Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan, Tetamu. Silakan Log In atau Daftar.
Demi Masa
Anugerah Media Islam Negara (AMIN)
Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.
Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.
Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.
Penulisan
Jumaat, 27 Februari 2009
Al-Fatihah atas pemergian sahabat kita saudara ADIB
JUMAAT, 27 Feb 09 - Salam alayk, berita sedih. Saudara kita Mohd Adib yang juga merupakan bekas pelajar Maahd Darul Anuar telah pulang ke rahmatullah pada malam tadi. Arwah meninggal pada hari jumaat malam lingkungan pada pukul 9.00 malam ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjid bersama 2 orang adiknya menaiki motor. Kematiannya berpunca daripada kemalangan jalan raya dilanggar oelh sebuah kereta. Ketiga-tiga beradik maut di tempat kejadian serta merta. Arwah Adib di dapati pecah kepala dan perut terburai. Yang leveh menyatkan lagi arwah terseret sejauh 61 meter. Berita tentang kematian sahabat kita ini juga turut terampang di dada akhbar sperti berita harian dan juga berita (Buletin Utama, TV3).Bersama kita doakan moga rohnya dicucuri rahmat..
Maklumat tentang arwah: -Wan Mohd Adib Bin Wan Ahmad -Tinggal di Kampung Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan - Belajar di Tingakat 2 ketika di Maahad Darul Anuar (2008) -Mempunyai 6 adik-beradik, 5 lelaki 1 perempuan -Turut terkorban adiknya yang ke 5, 10 tahun dan ke 6 berumur 7 tahun. -Ibunya bekerja sebagai guru sekolah dan bapanya kerja sendiri.
"Abang, asal bagi free jer semua ilmu itu, buatla product ke, dijual ke… biar dapat duit!" Seorang kawan memberi pandangan. "Maksud kamu….?" tanya saya, dengan lagaknya. "Blog abang tue, kan penuh dengan ilmu, tak kan dibagi macam tue jer…" katanya. Saya cuma senyum. perbualan tidak berlanjut. Sang kawan terburu-buru mahu pergi. Setelah saya renungkan, saya bersyukur, alhamdulillah, jika blog saya penuh ilmu, semoga jadi amal soleh, alaisa kazalik? Amin…
Apa yang saya sampaikan di blog ini, mungkin belum seberapa, dibandingkan blog lain yang lebih penuh dengan ilmu. Saya menemukan banyak sekali blog yang penuh dengan ilmu. Tentu, bloggernya pun orang berilmu dan orang-orang baik yang mahu berbagi dengan siapa pun, bahkan dengan user-user atau netter yang tidak dikenalnya di pelbagai nagara. Subhanallah, saya iri dengan para blogger yang baik itu. Mereka beramal soleh dengan menyebarkan ilmunya secara percuma. Jazakumullah…
Setahu saya, setidaknya dalam Ihya ‘Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali, disebutkan, kita “harus” iri kepada orang lain yang beramal soleh, berbuat baik. Kita, kata Imam Al-Ghazali, boleh iri dalam hal kebaikan atau amal soleh. Iri jenis ini sangat bermanfaat bagi diri kita dan masyarakat.
Saudara-saudaraku… saya pun iri dengan banyak orang yang berbuat baik melalui blognya di internet. Mereka beramal soleh dengan menebar ilmu bermanfaat. Saya sangat berterima kasih, jazakumullah, kepada blogger yang misalnya mengajari saya tentang me-manage blog, instal ini itu, dan sebagainya, banyak juga memberi kita, wawasan tentang berbagai hal.
Sebaliknya, kita perihatin dengan mereka yang belum mendapatkan hidayah sehingga menyalahgunakan blog atau membuat blog yang tidak bermanfaat.
Blog adalah sarana dakwah; fasility amal soleh. Saya juga ingin menjadikan blog sebagai sarana amal soleh itu, semampu saya. Kita berpikir positif, para blogger Muslim “berlumba-lumba dalam kebaikan”, fastabiqul khairat, sehingga membawa manfaat dan maslahat bagi dirinya dan orang lain.
Saya tidak “memberikan ilmu secara percuma” kerana dengan member, sebenarnya ilmu saya bertambah. Tambahan pula, syaitan selalu menggoda kita soal niat ikhlas. Saya selalu gak tergoda untuk “turut terpesona”. Sehingga jadinya ‘tidak ikhlas… Semoga tidak demikian. Mari kita berbuat baik di blog, dengan menyebar ilmu bermanfaat. Bukankah ilmu yang kita miliki.bukan punya kita, tapi milik Allah, Amanah-Nya, yang harus disebarkan?
Saya tidak mahu dicap “menyembunyikan ilmu” (kitman). Saya lupa pulak hadits soal menyembunyikan ilmu dan ancamannya. Jadi, semoga “memberi ilmu” di blog merupakan bahagian dari pengamalan ilmu itu. “Dijamin la”, kata Pensyarah saya, kalau kita memberikan ilmu, Allah akan memberi kita tambahan ilmu.
Kata Imam Sayfi’i, kalau kita memberikan ilmu atau mengajarkan ilmu, Ilmu itu tidak akan membuat ilmu kita makin berkurang, bahkan akan makin bertambah! Amin. Wasalam
Setelah Maahad Darul Anuar ditinggalkan oleh kami namun ianya tidak mematahkan semangat kami dalam berjihad menuju rabbul jalal walau tidak bertapak di Maahad Darul Anuar. Disini ana melampirkan keadaan warga-warga Maahad Darul Anuar, dan warga BALADI terutamanya. Disini membuktikan keberhasilan produk TOK GURU dan PRODUK MAAHAD DARUL ANUAR.
SMU (A) TARBIAH MARDZIAH, PANCHOR, KOTA BHARU : sebanyak 15 orang pelajar MADA menjadi Dhobith (Pengawas) di sini, antara exco BALADI yang menjadi pengawas ialah; Nik Ahmad Akif, Saiful Halimi, Abdul Rashid, Wan Muhammad, Ahmad Hafizuddin, Wan Mohd Hasbi Haliq
18 FEB 2009 - Terlalu lama tidak kedengaran berita dari BALADI. Namun jam 12.00 tengahari tadi, wakil BALADI telah didatangi oleh seorang jejaka yang tidak pihak kami dugai. Bertempat di SMU (A) Maahad Pengajian Islam (MPI), saudara Fakhrul Hazim Azmi merangkap Presiden ALUMNI PELAJAR ISLAM SBP (APIS) sendiri telah menurun padang menemui wakil kami di sini iaitu, saudara Nik Mohd Syamim dan Luqman Mohd Zudin.
Pertemuan yang tidak dirancang antara BALADI dan APIS makin rancak apabila kami memulakan temubual dan berkongsi pendapat, pengalaman berada di dalam sesebuah jamaah (badan). Untuk pengetahuan, APIS merupakan sebuah persatuan khas bekas-bekas pelajar islam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang memikir dan merancang program-program untuk sekolah-sekolah menengah, amnya SBP sendiri. Antara intipati penyampaian program yang dibawa oleh APIS bermesej intelektual. Menurut daripada pengalaman dan penceritaan saudara Fakhrul mengenai gerak kerja APIS sedikit sebanyak membuka mata kami dan membantu kami dalam membawa manhaj pergerakan BALADI G-2, iaitu gerakan BALADI di luar persekolahan bagi membantu pembentukkan satu fikrah disamping menyatukan Badan Dakwah Sekolah Menengah di Malaysia. Kesepakatan yang dicetuskan antara APIS dan BALADI adalah mengumpulkan kerahan tenaga Badan Dakwah Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk bersama APIS. Hasil dari pertemuan ini selain betukar fikiran, kami juga dapat memantapkan ukhuwwah islami bersama APIS.
Akhir tinta dari kami BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) melafazkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi atas pertemuan ini dan sejambak kasih (terima kasih) buat pihak APIS atas kesudian bersama kami pada pagi ini terutama buat saudara Fakhrul selaku Presiden APIS. Kami turut berbangga dan terharu atas kehadiran Presiden APIS kerana sudi memberi sokongan, berkongsi idea dan pendapat. Seuntai kemaafan dari pihak BALADI kepada APIS kerana tidak membuat persediaan terlebih awal untuk temubual ini. Semoga segala mesej dakwah yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW akan terus diwarisi demi menegakkan agama Allah SWT dan bi'ah Islami. Insya'allah..
Oh,hari ini dah 14 Februari rupanya(klik mengenai sejarah 14 Februari)!Artikel kali ini tidak akan 'berkhutbah' mengenai halal-haram hari Valentine dan couple,kata orang Sudah terang lagi bersuluh'.Maka lebih baik merujuk para ustaz,apa pula kata ustaz Zaharuddin?
Indahnya C.I.N.T.A Cinta itu wujud secara fitrah dalam diri yang bergelar insan.Sering kali kita bertanya,APA ITU CINTA?(jadi bahan perbincangan forum pula tu)
Cinta ialah fitrah,cinta mempertautkan insan sesama insan.Menyemai benih kasih sesama makhluk.
Cinta ialah hakikat,cinta yang mendekatkan makhluk pada Khaliq.Terbit rasa takut(khauf) dan harap(raja') pada rahmat,maghfirah dan reda-Nya.
Kerna cinta kita khusyuk ibadah pada-Nya... Menunaikan cinta pada jalan yang haq(macam sahabat saya ni),menjadi ibadah pada-Nya.
nota:ada lagi satu lagu yang mempunyai mesej yang sama dengan lagu di atas...
Tanpa cinta-Mu aku resah
Tanpa kasih-Mu aku hampa Tanpa diri-Mu aku mati....
Di kala orang sibuk bicara siasah(malas nak sebut dah...POLITIK),rupanya ada bicara yang kita terlupakan...BICARA AQIDAH!Fenomena ini sebenarnya sudah agak lama melanda masyarakat kita,terutamanya golongan pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.Kita pernah digemparkan dengan Black Metal,datang pula gelombang Jangan Ikut Tuhan dan kini berputik semula fenomena Syaitanisme(Apa Kata WikiPedia?).
Menurut kajian yang bertajuk Elemen Satanisme Dalam Trend Kepenggunaan Media Dalam Kalangan Belia Islam (dipetik dari Berita Minggu 25/1/2009)yang diketua Prof. Madya Dr. Che Zarrina Sa'ari,pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,membabitkan 682 pelajar ISLAM majoriti pelajar dalam lingkungan13-30 dan mempunyai pendidikan agama setakat sekolah menengah biasa.HASIL KAJIANNYA...
Ramai menganggap pembabitan dalam satanisme sebagai suka-suka,tanpa menyedari ia memesongkan aqidah dan membawa kepada syirik!
Memegang prinsip 'nak jadi apa pun boleh asalkan tak kacau orang lain'
Peminat fanatik filem-filem seram,khususnya dari Asia(ops silap dari MALAYSIA)
Minat lagu Black Metal yang berunsur kebencian,kematian(tang ni macam gotik pun ada) dan kekuasaan syaitan.
Ada lagu tempatan turut menjadikan syaitan dan hantu sebagai elemen utama.
Suka menggayakan pakaian dan aksesori berunsurkan satanisme seperti gambar tengkorak,hantu,syaitan dan iblis.
Wahai ibu bapa,pandanglah wajah anak-anakmu ini dengan kasih sayang!Kami perlukan perhatianmu dalam membentuk garis kehidupan kami.Pada hemat penulis,fenomena seperti ini tercetus dek pemberontakan dalam senyap anak-anak.Jangan setakat dilihat kami pada straight A1,walau meja Pendidikan Islam tak pernah jadi pilihan tatkala Hari Interaksi Waris.Jangan silap dalam menanggapi konsep ibu bapa sebagai kawan kepada anak-anak,kerana anak-anak masih perlu pada father/mother figure(iaitu PERHATIAN & KETEGASAN).Jangan meng- khinzir buta(meminjam istilah cikgu Azirah) menyalahkan cikgu-cikgu,apatah lagi kawan- kawan kepada anak kita(sebab kita tak pernah ambil tahu anak kita berkawan dengan siapa).Apa pula kata mantan mufti Perlis?
AKHLAQ Yang Terlupakan...
Mungkin ada banyak faktor yang menyumbang ke arah gejala satanisme,blog ini dan empunya diri punya kekangan untuk menghurai segalanya.Namun inilah bicara yang kita sering lupakan.BICARA AKHLAQ!Jika tadi saya meminjam istilah cikgu Azirah,kini saya ingin memetik kata-kata sensei Mazanizam...
Ada satu perkara yang perlu dipelajari sebelum menuntut ilmu,iaitu ADAB.Tetapi sekarang kita belajar terlebih dahulu sebelum belajar adab.Hasilnya,pelajar yang TAK BERADAB!
Aduh...terpaksa menyentuh bahagian yang paling tak digemari sejak 5 Februari(Tun Dr. Mahathir kata...'DAH LAMA DAH') ialah POLITIK.Agaknya inilah hasil menjunjung isme-isme ciptaan Zionis,antaranya demokrasi.Maka jadilah taksub berlebih-lebihan,prasangka yang tak berkesudahan,belum lagi politik Machiavelli yang tercatat dalam buku teks Sejarah Ting.5 (tidak merujuk mana-mana pihak ya...).Perkara pertama yang kita semua tinggalkan ialah AKHLAQ,tengok sahajalah apa yang berlaku di Bukit Chandan,hingga dipersoalkan oleh seorang Cina,"Inikah sikap orang Islam,selepas bersolat Jumaat pergi berdemonstrasi."
Mana hilangnya akhlaq mahmudah tika menghadapi perbezaan/salah faham?Adakah pemimpin B.N/pemimpin P.R zalim setaraf FIRAUN atau NAMRUD?Adakah para pengkritik(yang sanggup menggunakan kata-kata yang kurang manis terhadap pihak-pihak tadi)suci lagi baik setaraf MUSA A.S?Sedang Nabi Musa diperintah Allah agar berbudi bahasa ketika berdakwah kepada FIRAUN yang terkenal zalim,maka siapa diri kita ini untuk melampaui batas perintah ALLAH kepada Nabi Musa tadi?(terima kasih pada komen tanpa nama di artikel ini).Maka tidak hairanlah muda-mudi sekarang ini dengan pantas menuturkan kata-kata kesat...
P*%^M#$ C*&#@ and the lists goes on...
Jika meter kelajuan mencerminkan kepantasan sesebuah kenderaan,ingatlah bahawa meter KEIMANAN pula menentukan AKHLAQ seseorang(apa kata Saifulislam?).Sebagai khatimah, hayatilah lagu Doa Yang Terlupakan dari kumpulan Ungu( tajuk lagu ini mirip tajuk artikel ini, cuma tanpa kata 'doa' ^_^)
nota-nota penting:
Bila Dato' Siti ke,Meet Uncle Hussain ke,nak buat album berunsur nasihat macam Ungu setiap Ramadan?
Cikgu Azirah(Sejarah) dan sensei Mazanizam(Bahasa Jepun) merupakan guru di S.B.P.I Sabak Bernam.
Terlebih dahulu memohon maafjika menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
1.0 : Muqadimmah Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya serta inayah-Nya, pihak ALUMNI Maahad Darul Anuar telah mengumpulkan bekas-bekas guru serta pelajar MADA. Hubungan ini amat penting demi menjamin kesinambungan ukhuwah sesama saudara Islam
ALUMNI MADA juga telah merancang untuk mengadakan Rehlah Mahabbah yang mana ia akan mngeratkan lagi ukhuwah yang terbentuk ini.
2.0 : Objektif 2.1. - Membina ukhuwwah yang mantap di kalangan guru dan pelajar. 2.2 - Melahirkan individu-individu yang mampu berdikari serta menyesuaikan diri dengan masyarakat. 2.3 - Mendidik individu yang memahami susana serta bertindak untuk jaminan masa depan.
3.0 : Tarikh & Tempat Hari : Khamis, Jumaat & Sabtu. Tempat : Lata Belatan, Jabi, Terengganu Tarikh : 16 Rabiulawal 1430 hingga 18 rabiulawal 1430 bersamaan 13 Mac 2009 hingga 15 Mac 2009
4.0 : Peserta Bekas-bekas pelajar SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR
5.0 : Ahli Jawatan Kuasa
Penaung : - Ustaz Baharudin Mohd Noor - Ustaz Nik Hamdi Ghani
Pengarah: - Ustaz Che Rozu Che Husin
Timb. Pengarah : - Cikgu Zulkifli Abdullah
Setiausaha : - Cikgu Siti Masaliny Ismail
Bendahari: - Cikgu Rosyati Che Ibrahim
JK Pendaftaran & Perhubungan - Ustazah Rosmalaili Abd Rahman - Ustaz M Zulkefli M Yusof
JK Persegaran - Cikgu Ramlah Omar - Ustazah Saodah Said
JK Pengisian - Ustaz Azman Taib - Cikgu Aizuruza Aziz
6:0 : Tentatif Program
13 MAC 2009 (JUMAAT) 09.00 pagi : Berkumpul di perkarangan Stadium Muhammad IV, Kota Bharu 09.30 pagi : Bertolak ke Lata Belatan 10.45 pagi : Tiba di tempat program 11.00 pagi : Persamian (Oleh Ustaz Baharudin Mohd Noor) 12.30 tgh : Makan tengahari & Solat Zohor 02.30 ptg : LDK 1 04.00 ptg : Rehat & Solat Asar 05.00 ptg : Riadhah 06.30 ptg : Makan Malam, Khidmat diri, Solat Maghrib & Kuliah Maghrib, Solat Isyak 09.00 mlm : LDK 2 10.30 mlm : Muhasabah 11.00 mlm : Rehat Minda
14 MAC2009 (SABTU) 05.00 pagi : Qiamullail 06.00 pagi : Solat Subuh & Kuliah Subuh 07.00 pagi : Riadhah 08.00 pagi : Khidmat Diri 08.30 pagi : Sarapan 09.00 pagi : Wacana 1 (Who are you & who am I?) 10.00 pagi : Minum Pagi 11.00 pagi : Wacana 2 (Peranan Pelajar Menghadapi Millinium) 12.30 tgh : Makan Tengahari, Solat Zohor 02.30 ptg : MADA dalam Kenangan 04.30 ptg : Solat Asar 05.00 ptg : Riadhah 06.30 ptg : Makan Malam. Solat Maghrib & Kuliah Maghrib, Solat Isyak 09.00 mlm : LDK 3 10.00 mlm : Resolusi 11.00 mlm : Rehat Minda
15 MAC (SABTU) 05.00 pagi : Qiamullail 06.00 pagi : Solat Subuh & Kuliah Subuh 07.30 pagi : Gotong-royong 08.00 pagi : Khdimat Diri 09.00 pagi : Sarapan 09.30 pagi : Salam Jama'i 10.00 pagi : Bertolak pulang
Bayaran Pendaftaran adalah sebanyak RM 35.00 sahaja. Bagi alumni yang belajar di sekolah-sekolah yik pendaftaran hendaklah dilakukan secara terus kepada wakil sekolah masing-masing. Wakil sekolah tersebut hendaklah menyerahkan bilangan pelajar yang ingin menyertai kepada NIK MOHD SYAMIM IYLIA BIN MAT YUSOFF (ibn.yusuf@yahoo.com atau 013-4833532/014-5162091) sebelum 16 FEBRUARI 2009. Manakala bagi bekas-bekas MADA yang ingin menyertai program ini boleh menghantar nama melalui FAX di no : 09 - 765 9848 ataupun melalui pos ke alamat:
Ustaz Che Rozu Che Husin Asrama SMU(A) Maahad Amir Indera Putera, Beris Kubur Besar, 16050 Bachok, Kelantan darul Naim.
Tarikh tutup pendaftaran bagi REHLAH MAHABBAH ALUMNI MADA ialah 23 Februari 2009 (ISNIN).
Untuk keterangan lanjut sila hubungi: Ustaz Che Rozu Che Hussin (019 - 942 7151) Cikgu Zulkifli Abdullah (012 - 929 0373) Cikgu Zaharonizal Othman (017 - 961 9315) Cikgu Siti Masaliny Ismail (013 - 966 7256) Saudara Zawawi Yusof (019 - 990 0306)
Sila klik gambar diatas untuk men-dowload BORANG REHLAH
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baikdaripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud "Tidak".Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nyadalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku, pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".
Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."
Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.
Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik."
Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu. "Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"
Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".
Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan".Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih.Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.
Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu.Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan".Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.
Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja.Bukan sekadar untuk wang semata.Jangan sampai mata kita menjadi "hijau" kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh sungguh, pastilah akan bererti besar.
DALAM Islam ada tiga masjid yang mempunyai kelebihan berbanding masjid lain. Hal ini seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:
"Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Makkah), dan masjid Rasulullah (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Baitulmaqdis)." (Hadis riwayat Bukhari).
Umat Islam yang ingin berziarah ke luar negara untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ke tempat lain, selain berziarah ke Tanah Suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.
Antara fadilatnya adalah:
Kelebihan Masjidil Haram adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 100,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain.
Dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
Kelebihan Masjid Nabawi pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 1,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya ada makam Nabi dan sebagai sebuah taman daripada taman syurga.
Kelebihan Masjid al-Aqsa pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 500 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain.
Keistimewaannya adalah ia masjid Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya.
Nabi menggalakkan umat Islam untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.
Di samping itu, Baginda menggalakkan umat Islam sama ada yang menetap di Makkah dan Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji atau umrah, mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid mulia itu bagi mendapat pahala berganda.
Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut.
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa sembahyang di masjidku sebanyak 40 sembahyang (dengan syarat) tidak ketinggalan dalam satu sembahyang (waktu) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan daripada api neraka, dan kelepasan daripada azab seksa dan (ia juga akan bersih) daripada sifat munafik."
Selain itu, Nabi Muhammad mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya. Baginda kerap menziarahi serta sembahyang dalamnya.
Abdullah bin Omar meriwayatkan adalah Nabi selalu berziarah ke Masjid Quba'. Satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan berjalan kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat dalamnya.
Usaid bin Zahir pula meriwayatkan sebuah hadis bermaksud: "Satu sembahyang dalam Masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."
ALLAH s.w.t. mengurniakan manusia akal. Potensi akal membolehkan manusia merenung, memerhati, mengetahui dan berfikir. Kekuatan minda menjadikan seseorang mampu mengingat, berfikir dan mempunyai daya taakulan. Menerusi berfikir dan mengkaji datangnya maklumat, fakta, data dan ilmu. Melalui maklumat dan ilmu membolehkan manusia tahu. Pengetahuan menjadikan manusia memiliki cara untuk tahu tentang sesuatu. Al-Quran pula menghasilkan hikmah dan daripadanya pemikiran mendapat suluh membimbing manusia ke arah pengetahuan yang benar.
Tony Buzan yang mempunyai kepakaran dalam Peta Minda menyebutkan manusia hanya menggunakan satu peratus daripada otak kanan dan otak kiri. Otak kanan berguna untuk berfikir hal-hal yang berkait dengan seni dan sastera sementara otak kiri berguna untuk berfikir hal-hal yang berkait dengan angka. Penggunaan otak kanan dan otak kiri, kata Tony Buzan, boleh meningkatkan kualiti berfikir seseorang.
Amalan berfikir adalah suatu tabiat baik sama ada ia menjadi amalan individu atau kelompok yang ingin mengembang dan menajamkan minda. Pepatah ada menyebut bahawa 'fikir itu pelita hati' yang membawa maksud bahawa seseorang yang melakukan amalan berfikir, dia sentiasa menerima cahaya dan petunjuk. Amalan berfikir bermula dengan tabiat membaca yang tinggi, tabiat berbincang yang baik dan tabiat menghasilkan pemikiran dalam bentuk karya sama ada berbentuk kreatif mahupun deskriptif.
Remaja adalah tenaga yang segar dan amat berpotensi untuk membina amalan berfikir. Dengan potensi akal yang tinggi dan segar, otak memerlukan latihan. Apa yang remaja baca, bincang, renung dan fikir memberi sumbangan yang amat berguna untuk mempertajam dan memperkasa minda. Orang yang tajam mindanya adalah hasil latihan otak yang berterusan. Mindanya menjadi kreatif, pandangannya menjadi kritis dan analisisnya menjadi sistematik. Ia mampu menilai sesuatu data, fakta dan menyebabkan maklumat berkembang. Ilmunya meningkat dan bertambah dan menyebabkan upaya bijaksananya tinggi. Hasilnya ialah pengalaman berfikir meningkat dan kewibawaan ilmu juga berkembang.
Para remaja harus menyajikan minda dengan bahan-bahan yang baik dan yang berguna untuk difikirkan. Membaca buku-buku yang berfaedah, majalah yang bermutu, berbincang isu-isu ilmu yang bermanfaat, meneliti perkembangan semasa yang sedang berlaku boleh mengembangkan daya fikir. Amalan membaca bukan hanya menerima apa yang dibaca dan dibincang tetapi ia merupakan langkah awal untuk menyuburkan tabiat berfikir.
Jalan berfikir yang berkesan selalunya dua hala; ia tidak sehala. Oleh itu berfikir seorang diri kadang-kadang tidak menjadikan minda remaja tangkas dan perkasa. Tetapi bila berlaku perbincangan dua hala minda remaja akan dilatih dengan amalan berfikir, memberi buah fikiran yang bernas dan akhirnya bersedia untuk memberi dan menerima kritik dan pandangan yang membina terhadap sesuatu perkara.
Al-Quran memberi keutamaan kepada amalan berfikir yang mempunyai maksud yang baik dan bermanfaat. Konsep ya'qilun, yatafaqqarun dan yatadabbarun sebenarnya mengajak manusia berfikir, merenung dan mengkaji atau menyelidik. Tradisi ini sangat hebat dilakukan oleh pemikir, ilmuwan dan ulama silam. Amalan berfikir tidak hanya terlihat dalam muzakarah yang berterusan, halaqah yang subur tetapi juga dalam penulisan. Ulama-ulama besar pada masa dulu berfikir tentang diri, hubungan dengan alam dan Pencipta dan memanfaatkan pensyariatan Allah dalam al-Quran, melakukan tadabbur atau kaji selidik yang berbentuk sains, ilmu bintang, falsafah dan lain-lain. Kemajuan umat Islam pada masa lalu adalah akibat berkembangnya tabiat dan tradisi berfikir di kalangan pemeluknya khususnya para ilmuwan, ahli fikir dan juga ulama.
Pada hari ini, antara punca kelemahan umat Islam ialah mereka malas membaca dan akhirnya malas berbincang dan berfikir. Kemalasan berbincang menyebabkan tiadanya idea-idea baru. Akhirnya kita menjadi jumud atau beku dan menjadi pengekor dan penciplak ilmu orang lain dan akhirnya menjadikan kita bangsa atau umat pengguna sepanjang zaman.