainya di Madinah, rombongan langsung dihantar menuju tempat kediaman Umar.
Hurmuzan tentunya sangat hairan, kenapa rumah Umar tidak jauh beza dengan rumah penduduk yang lain. Tidak ada kemegahan sama sekali yang menunjukkan bahawa ini rumah seorang pemimpin besar dari sebuah negeri besar. Mereka tidak menemui Umar dirumahnya.
Diberitahukan bahawa Umar sudah berada di sebuah masjid, kerana sedang menerima delegasi dari Kuffah. Rombongan pun segera bergegas ke masjid. Ternyata tidak juga menemui Umar. Ternyata acara delegasi dari Kuffah , sudah selesai beberapa waktu sebelumnya.
Akhirnya ditunjukkan oleh seseorang, bahawa Umar sedang istirehat tidur di beranda sisi kanan masjid.
Betapa terkejutnya rombongan itu, ketika ditunjukkan bahawa negarawan besar Umar adalah lelaki dengan pakaian sangat-sangat sederhana (seadanya), sedang istirehat tidur, hanya beralaskan alas yang sangat usang. Tidak ada satupun pengawal yang berada didekatnya. Bagaimana mungkin seorang pemimpin jazirah Arab dan daerah-daerah sekitarnya , kondisinya semacam ini.
Bukankah emas, perak, serta harta negara yang sedemikian banyak ? tetapi memang begitulah adanya, seorang Umar.
‘Wahai Umar’ kata Hurmuzan, ‘Engkau , telah memerintah dengan adil, lalu engkau aman, dan engkau pasti tidur dengan nyaman’.
Itulah kekuatan kesederhanaan seorang Umar bin Khatab, sehingga bawahannya pun segan dan hormat serta tidak akan berani menjilat .
Kesedehanannya menjadi sumber kekuatan besar dalam untuk mensyiarkan agama Allah.
Wallahu a'lam bishshawab
Label: artikel
Catat Ulasan
<< Hadapan