<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Rabu, 25 Mac 2009

Peristiwa Terkini

Assalamua'alaikum.. dalam minggu ini pihak BALADI, ingin berkongsi bersama antum wa antunna sekalian mengenai peristiwa tekini yang diterima oleh kami dalam minggu ini.

1. JASAMU DI KENANG..

23 MAC 2009 - Pada tarikh keramat ini dengan segala hormatnya matang la usia mantan pengetua maahad darul anuar kita pada sesi 2008 iaitu USTAZ HJ BAHARUDDIN BIN HJ MOHD NOOR sebagai Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (2007-2009). Ana yang turut hadir di jemput hadir ke Mesyuarat Agung Pas Kota Bharu juga merasa kehilangan seorang yang besar. Namun brgitulah lumrah sesebuah organisasi, pimpinannya silih berganti.. disini ana turut melampirkan slide show yang kami tayangkan pada Majlis Mesyuarat Agung Pas Kota Bharu 2009 yang di hasilkan oleh ana sendiri.



2. TAHNIAH DAN SELAMAT BERJUANG!!

23 MAC 2009 - Pada tarikh keramat ini juga dengan segala hormatnya di tanzimkan bahawa bekas Penolong Kanan 1, Maahad Darul Anuar kita pada sesi (2000 - 2009) iaitu USTAZ HJ NASARUDIN BIN HJ MAHMUD MUHAIDIN telah dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (2009-2011). Tahniah buat beliau dan kami doakan buat ustaz selamat berjuang!!

3. PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT NEGERI KELANTAN SEKOLAH-SEKOLAH YIK


Pada hari Khamis ini, 26 MAC 2009 bertempat di Kompleks Balai Islam, Lundang, Kota Bharu akan di langsungkan Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Kelantan Sekolah selian Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada jam 8.00 malam. Sehubungan dengan itu pihak kami menjemput antum wa antunna ke sana bagi memeriahkan majlis serta memberi dokongan kepada peserta dari bekas pelajar maahad darul anuar yang berjaya sampai ke peringkat negeri ini, yang kini belajar di SMU (A) MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS. Antara pelajar kita (ex-mada/APIM) yang mewakilinya ialah saudara ABDUL HADI BIN ABDUL SATAR iaitu Mantan Ketuas Umum Asrama Putera SMU (A) Maahda Darul Anuar Sesi 2008.

4. PENTOMIM SEMPENA KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN

Pada hari selasa, 31 MAC 2009 bersempana Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Pihak kami menjumput antum wa antunna semua ke Istana Negeri Kelantan bagi bersama-sama memeriahkan Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Untuk makluman, pelajar asrama dari SMU (A) MAAHAD AMIR INDRA PETRA (MAIP) akan mengadakan pentomim khas bersepena majlis tersebut. Antara yang turut terlibat adalah bekas pelajar Maahad Darul Anuar yang kini menuntut di MAIP.

5. ADA APA DENGAN MADA30?

Hmmmm.. MADA30? apakah gerangannya agaknya ya.. untuk makluman antum wa antunna semua.. MADA3o adalah nama baru bagi tapak web bekas sekolah kita iaitu Maahad Darul Anuar (MADA). Walaupun tragedi lalu amat memeritkan untuk meninggalkan MADA cuma beralasan swasta.. Namun ianya adalah qada' qadar dan perancangan dari Allah swt. Jadi dari itu sama-samalah kita doakan MADA YIK dan MADA SWASTA ini kembali kepada SATU MADA sahaja.. Tiada Asobiyyah selepas ini.. Marilah sama-sama kita doakan kejayaan bersama..

"Ya Allah, Ya Tuhan kami! Ampunilah dosa kami bersama, lengkapkan budi pekerti kami bersama, sempurnakan usaha kami bersama, puaskan hati kami bersama terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau halaukan daripada kami bersama.."

Dijemput bersama memeriahkan mada30 (MADA SWASTA) di http://www.mada30.com/


Label:

0 Komen Dan Pandangan :

Catat Ulasan

<< Hadapan


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.