<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Ahad, 14 Disember 2008

Bahagian 1: Anugerah lupa

Di syurga yang tanpa lapar dan tanpa ketelanjangan, pada mulanya adam hidup damai dan tenteram. Ditemani isterinya, yang diciptakan untuk mengusir sepi dan membuat hidupnya tidak sendiri, adam benar-benar berada dalam puncak kebahagiaan. “Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan didalamnya dan tidak akan telanjang. Dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari di dalamnya.” (QS Thoha: 118-119).

Tetapi sesudah itu, adam, bapa kita dan pemula seluruh umat manusia mengawali sejarah penting. Kehadirannya di bumi dengan sifat lupa. Allah berfirman, “dan sesungguhnya telah kami perintahkan kepada adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak kami dapati padanya kemahuan yang kuat.” (QS Thha : 115). Jadi, lupa adalah satu identiti terpenting dalam kemanusiaan. Kita manusia maka kita lupa, kita lupa kerana kita manusia.

Maka terjadilah apa yang terjadi. Dan identiti kemanusiaan itu berlaku. “Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: ‘hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pokok khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?. Maka keduanya memakan buah dari pokok itu, lalu nampaklah bagi keua-dua auratnya dan mulailah keduanya menutupi dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan derhakalah adam kepada tuhannya dan sesatlah ia”.

Tetapi dari lupa itu, terjadilah konsep penghambaan, taubat, dan petunjuk Allah, diperkenalkan kepada Adam. “kemudian tuhannya memilihnya, maka Dia (Allah) menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. Allah berfirman: ‘turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu akan menjadi musuh sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk dari padaku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjukku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka” (Thoha:122-123).

Adam lupa kerana ia diciptakan sebagai manusia. Ini adalah lupa prosuder dari Allah, maksudnya, lupa itulah jalan yang harus ia lalui sebelum menjalankan tugas di muka bumi. Maka, dalam hadits shahih riwayat Bukhari, suatu saat musa menyalahkan adam dalam sebuah dialog, adam menegaskan posisinya sebagai bahagian dari rancangan besar Allah. Dan musa pun tidak menyangka dengan jawapan itu.

Rasulullah SAW bersabda, “Pernah Adam dan Musa saling berdebat. Kata Musa: ‘Wahai Adam, engkau adalah nenek moyang kami, engkau telah mengecewakan harapan kami dan mengeluarkan kami dari surga. Adam menjawab: ‘Engkau Musa, Allah telah memilihmu untuk diajak berbicara dengan kalam-Nya dan Allah telah menuliskan untukmu dengan tanganNya. Apakah kamu akan menyalahkan aku kerana, Suatu perkara yang telah Allah tentukan empat puluh tahun sebelum Dia menciptakan aku?”’ Rasulullah bersabda: “Akhirnya Adam menang berdebat dengan Musa.”

Dijadikan untuk kita penyakit lupa sebab kita manusia. Hanya Allah sahajalah yang tidak lupa. “Kepunyaan-Nyalah apa-apa yang ada di hadapan kita, dan apa-apa yang ada dibelakang kita dan apa-apa yang ada di antara keduanya, dan tidaklah Tuhanmu lupa.”(Maryam: 64).
Dalam ayat yang lain, “Tuhan kami tidak akan salah dan tidak (pula) lupa." (Thoha: 52). Sesudah itu manusia-manusia pilihan, yang diangkat Allah menjadi Rasul juga pernah lupa. Musa lupa dengan komitmennya untuk tidak bertanya kepada Khidir. “Musa berkata: Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.’" ( Al-Kahfi: 73).

Rasulullah SAW suatu saat pernah lupa dalam solat, beliau solat zohor sehingga lima rakaat. Lupa itulah, yang kemudiannya melahirkan syariat ibadah. Iaitu bagaimana tatacara ibadah bila ada yang lupa. Dalam Fiqh, kita kemudian mengenal apa yang disebut dengan sujud sahwi, ertinya, sujud kerana ada perkara yang lupa kita kerjakan,samaada kurang atau kelebihan, dalam solat.


© Hakcipta BALADI 2008

Label:

0 Komen Dan Pandangan :

Catat Ulasan

<< Hadapan


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.