05 APRIL - Tepat jam 10.40 malam tadi, saya di datangi sebuah sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Cikgu Zaharonizal membawa khabar duka buat seluruh warga MAAHAD DARUL ANUAR yang di perolehi daripada Kak Shima (EX-MADA) mengenai Cikgu Nur Zaitul Natahain Binti Hassan atau lebih dikenali juga sebagai Ustazah Ain. Berdasarkan perbualan pihak kami (BALADI) bersama Kak Shima, Ustazah Ain didapati terkena jerat dan buatan seorang lelaki yang menanam rasa mimendirikan rumah tangga namun kerana taruhan nafsu amarah terlalu tinggi membuatkan lelaki itu bertindak liar. Lelaki tersebut merupakan seorang anggota Polis yang bekerja di Sabah, untuk makluman warga MADA juga Ustazah Ain kini telah diberikan amanah untuk bertugas di Sekolah Menengah di Sabah. Keadaan fizikal ustazah sekarang menjadi sakit-sakit pada tubuh dan lemah semangat. Jadi dari itu pihak kami berharap antum semua dapat bersama-sama untuk meringankan tulang untuk turun mengerjakan solat sunat hajat dan doa yang berterusan kepada Ustazah Ain agar sentiasa di bawah rahmat-Nya dan semoga di persembuhkan dari penyakit ini.. Wallahu'alam~Sedikit info tentang latar belakang ustazah;
-Ustazah Ain merupakan bekas Guru Penasihat Badan Kaunseling &Kerjaya (BKJ) MADA, dan kalau tak salah ustazah Ain mengajar di MADA pada tahun sesi 2006 & 2007, kemudian menyambung pelajaran ke UPSI, Perak.
Label: alumni











Catat Ulasan
<< Hadapan