Pertemuan yang tidak dirancang antara BALADI dan APIS makin rancak apabila kami memulakan temubual dan berkongsi pendapat, pengalaman berada di dalam sesebuah jamaah (badan). Untuk pengetahuan, APIS merupakan sebuah persatuan khas bekas-bekas pelajar islam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang memikir dan merancang program-program untuk sekolah-sekolah menengah, amnya SBP sendiri. Antara intipati penyampaian program yang dibawa oleh APIS bermesej intelektual. Menurut daripada pengalaman dan penceritaan saudara Fakhrul mengenai gerak kerja APIS sedikit sebanyak membuka mata kami dan membantu kami dalam membawa manhaj pergerakan BALADI G-2, iaitu gerakan BALADI di luar persekolahan bagi membantu pembentukkan satu fikrah disamping menyatukan Badan Dakwah Sekolah Menengah di Malaysia. Kesepakatan yang dicetuskan antara APIS dan BALADI adalah mengumpulkan kerahan tenaga Badan Dakwah Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk bersama APIS. Hasil dari pertemuan ini selain betukar fikiran, kami juga dapat memantapkan ukhuwwah islami bersama APIS.
Akhir tinta dari kami BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI) melafazkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi atas pertemuan ini dan sejambak kasih (terima kasih) buat pihak APIS atas kesudian bersama kami pada pagi ini terutama buat saudara Fakhrul selaku Presiden APIS. Kami turut berbangga dan terharu atas kehadiran Presiden APIS kerana sudi memberi sokongan, berkongsi idea dan pendapat. Seuntai kemaafan dari pihak BALADI kepada APIS kerana tidak membuat persediaan terlebih awal untuk temubual ini. Semoga segala mesej dakwah yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW akan terus diwarisi demi menegakkan agama Allah SWT dan bi'ah Islami. Insya'allah..
Label: baladi
Catat Ulasan
<< Hadapan