<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Rabu, 3 September 2008

Sepetang di Ambang Iftar


Di Hadapan Kemah Pameran BALADI (Indahnya Ramadhan)

3 SEPTEMBER - Sepertimana yang telah pihak BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMAH (BALADI) uar-uarkan pada sebelum ini, pihak BALADI telah menghantar seramai 12 exco dari tingkatan 4 & 5 bagi mewakili BALADI sebagai A'MILIN BANDARAYA ISLAM di Qaryah Ramadhan, Dataran Stadium Muhammad IV, Kelantan. Selain itu juga, pihak BALADI juga telah di jemput oleh pihak MPKB-BRI untuk membut pameran khas menenai Ramadahan bagi bersama-sama menyerikan ruangan khas "Sepetang di Ambang Iftar" di Qaryah Ramadhan.






Pada malam itu, turut didakan Majlis Perasmian Qaryah Ramdhan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Hj Nik Mat sendiri selaku Menteri Besar Kelantan. Pelbagai acara menarik akan diadakan di Qaryah Ramadhan. Masyarakat bukan Islam di Bandar ini dijangka akan turut sama berpuasa selama satu hari pada 12 Ramadan ini sempena pelancaran Majlis Iftor Perdana oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Qaryah Ramadan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada hari berkenaan.

Pengarah Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Ustaz Ropein Hassan berkata, pada masa ini pihaknya sedang mengenai pasti mereka yang berminat untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, jemputan orang bukan Islam untuk sama-sama berpuasa seharii pada hari tersebut sempena pelancaran Iftor Ramadan ini merupakan pertama kali dianjurkan oleh Majlis melalui Jabatan Pembangunan Islam, MPKB

Sempena pelancaran tersebut, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada fakir miskin dan armalah dan tema sambutan Bulan Ramadan tahun ini bertemakan Ihya Ramadan di Serambi Mekkah.

Beliau berkata, sepanjang bulan Ramadan nanti pelbagai program telah diatur oleh pihaknya yang akan berlangsung di Qaryah Ramadan berkenaan seperti Majlis Pelancaran Tabung Ihya Ramadan oleh Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 3 Ramadan, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran pada setiap malam Jumaat oleh qari-qari jemputan, Bicara Nuzul Quran yang mana ahli panelnya Ustaz Shaari Mustaffa pada 17 Ramadan (selepas terawih) dan selepas solat Asar pada 19 Ramadan pula akan berlangsung majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim

Manakala pada setiap malam Sabtu sepanjang bulan Ramadan (selepas sembahyang terawih) program debat ilmu atau bicara ilmu akan diadakan, diikuti dengan Bicara Badar Kubra ( 20 Ramadan mulai jam 10.30 malam) oleh Ustaz Nik Mohamad Zawawi Haji Salleh (Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Besut) dan pada 23 Ramadan jam 3.00 petang hingga 10.00 malam pula akan berlangsung Program Ramadan Bersama Belia.

Menurut Ustaz Ropein lagi, melalui Program Ramadan Bersama Belia, MPKB-BRI akan menjemput belia yang tinggal di sekitar Kawasan Kota Bharu untuk berbuka puasa, menunaikan sembahyang fardu dan berterawih beramai-ramai di Khemah Qaryah Ramadan pada malam tersebut.

Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, Majlis juga tidak lupa kepada nasib penarik beca di bandar ini yang hidup didalam kesempitan dengan menghulurkan sumbangan kebajikan kepada mereka pada 25 Ramadan ini, selepas solat Asar.

Diakhir Ramadan pula, (10 malam akhir Ramadan), MPKB-BRI akan menganjurkan Program Jejak lailatul Qadar bermula jam 3.00 hingga 4.00 pagi dan kemuncak sembutan kedatangan Ihya’Ramadan tahun ini ialah menunaikan Solat Hari Raya di khemah terawih pada 1 syawal.

Sehubungan dengan itu, beliau mengalu-alukan orang ramai turut menyumbangkan derma bagi mengisi Tabung Ihya' Ramadan berkenaan.

Sumbangan melalui cek hendaklah ditulis atas nama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dengan dialamatkan kepada Jabatan Pembangunan Islam, MPKB-BRI Jalan Doktor, 15000 Kota Bharu Kelantan atau melalui Akaun Bank Muamalat yang bernombor 03010000179715.

Bagi keterangan lanjut orang ramai bolehlah menghubungi Ustaz Ropein Hassan di talian telefon 013 9393036



ATURCARA IHYA' RAMADHAN DI SERAMBI MEKAH
(Klik jadual dibawah untuk paparan yang lebih jelas)




anjuran;

MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU - BANDAR RAYA ISLAM


dengan kerjasama;


Pastinya pilihan
yang lebih bijak


&


BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI)
SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR



Siaran Langsung Melalui;

Label:

0 Komen Dan Pandangan :

Catat Ulasan

<< Hadapan


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.