<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8048503654020264196\x26blogName\x3dBadan+Latihan+Dakwah+Islamiah+(BALADI...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://baladi-malaysia.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://baladi-malaysia.blogspot.com/\x26vt\x3d6887039431785296270', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
 

MENU

INTRANET

INTERAKSI

ARTIS KAMI

DOWNLOAD

PROMOSI

TERKINI

TERKUMPUL

HIPERRANGKAI

BADAR 1 MALAYSIA

GEDUNG NASYID

Jumlah Ziarah

Semenjak
23 Sya'ban 1428 H
4 September 2007 M


Penziarah Online
web tracker

Kempen Boikot Israel

Direktori Halal
Masukkan No.Kod Bar :



Radio Ikim.fm




Sahabat BALADI

Assalamualaikum dan Ahlan
Wasahlan, Tetamu. Silakan
Log In atau Daftar.



Login with username, password
and session length
Demi Masa

Anugerah Media Islam Negara (AMIN)




Secoret Bicara Dari Unit Penyelenggara ICT dan MULTIMDIA BALADI 2008
 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH (BALADI), MAAHAD DARUL ANUAR dapat membangun laman webnya tersendiri.

Penerokaan dan pembabitan dalam bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) adalah merupakan satu keperluan semasa yang dapat membantu memenuhi kehendak pasaran termasuk dalam bidang pendidikan dengan lebih pantas dan efisien.

Saya berharap agar guru-guru, pelajar-pelajar dan mereka yang terlibat agar memanfaatkan kelebihan yang ada sebaik mungkin khususnya berkaitan sistem penyampaian maklumat, pengurusan sekolah, profesionalisme guru, kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar. Dan sekalong tahniah kepada semua pihak yang telah mengerah keringat melayarkan BALADI dipersada seiring tuntutan semasa.


Penulisan
 
Isnin, 30 Jun 2008

MAJLIS PENUTUP DIMA


ISNIN, 30 JUN 2008 – Bulan Jun berlalunya sudah tiba hari ini untuk ke bulan Julai. Dengan kehadiran bulan Julai maka semakin dekatlah warga mada dengan peperiksaan besar seperti PMRU, PMR, SMU, SPM dan STAM. Jadi dari itu pihak BALADI telah merancang pada tanggal 30 JUN ini akan di adakan MAJLIS PEENUUP DIMA (DIDIK INSAN MAAHAD DARUL ANUAR) bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mengambil masa yang lebih dan berbaki ini untuk menumpukan 100% kepada peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Setelah ditutupnya DIMA pada tahun ini maka program-program tarbawi pelajar mula diperlahankan bagi mengimbangi madah untuk peperiksaan. Dan pada Majlis penutup itu, pihak kami turut mengadakan suatu slot ceramah motivasi mengenai “Di AMBANG PEPERIKSAAN” bagi menguatkan usaha warga MADA untuk menghadapi peperiksaan besar yang bakal menjelang. Ceramah itu disampaikan oleh Ustaz Nazrey dari KIAS, Nilam Puri, Kelantan. Setelah penutup DIMA diadakan, pada khamis 3 Julai akan di lancarkan pula oleh pihak sekolah “PROJEK KECEMERLANGAN AKADEMIK MADA (P.K.A.M.)." Bagi meningkatkan prestasi pelajar di ambang peperiksaan ini. Persamian penutup ini telah dirasmikan oleh Ustaz Nik Hamdy.

Label:

Ahad, 15 Jun 2008

Sekalung AL FATIHAH buatmu.. UWAIS AL QARNI




PADA PAGI KHAMIS 12 JUN 2008, HARI NAN INDAH DI SINARI LAGI DENGAN SAMBUTAN 45 TAHUN MAAHAD DARUL ANUAR, NAMUN ANGIN YANG MENDATANG BAGAIKAN BADAI YANG MELANDA PIHAK KAMI (BADAN LATIHAN DAKWAH ISLAMIAH - BALADI) KERANA PEMERGIAN SALAH SEORANG ANGGOTA KAMI, SAUDARA MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI BIN ISMAIL YANG TELAH PULANG KE RAHMATULLAH PADA JAM 6 PAGI TARIKH ITU.


PEMUDA KELAHIRAN MESIR DAN ANAK KEBESARAN SABAH INI TELAH BANYAK MENYUMBANG JASA DAN MENABUR BUDI KEPADA BALADI DAN SEKOLAH AMNYA, BELIAULAH ANTARA ORANG KUAT BALADI TERUTAMANYA DALAM MENUBUHKAN DA’IE JUNIOUR, MAJLIS NUQABA’, FRIENDSTER BALADI DAN WEBSITE BALADI. DAN BELIAU JUGA YANG TELAH MEBGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DAN BALADI LAGI-LAGI APABILA BELIAU MENJADI PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH KAMI DI DALAM PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH (PMR) DENGAN MEMPEROLEHI 8A.


BELIAU TELAH PULANG KE RAHMATULLAH PADA JAM 6 PAGI SEMASA PERJALANAN MENUJU KE SEBUAH KLINIK BERDEKATAN DENGAN RUMAHNYA DI BANDAR ROMPIN, PAHANG. MULAINYA BELIAU DIKATAKAN HANYA DEMAM PANAS DAN DEMAM DENGGI BERDARAH. PADA MALAM TERAKHIRNYA BELIAU MASIH DIBERI KESEMPATAN UNTUK MENUNAIKAN SOLAT FARDHU ISYA’ OLEH ALLAH SWT, DAN BELIAU DIKATAKAN TIDUR SELEPAS DARIPADA BELIAU MENUNAIKAN SOLAT FARDHU ISYA’. BEBERAPA MINIT BERLALU ADIKNYA TERDENGAR SATU DENGGURAN YANG AMAT KUAT DAN BUNYI YANG BERBEZA DARI DENGGURAN BIASA. DIFAHAMKAN BELIAU TIDUR DI RUANG TAMU RUMAHNYA, ADIKNYA TERUS MENUJU KE ARAH BELIAU DAN MENDAPATI SAUDARA KAMI, UWAIS AL-QARNI BAHAWA KETIKA BELIAU TIDUR BELIAU BERDENGGUR DAN MENGALIRNYA DARAH MERAH DARI MULUT BELIAU MENGIKUTI ALUNAN DENGGURANNYA ITU. LANTAS, ADIKNYA TERUS MENGKHABARKAN PADA AYAHNYA. SETELAH MEMERHATI DAN MENELITI KEADAAN UWAIS AL-QARNI, AYAHNYA TELAH MENGENAL PASTI BAHAWA BELIAU SEDANG NAZAK DAN SEDANG MENGHADAPI SAKARATUL MAUT BILA MENDENGARI DENGGURANNYA ITU. LALU AYAHNYA MEMBAWANYA KE KLINIK BERDEKATAN SEKITAR RUMAHNYA DAN SESEDARNYA DALAM PERJALANAN KE KLINIK SAUDARA KAMI INI TELAH TIADA.


MENDENGARI CERITA DARI TEMAN-TEMANNYA DI SEKITAR MML DAN MADA BELIAU CUMA MENINGGAL KERANA MENGHIDAPI DEMAM PANAS DAN DEMAM DENGGI BERDARAH. TETAPI SETELAH BEDAH SIASAT DIADAKAN DI HOSPITAL, PIHAK HOSPITAL MENDAPATI PEMERGIANNYA BUKANLAH KERANA DEMAM PANAS ATAU DEMAM DENGGI BERDARAH TETAPI DIA ADA MERAHSIAKAN SESUATU PENYAKIT YANG DIA HIDAPI SEKIAN LAMA. KETIKA BEDAH SIASAT, PARU-PARUNYA TELAH BENGKAK MEMBIRU MENANDAKAN LAMANYA DIA MENAHAN PENYAKITNYA ITU. BUAT MASA INI PIHAK HOSPITAL BELUM DAPAT MENGENAL PASTI LAGI PENYAKITNYA, DAN PIHAK HOSPITAL TELAH MENGAMBIL SECEBIS TISU DARI TUBUH SAUDARA UWAIS AL QARNI UNTUK MEMBUAT PENYELIDIKAN SELANJUTNYA MENGENAI PENYAKITNYA ITU. BILA MEMERHATI PADA SIJIL KEMATIAANYA, HANYA DITULIS “MENINGGAL KERANA BENGKAK DI BAHAGIAN PARU-PARU.” JENAZAH SELAMAT DIKEBUMIKAN PADA LINGKUNGAN JAM 6.30 PETANG DI TANAH PERKUBURAN ISLAM DI MUA’AZAM, PAHANG BERSEMPADAN DENGAN NEGERI JOHOR.


JADI, ATAS KEHILANGAN BESAR INI PIHAK KAMI (BALADI) MEMOHON AMPUN DAN MAAF BAGI MEWAKILI PIHAK SAUDARA KAMI, MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI BIN ISMAIL KEPADA SEMUA WARGA YANG MENGENALINYA, TERUTAMANYA BUAT RAKAN-RAKANNYA DI SABAH, DI MML & MADA SENDIRI. KAMI MOHON JUA AGAR DAPAT MENGHALALKAN SEGALA MAKAN MINUMNYA.. BAGI MENGENANG DAN MEMBALASI JASA-JASA BELIAU HANYA INILAH YANG DAPAT KAMI CURAHKAN DAN TABURKAN UNTUKNYA WALAU IA TIDAK SETANDING JASA, BUDI, PERJUANGAN DAN PENGORBANANNYA ITU UNTUK KAMI...


..SAMA-SAMALAH KITA MENDERMAKAN UMUL FURQAN BUATNYA..
~MOGA ALLAH MERAHMATI DAN MENCUCURI ROHNYA ~
-AL FATIHAH-



*************************************************

Friday, June 13, 2008 - http://www.tsaqifblog.blogspot.com/

al-Fatihah Buat Sahabatku...

Uwais.......

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba
MuSahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati


********************

"Perhatian kepada semua pelajar MML, pada hari ahad ini akan diadakan kutipan derma kilat untuk Allahyarham Uwais al-Qarni"


aku tersentak, Allayarham??.......aku terduduk.....Allayarham Uwais al-Qarni???
betulke ni.....
Begitulah.....disaat kita selesa dengan kehidupan, tiba Allah menguji kita dengan ujan kehilangan...Uwais, terasa baru kelmarin kita berbicara......


''Dah berapa bulan tak balik?? mesti rindu kat rumahkan...??"soalku padanya....
"Rindu!! rindu sangat dah 3 bulan tak balik'' luah Uwais padaku.....


Rupa-rupanya kepulangannya ke kampung halamannya, merupakan kepulangannya yang terakhir, menemui keluarganya yang tersayang, lebih menyedihkan, dia hanya sempat bersama keluarganya hanya untuk beberapa hari....lebih mengharukan, dia sanggup berbasikal sejauh 15 KM ke Darul Anwar, sekolah lamanya untuk ziarah buat kali terakhir.....


Uwais, dia langsung tidak menunjukkan tanda-tanda sebelum kematiannya....dia nampak ceria, sebelum peperiksaan, kami mengulang kaji bersama.....


Uwais, aku terkilan, aku tak sempat memita maaf pada kau.....Maafkan aku Uwais!!
Ya Allah kau tempatkanlah Uwais al-Qarni Bin Ismail di syurgamu, yang abadi!!! Amin.....


Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan redha, dan diredhai....

Label: ,


Rekabentuk oleh nurofislam untuk Badan Latihan Dakwah Islamiyah(BALADI)
© 2007-2011 Hakcipta Terpelihara. Di bawah penjagaan Allah. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu di luar syarie ketika melayari website ini.