AHAD, 6 APRIL 2008 – Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI) segali lagi telah melancarkan satu produk terbaru mereka yang mula dilancarkan pada tahun ini bagi mengapai matlamatnya untuk berdakwah ke arah dakwah yang lebih efektif dan diterima bagi remaja masa kini. Pihak BALADI telah menamakan produk terbarunya ialah, “PROJEK BERDAKWAH MELALUI PENERBITAN (BMP)” yang mula dilancarkan pada pagi ini. Difahamkan juga pihak BALADI akan memasukkannya didalam fail Pembangunan Pelajar iaitu DIDIK INSAN MAAHAD DARUL ANUAR (DIMA) bermula tahun 2009, insya’allah. Ini adalah kerana DIMA merupakan strategi memperkasa program tarbawi pelajar secara lebih meluas dan tersusun. Ia adalah pelan bertindak ke arah pembentukan peribadi pelajar muslim terpuji. Ia lahir dari komitmen MADA menjana kecemerlangan akademik dan akhlak. DIMA bermatlamat memberi pendedahan tentang kesyumulan Islam sebagai manhaj hayah. DIMA menjadikan warga MADA lebih memahami Islam dengan sebaiknya, lebih menghayati nilai masa, merasai dirinya diberi perhatian, lebih bertanggungjawab, berdisiplin serta kearah pembudayaan ilmu dan nilai-nilai murni. Khulasahnya, DIMA adalah pemangkin muntolaq generasi pewaris, pembentukan akhlak acuan Islam dan penggerak potensi kepimpinan pelajar.
Pada masa yang sama juga, pihak BALADI juga telah membuat perasmian bagi LIGA QIADI bagi tahun kedua, ia merupakan suatu alternatif bagi menjaga hubungan diplomatik yang subur dan baik bersama barisan pimpinan dan pelajar. Liga ini disertai oleh 6 Kumpulan iaitu, BADADIS (BADAN DISIPLIN / PENGAWAS), BKJ (BADAN KAUNSELING DAN KERJAYA), BADAN MAKTABAH (PUSTAKAWAN), BADAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS), BARISAN WAKIL PELAJAR MADA (KETUA DAN PENOLONG TINGKATAN) dan BALADI sendiri. Ianya akan berlangsung selama satu bulan, bermula 4 April hingga 30 April ini.
Label: baladi