<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Selasa, 3 Februari 2009

Remaja?




ALLAH s.w.t. mengurniakan manusia
akal. Potensi akal membolehkan manusia merenung, memerhati, mengetahui dan berfikir. Kekuatan minda menjadikan seseorang mampu mengingat, berfikir dan mempunyai daya taakulan. Menerusi berfikir dan mengkaji datangnya maklumat, fakta, data dan ilmu. Melalui maklumat dan ilmu membolehkan manusia tahu. Pengetahuan menjadikan manusia memiliki cara untuk tahu tentang sesuatu. Al-Quran pula menghasilkan hikmah dan daripadanya pemikiran mendapat suluh membimbing manusia ke arah pengetahuan yang benar.

Tony Buzan yang mempunyai kepakaran dalam Peta Minda menyebutkan manusia hanya menggunakan satu peratus daripada otak kanan dan otak kiri. Otak kanan berguna untuk berfikir hal-hal yang berkait dengan seni dan sastera sementara otak kiri berguna untuk berfikir hal-hal yang berkait dengan angka. Penggunaan otak kanan dan otak kiri, kata Tony Buzan, boleh meningkatkan kualiti berfikir seseorang.

Amalan berfikir adalah suatu tabiat baik sama ada ia menjadi amalan individu atau kelompok yang ingin mengembang dan menajamkan minda. Pepatah ada menyebut bahawa 'fikir itu pelita hati' yang membawa maksud bahawa seseorang yang melakukan amalan berfikir, dia sentiasa menerima cahaya dan petunjuk.
Amalan berfikir bermula dengan tabiat membaca yang tinggi, tabiat berbincang yang baik dan tabiat menghasilkan pemikiran dalam bentuk karya sama ada berbentuk kreatif mahupun deskriptif.

Remaja adalah tenaga yang segar dan amat berpotensi untuk membina amalan berfikir. Dengan potensi akal yang tinggi dan segar, otak memerlukan latihan. Apa yang remaja baca, bincang, renung dan fikir memberi sumbangan yang amat berguna untuk mempertajam dan memperkasa minda. Orang yang tajam mindanya adalah hasil latihan otak yang berterusan. Mindanya menjadi kreatif, pandangannya menjadi kritis dan analisisnya menjadi sistematik. Ia mampu menilai sesuatu data, fakta dan menyebabkan maklumat berkembang. Ilmunya meningkat dan bertambah dan menyebabkan upaya bijaksananya tinggi. Hasilnya ialah pengalaman berfikir meningkat dan kewibawaan ilmu juga berkembang.

Para remaja harus menyajikan minda dengan bahan-bahan yang baik dan yang berguna untuk difikirkan.
Membaca buku-buku yang berfaedah, majalah yang bermutu, berbincang isu-isu ilmu yang bermanfaat, meneliti perkembangan semasa yang sedang berlaku boleh mengembangkan daya fikir. Amalan membaca bukan hanya menerima apa yang dibaca dan dibincang tetapi ia merupakan langkah awal untuk menyuburkan tabiat berfikir.

Jalan berfikir yang berkesan selalunya dua hala; ia tidak sehala. Oleh itu berfikir seorang diri kadang-kadang tidak menjadikan minda remaja tangkas dan perkasa. Tetapi bila berlaku perbincangan dua hala minda remaja akan dilatih dengan amalan berfikir, memberi buah fikiran yang bernas dan akhirnya bersedia untuk memberi dan menerima kritik dan pandangan yang membina terhadap sesuatu perkara.

Al-Quran memberi keutamaan kepada amalan berfikir yang mempunyai maksud yang baik dan bermanfaat.
Konsep ya'qilun, yatafaqqarun dan yatadabbarun sebenarnya mengajak manusia berfikir, merenung dan mengkaji atau menyelidik. Tradisi ini sangat hebat dilakukan oleh pemikir, ilmuwan dan ulama silam. Amalan berfikir tidak hanya terlihat dalam muzakarah yang berterusan, halaqah yang subur tetapi juga dalam penulisan. Ulama-ulama besar pada masa dulu berfikir tentang diri, hubungan dengan alam dan Pencipta dan memanfaatkan pensyariatan Allah dalam al-Quran, melakukan tadabbur atau kaji selidik yang berbentuk sains, ilmu bintang, falsafah dan lain-lain. Kemajuan umat Islam pada masa lalu adalah akibat berkembangnya tabiat dan tradisi berfikir di kalangan pemeluknya khususnya para ilmuwan, ahli fikir dan juga ulama.

Pada hari ini, antara punca kelemahan umat Islam ialah mereka malas membaca dan akhirnya malas berbincang dan berfikir. Kemalasan berbincang menyebabkan tiadanya idea-idea baru. Akhirnya kita menjadi jumud atau beku dan menjadi pengekor dan penciplak ilmu orang lain dan akhirnya menjadikan kita bangsa atau umat pengguna sepanjang zaman.

Label:

0 Komen Dan Pandangan :

Catat Ulasan

<< Hadapan


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.