Saudaraku, kita sangat memerlukan adanya majlis dan forum yang dapat mengasah dan memperbaharui iman seperti itu. Rasulullah pun pernah berwasiat bahawa keimanan kita dapat lusuh ibarat pakaian, Kerananya ia berpesan agar kita selalu memperbaharui iman.
Dahulu, para ulama dan salafusoleh umumnya mempunyai majlis tertentu untuk meningkatkan iman. Khalifah Umar bin Abdul Aziz meminta salah seorang ulama, Abu Bakr bin Amr bin Hazm rahimahullah, untuk duduk memberi ta’lim bagi diri dan rakyatnya. Seorang tabi’in yang bernama Alqamah bin Qais An Nakhi mengatakan “Mari berjalan bersama kami untuk saling menambah iman.”
Ya, untuk menambah iman, untuk melembutkan hati, untuk menjadikan jiwa kita sensitif dengan kebaikan dan keburukan. Untuk itu kita memerlukan comunity. Kita memerlukan sebuah majlis. Kita memerlukan sebuah lingkungan kecil yang dihadiri oleh saudara seiman yang dapat memuaskan dahaga dan membersihkan hati. Itulah yang dimaksud dengan majlis kaum beriman, “Kalau engkau merasakan hatimu kasar maka duduklah dengan para ahli zikir, dan orang-orang zuhud, “ ujar Ahmad bin Abi Hawari. Sampai-sampai seorang tokoh tabi’in terkenal Maimun bin Mahran pun pergi ke rumah tokoh tabi’in Hasan Al Bashri dan mengetuk pintunya sambil berkata, “Ya Abu Said (julukan Imam Hasan Al Bashri), aku merasakan kekasaran dalam hatiku, kerana itu, bantulah aku untuk melembutkannya.”
Saudaraku, bersyukurlah bila kita telah menemukan dan memiliki majlis-majlis iman seperti itu. Atau bila ada di antara kita yang belum menemukannya, carilah majlis-majlis seperti itu, di manapun, kerana dalam hidup ini kita memang memerlukannya. Itulah terminal peristirehatan yang paling baik dan paling melapangkan jiwa dalam menghadapi kepenatan jiwa raga, kegundahan hati, dan kelelahan fikiran mengharungi bahtera kehidupan dunia yang amat luas ini. “Saudara-saudaraku lebih aku cintai daripada keluarga dan anak-anakku,” kata Imam Hasan Al Bashri. Ia melanjutkan, “Keluargaku mengingatkanku dengan dunia, sedangkan saudara-saudaraku mengingatkanku dengan akhirat.” (Ihya Ulumuddin, Al-Ghazali). Semakin sering kita melakukan perjumpaan dan bertemu dengan majlis-majlis seperti ini, semoga semakin bertambah pula kadar keimanan kita.
Umar bin Khattab sangat menghargai kenikmatan majlis ini dengan mengatakan, “Tidak ada nikmat kebaikan yang Allah berikan setelah Islam, selain saudara yang soleh. Maka, jika salah seorang kalian merasakan kecintaan dari saudaranya, peganglah kuat-kuat persaudaraan dengannya.” Malik bin Dinar mengistilahkan nikmat majlis dan berteman dengan orang-orang soleh itu dengan zuhud dunia. Ia mengatakan, “Ruh dunia ini hanya tiga. Bertemu dengan saudara seiman, solat tahajjud dengan membaca Al Qur’an, dan rumah kosong yang di dalamnya dibacakan zikri kepada Allah.”
Majlis keimanan ini akan melahirkan hati yang tenang kerana cinta di jalan Allah. Persahabatan yang diikat oleh kecintaan berjuang di jalan-Nya, yang selanjutnya akan mendapat balasan cinta Allah swt.
Wallahu a’lambishowab
Label: artikel
Catat Ulasan
<< Hadapan