Tidak menemukan solat Jumaat kerana batal adalah seseorang ikut berjemaah dalam solat Jumaat, tiba-tiba batal wudhu'nya. Dan tidak ada kesempatan lagi baginya untuk berwudhu dan kembali ikut solat, meskipun menjadi masbuk (makmum yang ketinggalan solat ). Maka untuk itu dia harus menunaikan solat zuhur sebagai pengganti solat Jumaat yang batal.
Demikian juga bila alasannya tertinggal, seperti seseorang terlambat datang solat Jumaat dan hanya ikut bersama imam setelah imam bangun dari ruku' pada rakaat kedua. Maka untuk itu dia harus tetap solat bersama imam, namun setelah selesai imam menutup solatnya dengan salam, dia harus berdiri lagi untuk menunaikan solat Zuhur empat rakaat.
Adapun bila seseorang telah secara sah melakukan solat Jumaat, tanpa batal atau tertinggal, maka tidak ada lagi kewajipan baginya untuk melakukan solat Zuhur. Dalilnya adalah hadits berikut ini:
Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila datang waktu siang hari Jum'at maka solatlah dua rakaat." (HR Ad-Daruqutuny).
Seandainya solat zuhur masih wajib, maka Rasulullah SAW tentu tidak memerintahkan hanya dua rakaat saja. Dan apa yang dilakukan beliau SAW dan para shabatnya juga menunjukkan tidak ada lagi solat zuhur setelah solat Jum'at. Tidak ada satupun yang menyebutkan bahawa ada sahabat yang solat Zuhur setelah solat Jumaat. Jadi tidak ada dalil yang melandasi solat zuhur setelah solat jum'at, kerana solat Jum'at telah mengganti solat Zuhur.
Adapun tindakan yang dilakukan oleh beberapa orang untuk solat Zuhur setelah solat Jumaat secara rutin dengan alasan kerana takut tidak sah, sebenarnya merupakan tindakan yang patut dipertanyakan. Apa dasar mereka mengatakan takut solat Jumaatnya tidak sah?
Sebahagian beralasan tidak sah kerana apabila ada beberapa solat Jumaat di tempat yang berdekatan, seperti ada dua masjid yang berdekatan menyelenggarakan solat Jumaat. Ada yang meyakini bahawa yang sah hanyalah yang lebih dahulu melakukan solat Jumaat, sedangkan masjid satunya yang tertinggal, saat memulai solat Jumaat, diyakini tidak sah. Oleh itu jemaah yang berada di masjid kedua harus melakukan solat Zuhur, kerana solat Jumaat yang mereka lakukan tidak sah dalam anggapan mereka.
Sikap seperti ini agak berlebihan. Dikatakan agak berlebihan, kerana adanya masjid dan jemaah solat jumaat yang berdekatan dengan jemaah solat jumaat yang lain, saling menafikan atau mengatakan tidak sah.
Memang ada pendapat dari beberapa ulama di dalam kitab fiqih klasik yang menekankan pentingnya solat jumaat dilakukan secara berjamaah dalam satu masjid besar, tidak terpecah-pecah menjadi beberapa lokasi yang berbeza.
Bahkan Al-Imam Asy-Syafi'i sekalipun tidak pernah ada orang meriwayatkan, mengatakan bahawa beliau melakukan solat zohor setelah melakukan solat jumaat. Padahal beliau pernah, datang ke baghdad yang di sana terdapat beberapa masjid,
Tambahan pula, pendapat seperti ini kurang tepat lagi bila dilaksanakan di zaman sekarang, Kita tidak punya masjid yang besar dan mampu menampung orang dalam jumlah besar. Yang kita miliki sekarang ini masjid-masjid kecil dalam jumlah yang banyak. Kalau seandainya masjid-masjid itu kurang jemaahnya, memang sebaiknya tidak melaksanakan solat jumaat sendiri. Seperti, jemaahnya kurang dari 40 orang sebagaimana salah satu pendapat dalam mazhab fiqih.
Maka tidak ada alasan untuk mengatakan bahawa solat jumaat itu tidak sah lantaran kerana diselenggarakan di beberapa masjid yang saling berdekatan. Dan juga tidak ada alasan untuk melakukan solat Zuhur setelahnya kerana alasan tadi.
Waktu Jumaat adalah Waktu Zuhur
Waktu yang benar untuk melakukan solat jumaat adalah waktu Zuhur. Bila dilakukan di luar waktu Zuhur, maka solat Jumaat itu tidak sah. Misalnya dilakukan di waktu Dhuha', atau di waktu Asar, maka solat itu tidak sah sebagai solat Jumaat.
Waktu sholat Jum’at adalah sama dengan waktu sholat Zuhur, iaitu dari tergelincirnya matahari hingga ukuran bayangan sesuatu sama dengannya. Dalil mengenai ketentuan waktu solat Jum’at adalah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab “Shahih Bukhari”.
Dari Anas bin Malik ra bahawa Nabi SAW melaksanakan sholat Jum’at ketika matahari condong (tergelincir)”. (HR Bukhari)
Imam Muslim meriwayatkan dari Salamah bin al-Akwa’ ia berkata:
“Kami melaksanakan sholat jum’at bersama Rasulullah SAW ketika matahari telah tergelincir, kemudian kami pulang mengikuti bayangan”. (HR Muslim)
Demikian semoga dapat menjadi penambah ilmu dan wawasan.
Wallahu a'lam bishshawab.
Label: artikel
Catat Ulasan
<< Hadapan