13 Nov 2008 ( khamis )
Hari ini tidak seperti hari-hari yang berlalu seperti mana hari-hari telah ku lalui. Tarikh ini merupakan detik terakhir dan penamat segalanya kenangan yang telah tersemi selama 3 tahun aku menabur baktiku di Maahad Darul Anuar. Walaupun sedih namun terpaksa jua ku gagahi diri ini melepaskan cintaku pada-mu kerna diri ini tiada kuasa yang mampu menahan dugaan yang mendatang.
Masih lagi terpahat di hati ini dan jiwa ini akan kenangan yang tidak pasti luput dalam diri ini
Foto; Gambar yang “diculik”dari pendrive faqih.
2006
Tahun ini merupakan tahun yang cukup bermakna dalam lipatan sejarah hidupku. Tahun ini merupakan tahun pertama aku bergelar seorang “guru”.
Aku masih lagi teringat setelah melaporkan diri dengan pengetua ( mudir ) iaitu Ustaz Nik Omar Bin Nik Abdul Aziz.. Aku telah diberikan amanah untuk mengajar bahasa inggeris dan matematik untuk pelajar 2 sains lelaki. Aduh sakit. Pening kepalaku. Namun syukur beban itu tidak lama tergalas di bahu ini. Aku berikan tugas yang baru untuk mengajar subjek sejarah bagi tingkatan 5 dan 2, geografi untuk pelajar tingkatan 1 dan kemahiran hidup untuk 2 4l dan 2 5l..
5 A Lelaki…. Dengan terpaksa dan rela hati menerima aku sebagai guru tingkatan mereka. Aku menjadi guru kelas mereka.
5 A & 5 B lelaki juga terpaksa menerima aku dengan berat hati, untuk belajar bersama aku subjek sejarah. Berat juga beban yang terpikul dibeban dibahu ini. Aku cuba mencari jalan yang terbaik buat mereka….walaupun aku tahu ada dikalangan mereka agak sukar menerima pendekatan yang dibawa oleh diri ini. Lebih-lebih lagi orang baru sepertiku….terima kasih kerana sudi belajar denganku walaupun aku tahu apa yang tersirat dihatimu….
Masih lagi terbayang-bayang di pemikiran jiwa ini, saat-saat pelajar sperti Abu Bakar, Syed Ishak, Saifulah dan ramai lagi yang terlibat dalam hukuman “jemurkan diri” atas kesalahan bawa handset. Saat –saat itu amat menguji diri ini dalam mengharungi detik-detik sukar dalam merealisasikan impian.
Syukur dalam team PKA SPM bukan sahaja tergalas seorangan tetapi tergalas di semua bahu guru SPM, seperti Cg. Nik Sawiah, Cg. Fahmi, Cg. Safwan, Teacher Hidayati, Teacher Tuan Sharifah, Cg. Raihananh, Ustazah Rosmailali, Ustazah Adidah, Ustaz Akmanizam, Cg. Zira, Cg. Fiza dan semua yang ain dalam memastikan pelajar dapat meneruskan pengajian seperti biasa.
Syukur kepada ilahi semua itu, tidak berpanjang. Berkat kerjasama dari pelajar dan semua yang teribat kes tersebut dapat diredakan.
2 sains lelaki dan 2 sains perempuan…. 2 subjek yang tergalas dibahu ini. Geografi dan sejarah. Cukup banyak masa telah aku lalui bersama mereka dalam detik ini. Nama-nama seperti uwais, razi, mujahid,taufik , atirah, sabiha, nida dan segala yang ada cukup banyak kenangan yang terpahat dihati ini. Mungkin masih teringat-teringat dikalangan pelajar lelaki bagaimana cara aku hokum mereka sekiranya kerja sekolah tidak dilaksanakan. Sentuhan kasih sayang pasti akan meninggalkan kenangan yang cukup perit…
Foto: dari lensa handset ku…..
Foto: dari koleksi peribadi
Aku pernah juga pernah menjemur mereka dalam tempoh 2 masa di hadapan halaman sekolah, kerna mereka tidak dapat menyiapkan tugasan geografiku. Hanya Uwais Ar-Qarni aje yang berjaya menyiapkan kerja sekolah ku. Namun begitu Allah amat menyayangi dirimu Uwais, 12 Jun 2008 dikau telah dijemput untuk menemui yang maha pencipta. Semoga rohmu ditempatkan dikalangan mereka yang soleh . Amin .
Foto: koleksi “culikku”
2/ 1 lelaki….. juga masih lagi bermain-main dibenak pemikiran ini dengan telatah dan sikapmu. Dikau juga tidak terlepas daripada menerima nilai kasih sayang yang cukup istimewa. Kalau yang tidak pernah kena kasih sayang ku seingat aku hanya Aiman aje, yang lain semuanya tidak terlepas menerima kasih sayang dariku…..
2007…..
2 Sains Lelaki…. Aku yang jaga mereka. Aku di amanahkan untuk menjadi guru tingkatan mereka. Banyak juga kenangan bersama mereka.
Bermula dengan Mohd Afiq Abdul Fatah yang membuatkan aku menerima cabaran dalam menjalankan tugas. Namun begitu ia mematangkan aku. Masih lagi teringat bagaimana aku terpaksa bersama-sama dengan Us. Che Rozu dan teacher Siti Masaliny menuju ke Kg. Terap bagi meninjau dikau. Aku tak pernah berputus asa. Walaupun aku terpaksa melepaskan dirimu mengikut orang tuamu jua ke Gua Musang
Foto: dari koleksiku…………
Mohd Ammar Noran, Adam, Aidil dan Ahmad Syakir yang hilang dari asrama. Banyak memberikan pengalaman yang cukup bermakna kepadaku.
Aku juga masih teringat bagaimana aku merotan mereka setelah didapati mereka ponteng kelas bahasa inggeris yang berlangsung di biik gerakan. Kesan rotan cukup jelas kelihatan. Tidak cukup dengan itu aku juga ber SMS dengan ibubapa mereka dengan memberitahu kepada ibubapa mereka yang anak meraka ponteng kelas.
Kes Mohd Syafiq juga mematangkan diri ini dalam usaha aku untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab.
Kes Bakri yang menyebab ia tidak dapat sambung belajar cukup memyedarkan aku kadang-kadang kita tidak boleh terlalu tegas dalam melaksanakan tugas. Kadang-kadang kita perlu guna emosi dalam melaksanakan tugas.
Foto: hasil mms bakri kepadaku
Apa yang nyata kenangan bersama pelajar 2 sains lelaki tahun 2007 adalah satu kenangan yang tidak mungkin akan luput dalam ingatanku…selamat berjaya dan selamat menuju kejayaan itulah harapan yang mampu aku doakan buat mereka.
Pelajar-pelajar tingkatan 5 A & B lelaki juga banyak kenangan yang terukir indah dalam ingatan ini. Saat-saat kita bertikam lidah bersama-sama dalam subjek sejarah. Cukup terhibur sekali.walaupun kadangkala takut juga dikatakan mengajar politik di dalam kelas. Tapi apa yang nyata itu hanyalah salah satu cara untuk menunjukkan semangat cintakan tanah air dengan menyanjung tokoh-tokoh kemerdekaan Negara.
Foto: koleksi Shah… hasil culikanku.
2008…
4 tahfiz lelaki… hanya sekejap aje yang mampu aku berkhidmat untuk dikau sebagai guru kelas. Namun aku tidak pernah sekalipun mengabaikan dirimu
Foto: majalah sekolahhhhhh
Kes Mohd Abduh dan Ubaidilah yang banyak berlaku campur tangan aku dalam pengurusan guru tingkatan yang baru, Ustazah Nafisah. Yang menciptakan sejarah hitam dalam dirimu kepada Mohd Abduh. Bukan niat dan tidak pernah sekalipun untuk diri ini untuk menghancurkan dirimu. Maafkan aku. Kerana terlalu sayang akan dirimu ianya memakan diri ini sendiri. Pertemuan kita di The Store pada malam tersebut telah mengukir satu episode berdarah dalam hidup ini.
Foto: gambar yang dikutip dari pendrive harissssssssssssssss
Mohd Nazif Bin Shaari…. Satu nama yang selalu aje menjadi usikan diri ini ketika dalam kelas.. Aku doakan semoga dikau akan menjadi pelajar yang cemerlang dalam smu dan spm nanti. Terima kasih kerna sudi dan terpaksa melayan keranah diri ini. Maaf kerna “menculikmu” pada 11 Nov setelah kita bersama-sama makan di Kedai Lalat bersama-sama dengan Mohamad Hafizuddin Hamzah.
Untuk pengetahuanmu, saat kita menonton filem ayat-ayat cinta di bilik peperiksaan ia membuatkan ingatan diri ini kembali semula teringat akan saat-saat berada di Desa Gemilang, Universiti Sains Malaysia di bilik 110. Ketika menonton filem bersama-sama Teman, Zahir dan Kri. Kerana kita menggunakan PC untuk menonton cerita. Terima kasih kerna sudi menemani diri ini dari pukul 9 malam hingga 12 malam. Heeeee
Foto: kenangan di USM….
Mohamad Hafizuddin Hamzah….. aku dah cuba. Mungkin itu sahaja yang terdaya oleh diri ini untuk menolong dirimu. Maafkan aku kerana tidak mampu menyelesaikan segala masalah mu dengan begitu baik.
Foto: hasil tangkapan melalui handset secara rahsia
Mohd Amir Ridzuan, Rifaei Embong, faqih, Haris, nabil, Ubaidah, hakimi, irfan, dan segala yang lain kau orang memang ok. Maaf kerana selalu mengacau dikau dalam kelas. kuang96
Foto: hasil tangkapan melalui handsetkuuuuu
5 a dan b lelaki…. Aduh kau juga banyak memberikan kenangan yang terindah dalam diri ini.
Gelak tawa kita bersama pasti akan tersemat di dalam ingatan. Saat-saat kita sama-sama “memampus” antara satu sama lain adalah kenangan yang cukup indah dan tak mungkin dapat dilupakan. Dan paparan gambar dibawa ini adalah salah satu gambar yang cukup istimewa dan tak mungkin dapat dilupakan…… andaikata gambar yang muncul di bawah itu menganggu dirimu maafkan aku…. Bukan niat untuk segalanya,,,, hanya sekadar coretan rasa aje……
Selamat maju jaya dan semoga mencapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan oleh dirimu. Banggakan orang tuamu dengan kejayaan yang cemerlang.
Sebelum diri ini melabuhkan rasa rindu yang tersemat…. Ku titipkan bait-bait lagu nyanyian ramlah ram kepada dirimu….
Berdayakah ku menanti
Tiba siang dalam sepi
Kedinginan
Terlenakah mata ini
Setelah kau pergi
Meninggalkan diri keseorangan
Kembali memikirkan
Detik-detik berlalu
Bersamamu…..
Gurau senda dan tangisan
Pengalaman kita
Berukir indah dihati ku
Selalu ku membilang
Butir-buti harapan ………
Semoga dikau selalu ceria dalam kehidupan yang akan mendatang………………………
Salam sayang dalam kerinduan daripada:
Cikgu Zaharonizal Othman
http://www.zahonizal.blogspot.com
Catat Ulasan
<< Hadapan