Ini serba ringkas yang ana tahu, jika ada sebarang pembetulan @ maklumat yg tertinggal, harap ada sahabat boleh tambah.
Titik tolak permasalahan ni sebenarnya bermula apabila Ust Nik Omar (UNO) mula dilantik sebagai Mudir SMUDA. Hasrat awal perlantikan tersebut supaya SMUDA akan bertambah cemerlang dengan kemasukan UNO, anak lelaki sulung Tuan Guru yang mendapat tunjuk ajar dan teguran terus dari Tuan Guru. Ternyata dibawah pentadbiran UNO, SMUDA semakin pesat membangun. Dari penaiktarafan SMUDA kepada MADA, pewujudan kelas aliran tahfiz & sains, peningkatan peratusan pelajar cemerlang PMRU, PMR & SPM dan lain-lain lagi kejayaan yang membanggakan.
Namun, disebalik segala kejayaan tersebut rupanya terselindung pelbagai masalah dan kontroversi. Ramai guru & staf yang merana apabila UNO memanjangkan waktu persekolahan dari 6 jam (7.30-1.30) kepada 10 jam (7.30-5.00) demi untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar. Kewangan sekolah juga semakin parah apabila UNO mengimport beberapa orang Ustaz dari tanah Arab ke MADA yang menelan belanja yang besar yang tidak mampu ditanggung pihak sekolah. Keadaan makin parah apabila UNO mewujudkan sekolah rendah Darul Anuar yang segala perbelanjaan pengurusannya diambil terus dari dana MADA (Sekolah rendah ini gagal mendapat sambutan kerana yuran yang terlalu tinggi & infrastruktur yang tidak lengkap). Tidak dikira lagi program2 "Mewah" yang dianjurkan melebihi keperluan menyebabkan pihak sekolah berhutang ribuan ringgit.
Masalah yang semakin kronik ini menyebabkan pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang bertanggung jawab terhadap sukatan pendidikan serta kebajikan guru2 sekolah dan Yayasan Nikmatillah (NUN) yang bertanggung jawab menguruskan dana sekolah MADA yang sumber kewangan utamanya dari kutipan derma & wakaf orang ramai, terpaksa campur tangan. Dalam pertemuan 3 penjuru antara YIK, NUN & UNO, Pengetua MADA itu diminta untuk mengundurkan diri dari MADA bagi memberi ruang kepada orang lain untuk memulihkan keadaan. Pihak YIK mahu UNO berpindah ke sekolah lain dengan tawaran pengekalan jawatan pengetua.
UNO merasa tercabar dengan keputusan YIK & NUN tersebut lalu bertindak mengingkari arahan perpindahan yang dikeluarkan oleh YIK & enggan keluar dari bilik pengetua MADA yang mengakibatkan kesukaran bagi Ust Baharuddin (Pengetua baru) untuk menjalankan tugas. UNO juga masih mengeluarkan cek dari akaun MADA menggunakan cop & tandatangannya sebagai pengetua. Ini menyebabkan Ust Nik Hamdi (Pen Kanan baru) dengan arahan YIK bertindak memperbaharui akaun MADA & menyekat segala pengeluaran wang sekolah di atas nama UNO. Marah & tertekan dengan segala tindakan yang dikenakan terhadapnya, UNO akhirnya meletakkan jawatan sebagai guru YIK yang membawa kepada pengguguran mutlak sebarang kaitannya dengan sekolah2 dibawah YIK termasuk MADA. Menjangkakan UNO sudah mahu melepaskan MADA berdasarkan tindakannya itu, YIK & NUN sepakat untuk menyelesaikan masalah2 berkaitan MADA secara muafakat dengan pentadbiran baru MADA tanpa perlu mengganggu Tuan Guru yang sudah sangat sibuk dengan urusan kerajaan negeri & PAS.
Namun dalam diam, UNO berjaya meyakinkan ayahandanya untuk mengeluarkan MADA dari YIK. UNO menggunakan tandatangan Tuan Guru sebagai Penaung MADA merangkap Menteri Besar Kelantan untuk menekan YIK supaya keluar dari MADA. YIK & NUN telah cuba berunding dengan Tuan Guru tetapi nampaknya Tuan Guru lebih percaya akan kemampuan & visi UNO dalam menentukan masa depan MADA menyebabkan YIK terpaksa akur. UNO yang tahu NUN tidak akan mengikut telunjuknya bertindak menendang keluar yayasan tersebut dari MADA & menubuhkan Yayasan Al-Umaru bagi mengambil alih pengurusan kewangan MADA. Iklan bagi mendapatkan pelajar & guru baru mula disebarkan. Bermula sesi persekolahan tahun depan, MADA bukan lagi sebuah sekolah ugama (arab) yang kita semua kenali suatu ketika dahulu.
Label: alumni
Catat Ulasan
<< Hadapan