<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Jumaat, 30 Januari 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS MENGACAU ASYURA BUBUR ALUMNI MADA




Assalamualaikum wrbt.

JEMPUTAN KE MAJLIS MENGACAU BUBUR ASYURA ALUMNI MADA

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.

2. Buat julung-julung kalinya alumni maahad darul anuar akan mengadakan perjumpaan sambil membuat bubur asyura. Perjumpaan ini hanya untuk bekas-bekas lelaki maahad darul anuar. Bersama-sama ini saya menyediakan maklumat majlis tersebut;

Tarikh : 6 Februari 2009
Masa : 8.00 pagi
Lokasi : Belakang Rumah Tumpangan Pok Soh Kantin MADA

3. Kepada alumni mada yang berminat untuk menyertai majlis mengacau bubur ayura ini diminta lapor diri kepada NIK MOHD SYAMIM IYLIA BIN MAT YUSOFF (ibn.yusuf@yahoo.com atau 013-4833532) bagi mengenal pasti kuantiti dan jumlah untuk pihak kami hasilkan bubur ini. Tarikh akhir untuk saudara melapor diri adalah pada 3 Februari 2009. Sila maklumkan kepada semua warga mada agar menyertai program yang diadakan oleh pihak alumni mada bagi mengeratkan silaturrahim antara kita di samping dapat mengemaskini borang alumni

Sekian, Harap Maklum

Terima Kasih.

Yang menurut perintah,

NIK MOHD SYAMIM IYLIA BIN MAT YUSOFF
b.p. ALUMNI MADA

Label:

Rabu, 28 Januari 2009

perhatian kepada bekas pelajar MADA


Assalamu'alaikum

Salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat maahad darul anuar. Ana doakan kalian berada dalam rahmat Allah.
Para bekas guru maahad darul anuar ingin mengadakan rehlah untuk mengeratkan silaturrahim antara x-guru dan pelajar mada di Lata Belantan pada cuti sekolah bulan 3 ini.
Sehubungan dengan itu anda semua diminta memberi maklumat kepada abg awie atau pun ketua negeri masing-masing.Dalam perancangan sesiapa yang mengikuit rehlah akandiberikan t-shit,topi,dan cenderahati daripada pihak penganjur.Para guru sednag giat menjalankan kutipan dana untuk rehlah ini.Sekiranya anda ingin menyumbang,sila maklumkan kepada abang awie.

Di samping itu juga,pihak alumni mada ingin mencari bakat-bakat yang ada pada anda semua dengan menghasilkan logo alumno mada.Logo mestilah dihantar dengan segera bagi memudahkan segala urusan kelak.Hasil ciptaan bolehlah dihantar kepada awiey ataupun masukan gambar itu kedalam komen Friendster awiey.

Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasam yang diberikan.
#mada se-gah namanya#
makluman lanjut hubungi
saudara awiey 0199900306@0179404630

Label:

Ahad, 25 Januari 2009

AL FATIHAH BUAT SAHABAT KITA ( EX-MADA)



Salam semua kepada semua kaum muslimin khususnya ex mada...pada jam 8mlm td...tarikh 25hb..sahabat kita bernama dzul azhar sapian telah kembali ke rahmatullah di hospital ipoh perak ...arwah belajar di uitm perak...arwah di mada pada tahun 1999 hingga 2006...arwah tinggal di kg melayu seri kundang...sesiapa yang kenal pada arwah harap sebarkan ....hanya doa buat arwah dapat kita berikan...

bersama-sama ini, turut saya sediakan profil friendster arwah:
http://profiles.friendster.com/75586982




Label:

Sabtu, 24 Januari 2009

Islam

Sejak kebelakangan ini,ana tertarik untuk mendengar kisah2 muallaf kita.Beberapa hari lepas ana terjaga sehingga pagi.Siaran demi siaran terus bertukar dan akhirnya berhenti di TV1.Terbitan JAKIM.ahhh..Mulanya tampak bosan.Beralih pula ke rancangan lain.Tetapi iada pilihan lain,siaran TV1 ana buka semula.Tajuknya “Mencari Rahmat Ilahi.”Ingatkan cerita.Tidak sama sekali,malah lebih menarik daripada cerita,kisah benar 2 orang insan yang memeluk agama islam yang akhirnya mereka menjadi sepasang suami isteri.Namun,bukan itu yang akan ana kupaskan.Yang menarik minat ana sendiri adalah keinginan mereka berdua dalam mencari rahmat ilahi.Mengenai kesungguhan mereka dalam mendalami ilmu islam.Namun,kita yang sememangnya lahir dalam islam,pernahkah kita terus berusaha dengan sabar,istiqamah dengan penuh keyakinan mencari makna islam yang sebenar?Disebalik kalimah syahadah. “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.”Linangan sebar mengair dipipi.Dia begitu yakin dengan kehendak ilahi.Kalimah yang penuh dengan rahsia.Terselit 1001 makna yang indah.

Pemuda ini pula menceritakan mengapa dia memeluk agama islam.Tentang betapa indahnya islam.Dia juga telah melaksanakansatu tanggungjwab sebagai seorang muslim.Amal ma’ruf nahi mungkar.Dia menegaskan bahawa jangan terlalu mempercayai pihak luar terutama pihak yang tidak tahu erti islam yang sebenarnya.Islam itu harus lahir dari dalam diri,bukan sekadar waris turun temurun.Kita sememangnya melaksanakan amalan seharian kita dengan baik sekali.Namun, pernahkan kita mencari disebalik perlakuan kita.Contoh paling mudah,aurat.Terdapat segelintir sahaja yang benar2 mengerti mengapa aurat itu diwajibkan.Mengapa perlu menutupi bahagian tertentu sahaja.Ada yang tutup hanya sekadar syarat.Ada yang tutup separuh.Mengapa jadi begini?Mengapa Islam yang mudah itu dipermudahkan dengan sewenang wenangnya?

Kita yang sememangnya islam , apa yang kita fahami?

Andai benar kita fahami mengapa tidak kita kongsikan dengan saudara kita yang masih tercari-cari?

Andai kita belum tahu dan tiada yang sudi meberitahu, mengapa kita tidak mengirak langkah untuk mencarinya?

Andai ada yang masih tidak mengerti dan tidak mengerti bahawa dia belum mengerti

Mengapa kita tidak sedarkan mereka?

Islam bukan hanya sekadar nama tetapi penghayatan mengenai Islam

Label:

Khamis, 22 Januari 2009

Bahagian 2: Usamah bin Zaid



Dalam perang Mu’tah, Usamah turut berperang di bawah pimpinan ayahnya, Zaid bin Haritsah. Umurnya ketika itu kira-kira lapan belas tahun. Usamah menyaksikan dengan mata kepala, ayahnya mati di medan tempur sebagai syuhada. Tetapi Usamah tidak takut dan tidak pula mundur. Bahkan dia terus bertempur dengan gigih di bawah pimpinan Ja’far bin Abi Thalib pula, sehingga Ja’far syahid pula di hadapan matanya. Usamah menyerbu di bawah pimpinan ‘Abdullah bin Rawahah, sampai pahlawan ini gugur pula menyusul kedua sahabatnya yang telah syahid terlebih dahulu. Kemudian pimpinan dipegang oleh Khalid bin Walid. Usamah bertempur di bawah Khalid. Dengan jumlah tentara yang tinggal sedikit, kaum muslimin akhirnya melepaskan diri dari cengkaman tentara Rum.


Selesai peperangan, Usamah kembali ke Madinah dengan menyerahkan kematian ayahnya kepada Allah swt. Jasad ayahnya ditinggalkan di bumi Syam (Syria).


Pada tahun kesebelas Hijrah, Rasulullah menurunkan perintah supaya menyiapkan bala tentera untuk memerangi tentera Rum. Dalam pasukan itu terdapat, Abu Bakar As-siddiq, Umar bin Al-Khatthab, Sa’ad bin Abi Waqqas, Abu ‘Ubaidah bin Jarrah, dan lain-lain para sahabat yang tua-tua (senior).

Rasulullah mengangkat Usamah bin Zaid yang muda remaja menjadi Panglima seluruh pasukan yang akan diberangkatkan. Ketika itu usia Usamah belum melebihi dua puluh tahun. Beliau mernerintahkan Usamah supaya berhenti di Balqa’ dan Qal’atut Daarum dekat Gazzah, termasuk wilayah kekuasaan Rum.

Ketika bala tentara sedang bersiap-siap menunggu perintah berangkat… Rasulullah saw sakit, dan semakin hari sakit beliau bertambah keras. Kerana itu keberangkatan pasukan ditangguhkan menunggu keadaan Rasulullah baik.

Kata Usamah, “Tatkala sakit Rasulullah bertambah berat, saya datang menghadap beliau diikuti orang banyak. Setelah saya masuk, saya dapati beliau sedang diam tidak berkata-kata, kerana sangat kerasnya sakit beliau. Tiba-tiba beliau mengangkat tangan dan meletakkannya ke tubuh saya. Saya tahu beliau memanggilku.”

Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah pulang ke rahmatullah. Abu Bakar As-siddiq terpilih dan dilantik menjadi Khalifah. Khalifah Abu Bakar memerintahkan supaya meneruskan pengiriman tentara di bawah pimpinan Usamah bin Zaid, sesuai dengan rencana yang telah digariskan Rasulullah.

Tetapi sekelompok kaum Ansar mengkehendaki supaya menangguhkan pemberangkatan pasukan. Mereka meminta ‘Umar bin Al-Khatthab membicarakannya dengan Khalifah Abu Bakar.

Kata mereka, “Jika Khalifah tetap berkeras hendak meneruskan pengiriman pasukan sebagai dikehendakinya, kami mengusulkan Panglima pasukan, Usamah, yang masih muda remaja ditukar dengan tokoh yang tua dan berpengalaman.”

Mendengar ucapan Umar menyampaikan usul kaum Ansar itu, Abu Bakar bangun menghampiri ‘Umar. Lalu ditariknya janggut Umar seraya berkata dengan marah.

“Hai putera Khatthab! Rasulullah telah mengangkat Usamah. Engkau tahu itu. Kini engkau menyuruhku membatalkan keputusan Rasulullah. Demi Allah! Tidak ada cara begitu!”

Tatkala Umar kembali kepada orang banyak, mereka menanyakan bagaimana hasil pembicaraannya dengan Khalifah tentang usul mereka.

Kata Umar, “Setelah saya sampaikan usul kalian kepada Khalifah, beliau menolak, malahan saya kena marah. Saya dikatakan berani membatalkan keputusan Rasulullah!”

Pasukan tentara muslimin berangkat di bawah pimpinan Panglimanya yang masih muda remaja, Usamah bin Zaid. Khalifah Abu Bakar turut mengiringinya berjalan kaki sedangkan Usamah menunggang kenderaan.

Kata Usamah, “Wahai Khalifah Rasulullah! Silakan anda naik kenderaan. Biarlah saya turun dan berjalan kaki!”

Jawab Abu Bakar, “Demi Allah! Jangan turun Demi Allah! Saya tidak hendak naik kenderaan. Biarlah kaki saya kotor, sementara menghantar engkau berjuang fisabilillah! Saya menitipkan kepada engkau agama engkau, kesetiaan engkau, dan kesudahan perjuangan engkau kepada Allah. Saya berwasiat kepada engkau, laksanakan sebaik-baiknya segala perintah Rasulullah kepadamu!”

Kemudian Khalifah Abu Bakar lebih mendekat kepada Usamah. Katanya, “Jika engkau setuju biarlah Umar tinggal bersama saya. Izinkanlah dia tinggal untuk membantu saya.”

Usamah mengizinkan Umar tinggal untuk membantu Khalifah Abu Bakar.

Usamah terus maju membawa pasukan tentera yang dipimpinnya. Segala perintah Rasulullah kepadanya dilaksanakannya sebaik-baiknya. Tiba di Baiqa’ dan Qal’atut Daarum, termasuk daerah Palestin, Usamah berhenti dan memerintahkan tenteranya berkhemah. Kehebatan Rum dapat dihapuskannya dari hati kaum muslimin. Lalu dibentangkannya jalan luas di hadapan mereka Syam (Syria) dan Mesir.

Usamah berhasil kembali dari medan perang dengan kemenangan gilang-gemilang. Mereka membawa harta rampasan yang banyak, melebihi perkiraan yang diduga orang. Sehingga dikatakan orang, “Belum pernah terjadi suatu pasukan tempur kembali dari medan tempur dengan selamat dan utuh dan berhasil membawa harta rampasan sebanyak yang dibawa pasukan Usamah bin Zaid.”


Usamah bin Zaid sepanjang hidupnya berada di tempat terhormat dan dicintai kaum muslimin. Kerana dia sentiasa mengikuti sunnah Rasulullah dengan sempurna, serta memuliakan peribadi Rasul.

Khalifah ‘Umar bin Al-Khatthab pernah diprotes oleh puteranya Abdullah bin Umar, kerana melebihkan Usamah daripada bahagian Abdullah sebagai putera Khalifah.

Kata ‘Abdullah bin Umar, “Wahai Ayah! Ayah member harta untuk Usamah empat ribu, sedangkan kepada saya hanya tiga ribu. Padahal jasa ayahnya, agaknya tidak lah lebih banyak daripada jasa ayah sendiri. Begitu lah pula peribadi Usamah, agaknya tidak ada keistimewaannya daripada saya.”

Jawab Khalifah ‘Umar, “Jauh sekali, ayahnya lebih disayangi Rasulullah daripada ayah kamu ini. Dan peribadi Usamah lebih disayangi Rasulullah daripada peribadimu.”

Mendengar keterangan ayahnya, ‘Abdullah bin Umar rela bahagian Usamah lebih banyak dari bahagian yang diterimanya.

Apabila ‘Umar bertemu dengan Usamah, maka Umar menyapa dengan ucapan: “Marhaban bi amiiri!” (Selamat wahai komanderku!).

Jika ada orang yang hairan dengan sapaan Umar tersebut, maka Umar menjelaskan, “Rasulullah pernah mengangkat Usamah menjadi komander saya.”

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada para sahabat yang memiliki jiwa himmah dan keperibadian agung seperti mereka ini. Ameen.



© Hakcipta BALADI 2009

Label:

Untuk Siapa Kita Berjuang?



Dari Abdullah Bin Zaid, bahawa Rasulullah saw., saat menakluk Hunain, Rasulullah membagi-bagikan ghanimah (harta pampasan perang). Beliau memberi orang-orang yang hatinya sedang dijinakkan (muallafatu qulubuhum). Lalu sampai (berita) kepada beliau bahawa orang-orang Anshar pun ingin memperoleh apa yang diperoleh orang lain. Maka bangkitlah Rasulullah saw. berkhutbah seraya memuji dan menyanjung Allah lalu mengatakan, “Wahai segenap orang Anshar, bukankah dahulu aku menemukan kalian dalam keadaan tersesat lalu Allah memberi petunjuk kepada kalian dengan perantaraanku; kalian papa lalu Allah memberi kalian kecukupan dengan perantaraanku; kalian terpecah-belah lalu Allah mempersatukan kalian dengan perantaraanku?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nyalah yang paling banyak jasanya.” (Shahih Muslim juz II: 738)

Kemenangan yang diraih dalam perjuangan dapat menggoda sebahagian orang untuk mengklaim bahawa dirinyalah yang paling berjasa untuk kemenangan itu atau, kalaupun bukan merasa yang paling berjasa, paling tidak mengklaim bahawa dirinya berada dalam barisan orang-orang yang berjasa. Dan kerananyalah, jama’ah dakwah beruntung dan berhutang jasa terhadap dirinya. Dalam perasaannya, wajar atau bahkan ada yang menganggap harus jam’ah dakwah memberikan penghargaan atas perjuangannya itu

Perasaan semacam itu fitrah, Hal itu pernah terjadi pada masyarakat Islam terbaik yakni generasi para sahabat Rasulullah saw. Hadits yang tertulis di atas adalah bahagian dari nasihat yang disampaikan Rasulullah saw. kepada kaum Anshar. Secara lebih lengkap, Ibnu Hisyam dalam kitab sirahnya mencatat sebagai berikut:

Berawal dari cara Rasulullah saw. membagi-bagikan ghanimah (harta rampasan perang) Hunain. Beliau membagi harta, justeru kepada orang-orang yang baru masuk Islam pada saat penaklukan Makkah (Fathu Makkah), yang belum banyak perngorbanannya. Bahkan pada perang Hunain itu justeru merekalah yang pertama lari tunggang-langgang saat mendapat gempuran awal dari musuh. Sedangkan orang-orang yang sudah sejak awal turut berjuang dan habis-habisan dalam kancah jihad, kaum Anshar, tidak mendapatkan sedikit pun dari ghanimah itu. Sampai-sampai seseorang dari kalangan Anshar berkata kepada sesama mereka, “Sekarang Rasulullah saw. sudah bertemu dengan kaumnya.”

Desas-desus itu akhirnya sampai kepada Rasulullah saw. Beliau kemudian meminta pimpinan mereka, Sa’ad Bin Ubadah untuk mengumpulkan seluruh kaum Anshar itu di satu tempat. Setelah berkumpul, Rasulullah saw. datang untuk menasihati mereka. “Apa desas-desus yang berkembang di tengah-tengah kalian? Apa perasaan-perasaan yang ada di hati kalian terhadapku?” kata Rasulullah membuka khutbah, setelah bertahmid dan menyanjung Allah swt. “Bukankah aku datang kepada kalian dalam keadaan kalian tersesat lalu Allah memberi kalian petunjuk? Kalian miskin lalu Allah memberi kalian kecukupan? Kalian bermusuhan lalu Allah memadukan hati kalian?” Mereka mengatakan, “Benar, Allah dan Rasul-Nyalah yang paling berjasa dan paling utama.” Rasulullah saw. melanjutkan, “Wahai kaum Anshar, mengapa kalian tidak menjawabku?” Mereka menjawab, “Ya Rasulullah, dengan apa kami menjawab engkau, Allah dan Rasul-Nyalah yang paling berjasa dan paling utama.” Rasulullah saw. mengatakan, “Demi Allah, kalau kalian mahu pasti kalian mengatakannya dan kalian pasti berkata jujur dan dapat dipercaya: ‘Engkau datang kepada kami, wahai Rasulullah, dalam keadaan didustakan lalu kami mempercayai engkau. Engkau datang dalam keadaan dihinakan lalu kami membela engkau. Engkau datang kepada kami dalam keadaan terusir lalu kami melindungi engkau. Engkau datang kepada kami dalam keadaan sengsara lalu kami membantu engkau’. Wahai kaum Anshar, apakah hati kalian lebih mencintai kemilau dunia yang dengannya (harta), aku menjinakkan hati sebahagian orang agar teguh dalam Islam. Padahal aku tidak merasa ragu pada keislaman kalian” Dan pada akhirnya kaum Anshar menyedari kekeliruan mereka dalam memposisikan diri mereka dan mereka memandang Rasulullah saw. Mereka menangis sejadi-jadinya hingga janggut-janggut mereka basah dengan air mata seraya mengatakan, “Kami puas dengan Rasulullah saw. sebagai bahagian kami.”

Rasulullah saw. mengingatkan kepada kita bahawa manakala kita mendapat hidayah Allah swt. untuk masuk dalam barisan Islam, menjadi prajurit Allah, lalu melakukan perjuangan dan pengorbanan untuk Islam, maka sesungguhnya itu bukanlah jasa kita untuk perjuangan Islam. Melainkan justeru jasa dan kurnia Allah kepada kita sekalian. Tanpa hidayah Allah itu kita hanya akan menjadi manusia, dengan kualiti benda mati semacam kayu (khusyubum-musannadah), bahkan bagaikan binatang ternak (kal-an’am). Dan tanpa terlibat dalam perjuangan, kita hanya akan menjadi orang-orang yang tidak punya apa pun untuk menjawab pertanyaan Allah swt. saat kita menghadap-Nya: apa yang telah kau lakukan di dunia?

Sungguh, perjuangan kita untuk menegakkan Islam di muka bumi ini sama sekali bukan jasa untuk Allah swt, Kerana Allah, tanpa bantuan manusia pun, mampu menegakkan Islam dengan tangan-Nya sendiri. Dan Allah tidak mendapat keuntungan sedikit pun dari ketaatan manusia. Sebaliknya Dia juga tidak rugi sedikit pun bila seluruh manusia ingkar pada-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak perlu kepada) sekalian alam. Dan firman-Nya: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dia-lah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.” (Adz-Dzariyaat: 56-58)

Perjuangan kita bukan untuk membela dan menguntungkan Rasulullah saw, kerana, pertama adalah kita sudah jauh dari masa hidup Rasulullah saw. Dan kedua, para sahabat yang jelas terlibat dalam perjuangan dan pengorbanan bersama Rasulullah saw. saja pun hakikatnya bukan membela Rasulullah saw, kerana tanpa bantuan kaum Muslimin pun Rasulullah saw. sudah jelas dibela oleh Allah swt. Para sahabat yang habis-habisan membela dan berjuang untuk Islam bersama Rasulullah saw. itu Allah swt. berfirman: “Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Makkah) mengeluarkannya (dari Makkah) sedang dia salah seseorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: “Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah: 40)

Lalu, adakah perjuangan dan pengorbanan kita menguntungkan Islam? Islam tanpa kita, akan ada orang lain yang memperjuangkannya. Allah swt. menegaskan hal itu dengan ayat-Nya: “Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, yang diberikan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Maidah: 54)

Rasulullah saw. pun bersabda, “Akan sentiasa ada sekelompok dari umatku yang menegakkan kebenaran tanpa terganggu oleh orang yang menghinakan dan menentang mereka, hingga datang kemenangan dari Allah dan mereka tetap dalam keadaan demikian.” (Muslim)

Jadi harus kita sedari, sesungguhnya segala yang kita lakukan dalam perjuangan dengan segala macam bentuk pengorbanan adalah jasa kita untuk diri kita sendiri. Untuk diri kita saat menghadap Allah swt. Sebab, setiap kita hanya akan memperoleh apa yang kita lakukan di dunia. “Dan seseorang tidak akan memperoleh selain dari apa yang telah dia usahakan.” Iman, hijrah, jihad dengan harta dan jiwa, itulah yang akan menghantarkan kita menjadi orang yang kejayaan sejati, sebagaimana yang Allah jelaskan: “Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapatkan kemenangan.” (At-Taubah: 20).

Allahu a’lam.

© Hakcipta BALADI 2009

Label:

Banyak orang baik dalam internet


"Abang, asal bagi free jer semua ilmu itu, buatla product ke, dijual ke… biar dapat duit!" Seorang kawan memberi pandangan. "Maksud kamu….?" tanya saya, dengan lagaknya. "Blog abang tue, kan penuh dengan ilmu, tak kan dibagi macam tue jer…" katanya.
Saya cuma senyum. perbualan tidak berlanjut. Sang kawan terburu-buru mahu pergi. Setelah saya renungkan, saya bersyukur, alhamdulillah, jika blog saya penuh ilmu, semoga jadi amal soleh, alaisa kazalik? Amin…

Apa yang saya sampaikan di blog ini, mungkin belum seberapa, dibandingkan blog lain yang lebih penuh dengan ilmu. Saya menemukan banyak sekali blog yang penuh dengan ilmu. Tentu, bloggernya pun orang berilmu dan orang-orang baik yang mahu berbagi dengan siapa pun, bahkan dengan user-user atau netter yang tidak dikenalnya di pelbagai nagara. Subhanallah, saya iri dengan para blogger yang baik itu. Mereka beramal soleh dengan menyebarkan ilmunya secara percuma. Jazakumullah…

Setahu saya, setidaknya dalam Ihya ‘Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali, disebutkan, kita “harus” iri kepada orang lain yang beramal soleh, berbuat baik. Kita, kata Imam Al-Ghazali, boleh iri dalam hal kebaikan atau amal soleh. Iri jenis ini sangat bermanfaat bagi diri kita dan masyarakat.

Saudara-saudaraku… saya pun iri dengan banyak orang yang berbuat baik melalui blognya di internet. Mereka beramal soleh dengan menebar ilmu bermanfaat. Saya sangat berterima kasih, jazakumullah, kepada blogger yang misalnya mengajari saya tentang me-manage blog, instal ini itu, dan sebagainya, banyak juga memberi kita, wawasan tentang berbagai hal.

Sebaliknya, kita perihatin dengan mereka yang belum mendapatkan hidayah sehingga menyalahgunakan blog atau membuat blog yang tidak bermanfaat.

Blog adalah sarana dakwah; fasility amal soleh. Saya juga ingin menjadikan blog sebagai sarana amal soleh itu, semampu saya. Kita berpikir positif, para blogger Muslim “berlumba-lumba dalam kebaikan”, fastabiqul khairat, sehingga membawa manfaat dan maslahat bagi dirinya dan orang lain.

Saya tidak “memberikan ilmu secara percuma” kerana dengan member, sebenarnya ilmu saya bertambah. Tambahan pula, syaitan selalu menggoda kita soal niat ikhlas. Saya selalu gak tergoda untuk “turut terpesona”. Sehingga jadinya ‘tidak ikhlas… Semoga tidak demikian.
Mari kita berbuat baik di blog, dengan menyebar ilmu bermanfaat. Bukankah ilmu yang kita miliki.bukan punya kita, tapi milik Allah, Amanah-Nya, yang harus disebarkan?

Saya tidak mahu dicap “menyembunyikan ilmu” (kitman). Saya lupa pulak hadits soal menyembunyikan ilmu dan ancamannya. Jadi, semoga “memberi ilmu” di blog merupakan bahagian dari pengamalan ilmu itu. “Dijamin la”, kata Pensyarah saya, kalau kita memberikan ilmu, Allah akan memberi kita tambahan ilmu.

Kata Imam Sayfi’i, kalau kita memberikan ilmu atau mengajarkan ilmu, Ilmu itu tidak akan membuat ilmu kita makin berkurang, bahkan akan makin bertambah! Amin.
Wasalam


© Hakcipta BALADI 2009

Label:

Selasa, 20 Januari 2009

Balasan APIS tentang BALADI G-2

Assalamualaikum Akhi Fillah,

Semoga kita berada dalam rahmat dan keampunan ALLAH s.w.t.,

Ana selaku Presiden APIS, benar-benar menyatakan rasa besar hati dan kagum dengan kesungguhan antum yang berada dalam BALADI.

Insya ALLAH, surat antum telah kami terima. SUA APIS insya ALLAH akan membalas surat tersebut.

Untuk makluman antum, kami akan bermu'tamar sanawi ke-2 pada 1 Februari nanti.

Insya ALLAH, sama-sama kita pertingkatkan perhubungan dan kerjasama antara APIS dan BALADI.

Kami sangat berbesar hati andaikata antum dapat menyatakan dengan lebih jelas apakah yang dapat kita laksanakan secara bersama-sama.

Sekian, syukran jazilan.

Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki
Presiden APIS

ALUMNI PELAJAR ISLAM SBP
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur,
Selangor Darul Ehsan
TEL: 03-6187 9520 | FAX: 03-6184 2570

Label:

Jemputan ke Majlis Perkahwinan Ex-BALADI, Ramzul Iman (ex-MADA Tahun 2000) & Nur Syamimi (ex-MADA Tahun 2003)



Undangan Kami Setulus Hati, Harap Sudi Datang merai,
Semoga Majlis Bertambah Seri,
Dengan Izin Allah SWT ke atas hamba-Nya yang
merancang, kami

RAMLI BIN YUSOF
&
CHE RAMLAH BINTI CHE HASSAN
Dengan segala hormatnya mempersilakan Yang bahagia
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

Sekeluarga hadir ke Majlis Perkahwinan Putera Kami

RAMZUL IMAN BIN RAMLI
dengan
NUR SYAMIMI BINTI CHE MOHD AMRAN

PADA HARI SABTU, 31 JANUARI 2009 BERSAMAAN
4 SAFAR 1430 HIJRAH

Di kediaman beralamt di
Kg. Chekok, Chekok 17060 Pasir Mas,
Kelantan Darul Naim

Semoga Kehadiran dan restu Yang Bahagia
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik akan
Menyerikan lagi majlis dan diberkatai Allah SWT
hendaknya, Insya'allah

Turut Mengundang Seisi Keluarga
Cikgu Ramli (019-914 3499)
Ramzul Iman (013 341 7935)
Ramzul Razzif(017-955 5510)

Label: ,

Ahad, 18 Januari 2009

Tak Semudah Kata

Saya bukanlah kipas-susah-mati dunia perfileman yang melayakkan saya untuk mengkritik filem, cuma ingin respon kepada beberapa pihak(bukan nak memfitnah!) yang begitu mudah meletakkan label sesebuah filem sebagai FILEM DAKWAH!Adakah mereka sedar impak dari label sebegini?

Oh,dakwah Islamlah ya...

Bagaimana hendak dikatakan dakwah,jika pelakon muslimah enggan menyarung tudung,atau pelakon muslim dan muslimah tak segan saling bersentuhan?Bahkan saya berani katakan filem ini pun gagal mengangkat mesej dakwah dari novel asalnya...

Realitinya,ranah penulisan dan dunia perfileman begitu jauh untuk dibandingkan.Bagaimana kita bisa membandingkan aksara-aksara atas ratusan helai muka surat dengan bahasa badan, intonasi, dan emosi para pelakon filem.Masih ada ruang penambahbaikan dan usaha penerbitan filem seumpama itu sememangnya harus dipuji.

'Layu'nya Watak Utama
Kelemahan filem tersebut dan animasi ini...

ialah kekuatan watak utama tidak ditonjolkan sejak dari awal cerita...Ingat,bahawa first impression(kata orang Melayu) sangat PENTING!Ia ibarat cinta pandang pertama terhadap sesuatu cerita.Walaupun diakui bahawa manusia punyai ketidaksempurnaan,namun ia akan mencacatkan gambaran seorang pahlawan ulung dalam sejarah yang sewaktu kecilnya mudah ditewaskan,dan seorang pemimpin mahasiswa mudah gelabah tatkala komputernya diserang virus.


Apa itu
FILEM DAKWAH?
Sebenarnya,saya masih tidak arif dalam memberi kriteria filem dakwah.Namun,saya lebih gemar membicarakan MESEJ di sebalik sesebuah filem.Bukan minta berkiblatkan Hollywood, cuma saya amat gemar dengan teknik mereka menggunakan filem untuk menyampaikan mesej (malah wadah PROPAGANDA).Dalam asyik kita terpesona dek ke'hensem'an hero dan kejelitaan heroin mereka,sering kita lupa bahawa dialog atau lakonan yang dipersembahkan oleh mereka membawa banyak tafsiran dan mesej tersirat.Kadang kala,saya merindui garapan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.Walaupun filem yang dilakonkannya/diarahkanya ialah filem komedi,masih terselit unsur nasihat yang kita sering terlepas pandang.Sebagai khatimah,saya tinggalkan dialog dari filem 3 Abdul sebagai renungan bersama...
Dunia,dunia...sekarang berniaga manusia lebih untung dari berniaga unta...

nota:bukan itu maksudnya modal insan/sumber manusia yang dicanangkan Perdana Menteri kita...

Label:

Isnin, 12 Januari 2009

Dealova?

Hmm,ayuh kita gali nasihat tersembunyi di balik lagu terkenal ini,Dealova(kredit pada kay05 atas penghasilan video ini)

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu...

Wahai umat Islam,'AKU'lah warga PALESTIN...dalam 'mimpi' kalian,yang ingin menegakkan kalimah ALLAH di bumi Anbiya' ini..malangnya tinggal mimpi indah sahaja...adakah perlu Gaza dibom baru kamu TERSENTAK...teriak-teriak kecil yang tak bisa menggugah keparat Zionis... barulah ghairah memikirkan ISU UMMAH INI!!!

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh… Bayangmu seakan-akan

Alangkah baiknya jika kalian mampu menanggung derita ini bersama,katanya uhibbukum fillah...apakah T.S.U.N.A.M.I di ranah Acheh tak bisa menggetar KESEDARAN di hati kalian?

Tuhan Suruh Umat Nabi Anjak Minda dan Insaf...
Sungguh,SUNGGUH,KAMI PERLUKAN KALIAN!!!Bukan sekadar bebayang...
Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang… dan sepi
Dan sepi…

'AKU' merindui Umar Al-Khattab,mengimpikan Salahuddin Al-Ayubi...namun tak kunjung tiba di balik serban tebal syeikh-syeikh Arab,jauh sekali mengharap Hosni Mubarak menghulurkan ihsan...di mana perginya dikau,wahai fityan Muslimin dan Muslimat?GENERASI HARAPAN UMAT!

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada…
Kau selalu ada…
Selalu ada…
Kau selalu ada…

Sya… na na na…

Ya,jauh di sudut hati kami hargai keprihatinan'mu'.Walau teriak-teriak itu tak mampu menghancurkan Amerika,atau memusnahkan Israel...apa yang kau hulur, dari bantuan $1 billion atau perubatan MERCY, hingga sekecil-kecil Qunut Nazilah,yang masih membuatkan kami bernafas(walau sesak)dengan kebesaran rahmat-Nya...ummati,ummati,kau selalu ADA walau TAK PUNYA DAYA...

...dan seperti akhir lagu tersebut yang masih tidak jelas maknanya,begitu juga nasib rakyat PALESTIN...begitu juga hala tuju UMAT ISLAM!

nota:Let's check at the barcode at the items we buy.The first three digits of the code shows us where the products actually come from...
729 Israel
570 - 579 Denmark (i.e. 570, 571... 579)
870 - 879 Netherlands (i.e. 870,871... 879)
300 - 379 France
700 - 709 Norway
400 - 440 German
This useful tips remind me to a suggestion(here) at the PPIM's website.I wonder,when the PPIM's(Persatuan Pengguna Islam Malaysia)name will change(Persatuan PENGELUAR/ PEMASAR Islam Malaysia)?

Label:

Mengurus Kejayaan & Kegagalan

Mengurus Kejayaan & Kegagalan


Aiseyh,bunyi macam rancangan Motivasi Pagi je...kenapa 'mengurus' bukan 'menangani' atau 'merancang'?Klik sini untuk tahu jawapannya... kali ini bukan sekadar bicara qada' dan qadar Allah yang menjadi rukun Iman kita yang keenam,tapi merujuk pada satu ayat Al-Quran yang biasa kita dengar(apalagi kalau bukan Al-Ma'thurat...)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.Ia mendapat pahala atas kebaikan yang diusahakannya,dan menanggung dosa atas kejahatan yang dilakukannya.(mereka berdoa dengan berkata)'Wahai Tuhan kami!Jangan Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.Wahai Tuhan kami!Jangan Engkau bebankan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau pikulkan kepada apa yang tidak terdaya kami pikul.Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami,dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami,oleh itu bantulah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum- kaum yang kafir"(Al-Baqarah:286)

"Aku memang tak pandai,"keluh seorang pelajar."Dah rezeki saya tak seberapa,"kata seorang pelajar lain ketika mengambil keputusan(macam masa ambil keputusan P.M.R je...).Teringat pada 2 rangkap puisi Inggeris yang bertajuk 'If' karya Rudyard Kipling:

If you can meet with triumph and disaster
And treat those two imposters just the same...
Allah mengurniakan kejayaan pada hambanya yang layak menerimanya,yang telah berusaha... adakah kegagalan tanda kurang usaha?Kegagalan itu punya makna tersirat,iaitu
  • mengelakkan riya' beraja di hati.
  • ada rezeki yang lebih baik pada masa depan.
  • ada rezeki yang lebih baik di akhirat kelak.

Lalu,apa makna kejayaan?Kejayaan yang berharga membuatkan seseorang makin dekat dengan Rabbnya.Kejayaan yang menjauhkan diri seseorang dari mengingati Allah itulah istidraj.Marilah kita bersama menjadi insan yang bersyukur,baik pada lisan (Alhamdulillah), dalam hati(zikrullah) dan pada amalan(ibadah).Kejayaan atau kegagalan indikator iman di dada,adakah hamba-Nya syukur atau kufur.Ingat,ujian itu tanda kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya...

nota:lagi berita panas di sini...siapa yang sayang Islam,mai pakat baca pasal ni ya!Maaflah ambil lagu lama...motivasi katakan.Salam Tahun Baharu Masihi 2009.

Label:

Lagi-lagi Israel...

Di saat kita menyambut Maal Hijrah,kita dikejutkan dengan satu berita,Gaza Bermandi Darah. Tahukah antum semua serangan kali ini mengorbankan 280 nyawa,antara rekod terburuk dalam 60 TAHUN PENJAJAHAN ISRAEL ke atas PALESTIN...mai pakat ramai-ramai hulurkan bantuan terpantas kita,Qunut Nazilah di sini.Memetik kata-kata ustaz Amir(pakai ym...hehehe),'Sudah tiba masanya organisasi Islam bangkit bertindak...'Hmmm elok direnungi kata-kata ustaz tu....



Mengapa kita tidak mampu bangkit menentang KEZALIMAN ISRAEL?Jawabnya pada kelemahan umat Islam sendiri dalam segala segi(baca ini).Jika dalam aspek mengurus isu dalaman umat sendiri lemah,misalnya kemiskinan umat Islam(ekonomi) dan gejala negatif dalam masyarakat(sosial).Bagaimana kita bisa mempengaruhi masyarakat dunia dalam menangani isu Palestin ini?Ikuti kupasan Ustaz Hasrizal di sini.Mungkinkah lahir lagi seorang pahlawan yang warak bak Salahuddin Al-Ayubi atau umara yang alim seperti Sultan Muhammad Al-Fatih dalam menangani isu umat ini?

Dalam hal ini saya ingin mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian khasnya pelajar S.B.P.I Sabak Bernam yang dikasihi(hmm nak buka sekolah dah...) kita menuntut ilmu 'ada niat di sebalik niat'.Memang kita ingin menjadi orang berilmu(pencapaian diri) tapi ingat masih ada umat di hadapan kita yang memerlukan manfaat ilmu kita(kemajuan umat) seperti yang berlaku di Palestin.Kita heboh mengenai boikot produk yang menyokong Israel padahal industri makanan di Malaysia pun masih dimonopoli bukan Islam.Di situlah letaknya ahli sains,ahli korporat (bukan keparat!),teknokrat bagi membangunkan KHAIRA UMMAH!

nota:tahniah kepada 36 calon P.M.R 2008 yang mendapat 9A.Pada yang lain,dunia masih belum kiamat,anda masih belum terlambat,tujuan kita hasanah dunia dan akhirat!Doakan pula untukkejayaan calon S.P.M 2008 dan all the best for S.P.M and P.M.R candidates 2009!

Label:

Apa Dah Jadi..


Bila Majlis Fatwa bersuara,pengkid yoga jadi isunya,ada pula yang 'gatal' menghina...

Sent: Tuesday, November 25, 2008 4:31 PM
Subject: Fatwa-fatwa yang akan datang - Please read

Makin hari umat Islam makin ditindas dan dikongkong. Bukan oleh orang Cina, atau orang India atau orang Yahudi atau orang Kristian. Tetapi dianiya dan dikongkong oleh orang Islam/Melayu sendiri. Please read on.

Selepas fatwa pengharaman yoga, fatwa-fatwa yang akan datang adalah seperti berikut :


Disember 2008
Orang Islam dilarang mandi di kolam renang awam. Di kolam renang awam, akan terdapat orang-orang yang bukan Islam yang memakai pakaian renang yang singkat dan mendedahkan aurat (terutamanya amoi-amoi china yang cun dan seksi). Ini boleh menjejaskan akidah orang Islam. Cara yang paling baik ialah kita haramkan orang Islam dari kolam renang awam.

Januari 2009
Orang Islam dilarang pergi ke Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seorang yang bukan Islam and majoriti penduduk Pulau Pinang adalah orang yang bukan Islam. Apabila seorang Islam berada di Pulau Pinang, beliau mungkin terhidu bau char keoy tiaw yang dimasak oleh orang bukan Islam dan ini boleh merosakkan akidah kita. Cara yang paling baik ialah kita haramkan orang Islam dari pergi ke Pulau Pinang. Orang Islam yang kini tinggal di Pulau Pinang akan diberi elaun pindah sebanyak RM 3000 untuk membantu mereka berpindah ke negeri-negeri yang lain. Perpindahan ke negeri Kelantan dan Terengganu amat amat digalakkan.

Februari 2009
Orang Islam dilarang meminum root beer. Walaupun root beer tidak mengandungi alkohol, namun perkataan “beer” ini boleh menimbulkan keghairan dan kelakuan tidak senonoh di kalangan orang Islam. Dengan pengharaman root beer, orang Islam bolehlah meminum minuman ringan yang lain tanpa was-was. Ginger beer juga diharamkan.

March 2009
Orang Islam dilarang memakan di kedai Mamak. Walaupun mamak kebanyakkannya Islam, tetapi asal usul mereka adalah India dan ada kemungkinan terdapat unsur-unsur India di dalam perniagaan mereka seperti bercakap Tamil dan memakai seluar dalam buatan India. Untuk mengelakkan sebarang syak wasangka, mulai 1 Mac 2009, orang Islam dilarang dari memakan di kedai mamak (kecuali Tun Mahatir kerana dia sendiri mamak kelas I)

April 2009
Orang Islam dilarang bermain ping pong atau table tennis. Ping pong berasal dari negeri China dan oleh yang demikian, mungkin terdapat unsur-unsur agama Buddha atau Confuciusism di dalam permainan ping pong. Ornag Islam yang terlalu banyak bermain ping pong akan terjejas akidah mereka. Sebagai permainan alternatif, orang Islam digalakkan bermain sepak raga (tetapi bola raga mesti buatan Malaysia, bukan dari Thailand).

Mei 2009
Orang Islam yang berkerja dengan kerajaan dilarang mengambil gaji masing-masing. Ini kerana sebahagian besar pendapatan kerajaan adalah cukai pendapatan yang dibayar oleh syarikat-syarikat orang bukan Islam. Orang Islam digalakkan meminta sedekah dari orang Islam yang lain. Untuk memudahkan permintaan sedekah, bakal peminta sedekah digalakkan mencangkung di hadapan bangunan UMNO.


Jun 2009
Orang Islam dilarang keluar negara. Terdapat terlalu banyak godaan yang boleh meruntuhkan akhlak dan akidah orang Islam. Perkara ini telahpun dikaji dengan teliti hasil lawatan sambil belajar ke Bangkok oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini. Oleh yang demikian, orang orang Islam diminta menyerahkan balik paspot masing-masing ke jabatan immigresen secepat mungkin. Perjalanan keluar negara hanya dibenarkan untuk menteri-menteri dan orang kuat UMNO sahaja, itupun hanya jika diiringi oleh ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.


Julai 2009
Orang Islam dilarang berfikir di waktu siang. Kebanyakkan masalah jenayah dan maksiat wujud kerana orang-orang yang tak ada kerja berfikir yang bukan-bukan. Untuk membenteras maslah jeneyah dan maksiat, orang-orang Islam mulai 1 Julai 2009, dilarang dari menggunakan otak mereka diwaktu siang. Pemikiran mereka akan dipantau oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menggunakan sekumpulan specially trained monkeys. Orang Islam boleh menggunakan otak mereka di waktu malam tetapi pemikiran dihadkan kepada perkara-perkara berkaitan dengan makan dan minum sahaja.




Please do not laugh. Many of the above will become a reality if we do not do anything. The rational-thinking muslims in this country are simply not doing anything. We let a very small minority of narrow-minded idiots to control our lives. We, especially the Malay muslims, are fast becoming a laughing stock worldwide. We are obsessed with the little little things.

When there are so many important things remain to be done, why must the Fatwa folks spend their time on little things.. tomboys, yoga, etc, etc. Why don’t we ever hear anything from the Fatwa folks for social justice, eradicating corruption and poverty, protecting single mothers, helping the poors, educating the ummah, protecting the environment or ensuring fairness in society.

If you are a rationale, forward thinking muslim, please speak up. If you choose to remain silent, it only means that you agree with whatever is happening. And do not blame the non-muslims for all our troubles. We are asking for it.

Bukhari Hood

Shah Alam


Astaghfirullahal Azim,emosi sikit.Siapa sebenarnya Bukhari Hood,antihadis ke,Islam Liberal ke, usah dibicarakan.Tidak seharusnya beliau menyentuh isu aqidah,tambah hangat apabila dikupas oleh seorang Cina(This Is Funny Hell) dan mendapat reaksi berikut.Mari kita renungkan semula kenyataan akhbar mengenai fatwa yoga tersebut...

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.


Sememangnya amalan yoga berasal dari tradisi Hindu,illah(sebab) pengharaman yoga apabila melibatkan sekali amalan agama Hindu seperti bacaan mantera,yang jelas memesongkan aqidah.Nanti dulu,jangan jadi Geert Wilders Jr.,bacalah sampai habis...

Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.


Maksud tidak digalakkan dalam bahasa mudahnya makruh(maaflah atas dangkalnya ilmu saya).Jauh beza haram dan makruh,contoh perbuatan makruh seperti makan bawang sebelum solat jemaah(takut mulut berbau dan ganggu khusyuk solat) .Lebih elok kita tinggalkan daripada terus mengamalkannya.Jangan sembarangan tuduh ulama,apatah lagi Islam sebagai tidak rasional.

Secara peribadi,adanya suara-suara sumbang sebegini disebabkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai autoriti penuh.Kelemahan sebegini yang menyebabkan orang yang berselindung atas nama kebebasan bersuara begitu cabul mengeluarkan kenyataan sebegini. Elok juga direnungkan(tambah Prof. Izzuddin Hj. Ali,dan selamat beramal!!!) pandangan daripada Ustaz Zaharuddin.Di sini kita melihat perlunya koordinasi dan persefahaman antara Majlis Raja-Raja(ketua agama & ulul amri kita!) dengan para ulama(mufti khususnya) untuk mempertahankan Islam dari musuh luaran dan dalaman bak kata Dato' Harussani,Mufti Perak.Memetik tagline Nabil,anda fikirlah sendiri!

p/s:terima kasih pada saudara Ahmad Jafni atas analisis beliau tentang isu ini di blognya. Selamat Hari Raya I'dul Adha dengan ucapan taqabbalallahu minna wa minkum...

Label:

Ayat-Ayat Cinta?



Hmm..teringin menulis mengenai forum 'Ayat-Ayat Cinta?' yang diadakan sebelum peperiksaan S.P.M bermula(dan sebelum antum bercuti^_^) di Surau As-Syakirin yang tercinta.Dibarisi oleh ahli panel yang tidak perlu diperkenalkan lagi,iaitu akh Fitry Iskandar,akh Muhammad Fakhruddin,akh Khairi Anwar,dan akh Muhammad Zayani Syazwan selaku moderator.Jangan terkejut,bukan sekadar bicara karya Ayat-Ayat Cinta,bahkan merangkumi diskusi isu couple,isu pengharaman pengkid,dan juga batas pergaulan dalam Islam(emm istilahnya ikhtilat).
Kali ini kita akan mengupas isu couple dan batas pergaulan dalam Islam.Nyata sekali ikhtilat dilarang dalam Islam melainkan pada perkara berikut:

  • Pendidikan
  • Proses jual beli
  • Berada dalam kenderaan awam (mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya)
  • Dakwah & perkahwinan
  • Perubatan & Kehakiman
  • Ketika menyambut tetamu (tetapi mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya)
Selain itu,terdapat juga adab dalam pergaulan seharian(terutamanya bagi sekolah dwijantina seperti kita) antaranya:
  • Ucapan yang sopan lagi berfaedah dan tidak membabitkan sentuhan.
  • Elakkan himpitan dan bersesak-sesak.
  • Menjaga pakaian/aurat.
Firman Allah yang bermaksud: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan
kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.

  • Say 'NO' to khalwat
“Tidaklah seorang laki-laki bersendirian dengan seorang seorang wanita (yang bukan mahramnya)
melainkan syaithan yang ketiganya.”
(Hadis riwayat Ahmad,Tirmidzi, Hakim dan Hajim mennsahihkannya)


Konklusinya,cinta yang hakiki datang daripada ALLAH,mohonlah agar kita diberi rasa cinta kepada-Nya yangmelimpahkan keberkatan dalam nafas cinta manusiawi,pada ibu bapa,pada keluarga,agama,bangsa dan negara,tak lupa pada sang kekasih nan setia(our wife/husband of course,not gf/bf).Selain itu,bagi 'kipas-susah-mati' novel,carilah trilogi Bagaikan Puteri,Cinta Sang Ratu,dan Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid atau Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani,yang senada dengan air tangan Habiburrahman El-Shirazy itu.Apa kata Saifulislam?

p/s:bila Dato' Yusuf Haslam@Ahmad Idham/Prof. Madya A. Razak Mohaideen nak filemkan novel Malaysia yang disebut tadi ye...

Label:

Ahad, 11 Januari 2009

Bahagian 2: Langkah-Langkah Dakwah Dengan cerdas



Berdakwah Dengan Mahu’idzah Hasanah

Kata wa’dz lebih dekat pengertiannya kepada makna memberikan nasihat atau pelajaran. Imam Al-Asfahani menerangkan bahawa wa’dz bermakna zajrun muqatrinun bit takhawiif (peringatan digabung dengan khabar penakut). Pengertian lain menjelaskan bahawa wa’dz juga bermakna peringatan dengan kebaikan yang dapat menyentuh hati. Dalam Al-Qur’an banyak ayat-ayat yang menggunakan kata wa’zd untuk makna tersebut, di antaranya: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu (ya’idzukum) agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (An-Nahl: 90). Dalam surah Yunus 57: “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran (mahu’idzah) dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” Dalam surah Al-Imran 138: (Al-Qur’an) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran (mahu’idzah) bagi orang-orang yang bertakwa.

Ketika digabung dengan sifat hasanah, maka makna mahu’idzah hasanah menjadi pelajaran atau nasihat yang baik. Nasihat yang menyentuh hati dan melembutkannya. Seorang aktivis dakwah yang cerdas selalu menyampaikan apa yang ada di hatinya. Tidak dibuat-buat, dan tidak pula membuat orang-orang semakin bingung dan ketakutan. Banyak sekali contoh-contoh yang menunjukkan bahawa berdakwah dari hati ke hati sangat besar pengaruhnya terhadap orang lain. Sebuah ungkapan terkenal menarik untuk dikutip di sini bahawa: “apa yang datang dari hati akan sampai ke hati” (maa jaa’a minal qalbi yashilu ilal qalbi).

Bila kita telusuri secara mendalam, Al-Qur’an selalu menggunakan cara ini dalam menyampaikan kebenaran. Hal yang sangat jelas adalah kisah-kisah yang disampaikan Al-Qur’an mengenai umat terdahulu selalu memberikan pelajaran yang sangat mahal bagi umat manusia. Allah swt. tidak pernah bosan mengulang-ulang kisah kaum ‘Aad, Tsamud, dan Fir’un, supaya manusia yang hidup sesudahnya tidak mengikuti perbuatan mereka. Tidak hanya itu, mengenai hari kiamat, syurga, dan neraka, selalu Allah mengulang-ulang dalam setiap surah-surah Al-Qur’an. Itu tidak lain agar manusia terketuk hatinya lalu bergerak mengisi usianya dengan amal soleh. Perhatikan bagaimana cara ini telah demikian jauh mengukir ke dalam hati manusia dari masa ke masa, sehingga banyak dari mereka yang tersedar lalu bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

Perhatikanlah hadits-hadits Rasulullah saw., Anda akan mendapatkan banyak contoh mengenai mahu’idzah hasanah yang beliau sampaikan. Bahkan, dapat dikatakan bahawa semua hadits-hadits Rasulullah saw. adalah mahu’idzah hasanah. Rasulullah saw. tidak pernah berpesan kecuali kebaikan dan kebenaran yang mengajak kepada keimanan kepada Allah dan ketaatan kepadaNya, menjauhi segala laranganNya dan sentiasa menegakkan akhlak mulia dalam kehidupan bermasyarakat “wamaa yanthiqu ‘anal hawaa in huwa illaa wahyun yuuhaa (dan tiadalah yang diucapkannya itu Al-Qur’an menurut kemahuan hawa nafsunya) (An-Najm: 3).

Berdialog Dengan Cara Yang Lebih Baik


Langkah berikutnya adalah wajaadilhum billatii hiya ahsan. Kata wajadilhum (bantahlah) menunjukkan agar seorang aktivis dakwah sentiasa meluruskan pandangan yang salah, dan menolak setiap pendapat yang tidak sejalan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Tetapi cara menolaknya harus dengan cara yang cerdas, dalam erti lebih baik dari cara mereka billatii hiya ahsan. Sebab jika tidak, penolakan itu akan menjadi tidak berguna. Bahkan, tidak mustahil akan menyebabkan mereka semakin kukuh dengan kebatilan yang mereka tawarkan.

Perhatikanlah perintah Allah swt. kepada Nabi Musa dan Nabi Harun, ketika hendak menghadapi Fir’aun. Di sini Allah swt mengajarkan sebuah cara yang sangat baik. Allah berfirman: “Pergilah kamu berdua kepada Fir`aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Thaha: 42-43). Di sini nampak bahawa di antara cara efektif untuk meluruskan pemahaman orang lain, adalah tidak cukup dengan hanya hujjah-hujjah yang kuat, melainkan lebih dari itu harus diiringi dengan cara penyampaian yang lembut, tidak menghina dan mencerca. Bahkan tidak sedikit kebenaran yang ditolak hanya kerana penyampaiannya tidak menarik. Dan berapa banyak kebatilan yang diterima hanya kerana disampaikan dengan tenang, memukau, meyakinkan, dan menarik hati.

Di antara makna billatii hiya ahsan adalah ia menjauhi pembicaraan yang merendahkan orang lain. Sebab baginya maksud utama bukan menjatuhkan atau mengalahkan lawan, melainkan mengantarkannya kepada kebenaran. Perhatikan Rasulullah saw. ketika suatu hari datang seorang anak muda berkata: “Wahai Nabi izinkan aku berzina?” (orang-orang ketika itu berteriak. Tetapi Rasulullah saw. minta agar anak muda tersebut mendekat, sampai duduk di sampingnya). Lalu Rasulullah bertanya, “Jika ada orang mahu berzina dengan ibumu, kamu terima?” “Tidak, bahkan aku siap mati kerananya,” jawab anak muda. Rasulullah menjawab, “Demikian juga orang lain. Tidak ada yang rela jika ibunya dizinai. Bagaimana jika ada orang mahu berzina dengan saudarimu, kamu terima?” “Tidak, bahkan aku siap mati kerananya,F” jawab anak muda. Rasulullah menjawab, “Demikian juga orang lain. Tidak ada yang rela jika saudarinya dizinai.” Lalu Rasulullah meletakkan tangannya ke dada anak muda itu, dan berdo’a, “Ya Allah, sucikanlah hatinya, ampunilah dosanya, jagalah kemaluannya.” Maka sejak itu tidak ada yang lebih dibenci oleh anak muda tersebut selain perzinaan.

Supaya para aktivis dakwah selalu tenang dan tidak emosi dalam menghadapi berbagai tentangan, Allah swt. menutup ayat di atas dengan penegasan: “Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” Maksudnya, Allah sebenarnya mengetahui siapa yang sesat dan siapa yang mendapatkan petunjuk, adapun berdialog dengan mereka itu hanyalah sebuah usaha manusiawi, siapa tahu cara tersebut beirama dengan ketentuan-Nya. Kalaupun ternyata segala cara yang paling cerdas kita tempuh secara maksimum, tetapi ternyata masih juga belum tercapai target yang diinginkan, segeralah kembali kepada ayat: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (Al-Qashash: 56). Dalam surah Al-Baqarah ayat 272: Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya".

Label:

Bangkitlah....



Tidak ada kebangkitan kecuali dengan bersungguh-sungguh kembali kepada Allah. Walau merancang program sehebat mana pun, tetapi jika tidak ikut aturan Allah, pasti tidak akan berkat. Allah yang mempunyai langit dan bumi, Dialah yang paling berhak mengatur alam ini. Dialah yang paling berhak meletakkan aturan hidup bagi manusia. Maka syarat utama untuk bangkit adalah dengan bersungguh-sungguh bertaubat, minta ampun kepada Allah, dan bergungguh-sungguh menjalankan apa yang diperintahkan-Nya, Nabi Nuh ketika mengajak kaumnya untuk bangkit, yang pertama dipesankan adalah: faqultus thagfiruu rabbakum innahuu kaan ghaffaraa (aku katakan kepada kaumuku: rninta ampunlah kepada Tuhanmu kerana sasungguhnya Dia Maha Pengampun).

Perhatikanlah betapa hakikat kembali kepada Allah adalah bekal utama menuju suatu kebangkitan. Semua para Nabi tidak lain risalahnya, kacuali hanya mengajak kembali kapada Allah. Inti risalah Al Qur’an adalah ajakan untuk bertawakal.Takwa ertinya bersungguh-sungguh ikut Allah. Pesan-pesan Rasulullah adalah takwa. ini ertinya bahawa hanya dengan ikut Allah kebangkitan akan dicapai, kerana itu setiap kita apabila bicara kebangkitan, kita harus bicara kesungguhan mentaati Allah swt. Setiap kita bicara tentang masalah bagaimana jalan keluar,jawapannya hanya satu: bersungguh-sungguh ikut Allah swt. Dalam surah Ath-Thalaq:2 Allah berfirman: "Barangsiapa yang bertakwa kepada AlIah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar”.

"Jalan keluar" (makhrajan) ertinya jalan keluar segala persoalan. Bagi Allah segala persoalan sangat mudah. Hal-hal yang di mata manusia mustahil, bagi Allah boleh terjadi. Api yang panas dapat Allah perintahkan dingin ketika Nabi Ibrahim dibakar. Maka dinginlah api dan selamatlah Nabi Ibrahim. Secara akal itu mustahil tetapi bagi Allah itu sangat mudah.

Kisah Ashhabul kahfi adalah bukti yang lain, bahawa bagi Allah tidak ada yang mustahil. Bayangkan akal yang mana dapat mengatakan bahawa seseorang dapat hidup bertahun-tahun tanpa makan dan minum. Semua akal akan mengatakan itu mustahil.Tetapi bagi Allah itu mudah. Perhatikanlah Ashhabul kahfi, mereka dapat hidup selama 309 tahun tanpa makan tanpa minum. Suatu usia yang belum tentu dapat dicapai oleh mereka yang makan dan mlnum.

Jelaslah bahawa hanya dengan ikut Allah sahaja, kita untuk dapat bangkit dan keluar dari permasalahan yang berkepanjangan. Sayangnya banyak manusia tldak menyedari. Mereka masih lebih suka mempersulit diri. Mereka masih merasa hebat, sehingga tidak mahu bergantung kepada Allah.

Mereka masih merasa cukup dengan kemampuan akal dan teknologi yang mereka punya. Mereka masih lebih mengutamakan cara hidup dengan ciptaan mereka sendiri dari pada cara hidup yang datang dari Allah.`Akibatnya hidup mereka tidak berkah. Penyimpangan di sana-sini terjadi. lman hanya sekadar basa-basi. Akibatnya tidak ada rasa takut kepada Allah.

Bila rasa takut kepada Allah tidak ada, maka yang akan berlaku hukum rimba. Siapa yang kuat dialah yang menang. Bila ini yang terjadi, maka kebangkitan dengan cara apapun tidak akan tercapai. Berteriakan untuk bangkit, itu semua hanya cakap saja. Hanya dengan menguatkan iman, dan bersungguh-sungguh kembali kepada Allah, kebangkitan akan dapat terbukti. Sejarah mencatat bahawa kemenangan Rasulullah saw. dan sahabat-sahabatnya sampai mencapai masa keemasan adalah kerana kesungguhan mereka mentaati Allah.

Wallahu a’Iam bishshawab.

Label:

Rabu, 7 Januari 2009

KELAHIRAN BALADI G-2

Assalamu’alaykum wr wbt.,

Tuan/puan,

MELAHIRKAN BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH GENERASI KE 2 (BALADI G-2)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara diatas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH – BALADi (http://www.baladi-malaysia.blogspot.com), telah berpakat untuk meneruskan wadah perjuangan kami dengan melahirkan BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH GENERASI KE 2 (BALADI G-2) dibawah ALUMNI PELAJAR ISLAM SBP (APIS) atau secara persendirian. Sebagai makluman Sebelum ini BALADI sekadar badan dakwah sekolah kami, namun daripada penswastaan sekolah kami menjadi punca pembubaran badan ini dari sekolah kami di atas masalah tertentu. Jadi bagi meneruskan wadah ini kami telah berbincang untuk menjadi sebahagian dari APIS, iaitu BALADi G-2 dibawah selian APIS. Jika tidakpun kami akan berdiri secara bersendirian demi tugas dakwah ini.

3. Tujun pembentukkan BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH GENERASI KE 2 (BALADI G-2), adalah membawa fungsi sebagai perantara kepada badan dakwah sekolah menengah sekitar Malaysia. Ianya adalah bagi mencapai matlamat asal kami untuk menbentuk kesatuan badan dakwah sekolah di Malaysia iaitu menggabungkan seluruh badan dakwah sekolah menengah Malaysia di bawah satu teras dakwah di sekolah agar Bangun dan Rebah dipikul bersama. Penglahiran BALADI G-2 juga akan cuba mempromosi badan dakwah sekolah masing-masing yang berdaftar dibawah BALADI G-2 di website kami di khalayak.

4. Peranan BADAN DAKWAH juga seperti badan kebajikan. Selain membuat program tarbiyyah untuk pelajar disekolah masing-masing, badan dakwah juga boleh mengadakan dan menganjurkan program-program luar seperti membuat program di kawasan sekitar mereka seperti program pupuk diri kepada islam dan sebagainya atau bekerjasama bersama badan-bdan lain. Sebagai contoh seperti mana BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) terlibat dalam program IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN yang membawa BALADI bergerak sebagai A’MILIN BANDARAYA ISLAM anjuran MAJLIS PEMBANDARAN KOTA BHARU (MPKB) dan KERAJAAN NEGERI KELANTAN.

5. Setibanya masa yang cukup dan sesuai, pihak BALADI G-2 akan membuat program khas HIMPUNAN BADAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA seperti JAMBORI bagi menilai kekuatan setiap badan dakwah sepertimana yang pernah pihak BALADI adakan di Kelantan iaitu TAMRIN BADAN DAKWAH SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN ZON 1.

6. Atas perhatian dan kerjasama taun menjayakan badan dakwah kami ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

(NIK MOHD SYAMIM IYLIA BIN HJ MAT YUSOFF)

Administrator

Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI)

Label: ,

PERHATIAN!

Salam Alayk wr wbt..
Kepada warga BALADI selain daripada nama-nama berikut sila download dan isi borang utama yang telah kami sisipkan ini, kemudia sila hantarkan ke alamat email baladi, baladi_smuda@yahoo.com.my atau ibn.yusuf@yahoo.com. Untuk makluman, BALADI dalam proses pembentukkan dan pengumpulan data-data alumni BALADI. Harap kepada warga BALADI dapat mengambil cakna dalam hal ini.. Setakat ini hanya, 36 orang sahaja yang telah mengisi borang ini. Antaranya ialah;

BANIN
01. ABDUL HADI BIN ABDUL SATAR
02. ABDUL RASHID BIN ABD AZIZ
03. ABDULLAH ZUBAIR BIN ABDUL MUBORAK
04. AHMAD HAFIZUDDIN BIN HAMZAH
05. AHMAD NABEIL BIN HJ MOHAMMAD
06. AHMAD NABIL BIN MOHD FADZAIL
07. AHMAD NAZIF BIN SHAARI
08. ALAWI BIN MOHD BAKIR
09. ALI REZA BIN IBRAHIM
10. IZZ ABDUS SALAM BIN ABDUL JAMIL
11. KHAIRUL FADHLI BIN HUSIN
12. MEOR ROSHAHRUL HADI BIN SHAARI
13. MOHAMAD AMIRUN BIN MOHAMAD ZINE
14. MOHAMAD FADHIL HAMDI BIN HASSAN
15. MOHAMAD KHAIRUZAMAN BIN ROSDI
16. MOHAMAD SAIFUL HALIMI BIN IBRAHIM
17. MOHD AMINULHUSAINI BIN HADIGUNAWAN
18. MOHD KHAIRUL HISHAM BIN HUSSIN
19. MOHD KHAIRUL BARI BIN HUSSIN
20. MOHD HAZIQ BIN KHAIRIL ANUAR
21. MUHAMMAD AZIZUL AZAHR BIN MAT AMIN
22. MUHAMMAD IRHAM BIN JAMALUDDIN
23. MUHAMMAD QASIM BIN MD DZHAHIR
24. MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI BIN ISMAIL
25. MUHAMMAD ZIKRI BIN MAHYUDIN
26. NIK AHMAD AKIF BIN NIK MOHD AJUN
27. NIK HASANUL ANWAR BIN GHANI
28. NIK MOHAMAD AZAHARI BIN NIK SALLEH
29. NIK MOHD SYAMIM IYLIA BIN MAT YUSOFF
30. NOVAVY SLESS@AHMAD NAWAWI BIN MOHD SALLEH
31. WAN MOHD HASBI HALIQ BIN WAN AHMAD
32. WAN MUHAMMAD BIN WAN ISHAK

BANAT
33. ANI NADHRAH BINTI ISA
34. HELMA BINTI MUHAMAD ARIB
35. NADHIRAH BINTI MUHAMAD ARIB
36. NAJAH FARAH AIN BINTI SUSTERISNO BIN AHMAD

p/s : kepada nama-nama yang tiada di atas adalah mereka-mereka yang belum berdaftar. Pihak kami memohon sokongan antum semua untuk membantu proses ini. Wassalam Alayk wr wbt..

Label: ,


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.