<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Jumaat, 12 Disember 2008

Sultan ‘Imaduddin Al-Zinky

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Kejatuhan Baitul Maqdis pada tahun 492H membuktikan kuasa islam yang semakin mundur dan peningkatan kuasa barat kristian yang berjaya mendirikan empat buah Kerajaan Latin di Baitul Maqdis,Edessa,Antakiyah dan Tarablus adalah kawasan dalam jajahan yang bersempadan dengan penghujung timur laut Mediterranean dari Furat hingga Ke Mesir.Oleh yang demikian membayangkan seluruh dunia islam terdedah kepada ancaman kehancuran.Cita-cita pahlawan-pahlawan salib begitu tinggi sehingga Reginald of Chatillon pernah menyatakan hasratnya untuk melanggar semenanjung arab dengan tujuan keji bagi menyerang Mekah dan Madinah serta ingin mengeluarkan jasad mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam(S.A.W) dari maqamnya.Keaadan ini menunjukkan Islam dibayangi ancaman buat kali kedua dalam sejarahnya.

Pada dekad-dekad permulan abad ke enam Hijrah,sesudah kewafatan Raja Malik Shah pemerintah agung Seljuk yang terakhir,meletuslah perang saudara dikalangan pegantinya dan empayarnya berpecahkepada beberapa jajahan yang berasingan.Ketika itu tidak ada seorang pemerintah pun yang berupaya menyatukan tenaga-tenaga islam bagi mengahadapi cabaran musuh-musuh islam dari barat daya.

Kemunculan Sultan ‘Imaduddin Alzinky

Dalam saat-saat yang genting ini, disaat umat islam diambang perpecahan dan kekecewaan bintang penyelamat muncul di ufuq timur sebagaimana yang biasa terjadi sebelumnya ,islam memperolehi pembelanya dari tempat-tempat yang tidak disangka-sangka.Lane Poole menulis:

”Kini tibalah masanya untuk menaikkan seruan jihad dan untuk kemunculan seorang panglima yang keberanian dan kecekapan perangnya dihormati oleh semua orang.dan ketua-ketua Turki serat para pengikut mereka akan menjadi para pejuang agama yang mesti diambil kira oleh tentera salib.Panglima itu di temui dalam peribadi ‘Imaduddin Al-Zinky”

‘Imaduddin Al-Zinky adalah anak kepada seorang penyelenggara istana Malik Shah. Sultan Mahmud memberikan kepadanya Kerajaan Mosul beserta dengan pangkat Alabek, iaitu Pengasuh Putera-Puteri di Raja.Selepas memantapkan kuasanya di Syria dan di Iraq,’Imaduddin terus mara menuju ke Kerajaan Edessa yang merupakan kubu pertahanan tentera-tentera salib yang terkuat serta menjadi pusat bagi penyerbuan mereka ke dalam jajahan-jajahan berdekatan yang dikuasai umat islam.Akirnya pada tarikh 6 Jamadhil-akhir tahun 530H’Imaduddin berjaya menakluki kota Edessa sepenuhnya.Dalam masa yang sama Lembah Furat terselamat daripada pelanggaran tentera-tentera salib.Tidak lama kemudian ‘Imaduddin dibunuh oleh seorang hamba pada tarikh 5 Rabi’ul-Akhir tahun 541H.Bergitulah berakhirnya riwayat hidu seorang pahlawan islam yang ulung yang telah membuka jalan bagi mengadakan serangan balas terhadap keangkuhan tentera-tentera salib.Namun begitu tugas yang belum doselesaikan oleh ‘Imaduddin itu disambut tulus oleh anaknya yang termasyhur dialah yang bernama Al-Malik Al-‘Adil Nuruddin Alzinky.

Al-Malik Al-‘Adil Nuruddin Al-Zinky

Nuruddin bin Mahmud Al-Zinky yang menjadi Sultan Halab kini memikul tanggungjawab membela islam.Segala matlamatnya tertumpu pada pengusiran tentera-tentera salib dari Syria dan Palestin dan azamnya yang putus berjanji untuk melaksanakan tugas sukar ini hingg ke penghujung usianya.Baginya Jihad menentang tentera-tentera salib adalah setinggi-tinggi ibadah di sisi Allah.

Dengan izin Allah,pada tahun 559H Nuruddin Al-Zinky berjaya menawan Harim,sebuah kubu pertahanan tentera salib di utara,sesudah mengalahkan tentera bergabung Perancis dan Yunani.ada riwayat yang menyatakan bahawa 10000 tentera kristian terkorban dalam pertempuran ini dan ramai tentera-tentera salib menjadi tawanan bersama-sama dengan kebanyakan ketua-ketua mereka seperti Bohemond Raja Antakiyah,Raymond dari istana Tarablus,Joscelin III,dan Panglima Yunani yang bergelar Duke of Calamor.Tidak lama kemudian,kubu pertahanan Banias di kaki gunung hermon jatuh ke tangan Panglima Nuruddin Alzinky.Hasil daripada penguasaan kubu pertahanan tersebut tentera salib dikepung dari dua sudut .Kepentingan perubahan kuasa politik ini telah dicatat dalam tulisan Lane Pole:

“Penguasaan Lembah Nil panglima Nuruddin iaitu Salahuddin Al-Ayubi meletakkan Kerajaan Salib Baitul Maqdis ketika itu dalam keadaan tersepit diantara dua angkatan perang yang diketuai oleh kuasa yang sama. Pelabuhan Domoilla dan Iskandariyah memberikan kemudahan kepada tentera laut islam memutuskan perhubungan tentera salib dengan Eropah ,memberhentikan kapal-kapal penziarah tahunan serta merampasa bekalannya.”

Natijah daripada sekatan itu Nuruddin Al-Zinky telah berjaya menggugat tentera-tentera Salib di Palestin dengan memberi tekanan secara terus menerus.Tidak memadai dengan tekanan tersebut dengan izin Allah yang maha Agung lagi Maha menentukan segala-galanya cita-citanya untuk mengusir sepenuhnya tentera-tentera salib di kota suci Baitul Maqdis itu telah disempurnakan oleh Salahuddin Al-Ayubi mengikut strategi yang telah dunjukkannya.
Setelah beberapa ketika selepas kejayaan tersebut Nuruddin Al-Zinky akhirnya menyahut seruan ilahi pada tahun 569H ketika berumur 56 tahun kerana mengidap penyakit radang pada kerongkongnya.Berita kematiannya amat mengejutkan rakan seperjuannya Sallahuddin Al-Ayubi dan seluruh umat islam ketika itu.
Keperibadian Nuruddin Al-Zinky
Ibnu Khallikan ,seorang ahli tarikh yang terkenal dengan penilaian terhadap para tokoh dan peristiwa ,berkata:

“Nuruddin adalah raja yang ‘adil dan soleh,sentiasa bersedia menuruti peraturan syari’ah serta menjadi penaung kepada para ulama’ yang pemurah.Beliau amat mengambil berat tentang jihad serta memperbelanjakan pendapatannya ke atas institusi agam dan kebajikan kaum fakir miskinBeliau juga telah mendirikan pusat-pusat pendidikan di semua kota-kota penting di Syria”
Pengakuan Ibnu Athir amat bernilai kerana dia berumur 14 tahun ketika Al-zinky meninggal dunia.Beliau menulis mengenai peribadi dan perwatakan Nuruddin Al-Zinky seperti berikut:

“Belanja hidupnya diambil daripada harta benda yang dimilikinya melalui pendapatan pembahagian harta rampasan yang diperolehinya dalam perang.Beliau membuka tiga buah kedai di Kota Hama yang menyumbangkan bayaran sewaan sebanyak 20 dinar setahun bagi tujuan perbelanjaan rumah tangganya.pernah apabila isterinya pernah mengadu tentag ketidak cukupan pendapatan dari kedai-kedai tersebut ,beliau berkata:”tiada ada apa lagi dalam diriku untuk ku berikan kepadamu. Lebihan harta yang tinggal adalah sebagai pemegang amanah bagi kebajikan kaum muslimin.Aku tidak ingin dihumbankan ke dalam api neraka kerana dirimu .memaksa aku menggunakan harta awam bertujuan untuk kepentingan hidup kita.

Kehidupan malamnya dihiasi dengan ibadah kepada Allah.Bermazhabkan Hanafi,mempelajari Fiqh dan Hadith tetapi tidak pula bersifat taksub.Penonjolan beliau dengan sifat ke’adilannya yang terbukti dengan permansuhkan cukai diseluruh kerajaannya yang luas termasuk Mesir,Syiria dan Mosul. Di medan peperangan beliau dikagumi oleh semua orang kerana keberaniaanya beliau sentiasa membawa 2 busar dan anak panah ke medan tempur.”

Keyakinan yang Teguh

Ketika beliau ditewaskan di Hisn Al-Akrad pada tahun 558H dengan serangan hendap daripada tentera-tentera salib,beliau telah berazam untuk menewaskannya kembali dengan mendirikan khemah beliau bersama-sama tentera islamnya di Hama hanya beberapa batu dari khemah musuh. Al-zinky berkata:”Aku tidak hairan terhadap musuh sekiranya aku memiliki seribu tentera berkuda,Demi Allah! Aku tidak akan berteduh di bawah bumbung khemah ini selagi tidak ku tebus kekalahan lalu.”..................alzinky............


© Hakcipta BALADI 2008

Label:

0 Komen Dan Pandangan :

Catat Ulasan

<< Hadapan


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.