Fish out of water
Pernah satu ketika, seorang sahabat bercerita. Dia pernah bawa satu
usrah yg dihadiri oleh brothers yg baru sahaj �gmengenal�h islam. Tapi
disebabkan oleh peer pressure dan juga �gkenangan2�� lama bersama
rakan2, mereka meminta daripada naqib mereka (ie sahabat saya) utk
hadir ke satu keraian (besday party) yg dianjurkan oleh sahabat2
mereka yg lain. Sahabat saya memberi nasihat supaya tidak pergi
kerana dia tahu apa yg berlaku di majlis2 seperti itu; pergaulan
bebas laki perempuan, bergurau senda, bertepuk tampar terajang antara
semua �epeserta�f majlis, tak kira laki perempuan�cseolah2 satu team
bola celebrate gol. Oleh kerana brothers tu insist jg, maka sahabat
saya tidak memaksa. Pada perjumpaan usrah seterusnya, brothers2 ini
menceritakan betapa rimasnya mereka sms majlis tersebut, betapa
janggalnya mereka rasa apabila berada di situ. Kerana apa�ckerana apa
yg disebut oleh sahabat saya itu (ie naqib) mereka terjelma menjadi
realiti. Mereka menyesal dan tak mahu pegi lagi dah�c
Di sini bukanlah saya ingin menceritakan tentang masalah-masalah muda-
mudi, yg telah saya sentuh sedikit sebanyak dalam entri sebelum ini,
namun apa yg ingin saya katakan di sini tentang jiwa seorang mukmin.
Jiwa seorang mukmin yang hidup, takkan sekali-sekali senang dengan
kemunkaran yg berlaku di sekelilingnya. Dia akan merasakan seperti -
bak pepatah Inggeris- fish out of water. Bagaimanakah sifat ikan yang
terkeluar atau sengaja mengeluarkan dirinya daripada air? Ia menjadi
seperti -bak pepatah melayu- nyawa-nyawa ikan. Seorang mukmin itu
peka lagi sensitif. Kemunkaran yang berlaku di sekelilingnya
menyebabkannya tak senang duduk. Lebih lama dia berada di situ,
semakin lama jiwanya semakin terhakis - menghakis sensitivinya
terhadap maksiat. Kerana sifat manusia adalah ia akan cuba utk adapt
dengan suasana. Lebih lama dia berada di dalam satu keadaan, walaupun
keadaan itu adalah janggal baginya, dia akan cuba (secara tidak
sedar), menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut supaya jiwanya
tidak tertekan. Lama-lama, ia tidak ubah jadi seperti apa yang ada di
sekelilingnya. Bagai seseorang yg sedang bersenang-senang di pantai,
angin pantai yang menghembus di pipinya secara perlahan-perlahan
akhirnya akan menidurkannya. Tepat benarlah seperti apa yg
diperkatakan Nabi saw, di akhirat nanti, seseorang itu akan bersama-
sama dengan siapa dia jadikan sahabat rapat di dunia. Kalau dia
bersama orang-orang soleh, maka soleh jugalah pengakhiranya.
Sekiranya sebaliknya, naya!
Perkara ini, tentang sensitiviti jiwa, adalah suatu hakikat yg
diketahui oleh musuh. Musuh menggunakan rancangan2 tivi yg
mempamerkan pergaulan bebas yg melampau* -lelaki/perempuan memasuki
rumah perempuan/lelaki, berpelukan, keluar makan sama2 sbg kawan,
cinta yg dihypekan dan byk lagi- sudah dianggap biasa. Buktinya,
tengok saja cerita2 melayu yg ada di tivi, gelagat2 artis, gelagat2
org di sekiling kita dewasa ini, semuanya menunjukkan kepada
kekurangan sensitiviti umat islam. Bukti yg lebih kuat lagi, boleh
kita lihat pada lagu2 nasyid yang tidak lagi menadakan bait-bait
perjuangan, tetapi cinta2 di IPT antara bukan muhram yang �gmasih
terjaga oleh syarak�h. Bahkan kisah2 perjuangan pun dimelankolikkan
dan dijadikan kisah cinta; kisah Nabi Adam bertemu kembali dengan
Hawa di Jabal Nur hanya kerana ketulusan cinta mereka sebagai contoh
yg real. Bukannya saya ingin mengatakan InTeam (yg sekarang ni sudah
insaf), UNIC dan seumpamanya menjadi agen kepada zionis utk
menghancurkan Islam. Tetapi ia adalah manifestasi daripada kejayaan
musuh Islam menghakis sensitiviti umat islam.
Belum lagi saya bercerita tentang sensitiviti umat islam terhadap
penderitaan umat islam yang lain di serata dunia. Siapakah yg paling
cepat menghulurkan bantuan kepada mangsa Tsunami di Aceh bbrp tahun
yg lalu? US dan Jepun. Di manakah negara2 Arab yg kaya dengan
minyak?? Semasa saya berada di Australia dahulu, terdapat satu
demonstrasi membantah serangan terhadap Iraq dan juga penindasan
berbentuk Apartheid oleh Israel terhadap rakyat Palestin. Cuba teka
siapa yang anjurkan..? Puak-puak sosialis dan masyarakat berkulit
putih australia!!
Cukuplah setakat itu saya bercerita tentang sensitiviti umat islam yg
telah tumpul. Jangan kita menjadi seperti tandas yang rosak mari kita
selesaikan masalah ini dengan hidupkan kembali iman2 orang islam
dengan cara meramaikan masjid -buat kempen membawa anak ke masjid,
solat berjemaah bagi ibu2 yg ada di rumah bersama anak2, perbanyakkan
majlis ilmu islam yg membincangkan islam yg lebih luas (bukan sekadar
thaharah dan solat selama 40 tahun hidup), perbanyakkan tulisan2
islam, galakkan membaca�clakukan apa sahaja supaya umat islam sedar
tentang musuh yg sedang mengintai dari ubun2 mereka, menunggu masa
utk membunuh; hidupkan iman2 yg lesu dan gerakkan diri2 yg malas - yg
hidup hanya utk diri sendiri.
Wallahul musta�fan.
Sumber: Dari sebuah blog saudaraku, bukan tulisanku:)
Label: artikel
Catat Ulasan
<< Hadapan