Assalamualaikum wr wbt..
Di sini anan ingin membuat satu pengumuman ringkas dari BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), dimana selain berada di Qaryah Ramadhan, Kota Bharu pihak kami juga tidak melepaskan peluang untuk turut menganjurkan suatu program di sekitar MAAHAD DARUL ANUAR khas untuk semua rakyat Kelantan dan Luar yang mengunjungi SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR dan MASJID TOK GURU, PULAU MELAKA. Bermula
Rabu 10 September, kami telah mengadakan 2 program khas bagi mengisi sepetang di ambang iftar bersama BALADI di SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR & MASJID TOK GURU, iaitu;
1. TAZKIRAH RAMADHAN.
Tazkirah ramdahan ini akan diadakan selepas daripada menunaikan solat fardhu asar secara jama'ie di Masjid Tok Guru, Pulau melaka. Ianya akan diadakan pada setiap hari Ahad, Isnin dan Rabu dan disampaikan oleh salah seorang tokoh negeri kelantan iaitu Ustaz Budok Besut, Ustaz Khairul Ikhwan. Semua rakyat kelantan di jemput hadir untuk sama-sama menghiasi sepetang di ambang iftarmu..
2. REELAY QIRA'ATUL QURAN (TADARUS JAMA'IE) Selain dari Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Ikhwan, pihak BALADI turut mengadakan REELAY QIRA'ATUL QURAN iaitu Tadarus Al Quran secara beramai-ramai, ianya akan diadakan setiap hari Ahad hingga Khamis pada pukul 6.40 petang hingga 7.00 petang. Tadarus atau Reelay ini juga dibukakan kepada seluruh warga Kelantan dan luar bagi sama-sama memurnikan "Syahrun Ramadhan, Syahrun Al-Quran."
Label: baladi
Catat Ulasan
<< Hadapan