Wahai umat islam, kita punya tujuan dan tugas mulia yang sama. Dan kita adalah umat yang terbaik. Salah satu yang harus kita jaga dan salah satu sebab lemahnya masyarakat islam adalah saling berselisih hingga melupakan sasaran dan tujuan umat ini, iaitu beribadah kepada Allah dan memakmurkan bumi sesuai petunjuk Allah SWT (Al-Quran dan Hadits).
Perselisihan umat islam tentang kebenaran agama ini akan membuat kita berpecah belah, dan berkelompok-kelompok disebabkan rasa fanatik yang berlebihan terhadap daerah, jenis kelamin, atau suku dan sebab yang lain, sehingga para penjajah dan musuh-musuh islam mudah memecah umat islam, dengan cara saling membenci, memfitnah,memperburukkan antara satu sama lain, berbeza pendapat,berbeza pemikiran, politik dan tujuan.
Satu hal yang harus kita hindari adalah ghibah dan mengumpat diantara sesama umat Islam. Allah SWT, telah menegaskan dalam Al-Quran tentang betapa tercelanya perbuatan mengumpat, dan menyerupakan pelakunya sama dengan pemakan daging orang mati.
Firman-Nya: “hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka(kecurigaan), kerana sebahagian dari buruk sangka itu dosa. Dan janganlah mencari keburukan orang lain dan janganlah memperburukkan anatar satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi maha penyayang”. (QS Al-Hujurat: 12)
Rasulullah bersabda; “tiap-tiap muslim atas muslim yang lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya”.
Ada beberapa sebab yang mendorong terjadinya ghibah atau mengumpat:
1. Kemarahan, seseorang akan berusaha meredakan angin marahnya dengan menyebut keburukan-keburukan orang lain.
2. Keinginan untuk membanggakan diri.
3. Kedengkian terhadap orang yang dipuji, dicintai, dihormati oleh orang banyak.
4. Menyetujui dan membantu sebarkan fitnah, ia tidak mahu mengingatkan dan meninggalkan majlis kerana takut dipulau oleh mereka. Sehingga tetap berada di majlis untuk menyenangkan mereka, dan berpendapat bahawa ini termasuk pergaulan yang baik.
Saudaraku kaum muslimin, perlu diketahui bahawa keburukan akhlak ghibah itu hanya dapat diubati dengan ramuan ilmu dan amal. Ubat pencegah lisan dari ghibah dan mengumpat adalah dengan memberikan kesedaran kepada diri kita sendiri, jika kita melakukan ghibah, kita akan berhadapan dengan murka Allah, kerana melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya. Jadi kalau kita benar-benar mempercayai keterangan-keterangan yang datang dari Al-Quran dan Hadits tentang menyangkut masalah ghibah ini, tentu lisan kita akan kita jaga agar kita tidak akan pernah melakukannya. “Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela” (QS Al-Humazah:1)
Barangsiapa melihat seorang mukmin dihina dihadapannya, kemudian ia tidak menolongnya, padahal sebenarnya ia mampu menolongnya, maka Allah akan menghinakannya pada hari qiamat nanti di hadapan seluruh makhluknya. (HR Thabrani).
Adalah lebih baik bila kita mahu berfikir dan mengawasi diri, dengan aib-aib yang ada dalam diri kita sendiri. Marilah kita menyibukkan diri dengan mengubati aib kita itu, kemudian hendaklah kita ingat sabda Rasulullah SAW; Berbahagialah orang yang disibukkan oleh aibnya sendiri dari meneliti aib orang lain (HR Bazzar).
Wallahu’alam..
Label: artikel
Catat Ulasan
<< Hadapan