Berdasarkan hal tersebut, perbezaan pendapat pasti akan terjadi sekalipun di zaman Rasulullah saw. Banyak riwayat yang merakam perbezaan pendapat antara para sahabat seperti perbezaan pendapat terhadap teks hadits yang memerintahkan solat Ashar di Bani Quraidzah. Sebahagian sahabat faham bahawa maksudnya bukan tempatnya, melainkan segeranya pergi ke Bani Quradzah. Sebab, solat Ashar ada waktunya yang tidak boleh ditunda. Namun sebahagian sahabat memahami hadits apa dapat difahami, sekalipun kemudian mereka solat Ashar setelah masuk waktu Maghrib di Bani Quraidzah. Tetapi ternyata perbezaan pendapat tersebut tidak mebuat mereka berpecah-belah. Mereka tetap bersatu dan memahami. Demikian juga perbezaan pendapat antara para imam madzhab fikih yang empat: Hanafi, Maliki, Hanbali, dan Syafi’i. Mereka sangat memahami dan saling menghormati. Bahawa perbezaan fikih bukan suatu yang harus menyebabkan perpecahan. Ketika Imam Syafi’i diminta menjadi imam solat Subuh di pusat wilayah madzhab Hanafi, ia tidak membaca qunut. Ketika ditanya, ia menjelaskan bahawa itu sikap hormat terhadap pendapat madzhab Hanafi yang tidak membaca qunut pada saat solat Subuh.
Lebih-lebih sekarang, kita menyaksikan umat Islam dibantai dari berbagai arah. Bukan hanya serangan pemikiran, melainkan lebih dari itu: serangan senjata yang menelan ratusan nyawa. Maka bukan saatnya lagi kita, sibuk dengan perbezaan fikih, perbezaan bendera parti, atau perbezaan nama golongan. Allah yang kita sembah masih sama. Kiblat solat kita juga masih sama. Jumlah rakaat solat fardhu kita tidak ada bezanya. Nabi yang kita ikuti juga sama. Nama agama kita sama. Tempat kita melaksanakan ibadah haji juga sama. Lalu apa yang akan membuat kita tidak mahu bekerja sama? Apakah hanya kerana perbezaan kefahaman terhadap satu teks ayat atau hadits secara fikih lalu kita berpecah belah, saling menjatuhkan bahkan saling menyesatkan?
Sejauh yang saya amati, perbezaan antara kelompok umat Islam yang ada masih sekitar perbezaan fikih dan cara berdakwah. Sebahagian mengambil yang tradisional dan sebahagian lebih akademik. Sebahagian menitik beratkan kepada dakwah dari masjid ke masjid, dan sebahagian yang lain fokus pada ashalah sunnah sesuai dengan teks sahih dari Rasulullah saw. kerana, kelompok ini sangat teliti mengecek kesahihan hadits dan menyajikannya secara ilmiah. Sebahagian fokus pada perbaikan sosial politik supaya lebih bersih, lebih memihak kepada kemaslahan masyarakat secara umum dan lebih sesuai dengan ajaran Islam yang kaffah. Sebahagian yang lain memilih misi dakwahnya mengcounter pemikiran sesat. Semua keadaan ini sungguh tidak cukup alasan untuk berpecah-belah.
Oleh itu, marilah kita bersatu, wahai umat Islam! Umat ini sangat memerlukan persatuan kalian. Tidak ada persaudaraan tanpa persatuan. Allah tidak akan pernah menurunkan rahmat dan pertolonganNya kepada umat yang berpecah-belah. Kerana itu, tanamkan budaya “fa ashlihuu” kerana ini jalan satu-satunya untuk menegakkan persaudaraan (ukhuwah). Allah berfirman dalam surah Al-Hujuraat: 10:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat).”
Wallahu a’lam bishshawab.
Label: artikel
Catat Ulasan
<< Hadapan