
Menurut kajian yang bertajuk Elemen Satanisme Dalam Trend Kepenggunaan Media Dalam

- Ramai menganggap pembabitan dalam satanisme sebagai suka-suka,tanpa menyedari ia memesongkan aqidah dan membawa kepada syirik!
- Memegang prinsip 'nak jadi apa pun boleh asalkan tak kacau orang lain'
- Peminat fanatik filem-filem seram,khususnya dari Asia(ops silap dari MALAYSIA)
- Minat lagu Black Metal yang berunsur kebencian,kematian(tang ni macam gotik pun ada) dan kekuasaan syaitan.
- Ada lagu tempatan turut menjadikan syaitan dan hantu sebagai elemen utama.
- Suka menggayakan pakaian dan aksesori berunsurkan satanisme seperti gambar tengkorak,hantu,syaitan dan iblis.
AKHLAQ Yang Terlupakan...
Mungkin ada banyak faktor yang menyumbang ke arah gejala satanisme,blog ini dan empunya diri punya kekangan untuk menghurai segalanya.Namun inilah bicara yang kita sering lupakan.BICARA AKHLAQ!Jika tadi saya meminjam istilah cikgu Azirah,kini saya ingin memetik kata-kata sensei Mazanizam...
Ada satu perkara yang perlu dipelajari sebelum menuntut ilmu,iaitu ADAB.Tetapi sekarang kita belajar terlebih dahulu sebelum belajar adab.Hasilnya,pelajar yang TAK BERADAB!

Mana hilangnya akhlaq mahmudah tika menghadapi perbezaan/salah faham?Adakah pemimpin B.N/pemimpin P.R zalim setaraf FIRAUN atau NAMRUD?Adakah para pengkritik(yang sanggup menggunakan kata-kata yang kurang manis terhadap pihak-pihak tadi)suci lagi baik setaraf MUSA A.S?Sedang Nabi Musa diperintah Allah agar berbudi bahasa ketika berdakwah kepada FIRAUN yang terkenal zalim,maka siapa diri kita ini untuk melampaui batas perintah ALLAH kepada Nabi Musa tadi?(terima kasih pada komen tanpa nama di artikel ini).Maka tidak hairanlah muda-mudi sekarang ini dengan pantas menuturkan kata-kata kesat...
P*%^M#$
C*&#@ and the lists goes on...
Jika meter kelajuan mencerminkan kepantasan sesebuah kenderaan,ingatlah bahawa meter KEIMANAN pula menentukan AKHLAQ seseorang(apa kata Saifulislam?).Sebagai khatimah, hayatilah lagu Doa Yang Terlupakan dari kumpulan Ungu( tajuk lagu ini mirip tajuk artikel ini, cuma tanpa kata 'doa' ^_^)
nota-nota penting:
- Bila Dato' Siti ke,Meet Uncle Hussain ke,nak buat album berunsur nasihat macam Ungu setiap Ramadan?
- Cikgu Azirah(Sejarah) dan sensei Mazanizam(Bahasa Jepun) merupakan guru di S.B.P.I Sabak Bernam.
- Terlebih dahulu memohon maaf jika menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Label: artikel
Catat Ulasan
<< Hadapan