<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Selasa, 28 Julai 2009

Sekadar selingan " Aurat "



Apa kata mereka tentang aurat ? adakah anda tergolong orang yg menutup aurat ? dan apakah tujuan anda menutup aurat ? .....ini hanya sekadar selingan ..

Label:

Siri Akhir : Mengapa ubah namaku ?

Siri yg terakhir ini kitab Bible menyebutkan bahawa Nabi Isa a.sbiadap dengan ibunya ,hal ini di nafikan dengan ayat Al Quran ,bahawa Nabi Isa a.s adalah seorang yg amat berbuat baik kepada ibunya.

Label:

Nabi Isa Seorang Islam



Semua para nabi adalah beragama Islam kerana mereka menyembah Allah yg Esa dan menyerukan perkara yg sama kepada kaumnya ,termasuk lah Nabi Isa a.s . Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam ...

Label:

Isnin, 27 Julai 2009

Sekadar selingan " Lagu Adakah Kau Lupa"




Sejarah adalah penting ,kerana dengan mengkajinya seseorang itu akan tahu asal usulnya ,apabila seseorang itu tahu asal usulnya ,dia akan dapat bangkit dan menetapkan objektif hidupnya supaya kegagalannya pada masa lampau tidak akan berulang ke atasnya .

Label:

Ahad, 26 Julai 2009

AMILIN SUKARELAWAN BANDAR RAYA ISLAM DI QARYAH RAMADHAN 1430

AMILIN SUKARELAWAN BANDAR RAYA ISLAM

DI QARYAH RAMADHAN 1430


1. LATARBELAKANG

1.1 AMILIN Sukarelawan Bandaraya Islam (AMILIN) berada di bawah Jawatan kuasa Seranta Qaryah Ramadhan

1.2 AMILIN secara umum membantu Urusetia Qaryah Ramadhan

1.3 Membantu pengunjung Qaryah Ramadhan


2. ANTARA TUGAS AMILIN DI QARYAH RAMADHAN

2.1 Sebelum Qaryah Ramadhan

1. Membantu persiapan Qaryah Ramadhan

2.2 Semasa Qaryah Ramdhan

1. Menyusun jadual bertugas

2. Mewujudkan khemah/vooth AMILIN

3. Membantu urusetia Qaryah Ramadhan

4. Memastikan persekitaran Qaryah Ramadhan ceria dan bersih

5. Memastikan khemah solat dalam keadaan ceria dan bersih

6. Membantu dan memudahkan pengunjung QR

7. Mengendali program-program Sepetang Di Ambang Iftor (SPI)

8. Membantu program-program sepanjang Qaryah Ramadhan seperti majlis penyampaian sumbangan, Badar Qubra, Nuzul Al Quran dan seumpamanya.

9. Melakukan sebarang tugas yang berkaitan Qaryah Ramdahan

2.3. Selepas Qaryah Ramadhan

1. Membantu kemas selia QR


3. PENGECAMAN DAN KEMUDAHAN AMILIN

1. T Shirt (lengan panjang)

2. Vest

3. Beg sandang

4. Button

5. Stiker tempat letak kenderaan Urusetia

4. KHEMAH AMILIN

1. 2 Unit banner/singbord

2. 4 unitr arbic tent (10x10)

3. 2 unit lelaki dan 2 unit wanita

4. 1 unit bilik persalinan (tertutup)

5. 1 unit untuk pusat setempat

6. 6 unit meja banquet

7. 10 unit kerusi plastik


5. KERANGKA KERJA


BIL

PERKARA

TARIKH

CATATAN

1.

Kemas kini keahlian

2 Ogos

Ahli tahun lepas

2.

Perjumpaan ketua pasukan

6 Ogos

Mohon cadangan

3.

Promosi keahlian baru


Target 100 orang (Lelaki dan Perempuan)

4.

Perjumpaan umum 1

13 Ogos

Taklimat tugas dan susunan jadual

5.

Perjumpaan umum 2

20 Ogos

Taklimat pelaksanaan

6.

1 Ramadhan

22 Ogos

Mula tugas


Label:

Sabtu, 25 Julai 2009

SALAM UKHUWAH DARI ELHAM PRODUCTION


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayah-Nya, akhirnya Kumpulan ELHAM berjaya diwujudkan dan berjaya menghasilkan Laman webnya tersendiri. (http://www.elhamproduction.blogspot.com). Pada jumaat jam 3.00-4.00 ptg lalu (24 JULAI 2009) alhamdulillah sesi pengambaran ELHAM turut selesai bagi dimuatkan ke dalam laman ini. Sedikit lagi makluman, kumpulan ELHAM menerima tawaran dan jemputan dari seluruh pelusuk MAJLIS tanpa sebarang harga yang ditetapkan.. Ianya adalah bagi mempromosikan kumpulan ini kepada anda semua dan bagi mengumpul dana kepada kami untuk menghasilkan album pertama kami sendiri insya'allah.. Jika anda ingin menjemput kami untuk membuat persembahan di tempat anda boleh SMS ke nombor 014-5162091 (Nik Mohd Syamim a.k.a. Pengurus artis ELHAM).. Insya'allah persembahan kami yang terdekat ini adalah TALK SHOW di Qaryah Ramadhan, di sepanjang Bulan ramadhan bertempat di STADIUM MUHAMMAD IV, Kota Bharu Kelantan.. Semua di jemput hadir.. ELHAM juga merupakan anak didik kepada kumpulan Are-Buddy. Dua dari ahli kumpulan ini merupaka ex-student MADA iaitu saudara Firdaus dan Hasbi. ELHAM juga merupakan artis ke tiga bawah BALADI selepas AREBUDDY & ADVICE..

Label: ,

Sekadar selingan : GERHANA



Klip video Gerhana matahari yg akan anda saksikan adalah gerhana yg berlaku pada awal tahun 2009 yg lalu ..saksikanlah peristiwa bersejarah ini . Klip ini di rakam oleh jurugambar amator dari Malaysia.

Label:

Siri Terakhir : Paderi Al Hafidz



Akhirnya ibu dan ayah dan ahli keluarganya memeluk Islam atas doa anak dan kaum muslimin ..seterusnya beliau mengorak langkah dengan membina kekuatan dari dalam ...

Label:

Rabu, 22 Julai 2009

Hanya selingan sahaja " Mikaeel"



Assalamualaikum ...klip ini adalah selingan sahaja ...sebagai penghormatan kepada Mikaeel ,saudara baru kita yg baru masuk Islam ...mula-mula saya tidak percaya ,akan tetapi setelah meneliti dan mendengar drp yg arif maka saya percaya yg Mikaeel ini memang muslim ..semoga Allah mengampunkan dosa -dosanya ....Al Fatehah


Dulu namanya Cat steven sekarang namanya Yusuff Islam , kalau umur Mikaeel panjang agaknya mereka berdua akan berduat ...

Label:

Selasa, 21 Julai 2009

Fakta Keliru

Assalamualaikum wbt..
Disini timbul tanda tanya dan kekeliruan ramai ibubapa dan ex-warga MADA dan warga MADA sendiri kerana pada tandatangan Ustaz Nik Omar sudah berlaku perubahan. Dimana ada juga pihak kami terdengar bahawa beliau cuba ingin membatalkan segala pengesahan pada sijil-sijil ex-mada. Ada juga menyatakan cuba membawa penyelewengan, dan ada juga menyatakan beliau cuba membuat satu perubahan dengan menukarkan tandatangannya..

Antara perkara yang mengelirukan sebelum ini kita semua, ialah berkaitan Ustaz Nik Omar nak mengekalkan nama MADA pada sekolah baru yang ditubuhkannya itu. Dia kata MADA tidak ditutup cuma pengurusannya bertukar tangan & orang yang cakap MADA tutup tu penipu, dan hendak mengganggu usaha-usaha murninya untuk membangunkan MADA.

Tapi kalau fikir secara logik, nama MADA tu adalah nama yang didaftarkan di bawah YIK yang mengguna pakai sukatan yg ditetapkan oleh YIK. Bila sekolah itu dah keluar dari YIK & tidak lagi mengguna pakai sukatan YIK, ia tidak boleh lagi menggunakan nama MADA kerana ini boleh mengelirukan ibubapa yang nak hantar anak-anak ke sana & boleh mengakibatkan penipuan dalam pengutipan dana derma sbb sekolah baru ini bukan lagi sekolah wakaf derma rakyat dibawah bantuan kerajaan negeri kelantan tapi sekolah swasta dibawah pengurusan yayasan Al-Omari.
Namun semuanya tidak dapat terjawab dan terlerai..

PERHATIKAN TANDATANGANNYA SUDAH BERBEZA..




TANDATANGAN LAMA BELIAU :



SUMBER: NIK HASANUL ANWAR (USTAZ NUN)
- http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&&th=2424871&goto=21513671#msg_21513671

Label: ,

Siri 2 : ....jangan tanya nanti ELAUN bapa kena tarik ...



Assalamualaikum ... setelah mendapat kebenaran /hidayah setelah membuat kajian perbandingan agama ..bermulalah timbul pertanyaan demi pertanyaan sehingga bertemu seorang ustaz .... apa yg terjadi seterusnya ...saksikanlah .

Label:

Jika Dunia Adalah Penjara

Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (HR. Muslim)
Jika dunia adalah penjara, maka kematian adalah kunci pembebasannya.

Hal ini bukan bererti agar kita mengharap-harap kematian, atau malahan mendahului takdir Allah dalam hal kematian.

Janganlah seorang di antara kamu mengharapkan kematian dan jangan pula memohonnya sebelum kematian itu datang menjemputnya. Sesungguhnya apabila seorang di antara kamu meninggal dunia maka terputuslah amal perbuatannya dan sesungguhnya usia seorang mukmin itu akan menambah kebajikan (bagi dirinya). (HR Muslim)

Tambahan pula jika perbuatan/tingkahlaku kita selama di dunia merupakan amalan-amalan yang rosak/kotor/buruk, dengan terlepas dari dunia, kita tentu akan bertemu dengan ganjarannya (berupa siksaan/azab). Naudzubillah.


Dunia adalah penjara, membatasi kita


Jeruji penjara membatasi gerak-langkah penghuninya. Mungkin seperti itu pula yang dimaksud dengan “dunia adalah penjara” bagi kaum muslimin. Ada batasan-batasan yang jelas dan tegas yang harus perlu kita patuhi.
Kita harus mampu menahan diri dari beberapa hal yang terlihat “indah” semacam perzinaan, minuman keras, harta yang tidak halal (rasuah, suap, riba) dan lain sebagainya.

Syurga adalah tempat kembali kita (Insya Allah)
Selama berada dalam “penjara”, bersabarlah, ikutilah peraturannya, jalankan perintahNya, jauhi laranganNya. Janganlah merasa lelah berada dalam kebaikan, kerana “penjara” ini hanya sementara, sebentar saja.

Akhirat adalah tempat kembali kita, dan hanya ada dua pilihan tempat di sana, syurga atau neraka. Tingkah-laku kita selama berada di dalam “penjara” inilah yang menentukannya. Jika khilaf atau salah, bertaubatlah, sebab tidak ada manusia yang hidup tanpa kesalahan. Jauhi diri dari mengerjakan dosa-dosa besar (syirik, zina, derhaka kepada orangtua, membunuh, dll).

Jalani hari-hari di dalamnya dengan perbuatan sebagai seorang muslim, iaitu mengesakan Allah (memurnikan tauhid, tidak berbuat syirik), menjalankan solat 5 waktu sehari, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan pergi haji (jika mampu).
Semoga setelah kita “terbebas” dari “penjara” ini, kita akan menerima penyambutan yang meriah,

(iaitu) syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan): "Salamun 'alaikum bima shabartum" (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu). Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (QS. Ar-Ra'd: 23-24)

© Hakcipta BALADI 2009

Label:

Fokus Ke Dalam Diri Sendiri

Alangkah baiknya orang-orang yang sibuk meneliti aib diri mereka sendiri dengan tidak mengurusi (membicarakan) aib-aib orang lain. (HR. Ad-Dailami)

Sangat mudah, dan ringan sekali mulut kita membicarakan orang lain. Dan terkadang, memang begitulah hobi manusia dalam mengisi waktu lapang/kesenangan -disedari ataupun tidak- iaitu: mengatakan orang lain.

Lidah memang tidak bertulang, tapi lidah yang tanpa tulang ini, dapat menjadi jauh lebih tajam dan menyakitkan dari pada sebilah pedang.

Peringatan tentang hal ini telah disampaikan oleh suri teladan terbaik umat manusia, Rasulullah Muhammad SAW,
Kebanyakan dosa anak Adam kerana lidahnya. (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)
Dan bahkan ada ganjaran kebaikan yang besar bagi orang-orang yang mampu mengendalikan lisannya dari mengucap hal yang buruk,
Siapa yang memberi jaminan kepadaku untuk memelihara di antara rahangnya (mulut) dan di antara kedua pahanya (kemaluan) nescaya aku menjamin baginya syurga. (HR. Bukhari)

Berkata sesuai Fakta (?)

"kita bukan memfitnah tapi Cuma mengatakan hal yang fakta ", begitu alasan mereka.
Seandainya memang benar bahawa apa-apa yang dibicarakan itu merupakan kebenaran (fakta), namun tetap lebih utama bagi kita untuk menghindari pembicaraan yang menyangkut hal-hal yang tidak baik dalam diri orang lain,

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tahukah kalian, apa itu ghibah." Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Beliau bersabda: "Iaitu, engkau menceritakan saudaramu apa yang tidak ia suka." Ada yang bertanya: Bagaimana jika apa yang aku katakan benar-benar ada pada saudaraku?. Beliau menjawab: "Jika padanya memang ada apa yang engkau katakan, maka engkau telah mengumpatnya dan jika tidak ada, maka engkau telah membuat kebohongan atasnya." (HR. Muslim)

Perhatikanlah Diri Sendiri

Dan sebagaimana hadits yang telah diungkap di awal tulisan,
Alangkah baiknya orang-orang yang sibuk meneliti aib diri mereka sendiri dengan tidak mengurusi (membicarakan) aib-aib orang lain. (HR. Ad-Dailami)
Maka akan lebih baik bagi kita untuk lebih mencermati kekurangan, keburukan, dan aib yang ada pada diri kita sendiri. Tentunya sebagai bahagian dari perhatian diri, bahan muhasabah, perbaikan, dan juga bermohonan taubat/ampunan.

Seandainya hal ini kita semua lakukan, tentu tidak akan pernah ada pepatah yang mengatakan “semut di hujung lautan, tampak; gajah di pelupuk mata, tidak nampak.” Beruntunglah bagi orang-orang yang sibuk memperbaiki diri, berbahagialah mereka.

© Hakcipta BALADI 2009

Label:

Lima Perkara Aneh

Abu laits as-Samaroandi, seorang ahli fiqh terkenal pernah berkata:

Ayahku pernah bercerita tentang Nabi-nabi yang bukan rasul, yang menerima wahyu dengan berbagai cara. Ada yang melalui mimpi dan ada juga yang menerima wahyu melalui suara ghaib.

Suatu ketika seorang Nabi menerima wahyu melalui mimpinya. Dalam mimpi tersebut ia diperintahkan untuk berjalan kearah barat hingga beliau bertemu dengan lima hal. Pada pertemuan pertama beliau diperintahkan untuk memakan apa yang ditemuinya. Yang kedua beliau diperintahkan untuk menyembunyikannya, yang ketiga menerimanya, yang keempat tidak memutuskan harapan, dan yang kelima lari darinya.

Keesokan harinya, Nabi tersebut menjalankan perintah yang diterima melalui mimpinya itu. Beliau berjalan kearah barat hingga menemui sebuah bukit berwarna hitam yang besar. Teringat akan perintah pertama dalam mimpinya, iaitu untuk memakannya, Nabi tersebut kebingungan. Namun dengan niat untuk menjalankan perintah tersebut, maka berjalanlah ia menuju bukit itu. Keajaiban terjadi, semakin ia dekat dengan bukit itu, semakin kecil bukit tersebut, hingga akhirnya berubah menjadi sepotong roti. Maka dimakanlah roti tersebut yang manis seperti madu dan beliau mengucapkan “Alhamdulillah”.

Setelah melanjutkan perjalanan beberapa saat, beliau menemukan sebuah mangkuk emas. Teringat akan perintah kedua dalam mimpinya, beliau lantas menggali lubang untuk menyembunyikannya. Namun hingga tiga kali beliau memendamnya, mangkuk tersebut terus keluar, hingga akhirnya beliau berkata: “Aku telah melaksanakan perintahMu” dan meneruskan perjalanan, tanpa menyedari bahawa mangkuk emas tersebut kembali timbul ke permukaan.

Kemudian beliau bertemu dengan seekor burung kecil yang dikejar oleh burung helang. Burung kecil tersebut meminta pertolongan kepadanya. Akhirnya beliau menyembunyikan burung tersebut dibalik jubahnya. Saat burung helang yang mengejar sampai ke tempat Nabi, burung itu berkata: “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku telah mengejar burung itu sejak pagi. Janganlah engkau patahkan harapanku akan rezekiku”.

Mendengar itu Nabi teringat perintah untuk tidak memutuskan harapan. Namun beliau juga tidak ingin menyerahkan burung kecil sebagai makanan si elang. Akhirnya beliau memotong sedikit daging pahanya dan kemudian diberikannya pada burung helang. Setelah burung helang pergi, dilepaskannya burung kecil yang disembunyikan dibalik bajunya.

Setelah melanjutkan perjalanan beberapa saat, beliau menemukan bangkai yang mengeluarkan bau sangat busuk. Beliau bergegas lari meninggalkan tempat tersebut, dan kembali ke rumahnya. Sampai dirumah beliau berdoa mohon penjelasan dari Allah atas peristiwa yang dialaminya itu. Setelah itu beliau pergi beristirehat.

Dalam mimpi yang dialaminya pada malam itu, Allah berkenan memberikan penjelasan:
Bukit yang ditemui oleh Nabi tersebut menggambarkan perasaan amarah. Amarah yang besar akan dapat dihadapi dengan bersabar, dan buah kesabaran dalam menghadapi amarah akan begrbuah manis.

Amal kebaikan walaupun disembunyikan serapi mungkin akan tetap terlihat.
Jika menerima amanat, janganlah khianat.
Jika ada seseorang yang memerlukan bantuan, bantulah meskipun kita sendiri sedang kesulitan.

Bangkai yang berbau busuk adalah perumpamaan dari ghibah, maka jauhilah ghibah dan jangan berkumpul dengan orang-orang yang berghibah.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk selalu taat kepadaNya. Amin….

© Hakcipta BALADI 2009

Label:

Ahad, 19 Julai 2009

Siri 1 : Paderi Malaysia



Assalamualaikum ... Ustaz yg sedang memberikan ceramah ini adalah bekas paderi di Malaysia ,dia memeluk Islam apabila membuat kajian berkenaan perbandingan agama ... sesungguhnya sesiapa yg ikhlas ingin mencari kebenaran insyaallah akan mendapat hidayah daripada Allah ...

Label:

Khamis, 16 Julai 2009

Siri akhir : 3M vs 3M



Assalamualaikum


Ulasan pendengar dari pihak Kristian ... dimensi ... dan memperkayakan ...dan ingatan

Label:

Siri 24 ( 15-16 ) : Ulangan lagi ..

Assalamualaikum,

Ucapan penghormatan berbeza dengan doa ...ingat ya..

Label:

Siri 23 (14-16 ) : Ulasan pendengar

Assalamualaikum

Tahniah cikgu PJ kerana telah menjadi pengikut ke 116 , ini adalah siri -siri terakhir dialog diantara 3 orang mualaf dengan 3 orang murtad ,marilah ikuti siri ini ..apa komen pendengar ..

Label:

Selasa, 7 Julai 2009

Siri 22 ( 13 -16 ) : Hidayah Milik Allah

Assalamualaikum ,
Soal jawab bertambah hangat ,dengan soalan-soalan pokok berdasarkan dalil drp Al Quran dan Injil ...marilah kita saksikan

Label:

Siri 21 (12 -16 ) : Marah ?

Assalamualaikum .

Soalan dari MURTAD 1) berkenaan bayi di dlm kandungan adakah tidak suci ? soalan ke 2) mengapa orang lain perlu mendoakan orang lain padahal amalan masing-masing adalah tertanggung di atas diri nya sendiri . marilah kita lihat jawapan drp Mualaf pula

Label:

Siri 20 ( 11 - 16 ) Sesi Soal jawab

Assalamualaikum
Malaikat adalah hamba Allah yg bukan lelaki dan bukan perempuan ,sekiranya malaikat menjelma dikalangan manusia ia akan menjelma sebagai lelaki bukan perempuan . Ini adalah siri soal jawab ..jadi saksikanlah

Label:

Siri 19 ( 10 - 16 ): Allah akan terima taubat orang yg murtad

Assalamualaikum
Tidak sah iman seorang Islam itu sekiranya tidak yakin dengan Nabi Isa a.s sebagai salah seorang nabi dan rasul Allah tetapi jangan sesekali menyembahnya sebagai tuhan , sekiranya seseorang itu menyembah Nabi Isa a.s maka kafirlah ia . Itulah perbezaan agama diantara Islam dengan Kristian..

Label:

Siri 15 ( 6-16) : Salah Faham & Jahil & Malas Beramal

Assalamualaikum

Al Quran dijamin akan ketulinannya oleh Allah berbanding dengan kitab-kitab lain . sekiranya dibandingkan dan terdapat kesilapan ( pada pandangan manusia ) maka sesungguhnya kesilapan itu adalah dr fahaman manusia itu sendiri ,bukan dari Al Quran . Manusia mempunyai ilmu yg terbatas .maka wajiblah kita mendalami ilmu agama sedalam-dalamnya .

Label:

Siri 14 ( 5 - 16 ) : Gigitlah dengan geraham .. kuat-kuat

Assalamualaikum .

Tahniah kepada pengikut yg ke 113 ( Saudari Fariha) . semoga anda mendapat manfaat drp kunjungan anda diblog kami . Pada siri kali ini kita dapat melihat cara mereka untuk mengaburi fahaman kita. Sesungguhnya dakyah mereka sangat licik , syariat nabi/rasul yg terdahulu akan terbatal /termansukh apabila ada nabi/rasul yg baru dilahirkan /dibangkitkan . cth syariat Nabi Isa a.s terbatal apabila dibangkikan Nabi Muhammad . Sekiranya mereka ( kristian ) beriman dengan Allah maka mereka akan memeluk Islam .

Label:

Perahu Takwa

"Dunia itu ibarat laut yang dalam, telah banyak orang yang tenggelam di dalamnya, maka hendaklah perahu duniamu itu takwa kepada Allah ‘Azza Wajalla."

Imam Nawawi di kumpulan hadits arba’ain-nya, mengutip hadits berikut,

Bertakwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, iringilah kesalahanmu dengan kebaikan nescaya ia dapat menghapuskannya dan pergaulilah semua manusia dengan budi pekerti yang baik.” (HR Tirmidzi)

Secara sederhana, takwa adalah mengerjakan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya.

Akan sangat luar biasa sekali, jika kita dapat menjadi pribadi yang bertakwa, di mana pun kita berada. Bertakwa dalam konteks dimensi ruang: di rumah, di pejabat, di pasar, di tempat hiburan. Dalam konteks pekerjaan, sebagai seorang suami, isteri, pengusaha, pegawai, businessman, olahragawan, seniman, dan sebagainya

Di mana pun, Bila pun Takwa is Number One

Di masjid, di rumah, di pejabat, di jalanan, di tempat hiburan, dan di mana pun kita berada, setiap kita berusaha membawa satu sikap yang indah, takwa.

Maka hanya akan ada profesional yang amanah di tempat kerja, orang soleh yang sedang menghibur diri di tempat rekreasi, pedagang yang jujur di pasar, pemimpin yang takut kepada Allah di pemerintahan, di segala setiap pekerjaan, di segala tempat aktiviti, baik ketika sendiri mahu pun bersama orang lain, jika ketakwaan dapat dijadikan landasan utama, tentu akan terbentuk sistem hidup yang sangat mempesona.

Ketakwaan tidak dapat pisah-pisahkan, harus bersikap menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan, tidak dapat setengah-setengah, tidak dapat separuh-paruh, harus penuh, dan menyeluruh.

Derajat yang Tinggi

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. (QS. Al-Hujuraat: 13)

Mahukan kita menjadi orang yang mulia di sisi Allah..?

Kalau mahu, jadilah orang yang bertakwa, kerjakan perintahNya, jauhi laranganNya, di mana pun, di waktu apa-pun, sebagai apa-pun, ketika sendiri, mahu pun ketika sedang bersama orang lain.

Semoga kita semua dapat menjadi pribadi-pribadi yang bertakwa (amin).

© Hakcipta BALADI 2009

Label:

Tidak Takut Miskin Kerana Memberi

“Apakah kemiskinan itu, bu? Teman-temanku di taman mengatakan kita miskin. Benarkah itu, wahai ibuku?” tanya seorang anak.

”Tidak, kita tidak miskin, anakku,” jawab ibunya.

”Apakah kemiskinan itu?” iman, sang anak, bertanya lagi.

”Miskin bererti tidak mempunyai sesuatu apapun untuk diberikan kepada orang lain.” iman agak terkejut.

”Oh? Tapi kita memerlukan semua barang yang kita punya, apa yang dapat kita berikan?” katanya menyelidik.

”kamu ingatkah perempuan pedagang keliling yang ke sini minggu lalu? Kita memberinya sebahagian dari makanan kita kepadanya. Dan ia tidak mendapat tempat menginap di kota, ia kembali ke sini dan kita memberinya tempat tidur.”

”Kita menjadi bersempit-sempitan,” jawab iman.
Tapi sang ibu tak kalah menggembirakan anaknya. ”Dan kita sering memberikan sebahagian dari sayuran kita kepada jiran, bukan?” katanya.

”Ibulah yang memberinya. Hanya saya sendiri yang miskin. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk saya berikan kepada orang lain.”

Sang ibu tersenyum dan memberikan pandangan teguh pada anaknya.”Oh, anakku kamu pasti punya. Setiap orang mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang lain. fikirkanlah hal itu dan kamu akan menemukan sesuatu.”

Tidak lama setelah itu, sang anak pun mendapatkan jawapannya. ”Bu! Saya mempunyai sesuatu untuk saya berikan. Saya dapat memberikan cerita-cerita saya kepada teman-teman saya. Saya dapat memberikan kepada mereka cerita-cerita dongeng yang saya dengar dan baca di sekolah.”

”Tentu! iman pintar bercerita. Ayah kamu juga. Setiap orang senang mendengar cerita.”
“Saya akan memberikan cerita kepada mereka, sekarang ini juga!”

Dialog antara ibu dan anak itu, telah meneguhkan sebuah kesedaran besar, bahawa setiap kita dapat memberi. Ini lebih dari sekadar sebuah kesedaran sosial. Tapi kesedaran untuk menjadi lebih bererti lantaran membagi kebahagiaan untuk orang lain.

Akhlak tentang kesedaran terhadap kehidupan orang lain, dimiliki oleh qudwah yang tidak ada bandingnya, yakni Rasulullah saw. Utusan Allah itu bahkan disebut sebagai “orang yang tidak takut miskin kerana memberi”.

Dialah yang menanamkan prinsip menolong orang lain untuk menolong diri sendiri. Perhatikanlah bagaimana sabdanya, “Allah swt selalu menolong seorang hamba, selama hamba itu menolong saudaranya.” Atau, sabdanya yang lain, “Barangsiapa yang memberi kemudahan kepada saudaranya, maka Allah akan memberi kemudahan baginya di dunia dan akhirat.”

Itu adalah prinsip memberi dan menerima yang ditanamkan Rasulullah saw. Memberi kepada sesama dan hanya bertujuan untuk menerima dari Allah swt. Sehingga pada praktiknya, prinsip itu berubah menjadi memberi dan memberi, give and give. Sebab penerimaan itu tidak datang dari manusia tapi dari Allah swt.

Mengajak untuk mengerti, memberi bantuan kepada orang lain, menolong atau memberikan jasa, mengeluarkan infaq dan sedekah, sering memunculkan pertanyaan, ”Bagaimana saya dapat membantu orang lain? Saya sendiri dalam keadaan kurang dan memerlukan.” Sementara Rasulullah saw menanamkan nilai bersedekah ini, justeru pada saat seseorang sulit mengeluarkannya.

Suatu hari datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw dan bertanya, ”Ya Rasulullah, sedekah apa yang paling besar pahalanya?” Rasulullah saw mengatakan, ”Engkau bersedekah sedangkan engkau sedang dalam keadaan sehat, sangat memerlukan, takut miskin, dan mempunyai keinginan menjadi kaya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Hadits ini menjelaskan bahawa dalam situasi sesorang bertanya, ”Apa yang dapat saya bantu, kerana saya juga dalam keadaan memerlukan” tadi itulah, pahala sedekah. Semakin seseorang berada pada posisi antara memuaskan keinginan dirinya terhadap apa yang akan disedekahkan, semakin tinggi nilai sedekahnya jika benar-benar dilakukan. Tentu saja kesedaran memberi kepada orang lain, tidak selalu berupa benda, harta, wang, atau bantuan yang memiliki nilai. Tapi dapat berupa fikiran, waktu, idea-idea, fizik, atau apapun yang dapat kita beri dan bermanfaat.

Sekarang, kita layak bertanya pada diri sendiri, apa yang akan kita berikan untuk orang lain? Ingat, setiap kita punya sesuatu yang dapat kita berikan kepada orang lain. Fikirkanlah baik-baik apa sesuatu itu. Nescaya kita akan menemukannya.

© Hakcipta BALADI 2009

Label:


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.