<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Sabtu, 18 Oktober 2008

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI MADA 1429 H






Label:

Jumaat, 17 Oktober 2008

Majlis Hari Raya BALADI & Jamuan Akhir Tahun






Label:

Khamis, 16 Oktober 2008

Tersentak

Di petik dari, http://nessasyahirah.blogspot.com/2008/10/thursday-october-16-2008-makluman.html





Thursday, October 16, 2008

MAKLUMAN PENUTUPAN MAAHAD DARUL ANUAR

Ruj. Kami: MADA 01/07/002(06)
Tarikh: 15 Syawal 1429 / 15 Oktober 1429

Kepada:
Ibu, bapa atau penjaga

Assalamua'alaikum wr wbt.,

Tuan/puan,

MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SMU (A) Maahad Darul Anuar akan ditutup dan diserahkan kepada pihak swasta bermula Januari 2009.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Islam Kelantan akan memindahkan guru dan pelajar ke sekolah keloloan YIK yang lain. Mana-mana pelajar Tahfiz yang berminat untuk meneruskan ke pengajian tafiz bolehlah memilih sekolah berikut.
a) SMU (A) Al-Kauthar (Tahfiz Lelaki sahaja)
b) SMU (A) Tarbiah Dinniah, Bunut Sarang Burung (Tahfiz Lelaki & Perempuan)
Urusan perpindahan ini dibuat mulai sekarang di pejabat sekolah. Bersama-sama ini, pihak sekolah turut sertakan borang pilihan sekolah kepada pelajar Maahadarul Anuar untuk diisi. Sila hantarkan kembali sebelum atau pada 2 November 2008.

4. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi bahagian Hal Ehwal Murid, YIK di talian 09-7126315.

Semoga makluman ini mendapat tindakan yang sewajarnya daripada tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Yang menurut perintah,
MOHD BAHARUDDIN B MOHD NOOR
Pengetua
SMU (A) Maahad Darul Anuar



tersentak...

Fateha,Adik saya yang masih menuntut di sekolah ini dan sedang menjalani peperiksaan PMR menghubungi saya petang tadi.

"Kak..tau skolah nak tutup?"lembut suara fateha tak berjaya menenangkan hati saya

"Tutup?tak kot..kata nak jadi swasta.."saya segera menafikan.

"memanglah..tapi Kitorang dah dapat surat ..siap dengan borang lagi,suruh pilih skolah mana nak.."



butir bicara fateha masih terngiang-ngiang di telinga saya,akhirnya,persoalan yang menerjah di benak terjawab akhirnya bila saya menziarahi teratak Badan latihan Dakwah Islamiah (baladi),sekolah saya,nah,disitu tertera sejelasnya surat yang Fateha katakan petang tadi.

satu persatu kenangan disekolah terhebat dihati saya itu menerjah,rindu,akhirnya perkataan itu sebenarnya yang saya cari-cari,rindu pada bangunan sekolahnya,rindu pada asramanya,rindu pada sahabat,rindu pada guru-guru,rindu pada kantin,rindu pada makanan yang kami jamah saban hari,rindu pada padang botak dihadapan asrama tempat kami bermain sehari-hari , dan kehendak Allah,saya tidak diberi peluang melawat ke MADA sekalipun selepas saya bejalan meninggalkannya.

dan dengan kehendak Allah,perancangan saya dan sahabat-sahabat untuk menganjurkan satu program mega buat adik-adik di Mada melebur selepas surat ini saya baca.



mungkin ramai dari sahabat saya yang masih tidak mengetahui tentang tempat jatuh bangun kita bakal ditutup.tempat pertelingkahan kita bakal hilang sinarnya,tempat taut pelukan ukhwah kita bakal ditukar namanya,tempat usapan air mata yang mengalir dari tangan sahabat dek kegagalan suatu masa dulu bakal gersang tanahnya.tempat sorakan sahabat dek kejayaan kita bakal kelam serinya,entah,kita sememangnya tidak mengetahui entah apa yang berlaku dibumi itu.


saat berebut turun tangga bimbang dicatit nama oleh pengawas,saat dirotan beramai-ramai dihadapan aspura,saat bertingkah pendapat dengan Musyrifah,saat diam menbisu dek takut akan peperiksaan yang bakal menjelma,saat berborak mesra menceritakan kenangan masing-masing,saat menongkah dahi bebicara tentang cita-cita sebelum lena dibuai mimpi,saat dinobat sebagai president badan dakwah banat,saat saat bertukus lumus menyiapkan persiapan minggu Ilmiah,saat tidak tidur malam dek sakan menyiapkan persiapan hari guru....semua itu saya sematkan kukuh dalam hati dan minda.

biar apa konflik yang berlaku,mungkin ada hikmah tersembunyi,jangan kita bebas menunding jari,moga ada hati yang berpuas hati,moga ada mulut tersenyum gembira.

Buat adik-adik yang kini masih berperang dengan peperiksaan,lupakan sebentar apa yang berlaku,moga nanti tabah menghadapi perpisahan dengan sahabat-sahabat.

ingat!kita produk sekolah Tok Guru,tunjukkan hasilnya dari ceramah Tok Guru yang kita dengar sehari-hari,walau dimana kita dicampak dan tercampak, janji pada diri kita mesti jadi contoh terhebat.

walau dimana kita menuntut ilmu,yang penting kita keluar sebagai insan berakhlak,berguna pada semua.

MADA,seGAH namanya,itu yang kita sematkan dalam hati.segala-galanya kita serahkan pada Allah.InsyaAllah,kalau ada jodoh,Allah pertemukan kita lagi..


Aspuri,rindu pada sahabat-sahabat&adik-adik


Guru-Guru,Moga sentiasa dirahmati Allah

Masjid Tok Guru,Tempat menadah Ilmu saban Hari



Aspura

video pengubat rindu,amik kat youtube.




0 comments

Label: ,

Adik-adik Maahad Darul Anuar



Terkejut, tersentak, terdiam
itulah yg terjadi pada diriku.. Saat membca jendela blog empunya sahabatku (http/:www.nessasyahirah.blogspot.com...) post terkini berkisarkn penutupan mada tercinta.. Penuh persoalan timbul di benakku.. Awat jd lguni? Awat mada tutup? Habis adik2 yg blajar kt mada cmne? Sambil mata melihat cerita yg sesingkap di post/artikel itu.. Ak terfikir kenangan indah ku sewaktu dimada..
saat pertama kali ku melhat bangunan di bumi mada..
saat kaki melangkah ke menuju kelas
saat ku disapa oleh teman2
saat ku hentak kaki di arca persatuan kadet bomba
saat wajahku cover2 tem wat persembhan kawat kaki kat mada
saat berlari mengejar bola di pdg bersama kwn2
saat ak goreng kopok leko tem program (pum)
saat bersekang mata di minggu exam
saat usrah2 ku bersama adik2
saat ku dimarah oleh papa him kat bilik die.. (ngan mat.limin.syah.zahir) :) nakal2
saat berjalan p kedai lalat cri berger goreng.. Fefret tu..



Saat jd pengerusi majlis sambutan 15 baladi
saat kaki menerjah dewan exam spm..
Saat suara laungan doa di pg hri
dan sejuta kenangan bermain dihati ku..
"erm nak wat camne benda nk jd.." sapa kwn ku.. Lmbat2 ak habiskn bacaan ku di blog ns..
skola yg byk ajakn ak tntg islam life, knowledge. Dan etc..
Skola yg paling best pernah ak duduk..
Buat adik2ku dimada samaada bru atau lame Bersabar dgn apa jua rntangan..
~Walaupun x dpt habiskan sepenuhnya proses pemblajaran hingga tigkn6 di mada,
~walaupun x mampu menerima hakikat (why my love school closed?) sob3 :(
~walaupun x sanggup meninggalkn mada tersayg..
~Walaupun x melihat kelibat guru2 tercinta selepas ini..
~Walaupun x bisa melupakan setiap detik kenangan terindah di bumi mada.
igtlah!
Matlamat sebenar penuntut ilmu bkn di berhenti disitu sje,hakikat sebenar penuntut ilmu itu ialah mengamalkn ilmu yg diplajri di mada..
- Di kuliah tokguru
- di bilik darjah
- di tobur(perhimpunan)
- di liqa asrama
- di dlm usrah
- di program2 yg kte sertai..
- Dan dimane2 sje ilmu yg kte perolehi, x kira di mada ataupun di tempat lain..
p/s: yg mane rase2 ad hutang dgn pihak skola tu, sila2 la bayar sblm meninggalkn mada..
Yg mane ad wat salah ngan uts/ustazh/cikgu tue. Rajin2lah p jumpa cikgue then mintak maap.. Yg penting skali adik2 p la jumpa stiap guru adik2, mintak ckgu HALAK kn stiap ilmu yg diajarkn kat adik2..
coretan nasihat
ex~mada 05~07
angah yaman
buat adik2 mada08..


Label: ,

MAKLUMAN PENUTUPAN MAAHAD DARUL ANUAR

Ruj. Kami: MADA 01/07/002(06)
Tarikh: 15 Syawal 1429 / 15 Oktober 1429

Kepada:
Ibu, bapa atau penjaga

Assalamua'alaikum wr wbt.,

Tuan/puan,

MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SMU (A) Maahad Darul Anuar akan ditutup dan diserahkan kepada pihak swasta bermula Januari 2009.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Islam Kelantan akan memindahkan guru dan pelajar ke sekolah keloloan YIK yang lain. Mana-mana pelajar Tahfiz yang berminat untuk meneruskan ke pengajian tafiz bolehlah memilih sekolah berikut.
a) SMU (A) Al-Kauthar (Tahfiz Lelaki sahaja)
b) SMU (A) Tarbiah Dinniah, Bunut Sarang Burung (Tahfiz Lelaki & Perempuan)
Urusan perpindahan ini dibuat mulai sekarang di pejabat sekolah. Bersama-sama ini, pihak sekolah turut sertakan borang pilihan sekolah kepada pelajar Maahadarul Anuar untuk diisi. Sila hantarkan kembali sebelum atau pada 2 November 2008.

4. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi bahagian Hal Ehwal Murid, YIK di talian 09-7126315.

Semoga makluman ini mendapat tindakan yang sewajarnya daripada tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Yang menurut perintah,
MOHD BAHARUDDIN B MOHD NOOR
Pengetua
SMU (A) Maahad Darul Anuar

Label: ,

Khamis, 9 Oktober 2008

Sejarah MAAHAD DARUL ANUAR


SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR (MADA) yang dahulunya dikenali sebagai SMU(A) DARUL ANUAR (SMUDA) telah diasaskan oleh Allahyarham Tok Guru Nik Mat yang bergelar "Tokku Mat".

Pada awalnya hanya terdapat beberapa orang pelajar yang belajar agama dengan almarhum Tokku Mat,tetapi selepas Nik Abd Aziz pulang dari mesir selepas menuntut di Darul Ulum,India dan Universiti Al-Azhar selepas 10 tahun,pondok itu diambil alih oleh Nik Abd Aziz sendiri pada tahun 1963 dengan menukar kepada sekolah ugama.

Nik Abd Aziz telah diberi kepercayaan oleh ayahnya untuk mengendalikan sekolah agama itu memandangkan beliau adalah orang yang paling layak kerana beliau adalah anak lelaki sulong daripada 18 adik beradiknya serta berpelajaran tinggi dalam ilmu agama.

Terdapat kira-kira 100 orang pelajar dan 7 orang guru ketika Nik Abd Aziz mengambil alih pondok itu.Kebanyakan pelajarnya adalah bekas pelajar pondok dan rata-rata adalah pelajar dari sekitar daerah tersebut.

Pada masa tersebut terdapat 2 sesi yang dijalankan oleh sistem sekolah. Sesi pagi bagi pelajar lelaki dan petang bagi pelajar perempuan.Pada sebelah pagi,mudir yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pelajar lelaki ialah Ustaz Abdul Rahman (Imam Masjid Kedai Lalat) manakala sebelah petang pula dikendalikan oleh Encik Muhamad bin Ibrahim. Namun Encik Muhamad bin Ibrahim tidak kekal lama berkhidmat. Oleh itu secara tidak langsung Ustaz Abdul Rahman terpaksa memikul untuk mengendalikan kedua-dua sesi. Ustaz Abdul Rahman telah berkhidmat selama 15 tahun. Sepanjang perkhidmatannya beliau telah banyak menabur bakti dalam mempergiatkan dan memperkembangkan perjalanan aktiviti sekolah.

Label: ,

Ahad, 5 Oktober 2008

Ada Apa Dengan BADAR KISAS?





Baru-baru ini ana digemparkan oleh beberapa sahabat ana yang juga merupakan penziarah web baladi ini dengan berita penghazafan Badan dakwah dan Rohani (BADAR), dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Mulainya, ana dan warga baladi agak terkejut mendengar khabar ini umpama angin yang mendatang bagaikan badai yang melanda pihak kami apatah lagi seluruh warga KISAS. Di sini turut kami kongsikan sedikit laporan dari Dewan Besar KISAS. Moga mereka semua thabat dengan ujian ini.

Inikah KLUSTER?
Jumaat, 21 september 2008
dipetik dari http://pemikir21.blogspot.com/2008/09/ancaman-dari-dalam.html
[ TELAH DIEDIT ]


Laporan dari Dewan Besar Kolej Islam Sultan Alam Shah.
Muktamar BADAR kali ke-27
14 September 2008/ 14 Ramadhan 1429

Alhamdulillah, setelah di’lemahkan’ dengan provokasi demi provokasi oleh kawan-kawan, akhirnya kaki ini berpijak juga ke KISAS semalam, untuk menghadiri Muktamar Sanawi BADAR, dengan kapasiti sebagai pemerhati- sudah dua tahun rupanya memori suka duka itu berlalu, dengan kenangan sewaktu ditaklifkan sebagai salah seorang pimpinan dalam tanzim BADAR, dan bagaimana betapa terusiknya rasa apabila melepaskan jawatan tersebut setahun kemudiannya. Masa berlalu begitu cepat. Alangkah!

Dan untuk kawan-kawan yang tidak berkesempatan hadir, ini khabarnya:

(1) Muktamar Sanawi BADAR kali ke-27 berjalan dengan lancar sehingga tamat.
(2) Tidak ada pengumuman pengisytiharan Exco untuk penggal seterusnya.
(3) Muktamar kali ini merupakan muktamar BADAR buat kali yang terakhir.

Perkara (2) dan (3) boleh difahami dengan penjelasan berikut;

(a) Penukaran organisasi tanzim BADAR yang sedia ada (dengan kepimpinan
pelajar berdasarkan majlis syura) dengan sistem pemilihan kepimpinan pelajar
secara demokrasi ala parlimen.

Alasan pihak sekolah (secara spesifiknya Tn. Pengetua) ialah:

(i) Perlaksanaan sistem baru ini memperkemas lagi struktur organisasi
barisan kepimpinan kerana BADAR yang bakal di re-branding kan itu
diletakkan terus di bawah pentadbiran sekolah (HEM). Kelebihannya:

- Tiada lagi pertindihan aktiviti BADAR dengan aktiviti pihak sekolah.
- Kelebihan dan kepakaran guru-guru selain ustaz/ustazah dapat dimanfaatkan apabila diserapkan menjadi guru penasihat BADAR.
- Mengelakkan perpecahan dikalangan pelajar apabila selepas ini tidak timbul lagi isu budak KP vs budak BADAR
- Mengangkat imej dan reputasi KISAS sebagai antara sekolah kluster Malaysia.




Yang terakhir kawan-kawan...yang terakhir....


Beberapa keraguan dan persoalan:

(1) Apakah metod sebenar pemilihan pelajar dalam ‘kabinet’ baru kelak.
(2) Adakah kabinet baru itu merupakan penjenamaan semula BADAR (dengan menteri-menteri dalam kabinet memegang portfolio yang sama, seperti yang terdapat dalam tanzim BADAR. Contohnya: Exco Tamrin digantikan dengan Menteri Aktiviti & Kegiatan Luar ) ATAU BADAR memang telah dimansuhkan/dihazafkan secara total apabila kabinet baru berkuatkuasa dengan portfolio menteri ditentukan pihak sekolah dan skop BADAR itu sendiri dikecilkan dengan diwujudkan satu menteri untuk unit kerohanian.
(3) Apakah perbezaan bidang kuasa antara KP dan kabinet yang bakal dibentuk.
(4) Mengapakah pihak sekolah (khususnya Tn. Pengetua) melakukan ‘reformasi BADAR’ ini secara tergesa-gesa? Apakah sistem yang sedia ada (syura) telah dibuktikan gagal dalam mengangkat kepimpinan pelajar dalam usaha untuk memikul amanah amar maaruf nahi mungkar di sekolah?




Entah mereka faham atau tidak dengan apa yang berlaku


* Kata Baihaqi, pengetua memaklumkan Presiden BADAR berkenaan perubahan yang berlaku ini pada Jumaat yang lalu (2 hari sebelum berlangsungnya muktamar). Dan semasa sesi soal jawab tadi, pengetua juga nampaknya tidak memberi jawapan yang konstruktif apabila diajukan persoalan berkaitan idea beliau mengenai pembentukan Kabinet yang baru.

Jawapan untuk (i) tadi:

- Aktiviti BADAR selama ini memang mengikut takwim sekolah, dengan takwim BADAR disediakan secepat mungkin supaya tidak berlaku pertindihan program antara program BADAR dan program sekolah.
- Perkara itu boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Bukan hal itu sahaja tetapi segala kekurangan lain boleh di ‘adjust’ kan. Tidak perlu kepada penghazafan BADAR.
- Tidak timbul masalah yang demikian kerana ramai juga Exco BADAR memegang jawatan sebagai KP dalam masa yang sama.
- Perlu diingat kelebihan KISAS berbanding SBP yang lain selama ini adalah kerana aspek pentarbiyahannya yang begitu unik. BADAR KISAS juga selama ini menjadi rujukan kepada SBP/SMKA yang lain. Apakah dengan mengekalkan BADAR, imej KISAS akan tercalit hina dan kredibilitinya selama ini akan tercalar?

Mungkin sebahagian dari kita berpendapat seperti yang berikut:

Tidak perlu bising-bising dengan pembaharuan ini kerana apa je yang boleh pelajar lakukan di dalam sekolah untuk menyekat pembaharuan yang berlaku? Lagipun lebih baik kita menumpukan gerak kerja dakwah di luar sekolah umpamanya di kampus-kampus yang seperti yang sedia maklum masalah yang berlaku adalah lebih serius berbanding di sekolah. Selain itu, budaya tarbiyah di KISAS memang makin lama makin terhapus. Hal ini disebabkan banyak guru veteran telah meninggalkan sekolah dan digantikan dengan guru baru, yang memang tradisinya tidak mengetahui selok belok budaya di KISAS dengan baik.

Respon:

Ya. Memang kuasa pelajar di sekolah terhad. Kita juga tidak menafikan gerak kerja dakwah di kampus-kampus dan turun ke lapangan bertemu masyarakat adalah sangat penting dan perlu diberi tumpuan sepenuhnya. Tiada kompromi untuk itu. Namun, bila lagi kita mahu mempersiapkan generasi seterusnya untuk perkara ini kalau bukan memulakannya di sekolah? Di sekolahlah medan utama untuk proses ‘pengkaderan’ atau penyediaan remaja-remaja/ jundi/ askar muda sebelum mereka berjuang di medan sebenar. Ya. Kita juga mengakui hakikat makin tersirnanya tarbiyah, makin kurangnya tsaqofah (kefahaman) , dan makin lunturnya akhlak pelajar-pelajar sekarang, bukan sahaja di KISAS tapi fenomena ini berlaku hampir di semua sekolah agama yang lain. Namun begitu, adakah kita membiarkan sahaja hal ini berlaku? Setidak-tidaknya apa yang ada dipelihara, dan itu lebih baik dari melihat ia terhapus terus dari bumi waqafan!

Dan sebagai nota tambahan:

(1) Tn. Pengetua KISAS sekarang baru memulakan perkhidmatan awal tahun ini, menggantikan Ustaz Mohamad B. Awang yang bersara.

(2) Secara tradisinya, Pengetua KISAS merupakan bekas pelajar Kolej Islam Malaya/ Kolej Islam Kelang. Namun tradisi itu nampaknya tidak dapat dikekalkan untuk tahun ini.

(3) Semasa persembahan multimedia, pelajar dipertontonkan dengan gambar-gambar kenangan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh BADAR. Antaranya ialah lawatan Exco-exco ke rumah Ustaz Mohamad (pengetua sebelum ini) di Kelantan (selain melawat Tok Guru dan lawatan sambil belajar di SMKA Falahiyah). Kalaulah kalian tahu betapa gemuruhnya tepukan ketika itu……warga KISAS merindukan ayahanda!

Analisis yang agak lemah dari saya. Wallahua’lam.








[ POSTING ASAL ]




Apa yang bakal berlaku di Muktamar BADAR Kisas esok akan menentukan bagaimana acuan generasi Kisas yang akan lahir seterusnya pada masa depan. Pengalaman in position sekitar 2005-2006 menjadikan saya, dalam sedar, menginsafi betapa signifikannya BADAR kepada warga Kisas, dan saya kini tidak tahu apakah bahana yang bakal menanti sekiranya teori hazaf-menghazaf-terhazaf satu realiti juga akhirnya pada esok hari. Dengan alasan mahu menggantikannya dengan sistem kepimpinan corak kluster ala parlimen, saya katakan; jangan sampai episod hitam yang pernah berlaku di SMAP Labu dahulu berlaku pula di Kisas nanti!Kita tunggu dan lihat, bersama doa yang tidak putus-putus, semoga Allah menyelamatkan seluruh warga Kisas dari ancaman pemikiran liberal-yang-tak-nampak-macam-liberal ini; dengan sindrom utamanya: sakit telinga bila dengar istilah-istilah islami..Oh ya, pengasas BADAR Kolej Islam Kelang ialah Dr. Burhanuddin Al Helmy. Sekadar memperingatkan.

Label:

Aidilfitri di Masjid Tok Guru

Kewajipan kita sebelum Solat Sunat Aidilfitri
Kata Amil:
"Saya bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mengaku telah terima wang tunai bernilai RM7.60 kerana harga satu fitrah yang ditunai bagi tahun 1429H/2008M. Terima kasih, wassalam".
Saya bayar: RM7.60 x 4 beranak = RM30.40
Ruang dalam Masjid Tok Guru, Pulau Melaka
Disebabkan tiba agak lewat, saya terpaksa solat di ruang anjung luar bawah ini Keadaan orang ramai di luar masjid selepas selesai khutbah Selesai khutbah, orang ramai beratur panjang untuk bersalaman dengan Tok Guru yang sedang duduk (lihat anak panah merah) Tok Guru keluar dari masjid melalui Bilik Bacaan Al-Quran beliau (lihat anak panah merah)Tok Guru sedang memasuki rumah beliau (lihat anak panah merah)

Orang ramai sedang menunggu giliran untuk bersalaman dengan Tok Guru di dalam rumah beliau

Suasana jamuan Aidilfitri di bawah khemah di hadapan rumah Tok Guru

Papan tanda ke Masjid Tok Guru Pulau Melaka.
Anak Panah merah menunjukkan tanda 'Lorong Tok Guru Nik Mat'

p/s : syukran kathir buat saudara nazri atas gambar2 di atas..
dipetk dari www.mendidik.blogspot.com

Label: ,

Khutbah Aidil Fitri 1429H - YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat

Clip 1



Clip 2



Clip 3



Label:


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.