Maka prasangka baik seorang hamba kepada Allah adalah ia menganggap bahawa Allah menyayanginya, menghilangkan kesulitannya, menghapus kesedihannya yang lahir dari penghayatannya terhadap ayat-ayat dan hadits yang terkait dengan kemulian Allah swt dan pengampunannya. Sesungguhnya, baik sangka adalah jalan yang lurus, manhaj yang benar, yang tidak akan ditempuh kecuali orang yang telah diberikan taufiq oleh Allah dan dianugerahkan keikhlasan di dalam hatinya, Kerana itu, baik sangka hendaklah menjadi tanda yang ada dalam diri seorang mukmin yang sentiasa memancarkan sinarnyadalam kehidupan sepanjang hayatnya.
Tidak ada kedamaian hati yang dimiliki seorang hamba, tidak pula kebahagian jiwa yang dapat ia rasakan dalam kehidupan ini melebihi baik sangka, kerana dengan berbaik sangka, ia telah membebaskan dirinya dari gangguan fikiran yang membebani jiwanya, mengotori hati, dan membuat lelah fizikal. Sayang kita masih sering melalaikan hal ini. Sementara ada banyak kesulitan yang nyata kita hadapi dan belum ada jalan keluarnya sampai sekarang. Pernahkah kita berfikir bahawa kesulitan yang semakin bertambah ini disebabkan kerana kehilangan prasangka baik kepada Allah swt?
Ada banyak alasan mengapa kita harus membangun prasangka baik itu.
Pertama, kerana jawapan Allah selalu mengikuti prasangka Hambanya
Prasangka kita adalah cermin dari realiti yang akan tejadi kemudian, jika ia baik, maka baik pula yang akan kita jumpai. Tetapi jika ia buruk, maka hal itu pula yang akan kita temui, kerana itulah berbaik sangkalah, khususnya kepada Allah, kerana masa depan kita dan semua yang akan terjadi pada diri kita ada di tangannya. Sementara Allah telah menegaskan, seperti apa prasangka hambanya kepadanya, seperti itu pula yang akan ia wujudkan dalam diri kehidupan si hamba tersebut. Kita menjadi orang yang beruntung atau merugi tergantung pada prasangka kita kepada Allah. Kerana itu, kita hendaklah sentiasa berprasangka yang baik kepada Allah; mengingati selalu bahawa Allah tidak pernah menjauhi kita. Sekali Allah mendekat tidak akan pernah menjauh. Di dalam hadits Qudsi dijelaskan seperti itu; bahawa ketika seorang hamba mengingatinya, maka ia pun akan selalumengingati hambanya. Jika si hamba mendekatinya dengan berjalan, maka Allah akan mendekatinya dengan berlari, dan jika si hamba mendekatinya satu langkah, maka Allah akan mendekatinya sepuluh langkah. Allah tidak memberi ketentuan di mana atau apa bentuk keadaan hambanya.
Setiap kali seorang hamba berhusnu zhann kepada Allah, berprasangka baik dalam harapan kepadanya, maka Allah swt tidak akan menyia-nyiakan harapan dan sikapnya itu. Jika ia meminta kepada Allah dan ia menduga bahawa Allah akan menjawab doanya, maka Allah akan mengabulkan doa itu. Jika seorang hamba berdosa dan bertaubat lalu meminta ampun dan berprasangka bahawa Allah akan menerima taubatnya, menghapus kesalahannya dan mengampuni dosanya, maka Allah akan bersikap sebagaimana prasangka itu. Bila seorang hamba beramal soleh, dan menduga bahawa Allah swt akan menerima amalnya dan memberi balasan kepadanya, maka itu juga termasuk husnu zhann kepada Allah sehingga Allah akan melakukan apa yang disangkakan hambanya itu, kerana itulah dalam hadits Rasulullah saw mengatakan, “berdoalah kepada Allah dan kalian yakih bahawa Allah swt akan mengabulkannya” (HR Tirmidzi)
Kita dianjurkan untuk selalu bebaik sangka kepada Allah, seperti yang dikatakan seorang soleh. “saya aka terus menerus berdoa kepada Allah sampai seolah-olah saya merasakan prasangka yang baik kepada Allah apa yang Allah perbuat.” Terasa sekali, sikap berbaik sangka kepada Allah swt adalah tuntutan tauhid kepada Allah swt, kerana sememangnya sikap berbaik sangka kepada Allah, tidak mungkin ada tanpa adanya pengenalan seseorang kepada Allah swt (ma’rifatullah). Berbaik sangka kepada Allah swt juga tidak mungkin dilakukan oleh seseorang bila tidak meyakini sifat-sifat Allah swt dan tanpa keyakinan akan kasih sayang Allah swt. Maka mulailah prasangka kita dari sini, dari keyakinan bahawa Allah akan memberikan yang baik jika kita berprasangka seperti itu.
Label: artikel
Catat Ulasan
<< Hadapan