PENGIBADATAN QURBAN
Hadits Zaid ibn Arqam, ia berkata atau mereka berkata: “Wahai Rasulullah SAW, apakah qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Qurban adalah sunnahnya bapak kalian, Nabi Ibrahim.” Mereka menjawab: “Apa keutamaan yang kami akan peroleh dengan qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai rambutnya adalah satu kebaikan.” Mereka menjawab: “Kalau bulu-bulunya?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai bulunya juga satu kebaikan.” HR. Ahmad dan ibn Majah
“Jika masuk tanggal 10 ZulHijjah dan ada salah seorang diantara kalian yang ingin berqurban, maka hendaklah ia tidak cukur atau memotong kukunya.” HR. Muslim
“Kami berqurban bersama Nabi SAW di Hudaibiyah, satu unta untuk tujuh orang, satu lembu untuk tujuh orang. “ HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi.
HUKUM QURBAN
Mejoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in, tabiut tabi’in, dan fuqaha (ahli fiqh) menyatakan bahawa hukum qurban adalah sunnah muakkadah (utama), dan tidak ada seorangpun yang menyatakan wajib, kecuali Abu Hanifah (tabi’in). Ibnu Hazm menyatakan: “Tidak ada seorang sahabat Nabi pun yang menyatakan bahawa qurban itu wajib.
SYARAT-SYARAT QURBAN
Syarat dan ketentuan pembahagian daging qurban adalah sebagai berikut :
• Orang yang berqurban harus mampu menyediakan haiwan sembelihan dengan cara halal tanpa berutang.
• Qurban harus binatang ternak, seperti unta, lembu, kambing, atau biri-biri.
• Binatang yang akan disembelih tidak memiliki cacat, tidak buta, tidak cacat kaki, tidak sakit, dan telinga serta ekor harus ada.
• Haiwan qurban telah cukup umur, iaitu unta berumur 5 tahun atau lebih, lembu atau kerbau telah berumur 2 tahun, dan biri-biri atau kambing berumur lebih dari 1 tahun.
• Orang yang melakukan qurban hendaklah yang merdeka (bukan hamba), baligh, dan berakal.
• Daging haiwan qurban sebaiknya dibagi tiga, 1/3 untuk dimakan oleh yang berqurban, 1/3 disedekahkan, dan 1/3 bahagian dihadiahkan kepada orang lain.
Label: artikel
Catat Ulasan
<< Hadapan